Apabila Neelofa bergaya, ada saja pelbagai jenis komen yang akan berderetan..
Ada yang akan menyukainya, ada juga yang keliru dengan pemilihannya. But you have to give Lofa a credit where it is due. Pemenang Dewi Remaja 2009/2010 ini tidak pernah gentar untuk mencuba perkara baru, terutamanya dalam skop fesyen.
Antara gaya Lofa yang paling kami nanti-nantikan adalah setiap kali dia pergi ke sesebuah lokasi percutian. Kali ini, Lofa memilih Maldives untuk bercuti dan meleraikan stres.
Jom lihat, 5 resort style Lofa ketika berada di tepi pantai.
01
Ads
Bagi peminat Lofa, mesti korang sedang menantikan foto OOTD terbarunya di Instagram dan Instastory. Jika kami tidak silap, Lofa berada di Pulau Rangali, Kepulauan Maldives untuk bercuti.
“Getting the much needed vitamin SEA.”
Tetapi mengapa dia memilih pulau, laut dan pantai pada kali ini. FYI, lokasi sebegini adalah antara lokasi percutian paling digemari oleh Lofa untuk menenangkan fikiran. Lofa pernah bercita-cita dahulu untuk memiliki satu kediaman di tepi pantai kerana dia begitu gemarkan bunyi ombak.
Maybe one day, insyaAllah sis! Tetapi buat masa ini, Lofa memberikan kita semua stail OOTD hari pertamanya di sana dengan teknik layering dress hitam, kaftan, beg rotan dan topi oversized yang pernah penulis lihat di persembahan fesyen Min Luna x Fashion Valet, Ogos lalu.
02
Percutian ke Maldives pada kali ini juga adalah peluang terbaik Lofa untuk betul-betul mencuba koleksi tudung Aura daripada Naelofar Fit. Tudung tersebut dikatakan mempunyai material reflektif dan mudah kering.
Jadi ketika menaiki bot di sana, Lofa menunjukkan ia setanding dengan Nike Hijab yang cukup popular di kalangan hijabi.
Ads
Ingat lagi tak semasa Lofa bertemu atlet lawan padang USA pertama yang berhijab iaitu Ibtihaj Muhammad pada akhir tahun lalu?
Penampilannya sebagai model Nike Hijab pada waktu itu mencetuskan fenomena di kalangan hijabi seluruh dunia. Mungkin juga Lofa sempat bertukar pendapat dan merasakan Naelofar perlu mengeluarkan hijab aktif seperti Aura.
03
Ini bukanlah kali pertama Lofa pernah menjejakkan kaki di Maldives. Dia dan team pernah ke Pulau Milaidhoo, Maldives pada bulan Ogos lalu seperti foto di atas.
Ads
Dengan gaya meleret, mungkin Lofa inginkan efek baju berterbangan ketika ditiup bayu Maldives semasa berjalan. Lofa memadankan dress labuhnya dengan aksesori daripada Swarovski.
Gaya keempat di Koh Samui ini adalah antara yang kami gemari dari Lofa! Mungkin kerana dia menunjukkan yang kita tak perlukan baju dan aksesori berlebihan untuk kelihatan cantik dan masih selesa semasa bercuti.
Seperti Lofa, korang boleh memilih padanan satin untuk kelihatan #extra atau ringkas dengan dress polos. Yang penting, sandal perlu on point okay!
Salah satu stail Lofa yang diambil dari beberapa tahun lepas semasa di Datai, Langkawi. Mudah kan untuk kita semua meniru gaya ini, I am sure all of these pieces are already in your closet.
Keselesaan adalah kunci utama untuk korang rasa betul-betul tenang semasa bercuti. Jadi pilih fabrik yang mudah menyerap peluh. Warna seperti pastel juga adalah pilihan terbaik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam telah selamat mengikat tali pernikahan bersama suri hatinya, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi. Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Mohd Baharom, 33, bernikah buat kali kedua selepas lebih setahun bergelar duda.
Dalam hantaran di laman Instagramnya pada malam khamis sebentar tadi, Sam menjelaskan secara ringkas, “Salam Jumaat semua. Disini sam ingin kongsi yang Sam sudah menikahi Puteri Eifa Ezrin binti Mohd Kushairi. Doakan yang baik2 untuk kami. Alhamdulillah.”
Sepadan dalam persalinan serba putih.
Sebelum ini Sam pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang penerbit rancangan TV, Aida Azira Husin pada tahun 2015 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada Januari 2019.
