Anak kepada usahawan popular, Datuk Seri Vida, iaitu Cik B, telah menarik perhatian warganet selepas sebuah video yang memaparkan dirinya mengenakan jubah graduasi tular di media sosial.
Video tersebut dimuat naik di TikTok, menunjukkan Cik B mengenakan jubah konvokesyen lengkap dengan mortar board di kepalanya.
Untuk makluman, sekitar Oktober tahun lalu, Cik B melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di Sepanyol.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Cik B Salmon Official
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan selalu dapat kita saksikan sebuah siri televisyen yang memaparkan kanak-kanak sebagai watak utama dengan tema jalan ceritanya berunsur thriller, sains fiksyen dan sarat dengan tribute untuk budaya pop terkenal era 80-an.
Kejayaan luar biasa yang dikecapi oleh Stanger Things pada musim pertamanya membuatkan siri ini telah berjaya mengumpul peminat yang ramai. Jika tahun lalu ia berjaya membuat hidup setiap karakternya ‘upside down’, musim kedua pula menjanjikan sebuah misteri yang lebih hebat.
REMAJA x STRANGER THINGS 2
Selepas musim pertama ditayangkan, Stranger Things mengecap populariti yang luar biasa. Adakah kamu menjangkakan sambutan hebat begini? Joe: Kami agak beruntung kerana diberi peluang untuk membintangi sebuah siri televisyen yang hebat seperti Stranger Things. Sejujurnya, selepas selesai proses penggambaran saya boleh menjangkakan ia mendapat sambutan sebegini. Dengan jalan cerita serta skrip yang baik, memang ia tak mustahil.
Sepanjang penggambaran apakah babak yang paling kamu ingati serta gemari? Noah: Sejak dulu jawapan saya ini pasti tidak berubah. Babak kegemaran saya ialah ketika kami berempat (besama Dustin, Mike dan Lucas) bermain D&D (Dungeons & Dragons). Untuk pengetahuan semua, itu merupakan hari pertama penggambaran bagi kami. Perasaannya agak berbeza kerana ketika itu kami bebas dari sebarang tekanan dan babak itu pula cukup menghiburkan. Ia sangat kelakar sehinggakan ambil masa yang lama untuk habiskan babak itu.
Dustin, Mike, Lucas & Will kembali sekali lagi dalam Stranger Things 2 dengan misteri yang lebih menakutkan! Foto: Netflix
Noah, bagaimanakah berlakon sebagai anak kepada Winona Ryder. Adakah dia turut memberikan tip lakonan dan membantu kamu? Noah:Oh yes! She’s so sweet... sentiasa membantu saya tidak kira masa. Ada satu ketika saya berdepan kesukaran untuk melakonkan sebuah babak. Saya hubungi menerusi textmessage untuk bertanyakan pendapatnya untuk skrip saya. Keesokan harinya dia datang ke lokasi penggambaran lebih awal semata-mata ingin membantu saya. She’s awesome.
Watak kamu sebagai Will agak terhad penampilannya pada musim pertama. Adakah kamu berasa sedikit dipinggirkan? Noah: Eh, tidak sama sekali. Itu merupakan musim pertama dan musim kedua nanti karakter saya menjanjikan sesuatu yang jauh berbeza. Mungkin pada musim pertama watak saya keluar dan masuk tidak menentu. Tetapi untuk musim kedua, Will akan berada di situ sepanjang masa dan memainkan peranan panting dalam pergerakan plot jalan cerita.
Joe, sepanjang musim pertama watak kamu berada di tengah-tengah antara baik dan nakal. Bagaimana pula dengan musim kedua? Joe: Pada musim kedua, Steve akan bermula di masa penghabisan musim pertama iaitu bersama Nancy. Apa yang saya boleh katakan Steve tidaklah berubah secara drastik tetapi dia dalam fasa perubahan. Sama-sama kita tengok nanti (senyum).
“Nak, kau okay ke?” Mungkin itu yang diperkatakan oleh Joyce (Winona Ryder) kepada anaknya, Will (Noah Schnapp) Foto: Netflix
Bagaimana pula dengan cinta tiga segi antara karakter kamu Steve, Nancy dan Jonathan? Joe: Agak menarik menyaksikan mereka bertiga walau apa jua masalah dihadapi bekerjasama berdepan dengan demogorgon. Nancy mungkin berbelah bahagi antara Steve dan Jonathan, namun setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Duffers Brothers cukup bijak merencanakan hubungan mereka bertiga dan mengaitkannya dengan perjalanan plot.
Episod pertama Stranger Things 2 diberi judul ‘MadMax’. Adakah ia merupakan satu homage secara tidak langsung kepada filem berjudul sama? Sadie: Karakter yang saya lakonkan pada musim kedua ini merupakan gadis yang baru berpindah ke Hawkins dikenali sebagai Max. Setahu saya ia tidak ada mengena dengan filem Mad Max tetapi mungkin secara tidak langsung merupakan homage kepada filem tersebut. Seperti yang diketahui Duffers Brother memang gemar menyelitkan unsur-unsur budaya pop ke dalam Stranger Things.
Dacre dan Sadie, kamu berdua melakonkan watak sebagao adik-beradik yang baru berpindah ke Hawkins. Bagaimana kamu menyesuaikan diri? Sadie: Chemistry antara kami dan pelakon-pelakon lain berlaku dalam sekelip mata. Mungkin inilah magis yang dibawa oleh Stranger Things. Dacre: Kami tidak berjumpa antara satu sama lain hinggalah di Atlanta. Agak sukar nak gambarkan bagaimana kami wujudkan persefahaman. Mungkin secara ringkasnya saya boleh katakan kami merupakan kawan dan musuh di lokasi penggambaran. Manakala di luar set pula kami merupakan sebuah keluarga yang besar.
“Ada yang tak kena dengan aku ni”. Intense sekali lakonan Noah Schnapp! Foto: Netflix
Sadie dan Dacre, bagaimanakah perasaan kamu bekerjasama buat pertama kali dengan pengarah Duffers Brothers dan pelakon-pelakon sedia ada? Sadie: Yeah, pada mulanya agak scary juga. Melihatkan kejayaan mereka pada musim pertama, ia merupakan satu tanggungjawab berat untuk saya dan Dacre. Namun, mereka semua menyambut kemunculan kami dengan baik. Semua orang sangat baik sekali. Dacre: Pelakon-pelakon senior yang nama mereka cukup gah seperti Winona Ryder sangat supportive. Malah, dia ambil effort untuk berbual dengan saya dan bertanyakan tentang negara asal saya, Australia. Pelakon-pelakon lain juga sangat prihatin dan banyak membantu. Duffers Brothers pula tidak pernah lokek ilmu.
Untuk melakonkan watak Max dan Billy, apakah skil baru yang harus kamu harus kuasai? Sadie:Seriously, seumur hidup daya tidak pernah main skateboard. Max merupakan seorang skatergirl yang hebat. Saya ambil masa beberapa bulan mempelajarinya. Dacre: Bagi saya pula, bola keranjang. Sebelum ini memang saya tidak pandai bermain bola keranjang. Namun dengan bantuan jurulatih peribadi sedikit sebanyak saya dapat mempelajarinya dengan baik.
Apa pula peranan Jonathan (Charlie Heaton) dan Nancy (Natalia Dyer) dalam musim kedua kali ini? Foto: Netflix
Adakah kamu masih ingat bagaimanakah proses uji bakat sebelum ditawarkan melakonkan watak Max dan Billy? Sadie: Bagi saya ia cukup mendebarkan sekali. Saya melalui proses uji bakat ini secara beberapa peringkat. Setiap satu sesi, Duffers Brothers meminta saya membacakan skrip dengan cara berbeza. Proses pertama dengan sesi Skype, seterusnya screen test. Dacre: Berbeza pula dengan saya. Saya berada di Perth dan menghantar video filem pendek yang saya lakonkan. Saya Skype bersama mereka dan tiga hari kemudian mereka tawarkan watak ini. Mungkin ia hari paling bertuah buat saya.
Menerusi temu bual sebelum ini, kamu pernah nyatakan untuk watak ini kamu mendalami lakonan Jack Nicholson. Boleh jelaskan dengan lebih lanjut? Dacre: Apa yang Duffers Brothers mahu daripada saya ialah menjadi antagonis yang walau apa jua perkara jahat dilakukannya, in the end… dia masih lagi manusia. Jack Nicholson banyak melakonkan watak seperti ini dengan baik jadi saya mengambil inspirasi daripada dia untuk melakonkan watak Billy dengan berkesan.
Apakah harapan kamu untuk Stranger Things 2? Noah: Saya harap Stranger Things 2 akan terus menghiburkan peminat kami yang tidak henti-henti memberikan sokongan luar biasa. Ada banyak misteri baru yang pasti menghiburkan semua penonton tidak mengira peringkat usia. Joe: Walau apa pun yang berlaku nanti, saya tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada karya masterpiece ini. Saya berharap ia akan menjadi satu hadiah bermakna buat peminat. Sadie: Harap penonton boleh menerima watak Max dengan baik. She’s the new girl in town! Dacre: Saya yakin Stranger Things 2 boleh mengulangi kejayaan musim pertama yang lalu. Segala kerja keras yang kami curahkan tidak lain tidak bukan hanya untuk peminat. Teruskan memberi sokongan kepada kami ya!
Sadie Sink, Noah Schapp, Joe Keery & Dacre Montgomery di AsiaPOP Comicon, Manila, Filipina
Joe Keery
Dacre Montgomery
Sadie Sink
Noah Schnapp
https://www.youtube.com/watch?v=vgS2L7WPIO4
*Stranger Things 2 akan mula ditayangkan di Netflix bermula pada 27 Oktober 2017. Mark your calendar now!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula dengan sukan pushbike, akhirnya telah membawa tuah buat seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Mikayla, apabila kini bergelar pelakon cilik.
Penglibatan dalam sukan tersebut juga telah membuka ruang dan peluang besar buat adik Mikayla sehingga ditawarkan menjadi pelakon utama menerusi drama bersiri Budak-Budak Pushbike, yang bakal ditayangkan di saluran TV1.
Menurut bapa kepada Mikayla, Datuk Seri Wan Muzri mengakui tidak sangka bahawa anak perempuannya itu akhirnya dapat mencapai impiannya untuk menceburi bidang hiburan.
“Mikayla memang minat dalam dunia hiburan. Tak sangka, litar sukan membuka peluang untuk dia menggapai impiannya.
“Mula-mula dia gugup juga tapi lama-lama dia sudah biasa dan semangat. Ini adalah langkah besar untuk Mikayla, dari pushbike ke lakonan,” kata bapanya.
Selain itu, Wan Azri turut memaklumkan selain Mikayla, dua lagi cahaya mata kesayangannya iaitu Mikael dan Maleeq turut berkecimpung dalam sukan pushbike bermula tahun 2019.
“Saya melihat Mikael mempunyai potensi terbaik ketika menyertai perlumbaan pertamanya. Tak sangka dia juga berjaya berjaya mendapat tajaan basikal Bike8, jenama terkenal dari China dan terus mengharumkan nama keluarga dalam pelbagai kejohanan antarabangsa.
“Malah, Maleeq, adik bongsu juga menerima tajaan basikal daripada syarikat Rockfish yang kagum dengan kehebatannya di litar. Mereka bertiga memang giat berlatih dan sentiasa bersemangat,” ujarnya lagi.
Naskhah yang mengisarkan kehidupan kanak-kanak dalam sukan Pushbike ini turut menampilakn pelakon hebat lain antaranya Ashraf Muslim, Isyariana, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak ramai yang suka melawat ke tempat-tempat bersejarah ketika pergi melancong. Sesekali, apa kata korang luangkan masa untuk menikmati dan memahami antara peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di dunia sekeliling.
Tak perlu pergi jauh, di negara Asia kita juga terdapat banyak tinggalan sejarah yang boleh dilawati. Berikut merupakan 5 lokasi bersejarah di Asia yang menjadi tarikan para pelancong.
1. Wat Arun, Thailand
Bangunan ini merupakan salah satu daripada kuil tertua yang terdapat di Thailand. Kuil ini diberikan nama sempena Dewa Matahari, Aruna dan ia juga dikenali sebagai kuil fajar. Nama ini diberikan oleh Raja Taksin yang memerintah pada tahun 1768.
Beliau sampai di kuil ini ketika fajar menyingsing setelah berperang dengan kerajaan Burma. Ramai pengunjung lebih memilih waktu malam untuk mengunjungi kuil ini kerana ia lebih meriah dengan kerlipan cahaya yang menerangi segenap ruang dan lebih cantik untuk bergambar.
2. Masjid Sunan Ampel, Indonesia
Terletak di Surabaya, masjid ini dikatakan didirikan oleh Sunan Ampel yang merupakan salah satu wali songo yang berjasa menyebarkan agama Islam di tanah Jawa. Di dalam masjid ini juga terdapat makam wali-wali songo dan sekiranya korang berkunjung ke sana, akan ada yang menerangkan tentang sejarah dan mitos berkaitan dengan tempat bersejarah tersebut.
Selain itu, diperkarangan masjid juga terdapat pasar yang menjual pelbagai produk tempatan untuk dijadikan sebagai ole-ole.
3. Kellie’s Castle, Perak
Di Malaysia juga terdapat banyak tempat bersejarah yang mungkin korang pernah jejak lagi. Kalau ke Perak jangan lupa singgah ke Kellie’s Castle, iaitu sebuah bangunan yang dibina oleh seorang pengusaha lading dari Scotland, William Kellie Smith pada tahun 1915 untuk dijadikan lambing cinta kepada isterinya.
Namun begitu, pembinaan istana ini terpaksa dihentikan secara tiba-tiba kerana Kellie telah mati secara mengejut pada 1926. Walaupun tidak siap 100 peratus, istana ini dikatakan memiliki banyak ruang rahsia termasuklah terowong bawah tanah.
4. Muzium Penjara Con Dao, Vietnam
Dibina pada tahun 1861 oleh kolonialis Perancis untuk memenjarakan para pemberontak ketika mereka memerintah. Penjara ini mempunyai 120 sel dan pernah diisi oleh 10,000 tahanan yang diseksa dengan cara sangat mengerikan oleh colonial Perancis.
Kompleks penjara ini ditutup oleh pemerintah Vietnam pada 1975 dan kini ia dilengkapi dengan mannequin para tahanan yang diseksa untuk dipertontonkan kepada orang awam.
5. Bukit Candu War Memorium, Singapura
Mungkin tidak ada yang terfikir bahawa Singapura sebagai tempat bersejarah yang boleh dilawati. Sebenarnya ada banyak tempat yang kamu boleh singgah jika ke negara ini. Bukit Candu War Memorium.
Saat berlakunya peperangan di era penjajahan Jepun, Leftenan Adnan Saidi telah kalah di bukit ini kerana jumlah anggota yang tidak mencukupi. Namun, beliau menolak untuk mundur dan berjuang hingga keakhirnya. Disebabkan peristiwa itu bukit ini menjadi antara lokasi bersejarah kunjungan pelancongan setiap hari.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!