Tragedi yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam kemalangan ngeri di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding pada awal pagi Isnin lepas, masih meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia.

Kini, pemandu bas persiaran yang terlibat akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua keluarga mangsa dan pelajar yang terlibat.

BACA: UPSI Berduka: Pemandu Bas Bakal Direman Selepas Keluar Hospital

“Brek Tak Berfungsi Secara Tiba-Tiba & Saya Lakukan Pelbagai Cara, Saya Minta Maaf Kepada Seluruh Keluarga Mangsa…” –Pemandu Bas

Menurut laporan media tempatan, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, memaklumkan bahawa kejadian tragis itu berlaku selepas brek bas yang dipandunya tiba-tiba gagal berfungsi ketika melalui jambatan lintasan gajah di Gerik.

Ads

“Saya minta maaf kepada seluruh keluarga mangsa dan pelajar yang terbabit dalam kemalangan pagi semalam.

“Apa yang berlaku disebabkan brek bas tidak berfungsi secara tiba-tiba,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA: UPSI Berduka: “Saya Nampak Mereka Meronta-Ronta & Ada Yang Tiba-Tiba Senyap, Waktu Itu Saya Tahu Mereka Dah Tiada” -Pelajar Terselamat

“Brek Tak Berfungsi Secara Tiba-Tiba & Saya Lakukan Pelbagai Cara, Saya Minta Maaf Kepada Seluruh Keluarga Mangsa…” –Pemandu Bas

Jelas Amirul lagi, ketika kejadian, dia sudah mencuba pelbagai usaha untuk mengawal kenderaan tersebut. Malangnya, sistem angin pada bas dipercayai kosong, sekaligus menyebabkan semua sistem keselamatan seperti brek tangan dan pertukaran gear tidak dapat digunakan.

“Ketika itu saya sudah cuba melakukan pelbagai cara, namun disebabkan angin bas juga kosong menyebabkan semua tidak berfungsi termasuk brek tangan dan gear bas juga tidak boleh ditukar,” tambahnya.

Dalam usaha terdesak untuk mengelak tragedi yang lebih buruk, Amirul berkata dia sedaya upaya mengelak dari merempuh kenderaan lain di hadapannya.

Ads

“Apa yang saya buat ketika itu adalah cuba mengelak dari kenderaan lain supaya tidak merempuh mereka dan seingat saya empat kenderaan saya elak termasuk lori sebelum kejadian berlaku.

BACA: UPSI Berduka: “Ada Yang Tersepit, Ada Yang Menangis, Ada Yang Ajar Rakan Mengucap Walaupun Dah Meninggal Dunia”

“Brek Tak Berfungsi Secara Tiba-Tiba & Saya Lakukan Pelbagai Cara, Saya Minta Maaf Kepada Seluruh Keluarga Mangsa…” –Pemandu Bas

Ads

“Kenderaan terakhir saya potong adalah kereta yang mempunyai dashcam dan ketika itu saya sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk,” katanya lagi.

Namun, situasi menjadi bertambah sukar apabila bas melalui kawasan selekoh, sekali gus membatasi usahanya mengawal kenderaan tersebut.

“Orang nampak saya memotong dan bawa laju sedangkan hakikat sebenar saya cuba mengelak dari melanggar kenderaan mereka namun disebabkan kejadian yang berlaku adalah kawasan selekoh, saya tidak mampu berbuat apa-apa,” ujarnya.

Kemalangan membabitkan bas persiaran yang membawa 44 individu, termasuk 42 pelajar UPSI itu, mengorbankan 15 nyawa, yang mana 13 maut di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gerik.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Metro Online

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI