
Orang Asli di Malaysia kini semakin cemerlang apabila melakar kejayaan berterusan dalam bidang yang diceburi.
Terkini, empat kru kabin Orang Asli telah mencipta sejarah selepas buat pertama kalinya menjadi graduan dari akademi latihan Malaysia Airlines tahun ini, lapor The Star.
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Orang Asli Cipta Sejarah, Genggam Ijazah Kelas Pertama Universiti Terkemuka Dunia

Empat orang tersebut adalah Amyisha Nurshahira Rosman dari Suku Jakun, Sarah Elisssa Tang Aman dari Suku Temuan, Veena Angelina Jincis dari Suku Semai dan Alzariza Alwi dari Suku Semai.
Difahamkan, keempat-empat krew kabin ini telah mula bertugas di penerbangan Malaysia Airlines sejak 7 Mei 2024.
Majlis graduasi yang diadakan semalam telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Datuk Sapiah Mohd. Nor.

Pencapaian ini menunjukkan komitmen kami terhadap kepelbagaian dan keterangkuman dalam tenaga kerja kami, memastikan semua orang mendapat peluang yang sama tanpa mengira latar belakang mereka. – Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail.
Untuk pengetahuan semua, Malaysia Airlines dan Jakoa memulakan usaha merekrut pada Disember 2023 di negeri Pahang, Perak dan Johor, dengan mensasarkan pelbagai etnik seperti Jakun, Temuan dan Semai.
BACA LAGI : Inspirasi Buat Anak Muda, Orang Asli Berjaya Lanjut Pengajian Di Universiti Terkemuka Jepun
SUMBER : The Star
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mesej Hadiah Wang Tunai ‘Telekom’ Antara Taktik Scam Popular – MCMC

Tidak dinafikan, isu scam yang melibatkan wang sebenarnya telah lama berleluasa. Cuma apabila baru-baru ini pihak berkuasa berjaya membongkarkan kegiatan Macau Scam yang kononnya telah menipu orang ramai dengan mengaut berjuta-juta Ringgit, kita mulai sedar betapa bahayanya scam di laman media sosial ini.
Kalau bukan kita pun yang terkena, mungkin ahli keluarga dan kawan-kawan yang kurang cakna dengan isu ini boleh terkena. And we do not want that to happen, right?
Hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membongkarkan beberapa taktik scam yang popular dan berjaya memperdayakan orang ramai.

Hasil pemantauan Rangkaian Pemantauan Perisikan Siber mendapati, mangsa akan menerima mesej kononnya telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM270,000 daripada syarikat Telekom Malaysia Berhad, di bawah skim TM Family Gift Bonus.
Sebagai ‘pemenang’, mangsa dikatakan mempunyai transaksi tuntutan hadiah yang belum diselesaikan dengan Telekom.
MCMC menyatakan bahawa pihaknya TIDAK pernah mengeluarkan apa-apa bentuk emel atau mesej kepada orang ramai untuk menuntut hadiah wang tunai tersebut.
Oleh itu, mereka menasihatkan agar kita tidak memberikan butiran peribadi seperti kad dan nombor akaun bank menerusi mesej itu.
Sekiranya korang pernah menerima mesej seakan itu, korang boleh membuat laporan kepada MCMC menerusi talian aduan 1 800 188 030 atau menerusi aplikasi WhatsApp di talian 016-220 6262.
*
Minggu ini, negara dikecohkan dengan pembongkaran Macau Scam.
Macau Scam Ramai Kaki! Kena Tangkap Cuma Boss Melayu, PPIM Ingatkan Jangan Selesa Sangat
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika Tidak Ambil Dos Penggalak, Status Vaksinasi Bertukar Tidak Lengkap Selepas Februari Depan

Perhatian kepada seluruh rakyat Malaysia, status vaksinasi individu yang sebelum ini telah menerima dos lengkap vaksin Sinovac serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas akan ditukarkan menjadi tidak lengkap sekiranya tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas Februari tahun depan.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata selepas status tersebut ditukar menjadi tidak lengkap, individu berkenaan adalah tidak layak untuk menerima kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19.

