Personaliti media sosial, Cik B, tampil berkongsi perancangannya untuk menyambung pengajian selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Namun, lokasi pengajian serta bidang yang akan diambil oleh anak perempuan kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida ini masih lagi menjadi satu ‘kejutan’.
“Lepas raya nanti saya akan menyambung pengajian di negara lain pula.
“Yang penting, surprise! Nanti saya akan beritahu,” ujar Cik B kepada Remaja.
Ads
Menurutnya, dia tetap memilih untuk melanjutkan pelajaran di negara Eropah dan pengajian tersebut dijangka mengambil masa sekitar setahun setengah untuk diselesaikan.
Difahamkan, Cik B akan meneruskan pengajian dalam bidang perniagaan, bidang yang sama seperti yang dia ceburi sebelum ini.
Sekadar info, Cik B telah melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di Sepanyol pada Oktober tahun lalu, dan kini bersedia untuk melangkah ke negara Eropah yang lain untuk meneruskan impiannya dalam bidang tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita gembira buat rakyat Malaysia secara amnya memandangkan kebanyakan daripada gaya hidup kita sekarang dilakukan secara cashless.
Ketua Pegawai Operasi kumpulan Touch ‘n Go, Effendy Sharul Hamid semalam telah mengesahkan bahawa syarikat itu akan melakukan beberapa pembaharuan demi memudahkan lagi urusan tambah nilai baki kad mereka.
Menerusi temuramah bersama The Star, beliau berkata pengguna Touch ‘n Go selepas ini boleh membeli kad baharu yang membenarkan mereka menambah nilai secara terus daripada telefon pintar mereka menerusi Touch ‘n Go e-Wallet.
Fungsi tambah nilai ini kami rasakan mirip dengan tambah nilai yang sering dilakukan di negara seperti Hong Kong (Octopus Card) dan Singapura (Cash Card). Ini katanya akan mula dilaksanakan pada akhir tahun ini.
Untuk pengetahuan, buat masa ini pengguna boleh menggunakan Touch ‘n Go e-Wallet untuk membayar cas toll dengan fungsi PayDirect. Dengan itu, baki kad Touch ‘n Go korang tidak akan berkurangan dan bayaran dikurangkan terus kepada baki e-Wallet. Tak perlulah pengguna kerapkali perlu menambah nilai kad fizikal. Namun, ia hanya berkesan di beberapa lebuhraya terpilih saja.
Satu lagi pengumuman yang dilakukan oleh Effendy adalah mengenai pemansuhan cas tambahan 10 peratus Touch ‘n Go semasa memarkir kenderaan. Sebelum ini, ramai yang selalu mengeluh dengan cas tambahan setiap kali mereka memilih menggunakan Touch ‘n Go.
Kini korang tidak perlu mengeluh lagi bermula suku pertama tahun ini.
Selain itu, Touch ‘n Go juga sedang berkerja rapat dengan lokasi tambah nilai seperti Watsons, Guardian, Caring Pharmacy, Giant dan beberapa stesen minyak terpilih seperti Shell dan Petronas untuk memansuhkan cas tambahan sebanyak 50 sen setiap kali pengguna menambah nilai.
Ini kerana jumlah itu tidak dikutip oleh Touch ‘n Go tetapi oleh ejen lokasi. Dengan pemansuhan ini, sistem tambah nilai akan bertambah tulus.
Setidak-tidak selepas berakhirnya perintah PKP 2.0 kali ini, kita boleh menarik nafas lega setiap kali memarkir kenderaan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa bilang warga Malaysia tidak mampu untuk mencapai kekayaan hasil usaha dan idea kreatif perniagaan dalam musim pandemik ini.
Dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan ramai masih tercari-cari kerja akibat kesan ekonomi, masih ada banyak syarikat besar di Asia yang kukuh dan mampu menjamin masa depan jika dapat bekerja di syarikat ini.
Foto Via Pexels
Baru-baru ini, 11 firma di Malaysia telah diiktiraf oleh Forbes Asia dan merupakan antara 200 Syarikat Terbaik Bawah Satu Bilion 2021. Ia juga berdasarkan daya tahan mereka mengharungi pandemik COVID-19.
Senarai tahunan itu dikeluarkan bagi mengiktiraf syarikat tersenarai kecil dan sederhana di rantau Asia Pasifik yang merekodkan jualan di bawah AS$1 bilion.
Firma Malaysia yang berada dalam senarai Forbes Asia ini ialah :
Comfort Gloves Bhd
D&O Green Technologies Bhd
Dancomech Holdings Bhd
Dufu Technology Corp Bhd
FoundPac Group Bhd
Frontken Corp Bhd
Revenue Group Bhd, Scientex Bhd
Thong Guan Industries Bhd
UG Healthcare Corp Ltd
ViTrox Corp Bhd
Menurut Forbes Asia, di sebalik penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, senarai Syarikat Terbaik Bawah Satu Bilion menonjolkan kemampanan 200 syarikat tersenarai kecil dan sederhana di rantau Asia Pasifik yang mempunyai nilai jualan di bawah AS$1 bilion.
Menurut Fobes lagi, syarikat berkaitan penjagaan kesihatan dan farmaseutikal paling menyerlah. Sementara itu, firma teknologi dan logistik yang berkaitan dengan ledakan e-dagang global juga mendapat manfaat.
Biarpun negara dilanda pandemik COVID-19 pada tahun lalu,syarikat-syarikat ini telah membuktikan bahawa ekonomi negara masih berada pada landasan yang bagus setelah mencatatkan peningkatan memberangsangkan bagi perniagaan masing-masing.
Janji kreatif dan pandai grab peluang yang ada!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Tak ada cita-cita, sebenarnya kita sudah mati” merupakan ungkapan tegas yang dikongsikan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ketika mengulas tentang kepentingan azam tahun baharu dalam kehidupan seseorang.
Pesanan ini bukan sekadar kata-kata motivasi, sebaliknya satu peringatan mendalam agar manusia tidak menjalani kehidupan tanpa tujuan dan arah yang jelas.
Azam Tahun Baharu Bukan Sekadar Senarai Impian
Setiap kali berakhirnya satu tahun, ramai yang mula memasang azam baharu. Namun, tidak sedikit juga yang menjadikan azam tahun baharu sekadar senarai impian tanpa perancangan dan pelaksanaan yang konsisten.
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Menurut Dr Zulkifli, azam yang sebenar perlu dibina dengan kesungguhan kerana ia berperanan sebagai pemangkin kepada perubahan positif dalam hidup seseorang.
Tanpa azam, seseorang mudah hanyut, hilang arah dan sekadar menjalani rutin harian tanpa matlamat jangka panjang.
Dua Jenis Azam: Besar dan Kecil
Dalam perkongsian beliau, Dr Zulkifli menjelaskan bahawa azam terbahagi kepada dua kategori utama, iaitu azam besar dan azam kecil.
“Pada saya, ada dua azam. Yang pertama azam besar dan satu lagi azam kecil. Azam besar adalah sasaran utama yang kita nak capai,” jelas beliau.
Azam besar merujuk kepada matlamat utama yang ingin dicapai dalam tempoh tertentu, manakala azam kecil pula merupakan langkah-langkah praktikal yang perlu dilakukan secara berterusan bagi merealisasikan azam besar tersebut.
Gambar Hiasan AI
Contoh Praktikal Membina Azam Yang Realistik
Sebagai contoh, Dr Zulkifli berkongsi sasaran untuk menunaikan umrah sebagai azam besar. Namun, untuk merealisasikannya, seseorang perlu membina beberapa azam kecil sebagai persediaan.
Antara azam kecil tersebut termasuk perancangan kewangan yang tersusun, menyimpan wang secara konsisten setiap bulan, meningkatkan ilmu berkaitan ibadah umrah serta memperbaiki diri dari segi rohani dan akhlak.
Gambar Hiasan AI
Beliau turut menekankan kepentingan membaca buku, menghadiri kuliah dan membuat persediaan mental agar perjalanan ibadah dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.
Azam Melahirkan Disiplin dan Ketekunan
Tambah Dr Zulkifli, apabila azam tahun baharu ditetapkan dengan jelas, ia secara tidak langsung akan melahirkan sikap disiplin, rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa.
Azam juga berfungsi sebagai kompas kehidupan, memberi hala tuju yang jelas dan mengelakkan seseorang daripada hidup sekadar mengikut arus tanpa tujuan.
Mereka yang berazam akan sentiasa menilai kemajuan diri dan berusaha memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.
Hidup Tanpa Azam Ibarat Jasad Tanpa Roh
Dalam pada itu, Dr Zulkifli menegaskan bahawa hidup tanpa azam atau cita-cita ibarat jasad tanpa roh. Sekurang-kurangnya setiap individu perlu memiliki satu matlamat yang jelas dalam kehidupan.
Lebih utama, beliau menekankan kepentingan memiliki cita-cita untuk akhirat. Keinginan untuk menjadi insan yang lebih baik, berilmu, berakhlak mulia serta memberi manfaat kepada orang lain merupakan antara azam yang wajar dipupuk.
Kesimpulan
Kesimpulannya, azam tahun baharu bukan sekadar tradisi tahunan, tetapi satu komitmen jangka panjang untuk berubah dan memperbaiki diri.
Seperti yang ditekankan oleh Dr Zulkifli, membina azam dengan perancangan yang baik, usaha berterusan dan niat yang ikhlas adalah kunci untuk memastikan kita bukan sekadar hidup, tetapi benar-benar mempunyai tujuan dalam kehidupan.