Tak sangka di Malaysia pun ada kawasan sungai secantik ini!
Selalunya apabila bercakap tentang kawasan perairan berwarna biru terang, kita selalu teringat kepada lautan di Maldives atau Australia.
Paling dekat dengan Malaysia pun ada, tapi kita perlu ke Kuang Si Falls di Laos ataupun ke Kawasan Falls di Cebu, Filipina.
Kawasan Falls di Cebu, Filipina.
Namun sejak mendapat perhatian meluas media alternatif dan media sosial, sebuah kawasan perairan berdekatan dengan Gunung Keriang, Kedah mula dikunjungi bukan saja penduduk sekitar malah remaja dari seluruh negara.
Ini semua kerana warna airnya yang kebiruan dan jarang sekali dapat dilihat di Malaysia.
Popular dengan gelaran ‘Sungai Biru’, pengunjung mengakui mereka mendapat tahu tentang kewujudan sungai ini setelah ia tular di media sosial bermula awal tahun ini.
Walaupun keadaan airnya cantik sepanjang masa, waktu terbaik untuk mengambil foto adalah dari waktu pagi sehinggalah sekitar pukul 2 petang, apabila kedudukan matahari memberi pantulan terbaik.
Ads
Tambahan pula dengan latar belakang kawasan sawah berdekatan Gunung Keriang, memang cantiklah gambar korang. Kontras warna hijau dan biru memang onz!
‘Sungai Biru’ juga menjadi tumpuan para pemancing kerana keadaan airnya yang tidak berkelodak. Begitu juga dengan pengunjung yang gemar berenang.
Walau bagaimanapun, setelah kawasan ini menular, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah pada minggu lepas tampil membuat kenyataan bahawa kawasan tersebut adalah kawasan larangan dan tak membenarkan orang ramai untuk masuk.
Rupa-rupanya, papan tanda larangan masuk dan pita pelekat sudah pun dipacak serta dipasang selama ini.
Ads
‘Sungai Biru’ katanya mempunyai parit dalam, arus deras, tebing curam dan jalan masuk yang sudah rosak.
Ia pernah digunakan untuk projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah / Anak Bukit. Warna biru sungai juga terjadi kerana proses pemendapan tanahnya. Oleh sebab itulah, ia berbahaya untuk pengunjung kerana kemungkinan tanah boleh mendap pada bila-bila masa.
Malah, kualiti airnya yang tak pernah diperiksa oleh pihak berkuasa sebenarnya berbahaya kepada yang berenang di sini. Mana tahu, ada kandungan bertoksik ke tak.
Beberapa hari yang lalu, wartawan dari Sinar Harian melaporkan bahawa pihak berkuasa tempatan telah segera memeriksa keadaan Sungai Biru ini. Ujian terhadap sampel airnya dan keadaan tanah di situ dilakukan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Kedah / Perlis / Pulau Pinang (JMG KPP).
Kata Pengarah JMG KPP iaitu Azhari Ahmad, “Apabila kita dapat keputusan makmal, barulah kita dapat tentukan kandungan dalam air sungai biru dan puncanya, sama ada asli atau kerana bahan lain.”
Dalam pada itu, pada Rabu lepas, kajian kimia lapangan telah dilakukan di situ. Hasilnya, air berwarna biru menunjukkan nilai pH rendah sekitar 2.9 ke 3.5, manakala air berwarna normal pula sekitar 5.5 iaitu nilai yang hampir normal.
Kini mereka sedang menunggu keputusan analisis kimia makmal pula.
REMAJA nasihatkan agar korang janganlah gian sangat nak mandi, memancing atau menceroboh masuk ke situ buat masa ini atas faktor keselamatan air dan tanahnya.
Tunggu dulu keputusan makmal alright.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mana tumpahnya nasi kalau tidak ke kuah…begitulah kecantikan yang diwarisi anak kepada Datin Maria Arshad ini.
Pelakon popular era 80-an iaitu Datin Maria Arshad akui berbangga dengan pencapaian anak bongsunya, Nabilla Manissa Abdul Rahman yang baru sahaja menamatkan pengajian di Univeristi Curtin di Perth, Australia.
Pada majlis bersejarah itu, Maria Arshad turut berkongsi perasaan terharu dan bersyukur dengan pencapaian anaknya itu yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang psikologi di Curtin University, Australia. Malah, sebagai ibu, Maria meluahkan rasa bangga melihat kejayaan anaknya itu.
Kecantikan Nabilla Jadi Perhatian Netizen
Namun, perkongsian pelakon tersebut di laman instagram miliknya mendapat perhatian netizen apabila kecantikan yang dimiliki oleh Nabilla menjadi bualan.
Malah, netizen membanjiri ruangan komen dengan berkata, penampilan ibu dan anak ini sangat manis tatkala kedua-dua mereka menyarungkan kebaya rona lembut. Bukan itu sahaja, mereka menyifatkan kecantikan yang dimiliki oleh Nabilla bersifat semula jadi.
Untuk rekod, Datin Maria Arshad pernah berkahwin pada usia 16 tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Zulkifly Azahari dan Norazlina. Namun, perkahwinan tersebut tidak panjang. Datin Maria kemudian mendirikan rumah tangga dengan Datuk Abdul Rahman Abu Bakar.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata juga iaitu Nabilla Manissa dan Natasha Munira. Pada bulan Julai tahun lalu, suaminya telah meninggal dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Iya, sekiranya korang sedang membaca ayat ini, bermaksud korang pun sedang rasa tak keruan dengan nasib #FacebookDown & #InstagramDown.
Tanpa kita sedari, tindakan kita sepanjang tempoh tanpa godaan Facebook & Instagram ini umpama telah diaktifkan agar semuanya sama. Ini bukanlah kali pertama 2 aplikasi itu bermasalah. Tetapi tindakan kita seperti berulang – adakah ini Deja Vu?
Jom lihat 8 tindakan yang kita lakukan tanpa sedari sebentar tadi, sekarang dan beberapa jam daripada sekarang.
01
Perkara pertama kita semua lakukan adalah untuk restart aplikasi Facebook & Instagram dengan harapan ia hanyalah glitch biasa. Bukan saja itu, kita pun akan menutup semua aplikasi lain, manalah tahu terlebih load.
Hm, tetapi Facebook & Instagram masih lagi bermasalah.
02
Kemudian, mulalah kita memadam telefon dan menyalakan ia kembali dengan penuh harapan.
Buka-buka, Facebook & Instagram masih ‘mengkhianiti’ kesetiaan penggunanya.
03
Kita mulalah meroyan dan menuduh servis talian data masing-masing tidak berfungsi dengan sempurna. “Inilah sebab aku tak patut tukar kepada telco lain, menyesal!”
Amboi, masa nak tukar dulu kita juga yang teruja lebih dengan pelan yang ditawarkan.
04
Facebook, Instagram mahupun WhatsApp bermasalah tanpa berita pengesahan.
Kita pun berpaling tadah dan memilih Twitter yang sudah berhabuk gamaknya. Aik, okay pula Twitter. Jari terkial-kial ingin menaip carian di searchbox namun tak pasti butang yang mana harus disentuh.
Akhirnya, carian kita mendapati hashtag #FacebookDown & #InstagramDown menduduki kedudukan teratas dalam topik trending di Malaysia. Ouh, memang betullah bermasalah, bukannya UMobile atau Digi buat naya seperti pada bulan lepas.
Opps!
05
Apa lagi, alang-alang sudah ‘terbang’ ke Twitter, mulalah jari liar menaip status kurang 280 karakter. Kalau ada terlihat seseorang menaip thread berhubung masalah ini, mulalah otak nakal menuduh, “Kau ni kecewa sangat dengan Facebook & Instagram nampaknya.”
Padahal kita pun sedang ligat meluah nasib melalui Tweet!
06
Sambil berharap agar Facebook & Instagram kembali pulih, kita memilih untuk menonton video di YouTube. Selang 5 minit, tangan gatal untuk refresh semula kedua-dua aplikasi tersebut.
Err, lupa eh korang pernah on butang notifikasi automatik? Kalau masuk notifikasi baru dari Facebook & Instagram bermaksud ia sudah kembali pulih.
Tak perlu pun nak refresh.
07
Rasa resah itu pasti timbul tanpa kita sedari. Dah kenapa nak resah pun kita tak mengerti, hanya dengan ketidakwujudan dua aplikasi itu semuanya seakan tak lengkap.
08
Akhirnya apabila Facebook & Instagram kembali pulih, kita dah tak berminat pun hendak muat naik posting yang dirancang 2-3 jam yang lepas. Katil lebih menggiurkan, rasa ngantuk lebih hebat panggilannya.
Akhirnya Facebook & Instagram dibiarkan sepi tanpa foto, video dan kata.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah berkongsi berita gembira apabila bakal dikurniakan cahaya mata ketujuh selepas isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin kini hamil dua bulan.
Memetik laporan Harian Metro, penyanyi yang kini berusia 65 tahun itu meluahkan rasa syukur dengan kurniaan rezeki tersebut.
“Seronok tengok anak-anak. Macam-macam perangai. Walaupun ada pembantu di rumah jaga anak-anak. Dari masa ke semasa saya ambil pengasuh mengikut hari dan jam.
“Tugas mereka berbeza sedikit, mengajar, bermain serta merancang aktiviti anak-anak ini. Azura dan Issac dah sekolah, jadi senanglah sikit,” katanya.
Di sebalik kegembiraan tersebut, Jamal memberitahu, isteri kesayangannya itu kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan hamil yang teruk.
Sekadar makluman, Jamal dan Zai Izzati berkahwin pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan lima anak termasuklah yang terbaru dijangka akan dilahirkan pada awal tahun depan.
Untuk rekod, Jamal pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini dan memiliki dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!