Kalau kata nak diet je, mesti orang cakap jangan makan nasi. Tapi yang peliknya, berat tak turun-turun juga bila dah mula cut nasi dalam pemakanan seharian.
Persoalannya, adakah benar nasi itu menggemukkan? Bagaimana pula kalau dah exercise hari-hari pun tapi berat badan masih sama?
Ads
Ads
Ha, nak tahu jawapannya? Jom tonton video ini bagi menerangkan segala kemusykilan yang sering anda hadapi.
Wow, mampu ke tak nak cantik seperti mereka berdua?
Khas sempena filem terbaru (dan mungkin sekali filem terakhir?) Avengers: End Game pada bulan ini, SEPHORA pun ingin turut sama menghangatkan lagi sambutan filem itu dengan koleksi mekap terbaru mereka hasil inspirasi Marvel Cinematic Universe.
Koleksi eksklusif Marvel ini menggunakan nama adiwira daripada francais popular itu. Apa yang paling kami gemari adalah efek holografik dan ‘shine’ yang ada pada semua produk tersebut. Barulah kena dengan universe kan?
Ini adalah antara produk kegemaran kami. Cubalah, mana tau korang boleh jadi secantik Captain Marvel, Black Widow dan Shuri?
Black Panther Highlighting Palette
Warna palet ini yang lembut sesuai untuk apa-apa jenis warna kulit.RM89
Captain America Blush Palette
Siap dengan corak perisai Captain America lagi. RM55
Thor Eyeshadow Palette
Wow, Thor pun pakai eyeshadow! Hehe, Ia mempunyai seleksi warna bumi untuk korang yang sukakan natural look.RM65
Marvel Heroes Mini Kiss Me Balm Trio
Warna-warna terang untuk bibir korang agar dapat aura keberanian daripada adiwira kegemaran!RM55
Marvel Heroes DE Lipstick & Gloss
Didatangkan dalam warna 01 Red, 02 Pink dan 03 Orange, warna-warna ini memang akan berikan semangat oomph!RM65 setiap satu.
Marvel Heroes Makeup Brush Set
Kalau adiwira Marvel mempunyai senjata dan gajet, korang pula mempunyai ‘gajet’ penting ketika bersolek. Pelbagai jenis berus didatangkan dalam satu set (2 untuk muka dan 3 untuk mata) dengan nama hero berlainan padanya. RM145
Selain itu, terdapat juga produk face mask dan double ended eyeshadow.
***
Koleksi Marvel ini boleh korang dapati bermula 11 April ini di stor, stor online dan aplikasi SEPHORA.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, nama penyanyi sensasi BLACKPINK, Jennie kembali mencuri perhatian orang ramai di media sosial selepas beliau didakwa pernah menjalinkan hubungan bersama anak kepada pewaris syarikat permotoran jenama BMW.
Menerusi sebuah podcast berjudul ‘Above The Influence’ dalam episod terbaru, seorang usahawan dan pempengaruh bernama Kira berkongsi tentang masa lalunya, termasuk sejarah percintaan yang didakwa melibatkan seorang idola K-Pop terkenal.
Selain dari itu, beliau juga mendakwa bahawa terdapat beberapa idola wanita terlibat dalam pelacuran dengan ahli perniagaan kaya, termasuk beberapa bintang ternama.
Kredit foto: Instagram JennieKredit foto: Instagram Woo Tak
Dalam pada itu, salah seorang jurucakap lain menerusi podcast yang sama, Woo Hak turut menyokong dakwaan ini dengan mengatakan bahawa beliau mengetahuinya kerana pernah menghadiri kem musim panas bersama “anak pewaris BMW” yang dikatakan telah melakukan hubungan intim bersama pelantun lagu ‘Like JENNIE’ itu.
“Cerita yang paling gila pernah saya dengar mengenai kawan saya iaitu pewaris BMW, dia beritahu pernah melakukan hubungan bersama Jennie dari BLACKPINK,” katanya.
“Dia bayar Jennie dan mereka ada video. Dia tunjuk video itu pada saya. Jadi saya tahu ia benar,” ujarnya lagi.
Menerusi hasil carian di talian, pewaris BMW, Stefan Quandt dan Susanne Klatten, masing-masing mempunyai anak, dan Susanne dikatakan mempunyai dua anak lelaki yang sebaya dengan Woohak.
Walaupun menerusi pencarian di internet mungkin kelihatan agak masuk akal secara teknikal, namun hal tersebut menerima kritikan dan keraguan yang hebat.
Sementara itu, pendedahan tersebut turut membuatkan ramai peminat Jennie kurang senang sehingga mendesak beliau untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan yang disebarkan melalui klip video yang kini tular itu.
Pada masa yang sama, peminat juga meluahkan reaksi berang terhadap Woo Hak kerana dianggap bercakap perkara tidak benar tentang artis kesayangan mereka. Sehingga kini, masih tiada sebarang maklum balas rasmi berhubung tuduhan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, bermacam-macam industri pekerjaan telahpun teruk terjejas apabila sumber pendapatan mereka semakin merosot.
Antara industri yang terjejas adalah industri pelancongan dan perhotelan berikutan penurunan jumlah pelancong dari luar negara.
Lantas, pelbagai usaha cuba dicipta pihak kerajaan seluruh dunia untuk membantu industri tersebut daripada terus berkubur dalam waktu terdekat.
Seperti di Thailand, kerajaan mereka telah mengumumkan tawaran diskaun 'gila-gila' dari 40 peratus hingga 50 peratus untuk lokasi penginapan di negara tersebut kepada para pelancong! Ia akan diberikan dalam bentuk pakej pelancongan dan kupon diskaun bagi menaikkan semula jumlah pelancong ke Thailand.
Tawaran itu telahpun dimumkan oleh Pejabat Pentadbiran Ekonomi Nasional dan Dewan Pembangunan Sosial di Thailand yang akan melancarkannya bagi tempahan penginapan pada bulan Julai.
Ini memandangkan Thailand masih mengehadkan jumlah pengunjung antarabangsa serta pergerakan sosial buat masa ini. Larangan penerbangan masuk antarabangsa ke Thailand juga baru dilanjutkan sehingga 30 Jun kelak sebagai langkah berjaga-jaga.
Namun, Thailand sedang berurusan dengan negara berdekatan seperti Malaysia, Korea Selatan dan Filipina untuk membenarkan kemasukan pelancong asing tidak lama lgi.
Seperti di Malaysia, Thailand juga secara perlahan-lahan telah memberi kelonggaran kepada rakyatnya untuk menunaikan urusan harian dengan pembukaan semua kompleks membeli-belah, muzium, pasaraya dan lokasi tarikan pelancong.
Apa pendapat korang? Patutkah kita merebut peluang untuk melancong dengan lebih murah ke Thailand pada bulan Julai ini. Atau sewajarnya, kita harus menangguh sehingga tahun hadapan je?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!