Trend kedai serbaneka dari negara lain yang membuka cawangannya di Malaysia semakin popular sejak 5 tahun yang lalu. Segalanya (okay fine, hampir segalanya) boleh kita perolehi di cawangan-cawangan ini tanpa perlu melancong ke luar negara
Antara negara yang telah membuka kedai serbaneka di Malaysia termasuklah dari Jepun, Thailand dan Great Britain. Kini, korang boleh menambah Korea Selatan ke dalam senarai kedai serbaneka kegemaran apabila emart24 telahpun membuka cawangan pertamanya di sini!
Untuk pengetahuan, emart24 telah diasaskan pada tahun 2014 di Korea Selatan dan ia merupakan kedai serbaneka paling berjaya berkembang dengan begitu pantas di sana. Sehingga kini, terdapat lebih 5,500 buah cawangan yang telah dibuka dalam tempoh 7 tahun – dan nampaknya, Malaysia bakal menjadi negara sasaran terbaru mereka.
Kedai emart24 berkonsepkan ‘reserve’ di Malaysia ini telah dibuka di Bangsar Selatan pada minggu ini. Dan dalam tempoh 5 tahun akan datang, terdapat 300 lagi buah cawangan akan terus dibuka di Malaysia.
Jadi, apa yang membuatkan emart24 menarik pada pandangan REMAJA?
01
Di Korea, emart24 dikendalikan tanpa pekerja manusia tau! Kios pembayarannya juga dilakukan sendiri.
Ads
02
Sudah tentu korang ingin ketahui barangan apa yang ada dijual di sini. emart24 menawarkan makanan jalanan popular di Korea seperti Bulgogi, pau berperisa, bingsu dan Tteobokki.
Oleh kerana emart24 adalah kedai serbaneka ‘reserve’, kawasan kafenya juga menyediakan snek menarik seperto croissant berperisa (hand me that matcha custard croissant!), cinnamon roll dan omelette ppang.
Ads
03
Rindukan snek paket popular dari Korea? Most of them are here – dan kami pasti ia akan ditambah pada masa akan datang. Turut dijual adalah beraneka item kosmetik, penjagaan diri, wangian dan macam-macam lagi.
04
And do not get us started on the coffee!
Seperti yang ramai ketahui, Korea Selatan terkenal dengan budaya minuman kopinya dan emart24 ada menyediakan berbagai-bagai pilihan.
Jika minuman kopi bukanlah sesuatu yang korang gemari, terdapat juga pilihan teh yang lain daripada kebiasaan. Bagi penulis, ia molek disajikan dengan pilihan sandwic-nya seperti Kimchi Chicken Sandwich, Inkigayo Sandwich atau Samsaek Sandwich.
05
Ya, di sini pun ada bermacam-macam pilihan aiskrim kon seperti Yuzu Mango, Charcoal Coconut atau campuran kedua-duanya.
Penulis pasti lebih banyak perisa yang akan diperkenalkan dari semasa ke semasa. Yang penting, emart24 juga menyediakan kon jenis Bungeoppang yang popular terjual di kawasan membeli-belah di Seoul.
So guys, cepat-cepat kunjungi cawangan emart24 di Wisma Touch ‘n Go, Tower 6 The Horizon Bangsar South ini. Ia dibuka dari jam 8 pagi hingga 8 malam dan kami yakin, korang akan menyukainya. Korang juga boleh menempahnya secara online di FoodPanda.
Korang mesti pernah dengar tentang kebaikan minyak zaitun kepada tubuh badan kita kan? Sudah tidak diragui lagi, khasiatnya kaya dengan asid lemak mono tidak tepu dan terbukti berupaya merendahkan risiko penyakit kardiovaskular.
Jadi, tidak hairanlah jika ramai yang menggunakan minyak zaitun ini untuk memasak, menggantikan minyak masak biasa. Lebih-lebih buat individu yang sangat menjaga pemakanan dan sedang berdiet, mereka memang lebih gemar memilih minyak zaitun untuk masakan.
Walau bagaimanapun, tidak semua minyak zaitun boleh digunakan untuk memasak. Ramai yang masih buat kesilapan dalam penggunaan minyak zaitun ini. Berikut adalah jenis-jenis minyak zaitun yang korang perlu tahu sebelum beli.
Hasil pertama daripada buah zaitun dan memiliki kualiti yang paling bagus jika dibandingkan dengan minyak zaitun yang lain. Jenis ini tidak sesuai untuk memasak kerana mudah teroksida. Apabila terkena panas, zat-zatnya mudah menjadi lemak berbahaya.
Jenis ini diperolehi daripada proses memerah buah zaitun dan disebabkan itu ia lebih murah berbanding extra virgin olive oil. Jenis ini digunakan untuk menumis.
Jenis ini digunakan untuk proses memasak dengan suhu tinggi seperti menumis atau memanggang. Walaupun ia melalui proses penyulingan lebih daripada sekali, jenis ini lebih sihat berbanding minyak goreng biasa.
Ha, sebelum ini ingatkan semua minyak zaitun sama sahaja kan? Jadi, untuk kesan penggunaan terbaik, selepas ini pilih dahulu jenis minyak zaitun yang tepat sebelum membeli okay?
Sebelum ini kita sudah mengetahui bahawa virus COVID-19 disebarkan melalui titisan cecair atau droplet yang terhasil daripada percikan air liur ketika bercakap atau batuk. Kini, satu kajian terbaharu telah mendapati bahawa pengguna vape yang dijangkiti COVID-19 lebih mudah menyebarkan virus itu kepada orang sekeliling secara hembusan.
Gambar hiasan
Menurut Astro Awani, kajian ini telah dimuat naik di portal kesihatan MedRxiv, namun ia masih belum dikaji semula dan disahkan oleh saintis lain.
Dapatan pakar dari Mexico, Itali dan New Zeaand itu menyebut bahawa hembusan asap vape boleh menyebarkan ribuan partikel virus ke arah individu berhampiran. Ia juga mampu menyebarkan virus COVID-19 sehingga jarak dua meter, melepasi peraturan penjarakan fizikal United Kingdom iaitu 1 meter.
Pakar terbabit turut menggesa pengguna vape agar tidak melakukan aktiviti berkenaan ketika beratur, di perhentian bas atau mana-mana kawasan awam di mana orang ramai mempunyai risiko berada dalam kepulan asap vape.
Gambar hiasan
Sementara itu, kajian oleh Public Health Ontario pula mendapati individu yang menggunakan vape mempunyai risiko lebih lebih untuk menghidap COVID-19. Aerosol yang terhasil daripada produk vape boleh menyebabkan penyebaran virus apabila individu itu berada dalam jarak dekat dengan pesakit COVID-19.
Kajian tersebut turut menyebut bahawa sentuhan tangan ke mulut melalui penggunaan vape juga boleh meningkatkan risiko jangkitan.
Portal Daily Mail UK juga melaporkan sekumpulan saintis yang menghasilkan model bagaimana virus boleh tersebar dalam kepulan asap nipis vape, bagaimana ia masuk ke dalam paru-paru, seterusnya ke mulut dan dihembuskan semula.
Gambar hiasan
Mereka turut membuat model yang sama menggunakan kepulan asap tebal vape yang meningkatkan risiko jangkitan sekitar 5 hingga 17 peratus.
Oleh yang demikian, diharap agar pengguna vape lebih berhati-hati dan jika boleh, elakkan menghisap vape dikawasan orang ramai. Bukan hanya kerana takut jangkitan COVID-19 sahaja, kami yakin masyarakat juga tidak selesa jika kepulan asap berada disekeliling mereka.
Figura politik seorang ini memang cukup terkenal dengan hobi memasaknya. Malah, ramai yang teringin untuk merasai air tangan beliau.
Terbaharu menerusi perkongsian di entri Instagram milik Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, beliau mengakui hobi memasak dapat mengurangkan tekanan apabila dalam keadaan stres.
Menerusi hantaran tersebut, beliau berkongsi dengan memasak mampu merehatkannya daripada stres dengan suasana semasa, politik dan lain lain.
“Masak sendiri boleh kurangkan stress untuk saya. Stress suasana semasa, stress politik dan lain lain.
“Lauk kegemaran pagi ini pucuk ubi kayu goreng dengan telur, bawang merah, cili merah, halia, bawang putih, perisa, kicap, minyak sawit D’Saji Felda. Sikit nasi putih dan air kosong,” coretnya ringkas.
Ruangan komen telah dibanjiri dengan pelbagai reaksi warganet. Ramai juga yang meminta beliau berkongsi menu masakan yang disediakan olehnya.
“The real masterchef from benut… mantap Datuk,” komen seorang pengguna.
“Sedap. Datuk adakan acara lawan masak memasak. Saya nak jadi juri, nanti boleh dapat makan-makan. Gurau gurau. Terbaik masakan,” komen pengguna lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!