Jika sebelum ini berita kemangkatan ratu England, Ratu Elizabeth yang telah menjadi topik perbualan ulung seluruh dunia terutamanya di negara-negara Komanwel. Malah, rata-rata negara UK berkabung selama 10 dan beberapa hari sebelum itu merupakan perlantikan Perdana Menteri (PM) negara tersebut iaitu Liz Truss.
Namun, selepas 44 hari memegang jawatan tersebut Liz Truss telah meletak jawatan ketika UK sedang berhadapan dengan krisis ekonomi.
Hal ini memberi peluang kepada ahli politik Parti Konservatif, Rishi Sunak mengukuhkan kedudukannya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Britain selepas pencabar utamanya, Boris Johnson menarik diri daripada pencalonan kepimpinan Parti Tory untuk merebut jawatan tersebut.
Berikut adalah 5 fakta tentang Rishi Sunak yang korang boleh check out;
Dilahirkan di Southampton pada tahun 1980 dalam keluarga keturunan Punjabi-India. Ibu bapanya berhijrah ke United Kingdom pada 1960-an, di mana bapanya merupakan seorang doktor dan ibunya pula mengusahakan farmasi. Ia menjadikan beliau Perdana Menteri pertama daripada etnik minoriti dan penganut Hindu pertama.
2. PM Termuda Selepas 200 Tahun
Sumber Gambar : (AFP) Via Indiatoday.in
Rishi Sunak yang merupakan Ahli Parlimen Richmond itu bakal menjadi PM termuda iaitu pada umur 42 tahun, sehingga 1783, hanya ada seorang perdana menteri yang lebih muda daripadanya iaitu William Pitt the Younger yang berusia 24 tahun ketika dia menjawat jawatan itu.
Ads
Malah, David Cameron dan Tony Blair sebelum ini berusia 43 tahun ketika memegang jawatan tersebut.
3. Mempunyai Kelulusan Universiti Oxford Dan Universiti Stanford
Selepas belajar di Kolej Winchester, sebuah sekolah awam yang paling berprestij di dunia, Sunak meneruskan pengajiannya dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi di Kolej Lincoln, Oxford.
Setelah menamatkan pengajiannya, beliau telah dipilih sebagai Sarjana Fulbright di Universiti Stanford di Amerika Syarikat. Ini menandakan beliau pelajar yang sangat meyakinkan dan dia meninggalkan institusi itu dengan ijazah MBA.
4. Pengasas Firma Pelaburan Perbankan
Ads
Sebelum terlibat dalam politik, Sunak bekerja sebagai penganalisa untuk firma perbankan pelaburan Goldman Sachs antara tahun 2001 dan 2004.
Ini memulakan kerjayanya dalam bidang kewangan yang diceburinya selama lebih dari satu dekad dan pada tahun 2009 beliau mengasaskan firma dana lindung nilai (hedge fund) iaitu Theleme Partners.
5. Ahli Politik Terkaya
Ads
Sunak bertemu dengan isterinya Akshata Murty semasa belajar di Universiti Stanford dan dia adalah anak perempuan NR Narayana Murthy yang merupakan lelaki keenam terkaya di India.
Isterinya itu juga seorang pereka fesyen terkenal, kedua-dua mereka itu dikatakan memegang aset dengan nilai bersih £730 juta (RM 39 bilion), menjadikan mereka antara orang terkaya di UK, malah Sunak juga menerima gelaran ‘ahli parlimen terkaya’.
Wow, hebatnya PM UK yang baru ini. Moga terus berjaya di masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Women cannot play 007 because it wouldn’t satisfy men’s wish-fulfillment fantasy!
Pelakon, Lashana Lynch dilaporkan akan menjadi ejen 007 yang baru di mana dia ditugaskan untuk menjejak James Bond dan membawanya keluar daripada persaraannya.
Bagaimanapun, kelihatan ramai yang tidak bersetuju dengan pelakon tersebut malah ada yang mengatakan bahawa wanita tidak boleh menjadi ejen 007. Untuk pengetahuan, ejen yang mempunyai pangkat 00 mempunyai lesen untuk membunuh sewaktu bertugas di lapangan.
Turut sama tidak bersetuju adalah pengulas politik, penulis dan juga peguam, Ben Shapiro yang menyifatkan pengambilan Lashana sebagai ejen 007 adalah mengarut.
“Ada satu filem ini menunjukkan seorang wanita yang beratnya 130 pound dan basah boleh menewaskan lelaki yang beratnya 200 pound yang juga seorang yang fit. Ini sangat mengarut!
“Antara satu benda mengenai siri Bond ini adalah Daniel Craig yang kononnya bahawa dia boleh belasah semua orang, jadi sekurang-kurangnya ada part dalam movie itu munasabah.
“Kemudian ada lagi satu aspek dimana Bond adalah berkisar tentang senjata api dan wanita. Bila kita bercakap mengenai goadaan wanita, ada banyak perbezaan antara wanita dan lelaki.
“Saya tidak akan sentuh bahagian LGBT kerana saya tidak tahu sama ada karakter itu akan berkisarkan tentang LGBT ataupun tidak. Marilah kita menganggap dia tidak untuk sementara ini.
“Marilah kita hanya menganggap bahawa dia hanya seorang wanita kulit hitam, James Bond versi wanita dimana dia akan meniduri lelaki kacak. Itu tidak langsung akan memenuhi kehendak lelaki yang menonton filem Bond kerana kebanyakkan peminat filem ini adalah lelaki. Jadi,melainkan kamu memindahkan watak, ini semua tidak masuk akal!
“Selain itu, di bahagian penceritaan pula juga tidak masuk akal kerana cabaran untuk James Bond juga akan menjadi seksis. Antara perkara menarik mengenai siri Bond adalah bagaimana kisah James Bond itu sendiri yang menghadapi halangan dan cabaran di setiap filem.
“Setiap filem, akan ada wanita yang membuatkan Bond jatuh cinta dan juga di mana di hujung kisah, Bond akan dapat wanita tersebut. Ini menjadikan dia sebagai idol kepada semua lelaki di luar sana, yang ingin menggoda wanita cantik namun tidak berupaya untuk berbuat demikian.
“Jadi, katakanlah seorang wanita cantik yang melakonkan watak James Bond seperti Lashana Lynch dan dia akan menggoda lelaki kacak, adakah ia akan menjadi sukar? Kerana lelaki dan wanita adalah berbeza,” katanya dalam sebuah program radio The Daily Wire.
Ternyata, komennya itu mendapat respon negatif daripada netizen. Ramai yang mengatakan bahawa dia hanyalah bersikap rasis.
Selain Bond 25 yang bakal ditayangkan tahun hadapan, Lashana juga turut terlibat dalam filem Captain Marvel melakonkan watak Maria Rambeau.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban tahun, musim perayaan Hari Raya Aidilfitri amat dinanti-nantikan oleh penjawat awam di seluruh negara dek kerana bantuan khas kewangan yang bakal diserahkan oleh kerajaan.
Biarpun ekonomi dikatakan sedikit suram akibat pandemik Covid-19, tahun 2021 tidak terkecuali daripada pemberian tersebut.
Dalam satu kenyataan hari ini, pihak kerajaan bersetuju memberikan ‘duit raya’ sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Buat golongan ibu bapa kita yang bergelar pesara kerajaan pula, bantuan RM250 akan disalurkan.
Kedua-dua pemberian kepada kira-kita dua juta rakyat Malaysia ini adalah demi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam berkhidmat kepada rakyat terutamanya semasa negara berdepan tempoh yang mencabar ini.
Ia akan mula diagihkan seiring dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021. Pembayaran awal ini dilakukan agar rakyat dapat melakukan persediaan secukupnya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 13 Mei ini.
Disamping itu, ia juga dilihat sebagai pemangkin semangat buat penjawat awam untuk terus memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan mereka sebelum cuti perayaan dan pada bulan-bulan seterusnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, mengikut laporan lapor Astro Awani. Ismail Sabri dijangka akan membawa dan berucap dalam Bahasa Melayu sewaktu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) buat kali ke-77 di New York pada 23 September ini.
foto via BERNAMA (2021)
Malah, delegasi Malaysia ini yang juga diketuai oleh beliau akan membincangkan topik seperti inflasi, pandemik COVID-19, krisis di Myanmar dan juga konflik antara Ukraine dan Rusia.
Menurut Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dalam sesi debat umum yang bakal berlangsung dari 20 hingga 26 September ini, Ismail Sabri bakal menyampaikan ucapannya dalam Bahasa Kebangsaan pada 23 September ini waktu tempatan.
Malah, pelbagai kempen pernah dianjurkan saban tahun agar rakyat sedar kepentingan bertutur dalam satu bahasa kebangsaan terhadap perkembangan sosial dan memupuk semangat nasionalisme yang seharusnya ada dalam diri setiap daripada kita.
Antara pemimpin yang turut hadir dalam perhimpunan itu termasuklah Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang berucap pada Selasa dan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Rabu hari ini.
Selain itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut bersetuju untuk membenarkan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengikuti UNGA77 selepas mendapat persetujuan majoriti.
Perdana Menteri juga turut akan menjadi hos majlis makan malam ‘Keluarga Malaysia’ bersama diaspora Malaysia di New York.
Wah, tak sabarnya nak lihat Bahasa Malaysia didengari oleh seluruh dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.