Demi mengejar cinta yang satu, tular di media sosial apabila pasangan suami isteri yang lebih dikenali sebagai Ahmad Isa dan Adilah menuju ke tanah suci tersebut dengan berbasikal sahaja.
Hanya menggunakan dua buah basikal sebagai pengangkutan utama, pasangan ini berjaya mengayuh basikal selama 420 hari untuk menjejakkan kaki ke Bumi Mekah Al-Mukarammah.
Ads
Walaupun kedengaran agak mustahil, namun bagi pasangan merpati dua sejoli itu, ia adalah satu cabaran buat mereka.
Malah, mereka juga telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa dengan hanya berbasikal, berbekalkan azam dan semangat yang kuat merentasi 14 buah negara, pasangan itu akhirnya berjaya menjejakkan kaki demi mengejar cinta Ilahi.
Ads
Perkongsian tersebut dikongsikan Ahmad Isa menerusi platform media sosial TikTok dan Instagram miliknya.
“Air mata tak berhenti tengok video ini, adakah ini rindu?” coretnya di ruangan kapsyen.
Menerusi video tersebut, pelbagai dugaan dan cabaran yang telah dilalui oleh mereka bersama, sepanjang perjalanan ke sana.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan perasaan teruja dan memuji tindakan pasangan itu. Hal ini kerana bukan mudah untuk merealisasikan sesuatu impian.
“Allahu Akbar, MashaaAllah… kuat semangat betul tuan Ahmad dan Ustazah Adilah. Punya hati yang cekal, tabah, yakin yang tinggi pada Allah,” komen seorang pengikutnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Telefon pintar seakan sudah menjadi nyawa bagi kebanyakan daripada kita.
Lagi-lagi dikala musim Perintah Kawalan Pergerakan ini, rasanya kita lebih memegang telefon bimbit berbanding objek lain. Disebabkan oleh rasa obses ini, telefon pintar boleh menjadi punc utama tragedi seperti kemalangan jalan raya jika tidak berjaga-jaga.
Disebabkan itu, seorang pelajar dari Korea Selatan telah mencari satu penyelesaian bagi masalah obses terhadap telefon pintar ini iaitu dengan mencipta ‘Mata Ketiga’.
Paeng Min Wook, 28, telah mencipta robot yang dipanggil sebagai ‘Mata Ketiga’. Ia dilekatkan pada dahi mereka yang obses dengan telefon demi mengelakkan mereka daripada terlanggar sesuatu dan mengalami kecederaan semasa berjalan.
Peranti tersebut dilaporkan akan membuka ‘kelopak matanya’ apabila merasakan kepala pengguna ditundukkan untuk melihat skrin telefon . Apabila pengguna berada dalam jarak satu hingga dua meter dari sebarang objek bahaya atau halangan, ia akan berbunyi untuk memberi amaran.
Lalu, ‘Mata Ketiga’ ini merupakan teknologi yang relevan dengan masyarakat sekarang yang sememangnya obses dengan telefon masing-masing.
Cuba bayangkan jika ia digunakan oleh pekerja penghantar makanan seperti FoodPanda atau GrabFood. Rasanya teknologi ini dapat mengelakkan kemalangan jiwa yang selalu berlaku akibat tidak menumpukan perhatian kepada jalan di hadapan.
Jaguh bola sepak Norway yang juga bermain sebagai penyerang (striker) Manchester City, Erling Braut Haaland baru-baru ini menjadi bualan di media sosial apabila personalitinya yang unik dan lucu di luar padang mula menarik perhatian ramai.
Beliau bukan sahaja dikenali sebagai mesin jaringan dengan rekod luar biasa, Haaland turut menjadi perhatian kerana gaya hidup, minat terhadap barangan mewah serta sisi bersahajanya yang jarang diketahui peminat.
Di sebalik imejnya sebagai salah seorang penyerang paling digeruni dalam dunia bola sepak, Haaland sebenarnya mempunyai pelbagai sisi menarik yang membuatkan dirinya semakin popular dalam kalangan peminat global. Daripada gelaran “Viking moden” sehinggalah rutin harian yang luar biasa, ini beberapa fakta menarik tentang bintang muda Norway ini yang korang patut tahu.
“Viking Moden” Gen-Z
Dengan ketinggian sekitar 195 sentimeter, rambut perang panjang serta fizikal yang sangat kuat, Haaland sering disamakan dengan seorang pahlawan Viking. Imej tersebut semakin sinonim dengannya kerana latar belakangnya sebagai pemain dari Norway, selain gaya permainannya yang agresif dan penuh tenaga ketika menentang pertahanan lawan.
Menariknya, Haaland turut mengamalkan gaya hidup yang selari dengan imej tersebut apabila diketahui gemar melakukan aktiviti lasak seperti menebang kayu sebagai sebahagian daripada rutin kecergasan. Minatnya terhadap makanan berprotein tinggi seperti jantung lembu juga sering mencuri perhatian peminat.
Cipta Sejarah Tersendiri Pada Usia 26 Tahun
Walaupun masih muda, pencapaian Haaland dalam bola sepak sudah berada di tahap luar biasa. Beliau kini merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman untuk pasukan kebangsaan Norway, mengatasi rekod legenda terdahulu dengan jumlah jaringan yang jauh lebih tinggi.
Keupayaannya menjaringkan gol dalam pelbagai keadaan menjadikan Haaland antara penyerang paling berbahaya ketika ini. Sama ada melalui tandukan, penyudah pantas atau menggunakan kekuatan fizikal untuk melepasi pertahanan lawan, dia terus membuktikan mengapa namanya sering dikaitkan dengan pemain bertaraf dunia.
