Rumah mahal mana mampu, gaji pun ala ala…itu sebahagian jawapan kita dengar terutamanya dari anak muda.
Memang pening fikir soal rumah dalam keadaan ekonomi sekarang. Membeli rumah bermakna kita akan terikat dengan komitmen selama 20, 25, 30 tahun atau lebih dan kalau tak boleh bayar lebih dari tiga bulan, bank akan bagi surat. Memang ngeri memikirkannya.egu
Lagi memeningkan apabila satu laporan baru-baru ini menyatakan harga rumah di Malaysia dijangka meningkat tiga peratus dalam jangka 12 bulan akan datang dan terus melonjak 12 peratus bagi tempoh 12 bulan berikutnya, didorong unjuran yang lebih baik.
Bagi pasaran sewa, walaupun dijangka menunjukkan pertumbuhan hanya satu peratus bagi 12 bulan akan datang namun ia diunjurkan meningkat lapan peratus selepas suku ketiga 2022, menurut Juwai IQI, firma teknologi hartanah, dalam laporan kaji selidik hartanah terkininya yang dikeluarkan pada Isnin.
Ads
“Negeri yang dijangka mencatatkan peningkatan pembeli rumah kali pertama paling ketara ialah Pulau Pinang dan Perak, dengan tiga sukuan daripada ejen di negeri itu mengunjurkan kenaikan berkenaan,” katanya.
“Unjuran bagi pasaran hartanah kediaman Malaysia semakin baik. Pembeli rumah kali pertama meraih manfaat daripada dasar rangsangan oleh kerajaan, kerana mereka memiliki lebihan simpanan dan dorongan lebih kuat untuk membeli rumah sendiri, susulan pandemik,” katanya.
Beliau berkata ramai dalam kumpulan itu kurang berbelanja untuk perjalanan, hiburan dan perbelanjaan lain sejak pandemik mula berlaku, justeru, simpanan terkumpul itu telah membantu mereka untuk membeli rumah pertama.
Kalau korang nak tahu, ada satu akses secara percuma melalui Laporan Kelayakan Pinjaman Perumahan secara online boleh korang semak.
Ads
Laporan ini mengandungi kelayakan individu/bersama nisbah khidmat hutang, penilaian, kelayakan pinjaman maksimum untuk pinjaman perumahan sehingga 15 bank dalam satu laporan.
Ini dapat membantu dan memperbaiki proses semakan pembiayaan korang yang sedia ada. Bukan untuk yang bergaji saja, yang bekerja sendiri pun boleh buat semakan dengan mudah.
Ini mungkin anggaran kasar saja dan akan berbeza keputusannya jika korang betul-betul nak mohon pembiayaan rumah nanti. Tapi, sekurang-kurangnya korang dah tahu had maksimum kelayakan harga korang untuk beli rumah, tak ada la bank tolak permohonan korang pula nanti. Hiks!
Kopi antara minuman paling popular di dunia kerana rata-rata masyarakat memilih kopi sebagai hidangan tidak kira ketika waktu pagi atau pun sewaktu berehat bersama teman-teman.
Jika tidak, masa kan terdapat banyak coffee house yang wujud di seluruh dunia dengan aneka pilihan pelbagai jenis kopi.
Foto Via Pexels
Ada yang menganggap minuman kopi boleh menyebabkan ketagihan. Tidak pasti sama ada benar atau tidak, tapi sebagai peminat kopi kami juga tidak menafikan yang ketagihan kopi sememangnya wujud. Hiks!
Untuk peminat tegar minuman kopi, Remaja nak kongsikan resipi kopi latte ala kampung yang korang boleh buat dan confirm ketagih nak lagi. Resipi ini telah dikongsi oleh Madihah Hamid dalam grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Bahan-bahan:
– Serbuk kopi (apa-apa jenama kopi kampung)
– Susu kotak atau susu segar
– Gula melaka
– Air
Cara menyediakan:
1. Masakkan kopi sehingga menggelegak, biarkan dalam satu minit (dalam keadaan menggelegak)
Tunggu hingga menggelegak
2. Kemudian, tutup api, tuang dalam jug sambil tapis serbuk kopi. Masukkan gula, panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk, tutup api
3. Tuangkan air kopi dan susu tadi dalam juga, tuangkan secawan untuk diminum. Selebihnya boleh disimpan dalam peti ais. Lagi lama disimpan dalam peti ais, lagi sedap. Bila nak minum, hanya panaskan sebentar
Sukatan lebih kurang untuk jug 1 liter
Lihat cara penyediaan dan bahan-bahan yang digunakan pun dah nampak sedap. Kalau nak tahu power tak power, korang cubalah sendiri okay?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mak pernah ludah, bagi parang, tarik rambut dan pijak… tetapi bagi Datuk Seri Aliff Syukri, ibunya Rozita Ibrahim tetap wanita yang paling beliau hormati dan muliakan.
