Usaha mewujudkan petisyen secara atas talian selain suara bantahan daripada bekas pelajarnya telah membuahkan hasil apabila isu pajakan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas akhirnya dilanjutkan.
Terdahulu, REMAJA difahamkan bahawa Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan telah menangguhkan tarikh pendengaran perlanjutan pegangan pajakan tanah tapak sekolah itu kepada bulan Mei, biarpun pegangan tersebut akan tamat pada 6 September 2021 iaitu kira-kira empat bulan saja dari sekarang.
Ia telah menggusarkan bukan saja pihak sekolah dan pelajarnya, tetapi juga bekas pelajar yang tampil mempertahankan sejarah sekolah serta bangunannya yang wajar dijadikan sebagai projek pemeliharaan warisan.
Justeru, pengumuman rasmi oleh Pejabat Perdana Menteri semasa yang telah mempertimbangkan permohonan Lembaga Pengelola SMK Convent Bukit Nanas untuk menyambung tempoh pegangan pajakan dilihat sebagai suatu perubahan yang positif.
Ads
Ia setelah Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan mengadakan pertemuan dengan Sister Theresa Chua Siu Yan, Lady Superior of the Society of Saint Maur.
“Setelah meneliti dan mengambil kira kepentingan sumbangan SMK Convent Bukit Nanas kepada pendidikan negara sejak 1899, kerajaan telah bersetuju supaya tempoh pegangan pajakan bagi sekolah ini dilanjutkan untuk tempoh 60 tahun.
“Kebenaran ini diberikan khusus untuk tujuan pendidikan saja.”
Pengumuman tersebut telah disambut baik oleh para alumni-nya termasuklah pelakon, Vanidah Imran dan selebriti versatil, Adibah Noor.
“Alhamdulillah. Terima kasih banyak kepada alumni, Convent school sisters, warga Johannian, Victorian, Lasallian dan kepada semua orang yang telah memberikan sokongan untuk menyelamatkan CBN. Akhirnya, kepercayaan saya kepada kekuatan suara majoriti dikembalikan,” catat Vanidah.
Dengan berita pelanjutan ini, REMAJA turut berharap agar bangunan bersejarah di Kuala Lumpur dan di seluruh Malaysia yang lain akan menerima pembelaan nasib yang sama daripada pihak kerajaan.
Contohilah bagaimana negara jiran, Singapura yang cekal memelihara sebanyak mungkin bangunan dan tapak warisan. Sehingga kini, lebih 72 buah bangunan telah digazetkan sebagai monumen kebangsaan manakala 7000 lagi bangunan dipelihara agar ia dapat disaksikan oleh generasi akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam dunia yang sering mengejar kemewahan sementara, masih ada kisah-kisah kecil yang mampu menyentuh hati dan membuka mata kita tentang erti kesyukuran.
Kisah seorang pemuda OKU, Ikram Hammal, nyata memberi inspirasi apabila dia memilih untuk berdikari dengan menawarkan perkhidmatan photobooth bergerak demi mencari rezeki yang halal.
Walaupun bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda elektrik, Ikram tidak menjadikan kekurangan itu sebagai alasan untuk meminta simpati. Sebaliknya, dia gigih mengusahakan perniagaan sendiri dengan penuh dedikasi.
Kelibatnya sering dilihat di kawasan tumpuan pelancong di Titi Gantung, Lubuk Pedati, Kedah, di mana dia mengendalikan sendiri peralatan kamera serta pencetak foto walaupun dengan keterbatasan fizikal.
Apa yang dilakukan Ikram bukan sekadar mencari rezeki, tetapi juga melambangkan usaha menjaga maruah diri sebagai seorang individu yang tidak mudah mengalah.
Menariknya, perkhidmatan yang ditawarkan bukan sekadar gambar biasa. Ikram turut memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk membantu pelanggan mengabadikan kenangan bersama insan tersayang yang telah tiada.
Menerusi sentuhan suntingan khas, pelanggan berpeluang untuk “menghidupkan” kembali memori dengan insan tersayang, termasuk ibu atau bapa yang telah kembali ke rahmatullah.
Inisiatif ini secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada perkhidmatan yang ditawarkan, malah menjadi penawar rindu buat mereka yang merindui insan tersayang.
Bagi mereka yang ingin menyokong usaha Ikram, berikut antara pakej yang ditawarkan iaitu Pakej A (RM6): 1 keping gambar warna, percuma 1 keping gambar hitam putih berserta bingkai.
Selain itu ada juga Pakej B (RM15): 3 keping gambar warna, percuma 5 keping gambar hitam putih berserta bingkai, dan Pakej Premium AI (RM35): Suntingan khas menggunakan AI untuk menambah gambar insan tersayang ke dalam foto.
