Bukan calang-calang insan boleh mengenepikan nama-nama besar seperti Hafiz Suip, Alif Satar dan Syamel dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki) pada malam kemuncak muzik terbesar Malaysia, Anugerah Industri Muzik (AIM).
Justeru sebaik nama Arddley Nicholas diumumkan sebagai penerima kategori vokal lelaki terbaik menerusi single berjudul Pilu, penonton terus tertanyta-tanya siapakah gerangan penyanyi yang membuktikan populariti bukan segala-galanya?
Arddley Nicholas
Nah, kami senaraikan empat fakta menarik mengenai Arddley yang pastinya kini bakal menjadi pelapis kepada barisan penyanyi lelaki dengan kekuatan vokal tersendiri di Malaysia.
01
Arddley merupakan seorang guru muzik dari daerah Tambunan. Kini berusia 31 tahun, Arddley telah menjadi vokalis lelaki pertama dari Sabah yang pernah memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki) di AIM.
02
Katanya kepada rakan media, “Kemenangan ini tidak boleh diungkapkan dalam kata-kata memandangkan ia merupakan satu kejutan yang cukup bermakna dalam hidup. Apa yang boleh saya katakan adalah saya amat teruja apabila keputusan itu diumumkan.
“Ini seperti mimpi dan terasa seperti ini bukanlah dunia yang nyata. Bila tercalon sahaja dalam kategori ini bersama nama-nama besar yang lain, sebenarnya saya sangat segan. Untuk tercalon sahajapun sudah merupakan kemenangan besar untuk saya,” katanya.
Ads
03
Selain Pilu, Arddley juga muncul dengan beberapa lagi lagu berkualiti termasuklah Sonsodo nyanyiannya bersama juara Big Stage 2022, Elica Paujin, Nafas (2019) dan Bersamaku (2018).
Arddley sinonim dengan genre lagu RnB Soul Blues sebelum ini. Namun menerusi single Nafas, ia mempertaruhkan genre Pop Retro Dance demi memberikan nafas baharu kepada pendengar.
Cer dengarkan lagu-lagu nyanyian Arddley di sini:
04
Dalam ucapannya semalam di belakang pentas, Arddley berterima kasih kepada Alejandro Jun untuk susunan lagu Pilu.
Ads
Dia menyambung,” Terima kasih juga kepada keluarga saya, ibu-bapa saya dan rakan-rakan saya kerana menyokong. Terima kasih juga kepada Four Forty Records yang mewakili lagu Pilu. Juga kepada Juwita Suwito dan Gina Yap.”
05
Arddley mula mendapat keyakinan untuk bergiat aktif dalam bidang seni nyanyian selepas mengenali rakannya bernama Jeremiah yang merupakan seorang penari dari Miri, Sarawak. Jeremiah yang juga pernahh muncul dalam video muzik Nafas bersama kumpulan tariannya, The Vessels kata Arddley telah memberi banyak dorongan untuknya mengatasi masalah kemurungan yang pernah dihadapinya serta mengejar peluang berbekalkan bakat yang dimiliknya.
Arddley juga mengimpikan untuk mencipta lebih banyak muzik yang dapat menginspirasikan masyarakat terhadap pelbagai mesej penting seperti kesedaran kesihatan mental.
Ads
06
Biarpun namanya kini semakin dikenali di Semenanjung Malaysia dek kemenangan di AIM ke-23, Arddley sebagai anak seni kelahiran Sabah sentiasa ingin mengetengahkan bumi asalnya itu ke peringkat yang lebih tinggi.
Katanya kepada rakan media lagi, Sabah semakin giat melahirkan ramai pendatang baharu yang berpotensi dalam mengeluarkan muzik serta video yang berkualiti. Ia secara tidak langsung menyumbang ke arah kemajuan industri muzik di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yeay, ‘musim bunga’ kembali melanda Kedah pada tahun ini apabila netizen di sana sudah mula memuat naik gambar mereka di bawah pohon Tekoma.
FB: Muhd Ruzi.
Digelar sebagai Sakura Kedah, fenomena pokok Tekoma berbunga lebat ini hanya berlaku sekitar bulan Mac apabila keadaan cuaca panas dan hujan sedikit pada waktu petang berlaku.
Serta-merta, landskap bandar raya Alor Setar dan kawasan di sekitarnya berubah wajah apabila pokok Tekoma mula mengeluarkan bunga berwarna merah jambu dan putih sejak hujung minggu lepas.
