Minggu suram buat arena bola sepak tanah air apabila satu demi satu kes keganasan yang mengancam nyawa dan keselamatan para pemain bola sepak negara berlaku. Semalam, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.

Melalui perkongsian di aplikasi Instagram, kenderaan jenis Honda milik pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu telah diserang oleh dua lelaki bermotosikal di Padang Seri Gelam, Johor Bahru, jam 10.05 malam pada Selasa.

Pemain Bola Sepak JDT, Safiq Rahim Diserang 2 Lelaki Bermotosikal
Kredit: Instagram sportsrevobysafiqrahim

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh Safiq, kejadian itu berlaku sebaik sahaja dia selesai mengambil barang di Pusat Latihan JDT. Menurut laporan, salah seorang pembonceng motosikal tersebut telah mengeluarkan sebatang tukul besi dan mengetuk cermin belakang keretanya.

“Tak sangka saya pula kena attack berdekatan Pusat Latihan JDT. Zaman kami kena berjaga-jaga.😢” – Safiq rahim.

Ketukan itu telah menyebabkan dia terkejut dan terus memberhentikan kereta yang dinaikinya. Dua lelaki yang tidak dikenali itu turut menunjukkan tukul ke arah Safiq. Disebabkan takut terjadi apa-apa yang tidak diingini terjadi, Safiq memaklumkan dia mengundurkan kereta dan terus ke Balai Polis Larkin untuk membuat laporan.

IKLAN
Pemain Bola Sepak JDT, Safiq Rahim Diserang 2 Lelaki Bermotosikal
Kredit: Instagram sportsrevobysafiqrahim

Kejadian tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, dan pihak polis sedang mengesan suspek terlibat.

Johor Darul Ta’zim FC dalam satu kenyataan juga memaklumkan bahawa mereka telah meningkatkan lagi keselamatan semua pemain sebagai langkah berjaga-jaga.

IKLAN

“Insiden itu, bersama dengan serangan ke atas Akhyar Rashid dan Faisal Halim baru-baru ini, tidak mempunyai tempat dalam dunia bola sepak. Disebabkan kes-kes terkini, JDT telah meningkatkan lagi keselamatan para pemain kami sebagai langkah berjaga-jaga”, kata Alistair Edwards, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT.

Pemain Bola Sepak JDT, Safiq Rahim Diserang 2 Lelaki Bermotosikal

IKLAN

Terdahulu, pemain pinjaman JDT, Akhyar Rashid telah menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu minggu lalu sehingga menyebabkan kecederaan di beberapa bahagian badannya akibat dipukul menggunakan cota.

Manakala, pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim yang kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali di pusat membeli belah di Damansara Ahad lepas.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI