Pelakon, pengacara dan usahawan, Scha Alyahya merasakan tempoh hampir setahun yang diperuntukkan bagi membina jenama fesyen miliknya, ayaaya daripada bawah telah mengajarnya erti kepayahan.
ayaaya yang dibangun menggunakan dana peribadinya tanpa mengharapkan bantuan kewangan daripada pihak luar telah berjaya meraih perhatian pelanggan yang rata-rata terdiri daripada peminatnya.
Namun di sebalik kisah sukses itu, Scha sewaktu ditemui di acara jualan CirKLe Community yang menempatkan reruai ayaaya berkata, banyak usaha keras yang perlu dicurahkan tanpa pengetahuan orang ramai demi memastikan kelangsungan jualan serta penjenamaan.
Scha Alyahya.
“Selepas ayaaya berusia setahun, ada naik turunnya. Ada masanya saya terfikir, ‘I tak nak buat dah…’ kerana saya tersedar, ada banyak perkara yang perlu saya pelajari dan perbaiki.
“Apa yang kita nampak di sini hanyalah permukaan sahaja. Yang cantik-cantik. Tapi di sebalik semua ini… bahagian backend semua, banyak lagi benda yang saya perlu tahu,” ujarnya.
Cabaran Dunia Perniagaan Fesyen
Dalam tempoh membangunkan perniagaan tersebut, ia dilakukan dengan penuh kesabaran walaupun berdepan pelbagai cabaran yang kadangkala membuatkan dirinya hampir berputus asa.
Ads
Menurut Scha, dia sering perlu memberi kata-kata semangat kepada dirinya sendiri agar kekal positif dan terus bergerak ke hadapan.
Banyak pengorbanan telah dilakukan sejak mula membangunkan jenama tersebut, justeru meninggalkan usaha itu di tengah jalan bukanlah sesuatu yang mudah.
“Saya pernah utarakan kepada Awal di mana saya akan lihat bagaimana hala tuju perniagaan ini untuk setahun dua. Jika saya rasa tak ‘fit’ (untuk meniaga) saya kena tanya balik kepada diri sama ada saya mampu atau tidak bergelar seorang usahawan.
Ads
“Cuma Awal cakap, jangan begitu kerana ini adalah cabaran yang perlu saya lalui untuk tahu susah senang (terbinanya) sesebuah jenama. Yang penting, jangan mudah putus asa!”
“Saya selalu beritahu diri sendiri untuk ‘trust the process’. Kalau tak, bila nak belajar?” – Pemilik ayaaya, Scha Alyahya
Dalam pada itu, jenama ayaaya yang hanya dikelolakan oleh lima orang individu termasuklah diri Scha sudah mula mendapat rentak dari segi sambutan yang diterima setiap kali ia memperkenalkan rekaan beg tangan dan baju-T baharu.
Ads
Perlahan-lahan, Scha mengayuh kemudi jenama berkenaan bukan hanya untuk dirinya tetapi juga pekerja yang setia bersamanya selama ini.
“ayaaya bukan hanya mewakili nama saya. Ia juga melibatkan mereka yang bekerja di bawah saya. Saya galas tanggungjawab sebagai pemilik dan pengasas untuk memacu jenama ini ke hadapan.
“Alhamdulillah selepas hampir setahun, rentak itu sudah ada. Saya cuma perlu kekal optimistik,” katanya lagi.
Untuk korang yang masih tercari-cari aksesori sepadan untuk digayakan pada Aidilfitri nanti, dapatkan koleksi terbaru ayaaya di The Campus ampang sempena acara CirKLe Community – Eid Semester 2026.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setibanya musim perayaan saban tahun, pastinya tidak lekang kemeriahan persediaan berhari raya dengan bermacam-macam trend fesyen terbaru yang diperkenalkan oleh jenama lokal.
Pada tahun 2024, REMAJA tertarik dengan trend samping instant yang kembali dihangatkan semula oleh beberapa rumah fesyen. Jika dahulu, samping instant popular dalam kalangan kanak-kanak lelaki. Selari dengan peredaran zaman dan kehendak berbeza si pemakai. kaedah samping yang menggunakan velcro fastener dan waist band.
Tiga jenama fesyen yang mengambil langkah tersebut ialah Behati, Petra RTW dan Fiziwoo.
Behatimisalnya memperkenalkan rangkaian ‘Sampin Re-Engineered’ bagi koleksi lebaran ‘S U C I’. Selain menyediakan butang sebagai penyatu samping, Behati juga menggunakan mekanisma waistband yang kemudian dilengkapi dengan tali pinggang ataupun brooch keemasan.
Menariknya juga, Behati turut menyelitkan elemen poket mini pada bahagian in-seam bagi memudahkan korang membawa sampul duit raya, misalnya ke mana-mana.
(Dari kiri): Baju Melayu Barat (Army) & Baju Budi (Emerald).(Dari kiri): Baju Satin Teluk Belanga (Pewter) & Baju Atas (Olive Duchess).(Dari kiri): Baju Muda (Sage) & Baju Takwa (Slate).
Tidak ketinggalan menyediakan elemen poket di bahagian hadapan dan belakang samping ialah jenama Fiziwoomenerusi koleksi Riveira Raya 2024.
Diinspirasikan daripada rona vibran serta rekaan bumi Mediterranean, Fiziwoo menawarkan ‘Shantung Printed Instant Samping’ yang menggunakan fabrik jenis Shantung Jacquard.
Rekaan samping ringkas two-sided ini hanya perlu dilipat dan disatukan dengan velcro boleh-ubah. Macam-macam boleh korang ‘angkut’ dengan samping yang satu ini.
Antara warna-warna yang ditawarkan termasuklah Monochrome, Brown Beige, Greying Blue dan Olive Green.
(Dari kiri): Olive Green & Monochrome.(Dari kiri): Greyish Blue & Brown Beige.
Tidak ketinggalan, jenama Petra RTW turut memperkenalkan ‘samping instant’ dalam rekaan ala kain pelekat. Samping Abraham ini cukup senang untuk dipakai, korang hanya perlu mencantumkan bahagian velcro sahaja mengikut keselesaan masing-masing.
Yang penting, ia menggunakan fabrik polycrepe yang tidak mudah berkedut.
Khabarnya, samping Abraham ini telahpun sold out! Apa kata korang nantikan update terbaru daripada Petra sekiranya mereka akan menambah stok baharu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenama Perancis terkenal, YSL Beauty menebarkan pengaruh kepada kelompok pelanggan Muslim di rantau Asia Tenggara apabila buat julung kalinya memperkenalkan kempen Aidilfitri pada tahun ini.
Kempen yang diberi judul The Golden Celebration ini bertambah manis apabila ia dibintangi pelakon dan duta YSL Beauty Malaysia, Meerqeen. Dua lagi selebriti yang dilantik untuk kempen berkenaan ialah Luna Maya dari Indonesia dan Boran Kuzum dari Turkiye.
Meerqeen.
Dikenali sebagai pencetus trend fesyen dan stail dalam kalangan peminatnya, Meerqeen, 24 dengan penuh karisma memegang set hadiah dan koleksi kapsul eksklusif oleh YSL Beauty dalam foto rasmi yang diluncurkan jenama berkenaan.
Ia diinspirasikan daripada rona keemasan pasir di kawasan gurun dan keindahan biasan matahari terbenam sewaktu umat Islam bersiap sedia untuk berbuka puasa.
Visual kempen yang menampilkan idea penuh estetik ini membuatkan ramai peminat Meerqeen teringin untuk mendapatkan produk-produk yang ditawarkan YSL Beauty sempena musim perayaan ini.
Ini termasuklah LVDP Premium Gift Sets, wangian Eau de Parfum LIBRE dan MYSLF serta beberapa lagi koleksi mekap dan penjagaan kulit wajah edisi terhad.
Sama ada ia adalah kegunaan peribadi atau untuk dijadikan sebagai hadiah istimewa buat yang tersayang, you cannot go wrong with this Eid line.
Bersempena pelancaran kempen ini juga, peminat kini berpeluang untuk mendekati Meerqeen dalam sebuah acara meet & greet di booth L’Oreal Luxe Multi-Branded Eid Mubarak di IOI Putrajaya pada 1 Mac 2026; dari 2 petang sehingga 4 petang.
Terdahulu, Meerqeen pernah menjadi satu-satunya wakil Malaysia di pertunjukan fesyen Saint Laurent di Paris pada September 2023.
Selain itu, pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2020 itu juga dilantik sebagai muse koleksi haute parfumerie Le Vestiaire des Parfums pada akhir tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam kemuncak Miss Universe Malaysia 2022 akhirnya tiba jua pada malam ini selepas penantian selama beberapa bulan oleh peminat dunia ratu cantik.
Sepanjang minggu Pageant Week sejak hari Isnin lalu, 13 finalis akhirnya telahpun mengikuti variasi aktiviti bagi melakukan persediaan menghadapi pertandingan sebenar.
Daripada 13 orang jelitawan yang mempunyai latar belakang impresif ini, tentunya wujud beberapa nama ‘favourite’ dalam kalangan peminat serta pengikut tegar Miss Universe Malaysia untuk membawa pulang gelaran keramat itu setelah negara tidak menghantar wakil pada edisi terdahulu.
Siapa agaknya yang bakal dimahkotakan selepas wakil dari Sarawak, Francisca Luhong James melakukan tugas dengan cukup baik sebagai Miss Universe Malaysia 2020?
Antara nama yang disebut-sebut akan memberikan saingan sengit termasuklah gadis kelahiran Kuala Lumpur, Ajunee Kaur; Wong Siu Jane dari Selangor; Annatasha Shantu ‘Asha’ Jeremiah dari Sabah dan juga wakil Sarawak, Joann Tiong Hau Ping.
Tidak ketinggalan juga ialah Buganna S. Saravana Kumar dari Melaka dan juga Lesley Cheam dari Selangor. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dari segi pembawakan diri, kegigihan mempersiapkan diri sebelum pentas akhir dan paling utama, aura sebagai seorang ratu dari Malaysia yang bakal membawa nama negara ke peringkat antarabangsa.
Adakah ramalan pencinta ratu cantik ini menepati keputusan panel juri pada malam ini? Sama-sama kita nantikan.
Untuk pengetahuan, pertandingan akhir Miss Universe Malaysia 2022 akan diiadili oleh pereka fesyen Rizma Nordin daripada Rizman Ruzaini; Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon; Dr Karen Po; Penata Gaya Fesyen, Andrea Wong; Don Teo; Pengasas Makeup Miracle Academy, Kenny Yee dan Datin Selwin.
Jadi, peserta manakah di antara mereka yang menjadi pilihan korang sebagai juaran Miss Universe Malaysia 2022 pada malam ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!