Foto Via Instagram Faiq

Jangan tak percaya, Faiq Bolkiah adalah pemegang rekod pemain bola yang paling kaya di dunia dengan anggaran pendapatan mencecah RM87 bilion.

Siapakah beliau?adakah setanding bintang bola sepak seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi ataupun Neymar. Okay lah, untuk pengetahuan semua pemain bola berusia 24 tahun ini merupakan bekas pemain bola Leicester City. Dia memulakan karier di usia muda yang dipilih Southampton pada 2009 untuk sertai akademi bola sepak terkenal itu.

Anak Saudara Sultan Brunei

Melebihi Harta Messi dan Cristiano Ronaldo, Faiq Bolkiah Pemain Bola Terkaya Di Dunia!
Sumber gambar: laacib.net

Menariknya, beliau juga merupakan anak saudara kepada Sultan Hassanal Bolkiah dimana bapanya adik kepada Sultan Brunei. Khabarnya, Faiq Bolkiah juga merupakan salah seorang pewaris takhta raja. Darah kerabat mengalir dari dalam dirinya walaupun pemuda berusia 24 tahun ini dilahirkan dan dibesarkan di Los Angeles.

Terkini, Faiq menyertai kelab baharunya dari Thailand iaitu , Chonburi FC setelah gagal di England bersama Arsenal, Chelsea dan Leicester.

Perpindahan itu menawarkannya talian hayat dalam kariernya selepas dilepaskan oleh pasukan Portugal, Maritimo pada akhir tahun 2021.

Melebihi Harta Messi dan Cristiano Ronaldo, Faiq Bolkiah Pemain Bola Terkaya Di Dunia!

IKLAN

Meskipun Faiq bermula dengan cemerlang dan menerima anugerah pemain terbaik pelawanan sebanyak dua kali, malangnya dia gagal menjaringkan gol sepanjang 14 penampilan bersama kelab itu.

Pemain sayap itu juga tidak memperoleh masa permainan yang maksimum di mana lima daripada penampilannya bermula dari bangku simpanan, manakala dia dikeluarkan pada separuh masa selepas membarisi kesebelasan utama dalam dua perlawanan.

Melebihi Harta Messi dan Cristiano Ronaldo, Faiq Bolkiah Pemain Bola Terkaya Di Dunia!

Dalam perlawanan terbaru di mana Chonburi tewas 1-4 kepada Pathum United,  dalam perlawanan terakhir mereka musim ini, menyaksikan kelab itu menamatkan saingan liga di tempat ketujuh.

IKLAN

Sejak itu, dia menulis di Instagram, “Terima kasih peminat atas sokongan anda musim ini. Anda sangat luar biasa”.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faiq (@fjefrib)

IKLAN

FYI, bapa kepada Faiq iaitu Jefri Bolkiah mempunyai 2,300 buah kereta koleksi dan kebanyakannya adalah jenama mewah seperti Ferrari, Bentley hingga Rolls Royce. Fuh, patutlah dia jadi pemain bola sepak terkaya di dunia.

Untungkan jadi anak dan anak saudara billionaire…hiks

BACA LAGI : Nasib Malang Ronaldinho, Dari Gaji RM540,000 Seminggu Kini Hanya Ada RM27 Dalam Kocek Seluar!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Daily Star, Harian Metro, Bangkok Post

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI