Orang Asli di Malaysia kini semakin cemerlang apabila melakar kejayaan berterusan dalam bidang yang diceburi. Bakat dan usaha masyarakat ini seharusnya diraikan bersama kerana mereka juga layak untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
Baru-baru ini, sekali lagi anak Orang Asli dari suku Semai melakar sejarah. Mahasiswa Orang Asli ini menamatkan pengajian peringkat Sarjana Muda dengan ijazah kelas pertama di universiti ternama, University College London (UCL).
Menurut Persatuan Mahasiswa Orang Asli (PMOA), Susherrie Suki yang berasal dari Perak menamatkan pengajian Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Hartanah di Bartlett School of Planning UCL.
“Beliau merupakan graduan Orang Asli yang pertama dari Semenanjung Malaysia yang dianugerahkan ijazah kelas pertama dari UCL. UCL merupakan universiti terkemuka di dunia, di mana kedudukan semasa universiti ini adalah di tangga kelapan dunia (QS World University Ranking 2023).
Ads
“Sherrie berasal dari Perak, di mana ibu dan bapanya merupakan Orang Asli suku kaum Semai yang berasal dari Kampung Orang Asli Chinggung, Behrang Ulu di Tanjung Malim, dan Kampung Orang Asli Ulu Geruntum di Gopeng.
“Saudari Susherrie Suki kini telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Rekabentuk Bandar dan Perancangan Bandar di universiti yang sama,” kata persatuan itu di Twitter.
Ads
Pelajar Bijak Dengan 10A SPM
Pada 2016, anak jati berdarah asli Semai ini mendapat keputusan 10A dalam peperiksaan SPM dan diterima melanjutkan pengajian di Kolej Mara Seremban. Menurut PMOA, Susherri adalah salah seorang pelajar Orang Asli yang menerima biasiswa Mara di bawah Program Pembangunan Bakat Muda susulan keputusan cemerlangnya dalam SPM.
Selain bidang akademik, dia juga aktif dalam kegiatan di dalam dan di luar kampus, termasuk menjadi anggota Royal Town Planning Institute, ketua biro publisiti Bartlett Urban Planning Society dan ketua biro dalam UCL Malaysia Society.
Ads
Kejayaan luar biasanya Susherrie ini berjaya membanggakan ibu dan bapanya serta seluruh masyarakat Orang Asli Semai. Moga lebih ramai masyarakat Orang Asli mengikut jejak gadis ini dan terus berjaya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Daniella Alvarez, wanita yang pernah menyertai pentas Miss Universe mewakili Colombia pada tahun 2012 itu berkongsi berita menyedihkan dilaman sosialnya apabila kaki kiri Daniella harus dibuang akibat masalah iskemia.
Ha apa tu Iskemia?
Iskemia merupakan penyakit kekurangan aliran darah ke jaringan atau organ tubuh badan kerana permasalahan pada pembuluh darah.
Nasib malang gadis cantik ini bermula dari masalah perut yang dialaminya. Daniella juga melakukan pembedahan akibat benjolan di perut akibat pertumbuhan jaringan abnormal.
Daniella mengalami sakit pada Mei dan melakukan beberapa kali pembedahan di perut untuk menghilangkan sedikit benjolan sebesar duit syiling. Namun doktor mengesahkan benjolan sebesar duit syiling tersebut sudah menempel di injap jantung gadis ini. Hal tersebut juga menyebabkan pembuluh darahnya tidak lagi berfungsi dengan baik.
A post shared by Daniella Alvarez (@danielaalvareztv) on Jun 14, 2020 at 1:28pm PDT
Namun malangnya, kakinya harus dipotong atas nasihat doktor yang merawat.
“Iskemia punca darah tidak sampai ke kaki kiri, sehingga menyebabkan pembedahan keempat dilakukan,” kata Daniella.
Walaupun kaki kirinya kini telah dipotong, Daniella tetap memiliki semangat yang kuat. Kini, Daniella memasang kaki palsu yang membolehkannya melakukan aktiviti harian dan hobinya menari.
A post shared by Daniella Alvarez (@danielaalvareztv) on Jun 12, 2020 at 7:12pm PDT
“Saya membuat keputusan untuk memasang kaki palsu yang boleh menari lagi seperti dahulu, berlari, berkasut dan berenang,” katanya lagi.