Begitulah pengakuan usahawan kosmetik terkenal ini yang mendedahkan kisah sebenar hubungan mereka dalam satu sesi siaran langsung di TikTok.
4 Tahun Tidak Bertegur Sapa
Aliff mengakui, hubungan dia dan ibunya pernah diuji hebat. Konflik keluarga menyebabkan mereka tidak bertegur sapa selama empat tahun. Dalam tempoh itu, ibunya tidak menjawab mesej WhatsApp mahupun panggilan telefon.
“Dia tak maafkan saya… sampai saya pergi jumpa dia dan hadiahkan kereta Mercedes,” kata Aliff.
Walaupun tidak mendedahkan secara terperinci punca perselisihan, Aliff mengakui membesar dengan ibu yang tegas serta latar belakang keluarga yang kompleks — termasuk pengalaman mempunyai ayah tiri — membentuk banyak cabaran dalam hidupnya.
Pesan Supaya Jangan Derhaka
Bagi Aliff, sebesar mana pun khilaf yang pernah dilakukan ibu bapa, seorang anak tidak wajar bersikap derhaka.
“Sejahat atau seteruk mana pun ibu atau ayah, mereka tetap orang tua kita. Hidup tanpa doa ibu takkan berkat,” ujarnya.
Aliff turut menasihatkan anak muda supaya menghormati ibu walau berbeza ragam — sama ada datang daripada keluarga kaya atau miskin. Katanya, apa sahaja yang diminta atau dikatakan oleh seorang ibu wajar dihadapi dengan hati terbuka.
Aliff menceritakan bahawa ibunya seorang yang sangat tegas dan tidak memanjakan anak-anak.
“Mak pernah ludah saya, bagi parang, tarik rambut dan pijak saya… saya okay je. Saya yakin ibu adalah orang paling mulia,” katanya.
Bagi Aliff, keberkatan hidup datang daripada restu seorang ibu. Walaupun seorang ibu mungkin ada sifat yang sukar diterima atau masa silam yang gelap, tempatnya tetap tiada pengganti.
Pengajaran Untuk Remaja
Kisah Aliff menjadi peringatan bahawa kasih sayang seorang ibu tidak semestinya hadir dalam bentuk belaian lembut. Kadangkala, ia hadir dalam bentuk disiplin keras yang membentuk ketahanan diri, kekuatan mental dan kejayaan di masa hadapan.
Sebagai anak, menghormati dan memuliakan ibu bukan hanya soal adat, tetapi soal keberkatan hidup. Kerana pada akhirnya, doa seorang ibu adalah doa yang paling mustajab.
Kerajaan Thailand sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk memperkenalkan cukai pelancongan terhadap pelancong asing, termasuk rakyat Malaysia menjelang akhir tahun ini.
Namun, menurut kemas kini terbaru daripada Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, pelaksanaan cukai tersebut yang dinamakan sebagai “Kha Yeap Pan Din” (yang secara harfiah diterjemahkan sebagai “yuran memijak bumi Thailand”) telah ditangguhkan ke pertengahan tahun 2026.
Memetik laporan media tempatan, The Nation, Penolong Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Chakrapol Tangsutthitham berkata keputusan itu dibuat selepas semakan semula oleh Menteri Pelancongan dan Sukan, Sorawong Thienthong.
“Beliau menganggap masa kini tidak sesuai untuk memperkenalkan semula yuran tersebut,” kata Chakrapol.
Tambah beliau lagi, Kementerian masih menunggu untuk menilai permintaan pelancong antarabangsa semasa musim puncak pada suku keempat tahun 2025 sebelum menentukan struktur yuran yang sesuai bergantung kepada cara perjalanan.
Buat masa ini, Kementerian bercadang untuk mengenakan bayaran sebanyak THB300 (RM39) bagi ketibaan melalui udara dan THB150 (RM20) bagi ketibaan melalui darat atau laut.
Jumlah tersebut sebenarnya telah diluluskan secara prinsip oleh Kabinet Thailand sejak Februari 2023.
Dengan kelewatan terbaru ini, pelaksanaan cukai pelancongan “Kha Yeap Pan Din” dijangka dikuatkuasakan sama ada pada suku ketiga atau suku keempat tahun 2026.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.