Insiden kemalangan ngeri yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam, pihak berkuasa memaklumkan bahawa perintah reman terhadap pemandu bas hanya akan dilakukan selepas dia dibenarkan keluar dari hospital.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, lelaki berusia 42 tahun itu kini sedang dirawat di Hospital Taiping akibat kecederaan yang dialaminya dalam kemalangan tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Metro Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, pempengaruh media sosial, Emina Kulasic Bong Ei Min menasihatkan golongan muda supaya memberikan keutamaan kepada pendidikan demi jaminan masa depan setelah menerima Anugerah Pelajaran Diraja Universiti Utara Malaysia (UUM) di Majlis Konvokesyen UUM ke-37 pada Ahad.
Menurut Emina yang merupakan graduan dalam bidang Pengurusan dan Hal Ehwal Antarabangsa, keutamaannya tetap kepada pendidikan dan kerjaya pempengaruh hanyalah sebagai alternatif atau pilihan kedua.
“Nasihat saya, jangan jadikan impian untuk menjadi ‘influencer’ sebagai matlamat utama. Saya sendiri tidak pernah sasarkan hal ini. Pendidikan seharusnya menjadi tumpuan utama”
“Melalui pendidikan, kita boleh mencapai lebih banyak, menginspirasi orang lain dan berkongsi ilmu. Itu langkah pertama yang paling penting,” katanya.
Gadis yang berasal dari Sarikei, Sarawak dan dibesarkan oleh makciknya itu berkata, penglibatannya di dalam media sosial adalah kerja sampingan untuk memberi inspirasi kepada generasi muda tentang pentingnya pendidikan formal.
“Apabila kita berusaha untuk memperbaiki diri melalui pendidikan tinggi, orang lain juga akan terdorong untuk melakukan hal yang sama. Bila masyarakat terdorong untuk mengejar pendidikan dan perkembangan diri, mereka akan ikut teladan yang baik,” ujarnya yang kini mempunyai 59,300 pengikut di TikTok.
Kredit: Instagram @bong_eimina
Berkongsi mengenai pembahagian masa, Emina juga aktif sebagai Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM, selain itu pemilihan bidang yang diminati adalah cara terbaik untuk berjaya selain mendapat kerjasama baik daripada pensyarah dan juga rakan kuliahnya.
Dalam pada itu, dia turut menunjukkan prestasi kepimpinan cemerlang apabila diiktiraf sebagai penerima Anugerah ‘Most Diplomatic Minister’ dalam ASEAN Foundation Model ASEAN Meeting yang berlangsung di Siem Reap, Kemboja terdahulu.
Kredit: Instagram @bong_eimina
Sekadar info, penerima Anugerah Pelajaran Diraja menerima wang tunai RM7,500 berserta sijil, manakala penerima Pingat Emas Canselor menerima RM 4,000 berserta sijil. Turut hadir, Sultan Kedah Al Aminul Karim, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mencemar duli untuk merasmikan sesi pertama daripada lima hari konvokesyen.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Van jenazah milik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah membawa jenazah kes pembunuhan, Nur Farah Kartini Abdullah dari Unit Forensik Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 18 Julai menuju ke Pekan, Pahang selepas selesai proses tuntutan oleh ahli keluarga sebentar tadi.
Ia diingiri kenderaan Polis diraja Malaysia ketika meninggalkan kompaun Hospital.
Turut kelihatan di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh adalah beberapa individu terdiri daripada ahli keluarga Allahyarhamah yang tiba jam 11 pagi tadi untuk proses tuntutan jenazah.
Menurut abang mangsa, Mohd. Farriza Amir Abdullah, 28; jenazah Allahyarhamah kemudian akan disolatkan di Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor di Pekan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Bentan, Pahang.
Manakala, butiran-butiran selanjutkan akan disampaikan oleh Farriza kepada para pemberita nanti.
Terlebih dahulu, REMAJA melaporkan mengenai kesediaan UPSI untuk membantu menguruskan penghantaran pulang jenazah Nur Farah Kartini Abdullah bagi meringankan bebanan keluarga mangsa.
Sebagai info, Nur Farah Kartini merupakan graduan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) dengan Kepujian daripada UPSI pada tahun 2023 dan pernah memperolehi keputusan GPA 4.0 ketika menuntut di sana.
Setelah menamatkan pengajian, Nur Farah Kartini telah bekerja di sebuah kedai percetakan di Tanjung Malim, Perak di samping membantu menguruskan perniagaan kereta sewa milik suspek kes pembunuhannya untuk menjana pendapatan sampingan.
Suspek yang merupakan anggota polis lelaki berusia 26 tahun dilaporkan bertugas di Kontinjen Perak. Supek kini direman tujuh hari sehingga 22 Julai 2024 untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Komposer tersohor negara, Othman Mohamed dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini dipercayai akibat sesak nafas.
Allahyarham yang juga abang kepada penyanyi lagu Kau Pergi Jua, Allahyarham Adam Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun.
Menerusi laman Facebook Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam kemas kini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Othman.
Kredit: UiTM
Allahyarham merupakan pencipta lagu ‘UiTM Di Hatiku’ dan merupakan alumni universiti berkenaan yang juga pengambilan pertama dalam jurusan Diploma Muzik pada 1984.
Menurut anak kedua Allahyarham, Izwana Othman (36) mengesahkan pemergian bapanya dan jelasnya, Allahyarham berada dalam keadaan sihat sebelum mengalami demam, dua hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah Othman disempurnakan di Masjid Al-Ehsan Seksyen 24, Shah Alam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.
Semasa hayatnya, Othman menghasilkan beberapa lagu malar segar antaranya Kau Pergi Jua, Di Hari Persandinganmu, Episod Cinta, Hanya Di Radio dan banyak lagi.
Salam takziah kami ucapkan buat keluarga. Al-Fatihah…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...