Terbaru, pada 19 September, agensi penyanyi terkenal, Jennie BLACKPINK, OA Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pertemuan Jennie dan BamBam GOT7 di sebuah restoran Jepun terkenal di Los Angeles, Amerika Syarikat yang tular di media sosial.
OA Entertainment menjelaskan bahawa Jennie dan BamBam merupakan kawan rapat yang hanya berjumpa untuk meluangkan masa bersama.
Kredit: skintypink
“Khabar angin mengenai percintaan Jennie dan BamBam adalah tidak benar”
“Mereka berdua yang merupakan rakan terdekat itu baru sahaja berjumpa dan makan di Amerika Syarikat,” jelas kenyataan itu lagi.
Ads
Dalam pada itu, menurut laporan lain, kedua penyanyi terkenal itu juga dilihat ditemani oleh pengurus masing-masing.
Ads
Selain itu, selepas selesai makan, keduanya hanya didapati berbual, berseronok, sambil berjalan mengisi masa lapang.
Sebelumnya, gambar Jennie dan BamBam tersebar sehingga menyebabkan mereka dikhabarkan menjalin hubungan cinta.
Sekadar info, Jennie akan membuat kemunculan menerusi program siri realiti JTBC ‘My Name is Gabriel’ pada 27 September ini. Sementara BamBam baru sahaja selesai menjalankan promosi bagi mini album ketiganya berjudul ‘BAMESIS’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekian lama bermastautin di Montreal Kanada bersama keluarganya, pelakon terkenal era-90an serta bekas finalis pencarian Dewi Remaja kedua pada 1987/1988 iaitu Azah Aziz berkongsi petua masih ‘bergetah’ dan tetap menawan.
Walaupun anak-anak sudah berganjak remaja namun pelakon drama Cinta Korporat ini tetap awet muda dan bagaikan seperti kakak kepada anak-anak terunanya.
“Tiada sebarang pembedahan, pengambilan suntikan botox mahupun pil diet. Sebaliknya saya percaya dengan perlindungan pada wajah pada awal usia. Itulah saya amalkan sejak umur 20-an lagi,” ujar pemilik nama sebenar, Norazah Aziz ketika mendedahkan rahsia cantiknya.
Tidak segan mengaku dirinya sebagai ratu krim
“Pelbagai jenis krim saya amalkan setiap hari. Baik pelembab, krim siang, krim malam dan sebagainya untuk wajah, bawah mata dan sebagainya.
“Setiap kali selepas memakai mekap, wajib untuk pastikan wajah dicuci bersih. Diikuti dengan pemakaian krim perlindungan,” kongsinya sambil mengakui pemakaian krim tetap diamalkan walaupun hanya duduk di rumah.
Foto Via Instagram
Kekalkan Pemakanan Sihat
Bagi menurunkan berat badan pula, Azah mempraktikan pengambilan makanan sihat.
Beliau juga rajin berkongsi menu sihat harian menerusi laman instagramnya.
Selain itu, untuk kekal fit, wanita itu akan bersenam yang membantunya mendapatkan bentuk badan yang cantik.
Beliau turut berkongsi menu dietnya :
” Pagi untuk sarapan, saya akan mengambil green tea dan buah oren, kadang-kadang cuma ambil green tea, kemuadian saya akan pergi berlari sekurang-kurangnya 5km tapi kadang-kadang saya akan berlari di waktu petang bergantung pada mood 😆, lunch saya akan mengambil portion yang kecil, mesti ada protein sepeti ayam dan ikan, sayuran atau salad, dan sedikit karbohidrat seperti nasi atau kentang. Kadangkala saya tidak mengambil karbo, makan malam sama cam lunch juga. Ambil air yang banyak jadi kita tidak akan rasa lapar, tidak kepada manisan dan desert😁 Klu u all follow this inshaallah boleh turun berat badan tu, i can do it , u can do it too,” menurut perkongsiannya di instagram
“Berat badan saya sebelum ini 63 kilogram (kg). Kerana usikan anak- anak yang mengatakan saya nampak chubby, membuatkan saya nekad untuk menurunkan berat badan. Dalam tempoh lima bulan, saya hilang 15kg. Alhamdulillah, percaturan saya berjaya.
“Caranya mudah sahaja. Saya berlari, mendaki setiap hari dan berjalan kaki untuk mendapat 10, 000 ribu langkah sehari. Untuk sarapan, saya hanya ambil teh hijau, manakala makan tengah hari pula dalam kuantiti yang sedikit.
Wah, macam boleh je cuba tip yang dikongsikan oleh Azah Aziz. Good luck!
*
Untuk info, perkahwinan Azah Aziz dan suaminya yang berbangsa Inggeris, Daud berkekalan selama 27 tahun. Setelah mengikat tali perkahwinan, Azah mengikut suaminya menetap di Montreal, Kanada.
Azah Aziz juga merupakan bekas finalis pencarian Dewi Remaja 1987/1988 yang dimenangi oleh Aleeza Kassim. Turut ada bersama mereka pada edisi kedua itu ialah bekas personaliti TV3, Sharifah Shawati dan Che Puan Datin Mimi Wahedah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, persaingan antara beberapa jenama perbankan di Korea Selatan mula meraih perhatian apabila mereka dilaporkan sanggup berbelanja besar demi mendapatkan selebriti popular sebagai wajah utama dalam mempromosi kempen masing-masing.
Bagaimanapun, antara nama yang paling menjadi tumpuan sudah tentunya ikon K-Pop terkenal iaitu G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong (38), yang dikatakan masih dipilih sebagai model iklan dengan bayaran tertinggi di negara itu.
Memetik laporan yang diterbitkan oleh Financial News, jumlah keseluruhan perbelanjaan pengiklanan lima bank komersial terbesar di Korea Selatan dilaporkan buat pertama kali melebihi 800 bilion Korea Won (sekitar RM2.7 bilion) tahun lalu. Peningkatan mendadak itu dilihat berpunca daripada persaingan sengit dalam menarik perhatian pelanggan menerusi kempen pemasaran berskala besar.
Dalam kalangan bank terbabit, Hana Bank muncul sebagai institusi yang paling banyak membelanjakan kos pengiklanan apabila mereka dilaporkan memperuntukkan sekitar 177.6 bilion Korea Won (sekitar RM598 juta) sepanjang tahun lalu. Menariknya, G-Dragon turut menjadi antara figura utama yang dipilih untuk mengetuai kempen promosi bank tersebut.
Selain G-Dragon, Hana Bank juga bekerjasama dengan beberapa nama besar lain termasuk pemain bola sepak terkenal Son Heung-min, ahli kumpulan IVE iaitu An Yujin, penyanyi trot Lim Young Woong serta penghibur popular Kang Ho Dong. Kehadiran barisan selebriti ternama itu dilihat sebagai strategi untuk memperkukuhkan lagi jenama mereka dalam pasaran kewangan Korea Selatan.
Di samping itu, pakar industri menganggarkan bayaran ‘endorsement’ tahunan G-Dragon sahaja mencecah sekitar 3 bilion Korea Won (lebih kurang RM10 juta). Jumlah tersebut sekaligus meletakkan pelantun lagu ‘Power’ itu sebagai antara selebriti dengan nilai komersial paling tinggi di Korea ketika ini.
Sementara itu, populariti G-Dragon yang terus kekal relevan meskipun sudah bertahun-tahun berada dalam industri hiburan dilihat menjadi faktor utama mengapa banyak syarikat besar masih mahu mendapatkan khidmatnya. Malah, pengaruh besar dimiliki anggota BIGBANG itu bukan sahaja kuat dalam industri muzik, tetapi turut memberi impak dalam dunia fesyen, gaya hidup dan pemasaran global.
Fenomena ini secara tidak langsung membuktikan bahawa kuasa selebriti masih memainkan peranan penting dalam dunia pengiklanan moden di Korea Selatan. Dengan pengaruh media sosial dan fandom yang semakin besar, jenama-jenama utama kini lebih berani melabur jutaan Korea Won demi memastikan kempen mereka mendapat perhatian meluas.
Setakat ini, G-Dragon masih kekal sebagai antara figura paling eksklusif dalam industri hiburan Korea dan nilainya sebagai duta jenama dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa. Tidak mustahil untuk melihat lebih banyak syarikat antarabangsa cuba mendapatkan khidmatnya selepas ini, terutama dengan kemunculan semula aktifnya dalam dunia hiburan kebelakangan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persis remaja yang baru tamat pengajian tinggi, supermodel dan aktres Nasha Aziz memang tak dimamah usia, tersangatlah awet muda! Meniti usia 52 tahun, wajah figura ini tetap cantik seperti dahulu. Sekiranya kamu tertanya-tanya apa yang Nasha lakukan, inilah petua yang sering diamalkan!
Menurut netizen, Nasha Aziz sering mengamalkan tabiat mandi awal pagi sebelum subuh.
Sangat cantik secara semula jadi, antara petua kecantikan yang Nasha amalkan adalah, mandi di awal pagi atau mandi sebelum waktu Subuh. Rajin mandi pagi sebelum waktu Subuh, tabiat ini membuatkan Nasha tampil awet muda dan tak nampak tua.
Selain itu, terdapat netizen yang mendedahkan rahsia awet muda Nasha dimana didakwa dia sering mandi awal pagi.
“Yes betul tu umur dia 51 tahun. Dia ni rajin mandi awal pagi sebelum subuh. Awet muda,” tulisnya.
Rahsia Nasha Aziz Mandi Sebelum Subuh
Untuk pengetahuan kamu, mandi awal pagi lebih-lebih lagi sebelum waktu Subuh menggunakan air sejuk ini ada banyak manfaatnya. Antaranya adalah:
Kulit menjadi semakin lembut dan halus
Kuku menjadi lebih sihat, kuat dan tak mudah retak
Peredaran darah lebih lancar menjadikan badan semakin sihat dan bertenaga
Meningkatkan hormon testosteron (lelaki) dan estrogen (wanita)
Risiko mendapat darah tinggi dapat dielakkan
Mengurangkan stress dan lebih menenangkan
Meningkatkan sel darah putih
Bukan hanya dengan mandi awal pagi korang boleh awet muda, Nasha juga sangat menjaga pemakanannya, bijak mengawal emosi dan mementingkan kesihatan mental.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!