Seorang rakyat Malaysia berkongsi dirinya menerima bayaran dengan harga yang tinggi ketika menjalani latihan industri di salah sebuah syarikat di Hong Kong.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Malaysianpaygap, dia yang berbangsa Cina itu merupakan pelatih aktuari dari Malaysia yang kini sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat besar di sana dengan bayaran HKD 12,000 iaitu hampir RM7,000.
Dia memulakan langkahnya ke sana selepas berjaya mencatat keputusan yang baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan telah ditawarkan peluang yang lebih baik oleh kerajaan Hong Kong.
Ads
Namun di sebalik gaji yang tinggi, dia berkongsi juga bukan mudah untuk bekerja di Hong Kong kerana budaya kerja di sana sangat pantas.
Ads
Selain itu, dia yang kini berusia 22 tahun itu turut menekankan kepentingan bahasa Mandarin, kerana banyak organisasi atau syarikat di sana mengharapkan kakitangan mereka berbahasa Mandarin dengan baik, walaupun tinggal di negara berbahasa Kantonis.
Pelajar itu menyarankan juga agar pelatih dan graduan baharu untuk belajar bersungguh-sungguh dan bekerja di luar negara untuk meluaskan pengalaman mereka.
Selain mengesyorkan sukatan pelajaran Malaysia perlu dikemas kini seperti di Hong Kong seperti memberi lebih perhatian kepada subjek sains seperti statistik dan kalkulus.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terbaru, bagi pelajar sekolah menengah, kini anda sudah pun boleh menyemak keputusan bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bermula pada 13 Januari ini.
Menurut laporan, seramai 8,909 pemohon berjaya ditawarkan tempat di MRSM dengan kapasiti kemasukan 7,229 pelajar Tingkatan Satu dan 1,680 bagi pelajar Tingkatan Empat.
Menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, bilangan itu merangkumi sebahagian daripada jumlah keseluruhan calon yang memohon.
Jadual Semakan Tawaran MRSM (Kredit: Mara)
“Untuk kemasukan tahun ini, Mara menerima 93,635 permohonan ke Tingkatan Satu dan Empat, dengan semua pemohon diwajibkan melepasi Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)”
“Mara masih mengekalkan asas sedia ada dengan 60 peratus penawaran adalah kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) dengan keutamaan juga diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan MARA Integrated Accounting Conference (MICA), Kuala Lumpur, semalam.
Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, bagi pemohon yang layak dan masih belum mendapat tawaran boleh membuat semakan pertama bermula 13 Januari manakala semakan kedua boleh dilakukan pada 27 Januari; semakan ketiga (3 Mac) dan semakan keempat (17 Mac).
Kredit: Galeri MARA
Pada masa yang sama, beliau turut berharap agar pemohon yang berjaya ke MRSM diharapkan tidak menolak tawaran walaupun berhadapan masalah kewangan.
Menurut Asyraf Wajdi, pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada semua MRSM agar menerima kemasukan pelajar termasuk dalam kalangan yang kurang berkemampuan.
“Arahan telah diberikan kepada semua (MRSM). Jika ada masalah kewangan seperti tidak dapat membeli baju atau kelengkapan asrama dan sebagainya, MRSM perlu terima pelajar dahulu dan kita akan cari jalan untuk bantu mereka,” jelasnya.
“Yang penting, saya tidak mahu pelajar yang berjaya masuk terutamanya bagi mereka yang tidak berkemampuan, tinggal di luar bandar, terkandas, miskin dan berhadapan bebanan kos tanggungan menolak tawaran MRSM hanya disebabkan perkara-perkara ini,” ujarnya lagi.
Sementara itu, kepada yang berjaya melangkah masuk ke sekolah ini, setinggi-tinggi tahniah kami diucapkan. Semoga peluang ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menimba ilmu, mengasah potensi dan mencipta kejayaan yang membanggakan.
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari-hari terawal period selalunya paling stres, kan? Bukan setakat muscle cramps je, heavy flow pada hari pertama dan kedua memang buat wanita extra berhati-hati! Selalunya, kena pakai pad maxi atau extra long sebab takut bocor.
Pakai pad ni, bukannya macam iklan tuala wanita yang selalu ditayangkan kat televisyen. Riang ria ceria berpakaian putih, siap pergi bersukan lagi!
Dah cuba pakai pad extra slim, tapi rasa tak secure masa heavy flow. Paki pad maxi pulak.. faham-fahamlah perasaannya macam mana kan?
Tapi, korang tahu tak sebenarnya terdapat banyak pilihan lain selain tuala wanita yang boleh digunakan semasa haid? Beberapa opsyen ni sudah pun menjadi trend terutamanya di negara-negara Barat.