Untuk makluman, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah meluluskan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech, vaksin CoronaVac keluaran Sinovac dan vaksin AstraZeneca untuk digunakan sebagai dos penggalak.
Pihak awatankuasa Kerja Teknikal (TWG) juga telah mengesyorkan dos penggalak diberikan kepada semua penduduk berusia 18 tahun dan ke atas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Strategic Advisory Group of Experts on Immunisation (SAGE) telah mencadangkan agar semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac atau individu berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin siri primer perlu mengambil dos penggalak.

Hal ini bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap dan cadangan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19-Booster (CITF-B) pada 8 Disember lalu.
Oleh yang demikian, jika korang berada dalam kumpulan yang dinyatakan di atas iaitu semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac dan individu berusia 60 tahun ke atas, korang perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari 2022.
Jangan berlengah ya kalau tak mahu aktiviti korang terbatas selepas ini. Hiks!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Robert Kuok Kekal 100 Individu Terkaya Dunia, 20 Jenama Ini Antara Milik ‘Raja Gula Malaysia’

Nampaknya sejak beberapa hari ini tular tentang nilai kekayaan taikun Robert Kuok. Menurut tinjauan di Bloomberg Billionaires Index, Raja Gula dan pengasas Shangri-La Hotels and Resorts itu dilaporkan memiliki nilai kekayaan berjumlah $14.9 bilion (RM70,581,300,000).
ARTIKEL BERKAITAN : PM Baharu United Kingdom Bukan Biasa-Biasa, Kenali ‘Ahli Parlimen Terkaya’ Ini
Kosmo melaporkan kekayaaan dimiliki individu terkaya di Malaysia itu bukan sahaja diperoleh melalui perniagaan berasaskan gula seperti penanaman tebu di Perlis, kilang penapisan gula dan pengilangan tepung tetapi ia turut melibatkan perniagaan dalam sektor kewangan, perhotelan serta pengangkutan.

Pemilik Kuok Group ini sebenarnya memiliki cabang perniagaan yang lain di serata dunia, antaranya adalah PPB Group Berhad, Federal Flour Mills (FFM) Berhad, Kerry Properties, Chemquest, Shangri-La Hotels and Resorts dan Wilmar International.
Selain daripada itu, terdapat pelbagai jenis barangan yang kita gunakan setiap hari tanpa mengetahui ianya merupakan milik manusia paling kaya di Malaysia itu. Antaranya adalah:
1. Shangri-La Hotels and Resorts

Hotel pertama Shangri-La ini telah dibina pada tahun 1971 di Singapura dan ianya merupakan langkah pertama Robert Kuok ketika berkecimpung di dalam dunia perniagaan hartanah dan hotel.
2. Tepung Cap Sauh
Jenama Cap Sauh ini merupakan salah satu produk yang dikeluarkan oleh syarikat FFM Berhad milik Robert Kuok.
3. Tepung Blue Key

Juga merupakan salah satu produk yang dikeluarkan oleh FFM Berhad.
4. Roti Massimo

Jenama roti yang merupakan pesaing utama kepada jenama Gardenia.
5. Makanan beku dan tin Marina.
6. Minyak masak, telur dan makanan beku jenama Seri Murni.
7. Minyak masak jenama Neptune.
8. Minyak masak jenama Kyrstal.
9. Shamu nata de coco.
10. Rangkaian panggung wayang, Golden Screen Cinemas.
11. Susu soya V-Soy.
12. Berus gigi Jordan.
13. Susu formula kanak-kanak dan lepa mentenga Snow Brand.
14. Star Brand.
15. Produk pembersihan rumah, Goodmaid.
16. Racun serangga, Blacktop.
17. Peluntur Cocorex.
18. Minyak dan krim kelapa jenama S&P.
19. Makanan beku, Kart’s.
20. Minuman herba Orang Kampung.
Selain Robert, seorang lagi rakyat Malaysia turut tersenarai dalam 500 individu terkaya di dunia adalah pengasas Public Bank iaitu Tan Sri Dato’ Dr. Teh Hong Piow. Beliau berada di kedudukan ke-334 dengan nilai kekayaan sekitar $6.48 bilion (RM30,588,840,000).
BACA : Melebihi Harta Messi dan Cristiano Ronaldo, Faiq Bolkiah Pemain Bola Terkaya Di Dunia!
Sumber : Bloomberg Billionaires Index,Kosmo, SAYS
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