Sisi Bergaya & Trendy
Di luar padang, Haaland menunjukkan sisi berbeza menerusi minatnya terhadap dunia fesyen. Pemain Manchester City itu diketahui memiliki koleksi beg mewah termasuk beberapa model eksklusif yang jarang ditemui seperti Hermès Birkin, Louis Vuitton, Chanel dan sebagainya.
Hal tersebut membuatkan ramai peminat melihat Haaland bukan hanya sebagai atlet profesional, tetapi juga seseorang yang mempunyai citarasa tersendiri dalam soal gaya dan penampilan. Sisi ini memberi gambaran bahawa kehidupannya tidak hanya tertumpu kepada latihan dan pertandingan.
Darah Bola Sepak Mengalir Dalam Keluarganya
Kejayaan Haaland hari ini turut berkait rapat dengan latar belakang keluarganya. Bapanya, Alf-Inge Haaland, merupakan bekas pemain bola sepak profesional yang pernah beraksi di England bersama beberapa kelab ternama serta mewakili Norway.
Membesar dalam keluarga yang dekat dengan dunia bola sepak memberi Haaland pendedahan awal tentang disiplin, tekanan dan komitmen yang diperlukan untuk menjadi seorang pemain profesional. Namun, perjalanan kariernya tetap dibina melalui kerja keras dan usaha sendiri sehingga berjaya mencapai tahap tertinggi.
Kontrak Bersama Manchester City Sehingga 2034!
Sejak menyertai Manchester City pada 2022, Haaland terus mencipta impak besar dalam bola sepak England. Pada musim pertamanya sahaja, dia berjaya memecahkan rekod jaringan terbanyak dalam satu musim Liga Perdana Inggeris selepas menghasilkan 36 gol liga.
Kejayaan beliau membantu Manchester City meraih kejayaan besar termasuk kejuaraan Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-Juara UEFA. Tidak hairanlah kelab tersebut kemudian menawarkan kontrak jangka panjang sebagai tanda kepercayaan terhadap peranan penting Haaland untuk masa depan pasukan.
Pernah Jadi ‘Rapper’
Sebelum dikenali sebagai superstar bola sepak, Haaland pernah menunjukkan sisi santai ketika remaja apabila tampil dalam sebuah video rap bersama rakan-rakannya. Video tersebut kemudiannya menjadi bahan nostalgia yang sering dikongsi semula oleh peminat selepas namanya melonjak terkenal.
Kini, fokus Haaland lebih kepada memastikan prestasinya kekal pada tahap tertinggi menerusi rutin pemakanan, tidur dan pemulihan badan yang sangat teratur. Disiplin tinggi dalam menjaga fizikal menjadi antara faktor utama yang membolehkan dirinya kekal konsisten sebagai pemain elit.
Dengan gabungan bakat luar biasa, personaliti yang mencuit hati serta gaya hidup yang unik, tidak mengejutkan apabila Erling Haaland terus menjadi antara figura sukan paling mendapat perhatian dunia. Di sebalik reputasinya sebagai “mesin gol”, Haaland membuktikan bahawa seorang atlet moden bukan sahaja dinilai melalui pencapaian di padang, tetapi juga karakter dan kisah hidup yang membuatkan peminat tidak kira lelaki atau wanita terus mengikuti setiap langkahnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkhidmatan pemberian vaksin di Malaysia kian dipertingkatkan dari segi jumlah dos dan prosesnya.
Semalam, kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam telahpun memulakan operasinya sebagai Pusat Pemberian Vaksin Institut Pendidikan Tinggi (PPV IPT) dan ia akan beroperasi untuk tempoh dua minggu lagi.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad, UiTM ialah salah satu daripada tiga universiti awam yang sedang menyediakan perkhidmatan ini. Dua lagi IPT yang turut serta ialah Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Perubatan & Pergigian Termaju (@AmDI) USM di Pulau Pinang.
Dewan Berlian, UiTM Puncak Alam. Sumber Foto : UiTM News Hub
Di PPV UiTM Puncak Alam itu, ia mempunyai kapasiti Dewan Berlian yang mampu menampung kapasiti sehingga 1500 orang pada satu-satu masa. Dengan penglibatan 200 orang kakitangan, ia dijangka mampu menyediakan 5000 pemberian vaksin pada setiap hari dari 8 pagi hingga 5 petang.
Ia juga menyediakan PPV secara pandu lalu untuk golongan yang memerlukan terutamanya warga emas dan Orang Kurang Upaya. Operasi secara hibrid ini kini hanya dilaksanakan di PPV terpilih saja. Lokasi PPV lain masih kekal dengan prosedur biasa iaitu menerima suntikan di dalam dewan.
Datuk Seri Noraini Ahmad ketika sedang meninjau keadaan di PPV UiTM Puncak Alam.
Di PPV USM yang akan beroperasi bermula 14 Jun hadapan, ia akan dilaksanakan di Dewan Peperiksaan A dan B di kampus induk USM. Manakala di PPV @AmDI yang terletak di Bertam, ia akan dilaksanakan di Dewan Al-Azahari.
Kedua-dua PPV IPT di Pulau Pinang ini dipercayai akan memberi manfaat besar kepada masyarakat di sana.
Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Noraini juga berkata mereka menyasarkan 16 lagi PPV IPT yang bakal dicadangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membantu usaha kerajaan untuk menyediakan akses yang lebih meluas buat rakyat untuk divaksin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!