Sedikit trivia mengenai vokalis kumpulan Bunkface ini, dia merupakan abang kepada pelakon popular, Siti Saleha. Hasil perkahwinan sebelum ini dia dikurniakan seorang anak lelaki dan diberi nama Maleeq yang kini berusia 4 tahun. Sam dilahirkan di England dan membesar di Klang, Selangor.
***P/S – Semoga perkahwinan kedua Sam kekal ke jannah dan sentiasa diberkati Allah SWT. Tahniah Sam!
Walaupun sudah 14 tahun meninggal dunia, namun muzik, lagu dan gerak tari lagenda Michael Jackson sentiasa relevan mengikut peredaran zaman.
Sebelum ini, dalam filem biografi ‘Michael’ anak saudaranya yang berusia 26 tahun, Jaafar Jackson menjelma menjadi Micheal Jackson.
Dikatakan Jelmaan Michael Jackson, Kenali JAAFAR Jackson
Untuk info, Jaafar merupakan anak kepada abang mendiang Michael iaitu Jermaine Jackson atau Muhammad Abdul-Aziz Jackson yang juga seorang penyanyi dan penerbit. Jaafar Jackson mempunyai adik-beradik seramai 8 orang terdiri 6 lelaki dan 2 perempuan dari ibu berlainan. Ibunya bernama Alejandra Oaziaza.
Menariknya, raut wajah segak dan bakat seni yang mengalir deras dalam tubuh Jaafar membuatkan jejaka ini individu paling tepat menggambarkan zaman kegemilangan mendiang bapa saudaranya.
Menurut ibu Michael iaitu Katherine Jackson, cucu kesayangannya itu mampu menjadi pewaris mereka dalam industri muzik.
“Jaafar mewakili anak saya. Sangat menggembirakan melihat dia meneruskan legasi Jackson sebagai seorang penghibur.” Katherine Jackson
“Saya teruja membawakan watak bapa saudara saya, Michael Jackson kembali ke layar perak. Buat semua peminat beliau di seluruh dunia, saya bakal bertemu anda nanti.” Jaafar Jackson
Berita ini disahkan oleh Studio Lionsgate dalam satu kenyataan yang memaklumkan, naskhah berkenaan akan meneroka kehidupan seorang lelaki rumit yang bergelar Raja Pop.
Menurut kenyataan itu, filem tersebut bakal mendedahkan semua aspek dalam kehidupan Michael serta persembahannya yang paling penting sekali gus meletakkan beliau menjadi ikon dalam dunia muzik.
Penggambaran akan bermula tahun ini dan filem epik ini akan diarahkan oleh Antoine Fuqua dan diterbitkan oleh Graham King yang bersetuju Jaafar mempunyai keupayaan semula jadi untuk mencontohi dan menghidupkan watak Michael.
“Jelas bahawa dia adalah satu-satunya orang yang layak mengambil peranan ini,” kata King yang teruja untuk membawa Jaafar ke skrin besar sebagai ‘jelmaan’ mendiang bapa saudaranya.
Dalam masa sama, Lionsgate tidak menyebut mengenai salah satu kes paling kontroversi dalam episod hidup superstar dunia itu iaitu perbicaraan atas tuduhan penderaan seks kanak-kanak pada 2005 dan dakwaan tambahan terhadap penyanyi itu dipaparkan dalam dokumentari 2019, ‘Leaving Neverland’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya lepas ini tak perlulah lagi kita kerap ke Korea Selatan untuk merasakan pengalaman dunia K-Pop.
Mereka sendiri yang semakin kerap ‘datang’ ke Kuala Lumpur. Terbaru, sebuah kafe berkonsepkan kumpulan K-Pop, EXO akan dibuka pada hujung bulan April ini.
Dikenali sebagai The Brussette Cafe, kafe ini akan menyajikan makanan western Halal dan sedang menjadi bualan mulut para EXO-L Malaysia. Ini kerana hampir setiap segi persediaan kafe sebelum ia dibuka kelak mempunyai elemen EXO.
Contohnya, ia akan mempunyai album, DVD dan merchandise original sebagai bahan pameran. Pengunjung juga boleh menggunakan permainan video XBox dan board games di situ.
Mengapa Nama Brussette?
Menurut wakil pemiliknya, “Tahun lalu, keluarga saya berkesempatan untuk berkunjung ke Viva Polo (restoran Itali milik keluarga Chanyeol di Seoul). Kami bertuah kerana telah bertemu ibu Chanyeol di situ dan saya memberitahunya tentang perancangan untuk memiliki kafe sama sepertinya.
“Bila bertanya tentang nama yang sesuai, dia mencadangkan The Brussette Cafe. Katanya, Chanyeol dulu ingin menggunakan nama itu tetapi dia akhirnya memilih nama Viva Polo,” kongsi mereka di Twitter.