Pandemik COVID-19 memberi impak yang besar terutamanya kepada sektor perhotelan kerana tidak dapat beroperasi atau pengunjung semakin berkurang gara-gara takut untuk pergi bercuti.
Sebelum ini sudah banyak berita tentang hotel yang telah dihentikan operasi kerana tidak mampu menanggung kerugian akibat situasi pandemik. Maka, ramai yang terkesan dengan perkara ini kerana tidak mempunyai pendapatan bulanan yang tetap.
Seorang chef yang telah berkerja selama 8 tahun di hotel dan cruise baru-baru ini telah memuat naik sebuah ‘permintaan’ untuk meminta orang ramai mengikuti siaran YouTubenya. Chef Devan menjelaskan situasinya yang sukar mendapatkan pekerjaan di hotel kerana pandemik ini dan mencari inisiatif untuk membuat video masakan.
Hanya dengan 1900 subscriber yang kebanyakkannya adalah orang dari luar negara, chef tersebut memohon bantuan jika orang ramai boleh menyokongnya untuk mengikuti siaran YouTubenya itu.
Ads
“Saya minta bantuan anda sekeluarga support channel saya buat sementara waktu ini sangat susah untuk saya. Pastikan tekan butang loceng supaya setiap kali saya upload video kamu akan terima notifikasi”
Terkini, Chef Dave sudah pun mempunyai lebih daripada 55 ribu followers. Ternyata masyarakat Malaysia memang prihatin dan rata-rata daripada mereka menyokong dan memberikan semangat buatnya.
Benarlah kata orang, rezeki tidak pernah salah alamat. Tambah pula, orang kita memang saling bantu-membantu dan menyokong satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.
Kami turut mendoakan agar individu di luar sana yang terkesan dengan situasi pandemik ini juga dimurahkan rezeki.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak penularan virus COVID-19 yang semakin merisaukan, membuatkan perniagaan yang sekarang tengah ‘laku keras’ adalah penutup hidung dan mulut, penjualannya pun semakin mendapat permintaan tinggi.
Sementara itu, dalam kenyataan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini, pemakaian topeng muka di tempat awam mungkin tidak akan menghalang individu yang sihat daripada dijangkiti koronavirus. Namun, ia boleh menghentikan individu yang positif daripada menjangkiti orang lain.
Tapi orang pernah terfikir tak, bagaimana nasib orang OKU yang terpaksa memakai facemask?
Jadi seorang remaja berusia 21 tahun terpanggil untuk menghasilkan topeng muka yang mesra OKU pendengaran telah dihasilkan Ashley Lawrence, seorang pelajar di Amerika Syarikat.
Mereka diajar untuk membaca gerak bibir bagi memahami yang cukup diucapkan. Apabila mulut ditutup, memahami “perbualan” asal menjadi sukar dan mungkin membahayakan nyawa mereka sekiranya ia berlaku di hospital dan mereka perlu mendapatkan rawatan.
Beliau mengubahsuai topeng wajah tiga lapis biasa dengan tingkap kecil yang diperbuat daripada plastik. Pada waktu ini beliau menggunakan dana peribadi untuk menghasilkannya bagi kegunaan di hospital. Namun begitu beliau telah mula mengumpul dana menerusi laman biayasama GoFundMe bagi membolehkan lebih banyak topeng dihasilkan dan diedarkan secara percuma.
So mungkin kita boleh ceduk idea remaja ini, untuk dipraktikkan di negara kita dan bermanfaat kepada OKU pendengaran.
Heboh selepas suspek yang membakar pusat tahfiz baru-baru ni terbongkar dan rata-rata di kalangan mereka adalah masih dibawah umur.
Ramai yang menghentam sekumpulan remaja tersebut dengan pelbagai tohmahan dan penduduk diperkampungan tersebut juga berkata mereka tidak sedar dengan masalah budak-budak nakal dan salah laki remaja di kawasan itu.
Gambar hiasan
Segelintir masyarakat menyalahkan anak-anak muda itu, tetapi tidak bagi wanita yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Seberang Jaya ini.
Melihatkan kisah remaja ini, Nadiah Yusof telah berkongsi pengalamannya tentang situasi yang lebih kurang sama dialaminya suatu masa dahulu.
Nyata, dia tidak mudah untuk menunding jari menyalahkan golongan muda tersebut. Jom kita baca perkongsian dan pendapat jujur daripada wanita ini.
Gambar hiasan
Kes remaja yang membakar tahfiz mengingatkan saya kejadian 8 tahun lepas ketika saya masih seorang pelatih. Saya terima seorang pesakit awal 20-an yang ditetak dengan parang di kedua2 belah tangannya.
Kira-kira tak lebih dari 10 deep laceration wound di sana. Dia datang bersama-sama sepasukan anggota polis dalam keadaan separuh sedar.
Ini kali pertama saya lihat luka seperti itu. Pucat muka dan berdebar jantung saya. Hasil maklumat dari pihak polis, dia ditangkap setelah merompak dan membunuh tiga orang penghuni rumah (isteri, anak berusia tiga tahun dan orang gaji).
Tak bernasib baik, belum sempat dia melarikan diri, sang suami pulang ke rumah dan menangkapnya. Akibat amarah, si suami menetak dan orang kampung mencurah cuka pada lukanya. Padanlah separuh masak isinya.
Gambar hiasan
Saya lihat betul-betul wajahnya. Sampai sekarang saya masih boleh ingat wajahnya. Orangnya masih muda, wajah putih bersih tak nampak seakan penjenayah. Janggut sejemput seperti seorang ustaz layaknya. Benarlah kata orang, jangan menilai orang dari rupa/luarannya.
