Zuriat adalah idaman semua pasangan yang sudah berkahwin. Namun, tidak semua yang beruntung untuk dikurniakan dengan cahaya mata kerana ianya merupakan rezeki yang diberikah oleh Allah s.w.t menurut kehendaknya. Biarpun begitu, kita sebagai manusia tidak boleh berputus asa bahkan perlu terus berusaha dan berikhtiar.

Bukan Lagi Dalam Filem Fiksyen, Rahim Buatan Manusia Bakal Direalisasikan

Walaupun masih didalam kajian, mungkin berita ini akan memberi sedikit kegembiraan bagi mereka yang mempunyai masalah untuk hamil terutama yang berkaitan dengan rahim wanita.

Arus kemodenan dan inovasi sains kini membolehkan teknologi rahim buatan manusia digunakan bagi memastikan janin dapat berkembang di luar tubuh manusia. Selalu kita tengok dalam filem fiksyen je kan? Tapi kini ia giat dibangunkan dan tidak mustahil jadi kenyataan.

Bukan Lagi Dalam Filem Fiksyen, Rahim Buatan Manusia Bakal Direalisasikan

IKLAN

Bukan lagi angan-angan Pak Jenin ye!

Menurut laporan South China Morning Post, saintis dari Suzhou Institute of Biomedical Engineering and Technology telah berjaya membangunkan kecerdasan buatan yang memantau perkembangan janin tikus dalam rahim buatan manusia.

Kecerdasan buatan ini akan menjadi penjaga yang boleh mengesan perubahan nutrien dan tahap karbon dioksida janin tikus. Jika perubahan dikesan, ia boleh campur tangan untuk menggalakkan perkembangan dan memberikan notifikasi sekiranya janin mati.

IKLAN

Bukan Lagi Dalam Filem Fiksyen, Rahim Buatan Manusia Bakal Direalisasikan

Kajian pada waktu ini hanya dilakukan ke atas janin tikus kerana eksperimen menggunakan janin manusia diharamkan oleh komuniti sains kerana isu etika perubatan. Walaupun kertas kajian telah diterbitkan tiada maklumat sama ada janin tikus yang dibesarkan dalam rahim buatan manusia ini berjaya berkembang sepenuhnya ke tahap akhir.

IKLAN

Harap teknologi baru ini mampu membantu dan menyinari hidup pasangan yang mempunyai masalah tidak boleh mengandung kerana tiada rahim, kerjaya yang terhalang kerana bunting dan mereka yang tidak boleh mengandung akibat masalah kesihatan. Pada tahun 2017, janin biri-biri berjaya dibesarkan dalam rahim buatan manusia khusus untuk menyelamatkan bayi pra-matang.

Secara umumnya, kajian masih di peringkat awal tetapi tidak mustahil ia akan jadi kenyataan kan?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI