TAHNIAH Abdul Latif Romly setelah berjaya mempertahankan pingat emas bagi acara lompat jauh lelaki T20 yang pernah dimenanginya lima tahun lalu di Sukan Paralimpik Rio 2016
Latif cemerlang pada lompatan kedua dengan catatan 7.45 m dan ia kekal sebagai catatan terbaik terbaik pada perlawanan akhir tadi. Dengan itu, kem Malaysia menepati sasaran awal untuk membawa pulang tiga pingat emas daripada Tokyo 2020 menerusi dua pingat emas yang dituai sehari sebelum temasya melabuhkan tirai.
Tumpuan rakyat Malaysia juga terarah secara tidak langsung ke arah atlet Greece, Athanasuos Prodromou yang pulang dengan pingat perak. Ini susulan tindakan impulsif atlet berusia 27 tahun itu untuk menghulurkan bantuan kepada Latif selepas lompatan kelimanya.
Apabila Latif kelihatan seperti berdepan kecederaan, Athanasuos terlebih dahulu dilihat berlari dan memanggil pegawai perubatan. Sebelum paramedik sampai, dia sempat menyapa dan bertanyakan keadaan Latif.
Ads
Dia juga turut menyapu bersih kesan pasir yang masih melekat pada bahu dan rambut Latif setelah dia diletakkan ke atas kerusi roda.
Ads
Ternyata tindakan Athanasuos itu bukan saja membuktikan semangat kesukanan masih wujud dalam temasya sebesar Sukan Paralimpik ini. Misi memburu pingat emas nampaknya tidak sesekali mengaburi keprihatinannya terhadap rakan atlet lain.
Momen pendek namun bermakna itu sedikit sebanyak mengubati kekecewaan rakyat Malaysia daripada insiden melibatkan protes atlet Ukraine ke atas atlet lontar peluru, Ziyad Zolkefli tempoh hari.
Berita kematian dua orang sahabat yang baru balik bercuti di Pulau Jerejak di sebuah stesen minyak Sama Gagah sekitar jam 1.40 pagi tadi nyata mengejutkan ramai pihak. Dalam kejadian menyayat hati ini, bapa kepada salah seorang dari mangsa Ayuni Shazwanie Shabri, 21, dikatakan keluar mencari anaknya itu selepas bimbang mangsa masih tidak sampai di rumah pada 11 malam selepas menghantar mesej kepada ibunya pada 9.15 malam.
Ketika tiba di stesen minyak berkenaan didapati enjin kereta dinaiki empat sahabat itu masih hidup dan kesemua mereka sudah tidak sedarkan diri sebelum dia menghubungi petugas perubatan.
Dalam kejadian pada itu, Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Ayuni Shazwanie meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Dua lagi rakannya, Nor Adilah Mohd Safwan dan kembarnya, Nor Aqilah yang berusia 21 tahun kritikal dan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) (sumber Harian Metro).
Walau kes kematian ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, namun di sebalik isu terhidu gas karbon monoksida, ramai mengaitkannya dengan kebocoran ekzos yang biasa berlaku dalam kes-kes sebelum ini.
Di saat ramai yang melihat luaran bentuk kereta, memperbaiki kerosakan lain tetapi mungkin ramai pemandu kurang menyedari apa tanda ekzos bocor dan cara untuk mengesan kebocoran jika terjadi.
Bagaimana nak kenal pasti ekzos bocor. Baca perkongsian artikel ini.
Manifold ekzos biasanya satu paip tunggal yang menyampaikan asap knalpot dari silinder ke paip ekzos luar. Asap ekzos adalah berbahaya kerana mereka membawa racun tanpa warna dan tidak berbau yang dipanggil karbon monoksida, dan manifold ekzos bocor mungkin membenarkan karbon monoksida ke dalam kabin kenderaan ketika pembukaan terbuka. Asap adalah berbahaya, tetapi apabila mereka meresap, mereka juga mengurangkan kecekapan kenderaan. Berikut adalah empat tanda untuk mencari apabila anda mengesyaki kebocoran manifold.
1. Pecah Pecah
Paip yang retak di pelantar manifold ekzos adalah tanda pasti bahawa ia bocor. Pelantar ini adalah di bawah kereta; Oleh itu, untuk memeriksa paip, anda perlu meletakkan kereta pada lif. Setelah paip penuh, lihat retak, dan jika ada, sudah tiba masanya untuk mengambil kereta anda untuk pembaikan.
2. Kelantangan Bunyi
Sekiranya terdapat kebocoran, anda akan sering mendengar bunyi bunyi yang meningkat berhampiran enjin apabila anda memulakan kereta. Perlu diingat bahawa terdapat gasket yang menengah antara blok enjin dan pipa paip manifold sebenar. Sama seperti paip itu sendiri, gasket ini melalui tekanan pemanasan berterusan dan kitaran penyejukan. Dalam erti kata lain, jika retak itu tidak dapat dilihat dalam paip, penunjuk manifold yang buruk masih boleh ditunjukkan dalam gasket lekas.
3. Percepatan Keras
Melangkah ke pemecut dan dengar bunyi-bunyi yang kelihatannya tidak berfungsi. Kadang-kadang anda boleh mengesan bunyi asap ekzos yang bocor, tetapi masalah dengan teknik ini adalah sukar untuk membezakan bunyi-bunyi ini dari enjin biasa. Juga, bunyi-bunyi dengan enjin boleh menjadi hasil daripada banyak masalah kereta yang lain, jadi sukar untuk mengetahui apakah ini menunjukkan masalah manifold atau tidak. Kaedah ini sepatutnya hanya digunakan untuk cuba mengesahkan syak wasangka anda, setelah anda telah menemui tanda amaran yang lain.
4. Sputtering
Jika anda mendengar sputtering, maka anda tahu bahawa terdapat kebocoran di suatu tempat. Sekali lagi, semak tanda-tanda yang lain untuk membezakan kebocoran enjin manifold dari kebocoran lain. Jika ini terjadi bersama dengan mana-mana masalah lain, maka anda tahu apa yang anda hadapi dengan pasti.
5. Suapan Ekzos
Walaupun karbon monoksida tidak berbau, asap ekzos lain tidak, dan jika manifold anda bocor, bau ini akan lebih kuat daripada biasa. Jika kereta anda nampaknya mengeluarkan lebih banyak ekzos ekzos daripada biasa, mungkin masa untuk menjadualkan temujanji di kedai pembaiki. Berhati-hati apabila menguji ini bahawa anda tidak membahayakan kesihatan anda menghirup karbon monoksida yang terlalu banyak. Sumber : P-MBuilders.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia belum lagi selesai dengan isu COVID-19 di mana lebih 19.5 juta orang sudah dijangkiti sehingga semalam. Namun dalam masa beberapa hari ini, sudah ada saintis membuat dakwaan termasuk yang sudah melarikan ke Amerika Syarikat iaitu Li-Meng Yan, saintis dari University of Hong Kong yang mendakwa virus ini bukan tersebar dari pasar Wuhan sebaliknya dari makmal tentera iaitu Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China.
Terkini, satu lagi virus dikesan di China di mana tujuh orang maut dan 60 orang lagi sudah dijangkiti akibat Tick Borne Virus pembawaan dari kutu.
Akibat virus yang menyerang, masyarakat di sana sudah diingatkan bahawa ia boleh menjangkiti manusia. Lebih dari 37 orang dari daerah Jiangsu di Timur China sudah dijangkiti virus ini pada separuh tahun ini. Lebih 23 orang pula dilaporkan dijangkiti di daerah Anhui di China Timur, lapor Global Times.
Seorang wanita dari Nanjing, ibu kota Jiangsu yang menderita virus tick borne ini menunjukkan gejala seperti demam dan batuk.
Seorang wanita dari Nanjing, ibukota Jiangsu, yang menderita virus tick-borne ini menunjukkan gejala seperti demam dan batuk. Pemantauan doktor mendapati berlaku penurunan leukosid termasuk platlet darahnya turut menurun. Wanita ini bagaimana pun sudah dibenarkan keluar selepas sebulan menerima rawatan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Itu saja respon yang mampu diberikan setakat ini oleh Menteri Komunikasi & Multimedia, Gobind Singh Deo mengenai penutupan akaun Twitter rasmi milik Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam.
Akaun diRaja yang popular dengan nama @cheminahsayang itu didapati telah ditutup oleh rakyat yang mengikuti Tuanku setiap hari di media sosial.
Apa saja yang dikongsikan oleh Tuanku pasti akan mencuit hati rakyat sama ada gambar, video, retweet atau sekadar status biasa.
Ramai yang beranggapan di ditutup kerana sesetengah rakyat berkelakuan tidak beradab ketika menghantarkan reply kepada posting Tuanku.
Mereka terlupa bahawa Tuanku merupakan Raja Permaisuri Agong Malaysia walaupun Tuanku bersifat chill di mata rakyat.
Apabila Yang Berhormat Gobind diminta untuk mengulas mengenai penutupan akaun Twitter itu, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan secepat mungkin selepas mendapat maklumat lengkap.
“Saya dimaklumkan mengenai isu ini pagi tadi. Saya belum lihat secara terperinci mengenainya. Saya akan minta laporan apabila kembali ke pejabat selepas ini, kemudian barulah buat keputusan.
“Kita tengok dulu..,” kata beliau secara ringkas.
Gobind juga meminta agar diberikan ruang dan masa sebelum mereka mengeluarkan kenyataan walaupun isu tersebut kini viral di media sosial dengan hashtag #AmpunTuanku bagi mengajak Tuanku untuk kembali semula ke dunia Twitter.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!