Pesakit ini rupa-rupanya penagih dadah. Malah, Sebelum pecah masuk dia sempat mengambil 16 biji pil ekstasi. Dalam keadaan tidak sedar, dia membunuh semua yang berada di rumah. Malah anak kecil berusia 3 tahun itu ditemui di dalam bilik air dalam keadaan perut terburai.
Bila masuk ke ward, social history lbh terperinci di dapati. Kisah hidup anak muda ini tragis. Dia adalah pelajar cemerlang (10A) di dalam SPM. Malah ditawarkan jurusan perubatan.
Tetapi dia terkesan dengan perceraian kedua ibu bapanya. Dia tidak dipedulikan, maka dia menentukan hidupnya sendiri. Dia berhenti belajar dan terlibat dengan najis dadah.
Ketika dia dimasukkan ke hospital tak ada seorang pun ahli keluarganya kelihatan. Malah pihak hospital mengalami masalah mendapatkan maklumat dari ahli keluarganya. Ada nombor telefon yang diberikan tetapi tidak mengaku mempunyai pertalian denngannya. Malah tiada siapa yang melawatnya di hospital.
Kisah anak muda ini selalu saya ceritakan untuk mengingatkan betapa durjana najis dadah. Begitulah dadah memusnahkan segalanya. Walaupun pesakit ini bekerja, tetapi ianya tak mampu menanggung desakan ketagihan dadah. Dalam dua hari habis duit gaji sebulan untuk membeli dadah. Habis duit gaji, terpaksa mencuri. Natijahnya terpalit pada insan tak berdosa.
Sepanjang bertugas di Jabatan Kecemasan dan mengendalikan kes OSCC, 90%(anggaran kasar dan personel) daripada kes rogol, sumbang mahram,sodomy malah dadah terhasil dari broken family. Ketika ini lihat dimana anak-anak kita. Dengan siapa mereka berkawan.
Jika selama ini kita tak pernah peduli, mulakanlah sekarang. Periksa diri kita sebagai ibu bapa. Kita adalah acuan mereka. Jika hasil tidak molek, acuannya yang tak kena. Berhentilah menyalahkan orang lain sebaliknya berlapang dada memperbaiki diri kita.
Sikap kita juga mesti diperbaiki. Hentikan sikap menghukum. Sejahat manapun seorang manusia, Allah membuka ruang untuk hambanya bertaubat..siapalah kita untuk menentukan syurga neraka seorang manusia. Boleh jadi mereka yang kita cerca lebih mulia dari kita jika mereka bertaubat nasuha.
Pesakit saya itu, tiada siapa berani mendekatinya mungkin kerana perbuatannya dan mungkin kerana terlalu ramai anggota polis menggerumuninya. Saya masih igt soalan yang ditanya ketika dia sudah sedar dari ‘high’, baru sedar dia membunuh tiga nyawa.
“Kenapa awak suap makanan pada saya? Saya pembunuh.”
“Sebab kamu manusia.. manusia buat silap.kalau kamu bertaubat boleh jadi kamu lebih mulia dari saya.”
Ketika itu saya sebak. Mengenangkan dia seorang yang hampir punya masa depan gemilang bakal berakhir di tali gantung kerana dadah dan masalah keluarga.
Kesimpulannya, sebagai masyarakat kita jangan cepat menghukum kerana sesungguhnya kita tidak tahu apa yang dilakukan oleh mereka mungkin saja dek kerana pengalaman dan kisah hidup yang lepas membuatkan mereka bertindak sedemikian.
Jadi, biarkan pihak berkuasa yang menjalankan tugas mereka.
Teringat kembali sewaktu zaman persekolahan dahulu, setiap malam akan kemas buku yang perlu dibawa ke sekolah mengikut jadual yang telah diberikan oleh guru. Buku teks antara yang paling tebal dan jika sehari ada 5 subjek yang dipelajari, maka pelajar perlulah membawa lima buah buku teks, itu belum termasuk lagi buku latihan yang lain.
Bayangkan, bagi pelajar yang berbadan kecil, korang sendiri tahu bagaimana rupa bila beg sekolah lagi besar daripada tuan badan. Hiks!
Nah, kini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tampil dengan beberapa jalan ‘penyelesaian baharu’.
Bermula tahun ini KPM akan menyediakan kemudahan lokar di sekolah-sekolah rendah secara berfasa bagi menyelesaikan isu beg pelajar berat.
Foto Via Pexels
Penyediaan kemudahan itu membabitkan sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi yang akan melibatkan pelajar Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 melibatkan 10,662 kelas dengan 323,186 pelajar.
Bagi menyediakan kemudahan itu, jumlah peruntukkan yang dianggarkan untuk fasa satu adalah sebanyak RM37.3 juta.
Setelah selesai fasa satu, fasa kedua pula menumpu kepada penyediaan lokar kepada murid Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi bermula tahun 2023.
Berbeza dengan sekolah satu sesi, pelajar hanya akan diarahkan menyimpan buku di dalam laci meja di bilik darjah masing-masing.
Selain itu, KPM turut menetapkan pelajar hanya membawa dua buku latihan tidak melebihi 80 muka surat bagi setiap mata pelajaran.
Wah, untungnya adik-adik zaman sekarang. Semoga dengan adanya usaha ini dapat memudahkan lagi sesi pembelajaran.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Sinar Harian, Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun sekadar menamatkan saingan di tempat keempat dalam program Talk To My Manager Musim Kedua (TTMM2), penerbit terkenal, Datuk A. Aida menganggap penyertaan anaknya,...