FB: Muhammad Jarmi.
Di media sosial pula, bukan saja penduduk di sana yang teruja untuk mengambil gambar bersama persekitaran cantik itu.
Malah ada juga remaja yang sanggup datang dari Kangar, Perak malah dari Kuala Lumpur semata-mata untuk melihat sendiri pemandangan tersebut dan muat naik gambar OOTD.
FB: Shahrun Dayak.
FB: Joe Farin
Menurut Ketua Bahagian Landskap dan Rekreasi Bandaraya Alor Setar (MBAS), fenomena ini berlaku setahun sekali, iaitu bermula daripada bulan Mac sehingga ke awal April. Ini kerana bunga Tekoma tidak mampu bertahan lama dan berkembang penuh bergantung kepada suhu panas musim kemarau. Selepas hari lebih kerap hujan, ia akan luruh sama.
FB: Pejabat Perpaduan Daerah Yan.
“Dua tahun lalu, suhu di Kedah mencecah 38 darjah Celcius, sehinggakan pokok ini hanya dipenuhi dengan bunga semata-mata! Tiada daun langsung yang kelihatan.”
Daripada apa yang penulis lihat, pokok Tekoma bukan saja tumbuh dan mekar merata di Kedah. Malah di Batu Pahat juga, pokok Tekoma ditanam di tepi jalan dan kini sedang berbunga lebat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lagi anak Malaysia yang membanggakan diri dan negaranya.
Shobitha Kalaiselvan yang berasal dari Lembah Klang ini seharusnya berbangga dengan pencapaiannya apabila dia terpilih untuk memegang watak Lelia di dalam siri televisyen popular US, Gotham.
Shiva yang menetap di New York dalam posting di Instagram telah meluahkan rasa syukurnya terhadap peluang yang diterima olehnya ini.
“Saya tidak tahu nak cakap apa, saya hanya boleh senyum saja. Terima kasih kerana selalu berada bersama saya dan menyokong karier saya. I am a lucky gal!“, kata Shiva
Katanya lagi, dia selalu membayangkan impian untuk melakonkan watak superhero atau super villain.
Watak yang dibawakan oleh Shiva ini juga bukan sekadar watak tempelan. Bagi peminat siri Batman, pastinya korang tahu tentang latar belakang Lelia.
Beliau merupakan ketua kepada kontinjen perempuan di dalam League of Shadows, skuad yang setia kepada pasukannya. Dalam di dalam siri Gotham yang boleh ditonton di saluran Fox ini, Lelia melakukan kemunculan pada episod A Dark Knight: One of My Three Soups.
Shiva merupakan graduan dalam jurusan kewangan dari Indiana University pada tahun 2006 dan pernah bekerja sebagai pegawai pelaburan di Milwaukee, US dan London.
Dia kemudiannya mengambil jurusan postgraduate dalam bidang lakonan di Columbia University, New York dan pernah menerbitkan dua nukilan teater bersama syarikatnya, Next in Line Productions.
Di Malaysia pula, Shiva pernah berlakon di pentas teater After Juliet dan Malaysian Girls di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPaC)
Congrats girl! Tak sabar untuk menantikan kemunculan Lelia dalam episod seterusnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkara yang paling ditakuti oleh para pelajar setelah menamatkan pengajian adalah proses mencari pekerjaan.
Kalau nasib baik, mudahlah dapat pekerjaan tapi kalau nasib tidak baik memang akan lamalah tanam anggur di rumah.
Susulan itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Malissa Ali berkongsi di laman Twitternya mengenai tip-tip untuk mendapatkan pekerjaan dengan cepat sebelum tamat pengajian.
Jaga CGPA
Buat LinkedIn Dari Zaman Belajar
Aktif Aktiviti Ko-Kurikulum
Minta Support Dari Pensyarah
Perform Masa Internship
Keyword Cari Kerja Kena Betul
Target Syarikat Nak Kerja
Rendah Diri Dan Matang
Terangkan Betul-Betul Ketersediaan Korang Untuk Mula Kerja
Ya, bukan mudah untuk mencari pekerjaan idaman kan? Apapun, semoga dengan perkongsian ini dapat membantu semua fresh grad untuk mendapat kerja ya.
Yang penting, usaha dan tawakal!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!