Sebut sahaja nama Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, majoriti rakyat Malaysia pasti mudah mengecamnya.
Beliaulah yang bertanggungjawab di sebalik tertubuhnya Berjaya Corporation Berhad. Kalau korang rasakan ia kedengaran familiar, telahan korang itu tepat sekali!
Inilah syarikat yang mengendalikan mercu tanda tempatan seperti Berjaya Times Square Kuala Lumpur, kesemua pusat penginapan di bawah jenama Berjaya seperti Colmar Tropicale Bukit Tinggi, The Taaras Beach & Spa Resort Pulau Redang, Berjaya Langkawi Resort Kedah, lokasi rekreasi seperti Bukit Jalil Golf & Country Resort, Bukit Kiara Equestrian dan pelbagai lagi premis popular lain.
Setelah menaburkan sumbangan dengan membangunkan Malaysia untuk berpuluh-puluh tahun lamanya, kelmarin beliau telahpun meraikan hari kelahirannya yang ke-70!
Istimewanya untuk sambutan hari jadi kali ini, anak Tan Sri Vincent iaitu Chryseis Tan telah melakukan sesuatu yang amat istimewa demi ayah tercintanya.
Ads
Tan Sri Vincent Tan bersama anak, Chryseis Tan dan cucunya. Foto : Instagram @chrystan_x
Sekiranya keluarga kebiasaan meraikan hari lahir ayah mereka dengan menganjurkan parti atau makan di restoran, Chryseis khabarnya telah mendermakan wang kepada badan kebajikan di bawah nama ayahnya itu!
Menerusi hantaran di Instagram yang menunjukkan foto mereka berdua sewaktu Chryseis masih kecil, jelitawan itu mengucapkan, “Selamat Hari Jadi, ayah! Saya amat mengasihi anda, semoga anda akan terus dirahmati dengan kesihatan dan kebahagian berpanjangan.”
Sambil itu, Chryseis turut mengumumkan hadiahnya berupa wang sumbangan di atas nama Tan Sri Vincent.
“Hadiah saya kepadanya adalah berbentuk sumbangan derma bagi pihaknya kepada yayasan Tzu Chi kerana saya tahu tiada perkara yang lebih menggembirakannya selain membantu golongan yang memerlukan,” catatnya.
Selain Chryseis, bintang popular Hong Kong, Andy Lau juga memberi ucapan kepada Tan Sri Vincent menerusi paparan video yang dimainkan dalam sebuah majlis keraian, awal minggu ini.
Turut sama menjayakan majlis tersebut ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Nikki Palikat yang mempersembahkan beberapa buah lagu.
Happiest Birthday Tan Sri!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas fenomena #10years challenge, kini trend #agechallenge pula mengalami gelombang yang sama dikalangan masyarakat kita, termasuklah barisan selebriti yang turut sama mencuba aplikasi terbaru Face App.
Ternyata mereka ni semua ‘sporting’ untuk berkongsi wajah bayangan masa hadapan setelah lanjut usia. Ramai juga yang tetap nampak ‘helok’ walaupun muka dah berkedut. Hiks!
Jom kita lihat antara selebriti yang berkongsi wajah tua mereka.
TAHNIAH Abdul Latif Romly setelah berjaya mempertahankan pingat emas bagi acara lompat jauh lelaki T20 yang pernah dimenanginya lima tahun lalu di Sukan Paralimpik Rio 2016
Latif cemerlang pada lompatan kedua dengan catatan 7.45 m dan ia kekal sebagai catatan terbaik terbaik pada perlawanan akhir tadi. Dengan itu, kem Malaysia menepati sasaran awal untuk membawa pulang tiga pingat emas daripada Tokyo 2020 menerusi dua pingat emas yang dituai sehari sebelum temasya melabuhkan tirai.
Tumpuan rakyat Malaysia juga terarah secara tidak langsung ke arah atlet Greece, Athanasuos Prodromou yang pulang dengan pingat perak. Ini susulan tindakan impulsif atlet berusia 27 tahun itu untuk menghulurkan bantuan kepada Latif selepas lompatan kelimanya.
Apabila Latif kelihatan seperti berdepan kecederaan, Athanasuos terlebih dahulu dilihat berlari dan memanggil pegawai perubatan. Sebelum paramedik sampai, dia sempat menyapa dan bertanyakan keadaan Latif.
Dia juga turut menyapu bersih kesan pasir yang masih melekat pada bahu dan rambut Latif setelah dia diletakkan ke atas kerusi roda.
Ternyata tindakan Athanasuos itu bukan saja membuktikan semangat kesukanan masih wujud dalam temasya sebesar Sukan Paralimpik ini. Misi memburu pingat emas nampaknya tidak sesekali mengaburi keprihatinannya terhadap rakan atlet lain.
Momen pendek namun bermakna itu sedikit sebanyak mengubati kekecewaan rakyat Malaysia daripada insiden melibatkan protes atlet Ukraine ke atas atlet lontar peluru, Ziyad Zolkefli tempoh hari.
Tular satu klip menunjukkan seorang lelaki berbaju Melayu dan bersongkok di Hospital Pakar KPJ Klang yang bertindak memijak hiasan Deepavali, kolam sambil berkasut baru-baru ini hingga mencetuskan kurang senang dalam kalangan warganet.
Tindakan lelaki yang dipercayai merupakan kakitangan hospital tersebut dianggap satu bentuk vandalisme yang dilakukan secara terbuka. Ia dikhuatiri memudaratkan atau cuba memudaratkan keadaan harmoni serta perpaduan dalam kalangan kaum majmuk di Malaysia.
Tangkap layar yang memaparkan ketidak puashatian warganet terhadap tindakan biadap lelaki dalam video tular di TikTok berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu dalam satu kenyataan, lelaki tersebut dan rakannya yang bertindak sebagai perakam akan dipanggil ke IPD Klang Utara pada hari ini. Ini susulan satu laporan yang dilakukan oleh Ketua Balai Polis Bandar Baru Klang sendiri terhadap video berdurasi 37 saat di TikTok itu.
Tambahnya lagi, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Hospital Pakar KPJ Klang memaklumkan bahawa siasatan dalaman sudahpun dimulakan ke atas video tular tersebut yang didakwa menampilkan salah seorang kakitangannya dalam kelakuan tidak profesional.
Dalam kenyataan berasingan pula, KPJ Klang berjanji akan mengambil tindakan tegas terhadap kakitangannya jika mereka didapati melakukan perbuatan sedemikian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!