Bagaimana perasaan sekiranya anda digandingkan bersama seorang juara Miss Universe era moden dalam satu set penggambaran yang sama?
Pelakon, Anna Jobling tidak lagi tertanya-tanya mengenainya setelah dia digandingkan bersama Catriona Gray, Miss Universe 2018 dari Filipina serta dua lagi selebriti Asia Tenggara, Thao Nhi Le (Vietnam) dan Aimee Cheng Bradshaw (Singapura) bagi paparan edisi digital L’Officiel Philippines Oktober 2026.
Anna, 26 yang memulakan langkahnya sebagai seorang pelakon menerusi penyertaan dalam pencarian Dewi Remaja 2018/2019 sememangnya tidak asing dengan kehadiran Catriona, 32 dalam persada seni dan dunia ratu cantik antarabangsa.
Sewaktu di set penggambaran Dewi Remaja, Anna bersama rakan finalis lain sempat menonton perjalanan Catriona pada pusingan ‘preliminary’ dan acara kemuncak yang disiarkan secara langsung dari Bangkok, Thailand.
Lantas, peluang untuk bergandingan bersama Catriona untuk isu kali ini merupakan satu peluang yang sukar untuk dilepaskan oleh Anna.
Catriona Gray Ibaratkan Anna Jobling Seperti Adiknya Sendiri.
Dalam temubual eksklusif yang dimuat naik oleh L’Officiel Philippines, Catriona menggambarkan ‘chemistry’ yang terjalin di set ibarat gandingan adik-beradik biarpun untuk jangka masa yang singkat.
Ads
“Dia benar-benar adik saya!” ujar Catriona memandangkan mereka mempunyai pelbagai persamaan dari sudut latar belakang sebagai anak tunggal dan jurang usia yang agak luas antara ayah dan ibu masing-masing.
“Saya menontonnya sewaktu Catriona menang, dan saya benar-benar terinspirasi olehnya,” kata Anna pula.
Persamaan antara dua wanita jelita ini tidak terhenti setakat di situ. Selain dilahirkan sebagai anak berdarah kacukan (Catriona berdarah Australia-Filipina manakala Anna pula berdarah Inggeris-Melayu), mereka juga menggemari peluang untuk tampil secara glamor dengan cita rasa stail masing-masing.
Bicara Fesyen & Kecantikan Catriona Gray & Anna Jobling
Sebagai konteks, Catriona dan Anna disarungkan dalam persalinan koleksi kolaborasi terbaru oleh H&M bersama Elie Saab dan mereka menceritakan serba sedikit pandangan mereka terhadap item yang mereka gayakan.
Ads
“Saya lebih cenderung kepada stail ‘less is more’. Jadi apabila saya tampil dengan gaya glamor, ia tidaklah keterlaluan,” kongsi Anna.
“Biasanya, saya akan memilih satu aksesori yang menonjol. Atau dari segi solekan pula, saya hanya akan menonjolkan satu bahagian pada wajah saya (seperti solekan mata atau warna gincu bibir yang menyerlah).
“Saya merasa sangat bertuah kerana dapat melakukan semua ini. Malah kerjaya saya juga membolehkan saya benar-benar mengembangkan gaya peribadi saya,” tambah pelakon drama Yes! Captain Zul Aaryan itu.
Bagi Catriona pula, semua orang mempunyai sisi yang indah pada diri sendiri dan cara kita menonjolkan kecantikan peribadi juga berbeza.
“I am a beauty-girl. Tidak semestinya kita memerlukan peristiwa istimea untuk menyuntik elemen glamor ke dalam hidup kita. Bagi saya glamor itu tercetus apabila kita menjadi kreatif dan melakukan sesuatu itu dengan tujuan yang jelas.
“Saya sedar dalam zaman sekarang, konsep minimalis lebih digemari. Saya juga faham fungsi adalah aspek yang penting. Apabila sesuatu yang ringkas hadir dengan elemen yang sangat terperinci, ia membolehkan syaa menghargai keindahannya,” ujar Catriona.
Menerusi peluang digandingkan di set L’Officiel Philippines ini, tidak mustahil satu hari nanti kita dapat menyaksikan gandingan Anna Jobling dan Catriona Gray sekali lagi muncul dalam skala yang lebih besar seperti dalam bentuk filem dan pertemuan di acara karpet merah eksklusif.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Tahun lalu Miss Universe Singapura 2020 menjadi bualan ramai dek kostum nasional yang memberi impak ketika pentas akhir Miss Universe berlangsung. Bernadette Belle jelas mewakili negaranya dengan baik sekali biarpun dia tidak tersenarai antara semifinalis Top 21. Namun apa yang penting kehadirannya di pentas tersebut menjadi ingatan ramai.
Tahun ini, Miss Universe Singapura 2021 telah mengumumkan pemenangnya semalam. Nandita Banna, 21, telah diangkat sebagai juara sekaligus mendapat kepercayaan untuk mewakili negara kecil itu di pentas Miss Universe yang akan berlangsung di Eilat, Israel pada penghujung tahun ini.
.
Tahun ini organisasi Miss Universe Singapura memperkenalkan mahkota baharu yang dinamakan The Better Crown. Rekaan dengan lima bintang ini mewakili lima bintang pada bendera negara itu.
Menewaskan tujuh finalis lain, gadis berdarah India ini merupakan pelatih penganalisis data, model dan juga sukarelawan yang aktif di Care Corner Singapore yang menjurus kepada pembangunan skil hidup dan juga komunikasi interpersonal dalam kalangan pelajar sekolah. Ketika ini selain bekerja sebagai model sambilan dia merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti Pengurusan Singapura.
.
Menarik tentang dirinya, dengan ketinggian yang dimiliki, dia telah dipilih sebagai salah seorang model untuk menggayakan busana koleksi Louis Vuitton Women Spring/Summer 2021 di Muzium Sains-Seni, Singapura. Dia juga pernah menghiasi lembaran fesyen dalam majalah Vogue Singapura.
Dalam sejarah pertandingan Miss Universe, setakat ini Singapura pernah dua kali menjadi semifinalis iaitu pada tahun 1983 menyaksikan Kathie Lee Lee Beng yang berjaya menjadi tpo 12 dan kemudian pada tahun 1987 yang mana Nicole Teo berjaya tembus sebagai peserta 10 terbaik dalam pertandingan tersebut.
Sumber gambar: Instagram Miss Universe Singapura & Nandita Banna
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas lebih kurang tiga tahun peminat menantikan siapakah yang akan dinobatkan sebagai Hero Remaja 2020 bagi menggantikan takhta yang dimenangi oleh Alif Muhaimin pada tahun 2017, ternyata tuah memilik kepada Nadhir Nasar pada malam ini.
Naib juara pula disandang oleh Umar Hisham yang berasal dari Johor Baharu, manakala Meerqeen berjaya menempatkan diri di tangga ketiga.
Tempat keempat dimenangi oleh Jabir Meftah dan tempat kelima jatuh kepada Haziq.
Sementara itu, Imran Aqil dipilih sebagai Hero Inspirasi berdasarkan undian daripada finalis-finalis Hero Remaja 2020 dan para juri. Ia dinilai berdasarkan semangat dan usaha Imran untuk memberikan inspirasi buat remaja di luar sana.
Dengan undian sebanyak lebih daripada 30,000, Aniq Suhair dipilih menjadi Hero Confident NIVEA Men pilihan peminat. Undian dilakukan di laman web remaja.my sejak episod pertama Hero Remaja 2020 ditayangkan di televisyen dan ditutup pada jam 6 petang tadi.
Walaupun acara finale dilangsungkan dengan kawalan ketat terhadap Piawaian Prosedur Operasi (SOP), namun ia tetap berlangsung penuh meriah. Hanya seramai 50 orang penonton dibenarkan untuk menyaksikan siaran secara langsung di studio dan ia terdiri daripada penaja utama Hero Remaja 2020 iaitu NIVEA Men, pihak pengurusan dan para selebriti yang terdiri daripada alumni pencarian Hero Remaja terdahulu dan pencarian Dewi Remaja 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gandingan finalis Hero Remaja 2022 dan Dewi Remaja 2018/2019 ini semakin hari semakin memperkukuhkan pengaruh mereka dalam kalangan peminat.
Memasuki tahun 2023, Meerqeen dan Anna Jobling yang mendaki carta populariti menerusi drama hit, Melur Untuk Firdaus pada tahun lalu meneruskan kecemerlangan apabila tersenarai sebagai artis berwajah kacak dan jelita oleh TC Candler bagi edisi 2022.
Dalam kategori yang dibahagikan mengikut jantina itu, Meerqeen, 22 berada di kedudukan ke-55 manakala Anna, 24 juga tidak kurang hebatnya di kedudukan ke-84.
Tambah membanggakan apabila hanya mereka berdua menjadi artis kelahiran Malaysia yang meloloskan diri dalam senarai kali ini.
Untuk pengetahuan, kedudukan pertama bagi kategori Lelaki Wajah Kacak TC Candler 2022 menjadi milik pelakon, Henry Cavill yang baru-baru ini mengesahkan dirinya tidak akan terus membawa watak Superman. Rapper dari kumpulan Stray Kids, Hyunjin pula berada di kedudukan kedua diikuti Timothee Chalamet di tempat ketiga.
Sementara itu, bagi kategori Wanita Wajah Jelita TC Candler 2022 pula, Jasmine Tooks yang merupakan seorang model dari Amerika Syarikat berada di tempat teratas. DIa diikuti rapat oleh dua artis K-pop iaitu Nacy dan Lisa.
Senarai TC Candler yang dianjurkan sebagai pengiktirafan tahunan ini dinilai menerusi undian yang dilakukan di platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.
Bermula sejak tahun 1990 bersama The Independent Critics, senarai TC Candler semakin menjadi ikutan ramai setelah memasuki era digital di mana pengguna media sosial lebih galak mengundi berdasarkan populariti artis tertentu.
*
Terdahulu, selebriti Malaysia seperti Fattah Amin dan Tabby Blackpink pernah berada dalam senarai awal pencalonan pada tahun 2020 serta 2021. Bagaimanapun, mereka tidak berjaya menempatkan diri dalam kedudukan Top 100 bagi kategori masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!