Mana tumpahnya nasi kalau tidak ke kuah…begitulah kecantikan yang diwarisi anak kepada Datin Maria Arshad ini.

Pelakon popular era 80-an iaitu Datin Maria Arshad akui berbangga dengan pencapaian anak bongsunya, Nabilla Manissa Abdul Rahman yang baru sahaja menamatkan pengajian di Univeristi Curtin di Perth, Australia.

ARTIKEL BERKAITAN : Datuk Seri Michelle Yeoh Terima Anugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat Institut Filem Amerika

Anak Bongsu Maria Arshad Raih Ijazah Universiti Australia, Bijak & Warisi Kecantikan Ibu!

Pada majlis bersejarah itu, Maria Arshad turut berkongsi perasaan terharu dan bersyukur dengan pencapaian anaknya itu yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang psikologi di Curtin University, Australia. Malah, sebagai ibu, Maria meluahkan rasa bangga melihat kejayaan anaknya itu.

Kecantikan Nabilla Jadi Perhatian Netizen

IKLAN

Namun, perkongsian pelakon tersebut di laman instagram miliknya mendapat perhatian netizen apabila kecantikan yang dimiliki oleh Nabilla menjadi bualan.

Malah, netizen membanjiri ruangan komen dengan berkata, penampilan ibu dan anak ini sangat manis tatkala kedua-dua mereka menyarungkan kebaya rona lembut. Bukan itu sahaja, mereka menyifatkan kecantikan yang dimiliki oleh Nabilla bersifat semula jadi.

Anak Bongsu Maria Arshad Raih Ijazah Universiti Australia, Bijak & Warisi Kecantikan Ibu!
Foto Via Instagram

 

IKLAN

Untuk rekod, Datin Maria Arshad pernah berkahwin pada usia 16 tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Zulkifly Azahari dan Norazlina. Namun, perkahwinan tersebut tidak panjang. Datin Maria kemudian mendirikan rumah tangga dengan Datuk Abdul Rahman Abu Bakar.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata juga iaitu Nabilla Manissa dan Natasha Munira. Pada bulan Julai tahun lalu, suaminya telah meninggal dunia.

Manis betul wajah Nabilla ni….

IKLAN

Sumber: Maria Arshad

BACA LAGI : Raih Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Sissy Imann Bukan Calang-Calang. Muzik Dan Pelajaran Seiring

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI