Kejayaan yang diperoleh William Mah Wey Lian menjadi lambang kesungguhan yang jitu oleh seorang pelajar yang mahu mengecap kejayaan di dalam pendidikannya. Baru-baru ini dalam majlis kovokesyen kali ke-15 Universiti Malaysia Pahang (UMP), William telah dianugerahkan Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) dek kehebatannya.
Jejaka berusia 24 tahun ini merupakan graduan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia berjaya mengekalkan status penerima Anugerah Dekan selama lapan semester berturut-turut sepanjang pengajian dan dia mengumpul gred purata keseluruhan 3.95 sekaligus bergelar graduan kelas pertama.
Selain seorang yang cemerlang dalam akademik, dia juga merupakan seorang mahasiswa yang sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum. William pernah memegang jawatan sebagai Naib Setiausaha Kelab Orator dan bergiat aktif dalam kelab fakulti dan Karnival Kerjaya serta sukan badminton.
Jejaka kelahiran Kuala Lumpur ini berpendapat sebagai mahasiswa, setiap remaja harus menghargai setiap saat di universiti kerana pengalaman sebagai pelajar merupakan kenangan yang terindah dalam kehidupan.
Selain itu kecemerlangannya bukan sekadar di dalam universiti sahaja, sebaliknya menebar ke luar. William berjaya berjaya menerbitkan Projek Tahun Akhir di penerbitan Taylor & Francis Group dalam kajian berkaitan Chemical Engineering Communications, memenangi pingat perak dalam Pertandingan Kimia Invensi dan Inovasi Malaysia, KI2M, hadiah sagu hati dalam Pertandingan IEM Plant Design Ke-10 2021/2022 dan menerima anugerah Akademik Persatuan Mah Clan.
Ads
“Mengimbau kembali kepada kehidupan di universiti selama 4 tahun ini, ia adalah satu perjalanan yang ada turun dan naik di mana saya mengalami beberapa pengalaman kali pertama yang keluar dari zon selesa dan akhirnya semua kerja keras telah membuahkan hasil.
“Ini merupakan sau pengormatan dan juga perasaan yang bagaikan saya tidak percaya apabila menjadi salah seorang penerima dari UMP untuk anugerah terhebat ini – Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) dan dipilih sebagai valedictorian,” ujarnya dalam hantaran di laman Facebooknya.
Kini, beliau bertugas sebagai Eksekutif Junior Protégé-GEES di Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Sebelum itu dia memulakan kerjaya sebagai pembantu farmasi di Park@City Pharmacy dan menjalani latihan industri di Top Glove Sdn. Bhd.
Mengimbau kembali ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, William memperoleah keputusan 9A 1B manakala di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pula dia memperoleh keputusan gred purata keseluruhan sebanyak 3.00.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jaguh olahraga tanah air, Umar Osman berjaya merakam masa yang amat menakjubkan dengan catatan bawah 46 saat (s) apabila beraksi pada final 400 meter (m) pada Sukan Universiti Dunia (Universiade), yang berlangsung di Chengdu, China, baru-baru ini.
Atlet berusia 20 tahun itu terus mencipta sensasi tersendiri apabila memecahkan rekod kebangsaan buat kali kedua dalam tempoh kurang 24 jam, dengan masa baharu 46.09s, pada kelmarin.
Selain itu, Umar juga merakam masa tersebut sewaktu separuh akhir 3 di Stadium Shuangliu sehari selepas memecahkan rekod kebangsaannya di peringkat saringan dengan catatan 46.33s di peringkat saringan kelmarin.
“Semalam saya berjaya kurangkan masa saya hampir 0.30 saat. Namun, saya perlu lebih berusaha keras untuk dapatkan catatan sub-46 dan saya akan cuba lakukannya di final esok (hari ini),” katanya kepada media.
Menariknya, masa dilakukan atlet dari Johor itu pada kelmarin adalah catatan keempat terpantas di separuh akhir, di belakang empat lagi pesaing yang lain.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pujian membanjiri platform media sosial pada hari ini setelah jurulatih skuad badminton negara, Hendrawan yang kini berada di Birmingham, United Kingdom sempena Sukan Komanwel 2022 tidak ‘berkira’ untuk meminjamkan kasutnya kepada pemain Jamaica, Samuel Ricketts.
Dalam perlawanan di antara Samuel dan pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong awal pagi tadi, tapak kasut yang dipakai Samuel dilaporkan rosak. Justeru, perlawanan mereka terpaksa dihentikan seketikan.
Samuel dilihat cuba menggunting dan menanggalkan bahagian kasutnya yang terkoyak sebelum meneruskan aksi. Begitupun, jelas keadaan kasutnya itu kurang menyelesakan sehinggalah jurulatih Jamaica datang memberikan kasut sukan rakan sepasukan Samuel.
Rasa tidak selesa masih dirasainya oleh kerana saiz berlainan. Justeru, Tze Yong dan Hendrawan hadir ke tepinya untuk bertanya mengenai saiz kasut Samuel. Hendrawan terus membuka kasutnya lalu ia diberikat kepada Samuel memandangkan saiz dan jenama kasut yang mereka berdua pakai adalah sama.
Tindakan Hendrawan yang mencerminkan semangat kesukanan ini pantas menerima pujian daripada peminat sukan badminton. Apatah lagi, dia tidak kisah untuk hanya memakai stokin putih di belakang gelanggang sepanjang baki perlawanan tersebut.
Pengulas bersukan yang bertugas untuk perlawanan tersebut juga tidak mempercayai tindakan Hendrawan ini.
“Masih sukar untuk saya mempercayai jurulatih Malaysia telah memberikan kasutnya kepada Samuel Ricketts untuk menentang pemainnya sendiri,” katanya.
Tze Yong berjaya menewaskan Samuel dengan kemenangan straight set 21-12, 21-16. Ia melengkapkan keputusan menang 5-0 skuad badminton Malaysia ke atas Jamaica dan berjaya mara ke suku akhir.
Samuel dalam pada itu terus menggunakan kasut Hendrawan itu untuk perlawanan acara beregu pula.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bendang sawah padi yang terletak di hadapan kawasan bergambar ini memang cantik apabila tiba musim.
Sewaktu cuti sekolah mahupun hujung minggu, jalan masuknya akan penuh dengan pengunjung. Malah, ‘port’ bergambar akan penuh dengan pengunjung yang beratur.
Antara tarikan bergambar yang ada di sini adalah di piano putih, buai tergantung ala ‘sarang burung’, hammock di tepi bendang, jeti kecil di sebelah teratai dan di gazebo seperti rumah kampungnya
Walaupun berbayar tetapi apabila korang dapat menikmati suasana tenang dan mendapat foto yang cantik, semua itu sudah kira ‘belakang cerita’ kerana berbaloi.
Mereka juga menyediakan pondok luas untuk korang duduk bersama dan masak sendiri. Tapi kena bawa dapur gas mini sendiri lah ya, hehe.
Ia dibuka dari jam 9 pagi hingga 7 petang. Bagaimana, ada juga tarikh di mana kawasan ini ditutup. Untuk mendapat update terkini sebelum pergi ke sini, korang boleh mengunjungi Facebook Kampung Agong
*
Dah alang-alang ke Pulau Pinang tu, apa kata singgah sebentar ke Pulau Jerejak pula!
Formula 1 Sepang terus menjadi harapan peminat selepas Grand Prix Malaysia dihentikan pada 2017. Ketahui senarai bintang Formula 1 masa kini yang masih belum pernah berlumba di Litar Antarabangsa Sepang.