Demam denggi pun tak goyang! Engku Aleesya tetap duduki IGCSE walaupun tubuhnya lemah dan tidak sihat. Kisah ini bukan sekadar tentang peperiksaan atau kejayaan akademik, tetapi tentang semangat luar biasa seorang remaja yang berjuang melawan sakit demi menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar.
Engku Aleesya Lawan Sakit, Tetap Tamatkan Peperiksaan
Anak kepada selebriti terkenal Erra Fazira dan Engku Emran, iaitu Engku Aleesya, menjadi tumpuan ramai apabila tetap menduduki peperiksaan akhir International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) walaupun dirinya sedang menghidap demam denggi.
Menurut perkongsian Engku Emran di laman Instagram, tahap kesihatan Engku Aleesya mula merosot sekitar Mei lalu apabila disahkan menghidap demam denggi. Keadaan itu membuatkan doktor mahu menahannya di hospital kerana suhu badan berada pada paras membimbangkan.
Namun selepas perbincangan, Engku Emran dan pihak doktor sepakat memberi peluang untuk Aleesya menamatkan kertas peperiksaan terakhirnya keesokan hari. Sebagai jaminan, Engku Emran perlu menandatangani surat akuan bagi memastikan anaknya akan dibawa semula ke hospital sebaik selesai peperiksaan.
“Saya terpaksa menandatangani surat akuan dan berjanji dengan doktor untuk membawanya semula ke hospital sebaik sahaja peperiksaan tamat,” tulisnya.
Pihak sekolah turut menunjukkan keprihatinan dengan menyediakan bilik khas lengkap dengan sofa, bagi membolehkan Engku Aleesya berehat sekiranya mengalami pening atau keletihan ketika menjawab soalan.
Doa Seorang Ayah Buat Engku Aleesya
Sementara anaknya berjuang di dalam dewan peperiksaan, Engku Emran menunggu penuh sabar di luar, tidak henti-henti berdoa agar Allah mempermudahkan urusan anak gadisnya itu.
“Saya menunggu dengan sabar di luar, berdoa tanpa henti agar ALLAH meringankan kesakitannya supaya dapat menjawab kertas itu dengan baik,” katanya lagi.
Sejurus tamat peperiksaan, Engku Aleesya terus dikejarkan semula ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Walaupun diuji dengan kesakitan, semangat Aleesya tidak pernah luntur malah menjadi inspirasi kepada ramai pelajar di luar sana.
Ads
Cemerlang Walau Diuji Demam Denggi
Usaha dan pengorbanan Engku Aleesya akhirnya membuahkan hasil apabila dia diumumkan sebagai pelajar cemerlang IGCSE, memperoleh keputusan hebat dengan gred A+ dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik, serta A dalam Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia dan Psikologi.
Bagi Engku Emran, detik ini bukan sekadar tentang keputusan cemerlang, tetapi tentang semangat juang dan kekuatan mental anaknya yang luar biasa. Beliau juga menitipkan pesanan agar Engku Aleesya terus berjuang dan tidak berputus asa apabila berdepan cabaran hidup.
Ads
Inspirasi Untuk Remaja Malaysia
Kisah Engku Aleesya menjadi bukti bahawa tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Dalam usia remaja, dia sudah menunjukkan erti sebenar ketabahan dan disiplin diri yang patut dicontohi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2025 baru-baru ini mengumumkan pendidikan berkaitan kecerdasan buatan (AI) akan diperluas kesemua universiti penyelidikan.
Menurut Anwar, ia membabitkan peruntukan sehingga RM50 juta yang mana meningkat, berbanding tahun ini iaitu sebanyak RM20 juta.
Jelasnya, ia susulan petanda positif seperti penubuhan Fakulti AI pertama negara di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam masa singkat.
“Ini memberikan harapan kepada kita bahawa ada petanda institusi pendidikan kita sudah menuju ke arah kecemerlangan,” katanya.
Antara senarai universiti yang terlibat adalah seperti berikut:
Universiti Malaya (UM): Menumpukan AI dalam bidang perubatan bagi menangkis tantangan penyakit maut seperti kanser.