Kreativiti dan usaha yang ditunjukkan membuktikan bahawa kekuatan sebenar bukan terletak pada fizikal semata-mata, tetapi pada keazaman dan semangat untuk terus melangkah ke hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem Thanksgiving arahan Eli Roth membawa kisah menakutkan dan mendebarkan yang menyentuh sisi gelap musim perayaan tersebut.
Mengambil inspirasi dari karakter Roth dalam Grindhouse, filem ini membawa tema Thanksgiving to another level yang menakutkan, menggabungkan elemen seram dan slasher dengan sentuhan komentari sosial.
Berkisarkan tragedi berdarah yang terjadi ketika jualan Black Friday pada tahun sebelumnya, kehadiran kuasa misteri yang ingin membalas dendam yang dikenali sebagai “John Carver,” turut memberikan pengalaman yang menegangkan dan mendebarkan kepada para penonton.
Memang scary habis lah min tengok!
Barisan pelakon yang dipimpin oleh Patrick Dempsey dan Addison Rae turut berjaya memberikan persembahan yang meyakinkan, menavigasi plot yang penuh tekanan dengan keseimbangan emosi ketakutan.
Selain itu, sinematografi filem tersebut berkesan menangkap atmosfera yang seram, memanfaatkan sepenuhnya pengaturan perayaan itu.
Kalau korang perasan juga, gaya khas Eli Roth jelas terlihat dalam adegan-adegan yang intense dan grafik, memenuhi citarasa peminat genre seram.
Meskipun “Thanksgiving” bukan untuk mereka yang lemah semangat, peminat karya terdahulu Eli Roth dan penggemar genre slasher akan mendapati banyak yang boleh dihargai.
Jadi apa anda tunggu lagi? Saksikannya di pawagam berdekatan 30 November ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin ada daripada anda yang tidak pernah mendengar nama negara ini. Terletak di laut Oceania, negara ini mendapat kemerdekaan pada 31 Januari 1968 dari kerajaan Australia.
Negara yang berkeluasan hanya 21-kilometer persegi ini merupakan negara ketiga terkecil di dunia selepas Vatican City dan Monaco. Bayangkan anda hanya perlu sejam sahaja untuk mengelilingi negara ini menggunakan kereta.
Bagaimana negara kecil ini boleh menjadi kaya sehinggakan kadar keluaran dalam negara kasar pernah mencapai tiga kali ganda lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat?
Kesan perlombongan membentuk muka bumi sebegini. Sumber gambar: Alluring World
Jawapannya terletak kepada sumber alam semulajadinya yang kaya dengan fosfat. Sumber fosfat ini dikatakan terhasil kerana negara ini menjadi tempat persinggahan kawanan burung yang bermigrasi selama ribuan tahun lamanya. Hasil dari najis burung tersebut yang meresap ke dalam tanah membentuk sumber asli yang digelar fosfat.
Apabila Nauru merdeka, sumber ekonomi utama negara bergantung kepada sumber tersebut yang digunakan untuk penghasilkan baja serta bahan letupan. Ketika itu ekonominya berkembang pesat sehinggakan rakyatnya menikmati pelbagai kemudahan secara percuma termasuk pendidikan dan kesihatan.
Tempat pelombongan fosfat: Sumber gambar: Wikipedia
Paling menarik tiada cukai dikenakan terhadap rakyatnya.
Walaupun begitu, bukit yang tinggi jika terlalu banyak ditarah pasti akan menjadi rata. Begitulah yang terjadi kepada negara ini. Apabila sumber fosfat mula merosot pada awal 1990an, kemampuan negara ini untuk mengeksport fosfat juga semakin rendah. Semenjak itu sektor ekonomi negara ini mulai goyah.
Akibat perlombongan fosfat yang keterlaluan, hampir 80% kawasan negara ini tidak subur menjadikannya tidak sesuai untuk bercucuk tanam.
Nauru memiliki pantai yang cantik, namun menerima kurang 1000 pelancong setahun. Sumber gambar: Twitter Nauru
Pelaburan yang dilakukan oleh kerajaan negara ini di luar negara juga tidak menjadi dan tidak memberikan pulangan seperti yang diharapkan.
Terdesak untuk mengukuhkan kewangan, terdapat sumber nyatakan yang negara ini terlibat dengan kegiatan membersihkan wang haram, menjual pasport sehinggalah menerima pelarian untuk ditempatkan di pusat tahanan yang dibina oleh kerajaan Australia.
Dari sebuah negara kecil yang kaya raya, kini Nauru yang tersenarai sebagai di antara lima negara termiskin di dunia hanyalah sebuah negara gersang yang tidak subur dengan flora dan fauna. Memiliki kepadatan penduduk sekitar 11’000 orang, Nauru juga diancam bahaya dengan kenaikan paras air laut dek perubahan iklim dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!