Daniella juga bersyukur kerana dia masih diberikan peluang untuk hidup. Meskipun tidak akan sama seperti dahulu, namun model dan pengacara cantik itu tidak mahu berdiam diri.
Untuk info, Ischemia merupakan gejala-gejala yang ditunjukkan bukan sahaja oleh kesakitan di dada, adalah gangguan peredaran koronari, yang menyebabkan bekalan darah yang tidak mencukupi kepada miokardium, metabolisme terjejas dan bekalan oksigen yang tidak mencukupi kepada otot jantung. Kumpulan risiko termasuk kebanyakan lelaki, wanita pada masa itu, serta selepas menopause, yang, dengan perubahan pada tahap hormon, membawa dengan kelemahan tubuh dan menimbulkan banyak penyakit.
Sumber : Instagram Daniella Alvarez
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekiranya masyarakat Malaysia yang kini sedang menyambut perayaan Aidilfitri sedang asyik melayan selera, berkunjung ke rumah sanak-saudara dan ada juga yang merehatkan diri sebentar ala staycation; lain pula perangai pasangan yang satu ini meraikannya.
Hari mulia disambut oleh sepasang penunggang motosikal dengan melakukan aksi berbahaya wheelie.
Insiden yang kini tular di media sosial itu dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat dekat Kota Bharu, Kelantan. Penunggangnya berpakaian Melayu manakala wanita yang diboncengnya pula berbaju Kurung moden serba biru.
Dek tular video tersebut di media sosial, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di bawah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bukit Aman pada hari Selasa telah mengarahkan JSPT kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal tersebut untuk menyiasat memandangkan aksi tersebut merupakan satu bentuk kesalahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kedua-dua kini diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan dengan kadar segera.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenainya juga boleh menyalurkan maklumat sama ada kepada JSPT kontinjen Kelantan ataupun ke mana-mana balai polis berdekatan.
Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai warganet berharap agar pelaku segera ditahan oleh pihak penguasa memandangkan aksi wheelie sebegini hanya akan ditiru oleh remaja yang menontonnya di media sosial.
Ada juga yang mengharapkan kerajaan dapat melakukan tindakan lanjut terhadap golongan berani seperti mereka.
“Jangan lupa tangkap sekali beruk kat belakang tu.”
“Saya menyokong industri permotoran Malaysia. Tapi aksi badut sarkas macam ini wajib kita tegah. Kita bukan bawa beruang nak wheelie, bawa anak dara orang. Be mature sedikit bang.”
“Kerajaan buatlah sesuatu yang sesuai untuk geng-geng macam ini. Diorang ada skil, ada keberania, ada idea.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa memerlukan pengenalan, korang pasti sudah tahu apakah itu TikTok.
Foto via
Sejak dilancarkan pada tahun 2017, TikTok mempunyai kira-kira 800 juta pengguna di seluruh dunia. Disebabkan oleh populariti aplikasi ini di kalangan remaja dan kanak-kanak, ramai yang sering menggunakan TikTok dan berkongsi video mereka di platform lain.
TikTok kini mengambil alih tangga teratas dari Google dengan ingin diikuti pula oleh Facebook, Microsoft dan Apple. Dalam senarai 10 laman paling popular, ia didominasi oleh laman media sosial dan penstriman video. Selain laman paling popular dunia, Cloudflare turut menerbutkan laman media sosial paling popular lewat 2021 dan laman penstriman video paling popular lewat 2021.
Menurut laporan terkini oleh CloudFlare, , Google hanya perlu berpuas hati di tangga kedua sebagai laman yang banyak dilawati pada penghujung 2021.
10 Laman Media Sosial Paling Popular (Lewat) 2021
1 TikTok.com
2 Facebook.com
3 YouTube.com
4 Twitter.com
5 Instagram.com
6 Snapchat.com
7 Reddit.com
8 Pinterest.com
9 LinkedIn.com
10 Quora.com
10 Laman Penstriman Video Paling Popular (Lewat) 2021
1 Netflix.com
2 YouTube.com
3 Roku.com
4 HBOMax.com
5 Hulu.com
6 Peacocktv.com
7 Disneyplus.com
8 ParamountPlus.com
9 Sling.com
10 Iq.com
Caya lah Tiktok!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...