Penggunaan tampon bukanlah tidak diketahui di kalangan masyarakat kita. Cuma, ia bukan pilihan popular kerana terdapat beberapa stigma negatif terhadap penggunaan tampon. Berbeza dengan tuala wanita yang dipakai pada seluar dalam, tampon pula perlu dimasukkan ke dalam vagina. Cara aplikasinya menimbulkan beberapa mitos seperti hilang dara jika memasukkan tampon, dan ia boleh tertolak masuk ke dalam rahim dan terus ‘hilang’.
Dengan aplikasi yang betul, penggunaan tampon lebih memudahkan kerana ia menyerap cecair dari dalam. Maka, kebocoran jarang berlaku dan pemakainya lebih bebas melakukan aktiviti lasak walaupun di dalam air.
Cons: Toxic Shock Syndrome (TSS), sejenis komplikasi akibat jangkitan bakteria yang mengancam nyawa boleh berlaku jika seseorang tidak mengeluarkan tampon untuk jangka masa lama, atau tidak mengikut cara-cara aplikasi yang betul.
Info ekstra untuk korang, watak animasi Spongebob Squarepants diinspirasikan daripada organisma laut ini! Penggunaan span laut secara asasnya sama seperti tampon, iaitu dimasukkan ke dalam vagina untuk menyerap cecair menstruasi. Tapi yang menarik, span ini boleh dicuci dan digunakan semula berulang kali. Wanita-wanita yang pernah mencuba alat ini juga menyatakan yang ia lebih selesa dan lestari sebab boleh diguna pakai.
Cons: Sesetengah pengamal perubatan menyatakan risiko TSS lebih tinggi dengan penggunaan span laut kerana bakteria boleh membiak di dalam span. Mengeluarkan span dan membasuhnya juga boleh menjadi agak messy dan menggelikan, terutamanya jika anda takut darah.
Mula menjadi sebutan tahun lepas, cawan kecil yang diperbuat daripada silikon ini tular kerana dikatakan boleh diguna semula selama 10 tahun. Wow, bayangkan berapa banyak penjimatan kalau tak perlu membeli pad setiap bulan selama 10 tahun! Aplikasinya seperti tampon dan span, iaitu dipakai di dalam vagina. Struktur cawannya menakung cecair, maka mencuci cawan ini selepas ia dikeluarkan sangatlah mudah kerana tidak perlu memerah darah seperti jika menggunakan span.
Cons: Masih belum ada laporan implikasi kesihatan buat masa ini.
Dipakai seperti seluar dalam biasa, period panties mempunyai lapisan yang menyerap cecair yang mampu menampung sama seperti dua serapan tampon. Pemakainya juga tak perlu risau tentang kebocoran kerana material seluar dalam ini bersifat anti bocor. Terdapat banyak pilihan potongan dan saiz untu kesesuaian aliran dan pakaian. Ada beberapa jenama yang sudah melancarkan koleksi period panties mereka, masing-masing dengan rekaan dan teknologi tersendiri.
Cons: Pengguna perlu sangat-sangat memahami aliran haid mereka untuk menggunakan seluar dalam yang tepat. Pengguna juga mungkin perlu menggunakannya bersama tampon atau cawan menstrual sekiranya aliran terlalu banyak.
So, apa pendapat korang? Ada rasa nak cuba alternatif lain ke?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) kini akan dikenali sebagai Universiti Pengurusan Dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) setelah Kementerian Pengajian Tinggi meluluskan usul agar gedung pendidikan itu dijadikan sebagai universiti sepenuhnya.
Datuk Seri Wee Ka Siong yang merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan TARC berkata pencapaian yang dikecapi institusi pendidikan tersebut yang telah ditubuhkan sejak 53 tahun lalu merupakan satu pencapaian atas kerja keras dan rekod cemerlang yang ditonjolkan.
“Sejak 53 tahun lepas, institusi ini telah berkembang pesat dengan diperakui dan diiktiraf atas kecemerlangannya dalam pendidikan serta latihan, terutama dalam bidang pengurusan dan teknologi. Berlandaskan asas yang kukuh ini, TAR UMT bersedia untuk memainkan peranan lebih besar bukan sahaja di Malaysia malah melangkaui sempadan,” katanya kepada wartawan yang menghadiri majlis pengumuman tersebut.
Sempena dengan penaiktarafan sebagai universiti, Datuk Seri Wee Ka Siong turut melancarkan pertandingan mencipta logo TAR UMT yang berasaskan falsafahnya ‘Melangkaui Pendidikan’. Pertandingan yang berlangsung hingga 11 Mei ini, menawarkan hadiah utama bernilai RM10,000, diikuti tempat kedua RM5,000 dan ketiga RM2,000.
Dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Universiti Pengurusan Dan Teknologi Tunku Abdul Rahman memiliki lebih 28’000 penuntut yang bukan sahaja terdiri daripada rakyat Malaysia bahkan luar negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...