Universiti Putra Malaysia (UPM): Bakal menubuhkan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia dengan kerjasama NACSA bagi menyusul AI pengkomputeran kuantum sebagai persiapan mendepani ancaman keselamatan siber serba rumit.
Universiti Sains Malaysia (USM): Menelusuri AI semikonduktor selari dengan status Malaysia sebagai hub-semikonduktor dunia yang meningkatkan kerjasama termasuk dengan Intel dan Infineon.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): Menerajui AI alih bahasa dalam usaha mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Dalam pada itu, Perdana Menteri juga meluahkan rasa bangga dengan pencapaian beberapa universiti di Malaysia yang berada dalam senarai antara universiti terbaik dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Honda Malaysia pada hari ini mengumumkan bakal melakukan penghantaran 16 unit kenderaan model Civic 1.8S kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Kenderaan baru tersebut bertujuan untuk diguna pakai sebagai kenderaan rasmi baharu kementerian terbabit. Secara tidak langsung, ini juga merupakan kali pertama pihak KPDNHEP memilih Honda Malaysia sebagai jenama pilihan.
Menurut Pengarah Pengurusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia iaitu Encik Toichi Ishiyama, mereka berbesar hati apabila terpilih untuk membantu KPDNHEP melancarkan lagi tugasan harian pegawai kementerian terbabit dari sudut jentera.
Ia juga merupakan satu ‘gesture’ yang menunjukkan bahawa sebuah kementerian di Malaysia sedang mempromosikan perdagangan dalam negeri yang jujurnya, teruk ‘dibadai’ oleh kehadiran musim pandemik pada tahun ini.
Mengikut tinjauan REMAJA di laman web Honda Malaysia, model Civic terbaru ini dijual pada harga RM109,326.51
Untuk pengetahuan, model Civid 1.8S ini merupakan model generasi kesepuluh yang diperkenalkan di pasaran negara sejak bulan Februari lalu. Model C-segment dengan fungsi D-segment ini telahpun berjaya terjual sehingga 10,400 unit sekaligus menjadi model C-segment pilihan rakyat Malaysia pada bulan Oktober lalu.
Civic juga jelas masih diminati ramai apabila menjadi model jentera kedua paling popular oleh Honda berdasarkan kepada persembahan dinamik, penjimatan bahan api dan reka bentuknya yang cantik!
Beberapa fungsi yang digemari oleh penulis pad a model ini termasuklah statusnya sebagai kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicle). Ia mempunyai fungsi brek parkir electric (EPB), fungsi Walk Away Auto Lock dan fungsi keselamatan Civic yang menerima penilaian 5 bintang leh ASEAN NCAP.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Banyak kebaikan jika korang mengambil vitamin kerana ia mampu memberikan nutrisi tambahan untuk badan. Pelbagai masalah kesihatan akan timbul jika gaya pemakanan tidak di titik beratkan.
Foto Via Pexels
Namun, pengambilan vitamin ini digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta pandangan daripada pakar kesihatan terlebih dahulu.
Pusat Racun Negara melalui perkongsian di akaun Facebook rasminya ada menjelaskan berkenaan perkara ini. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:
Dos vitamin yang sesuai
Dos vitamin yang sesuai adalah berbeza mengikut individu. Ia bergantung kepada jantina, umur, dan juga mengambil kira jika individu tersebut sedang hamil, menyusukan anak atau mempunyai masalah kesihatan yang tertentu.
Terlebih dos (‘overdose’) vitamin boleh terjadi sekiranya seseorang itu mengambil dos yang lebih banyak daripada keperluan harian dan untuk jangka masa yang panjang.
Walaupun badan kita dapat mengeluarkan semula kebanyakan amaun vitamin larut air (‘water-soluble’) seperti vitamin C yang diambil secara berlebihan, tetapi badan mengekalkan vitamin larut lemak (‘lipid-soluble’) seperti vitamin A, yang boleh menjadi toksik.
Jadi, jika anda mengamalkan pengambilan vitamin tambahan, ambillah mengikut dos yang disarankan. Sumber vitamin yang terbaik adalah daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.
Oleh itu, manfaatkan vitamin dengan dos yang betul dan bukannya membuat rawatan yang tidak mendapat pengesahan daripada doktor.
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...