Masuk bulan Rejab, ini amalan dianjurkan ulama dan pesanan Hazwani Helmi untuk persediaan Ramadan yang sering diingatkan kepada umat Islam agar tidak memandang ringan salah satu daripada bulan haram yang dimuliakan ini. Ketibaan bulan Rejab bukan sekadar pertukaran kalendar Hijriah, sebaliknya menjadi titik permulaan latihan rohani sebelum melangkah ke bulan Syaaban dan seterusnya Ramadan.
Bulan Rejab termasuk dalam empat bulan haram yang dimuliakan Allah SWT. Justeru, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah, menjaga adab serta lebih berhati-hati dalam setiap perbuatan dan pertuturan sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.
Bulan Haram Yang Dimuliakan Allah SWT
Rejab merupakan salah satu daripada empat bulan haram selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Pada bulan-bulan ini, umat Islam dianjurkan untuk meninggalkan maksiat, mengawal hawa nafsu dan mempertingkatkan amalan kebaikan.
Para ulama menjelaskan bahawa pahala amalan soleh akan dilipatgandakan pada bulan Rejab, dan begitu juga dosa bagi mereka yang lalai serta tidak menjaga batasan. Oleh itu, bulan ini seharusnya dimanfaatkan sebagai ruang muhasabah diri dan proses pembersihan hati.
Pesanan Hazwani Helmi Tentang Malam Pertama Rejab
Perkara tersebut turut dikongsikan oleh penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi atau nama penuhnya Nur Hazwani Afiqah Helmi menerusi satu hantaran di laman Threads. Dalam perkongsian tersebut, Hazwani menekankan kepentingan menghidupkan malam pertama bulan Rejab kerana ia tergolong sebagai antara malam yang mustajab doa.
Ads
Menurut Hazwani, para ulama menganjurkan agar umat Islam memperbanyakkan taubat, istighfar dan doa pada malam pertama Rejab. Pandangan ini selari dengan pendapat Imam Syafie yang menyebut bahawa antara malam yang mustajab doa ialah malam pertama bulan Rejab.
“Tak lama lagi kita nak masuk bulan Rejab, antara bulan haram (mulia) dalam kalendar Islam. Ulama anjurkan taubat, istighfar dan banyakkan doa pada malam pertama Rejab,” tulisnya.
Amalan Yang Dianjurkan Sepanjang Bulan Rejab
Selain amalan pada malam pertama, umat Islam turut digalakkan untuk mengawal dosa dan memperbanyakkan amal kebaikan sepanjang bulan Rejab. Amalan-amalan ini bukan sahaja mendekatkan diri kepada Allah SWT, malah melatih jiwa untuk memasuki Ramadan dengan lebih bersedia.
Antara amalan yang disarankan oleh para ulama ialah memperbanyakkan puasa sunat seperti puasa Isnin dan Khamis serta puasa ayyamul bidh. Amalan berpuasa ini mendidik kesabaran, menenangkan jiwa dan membantu tubuh menyesuaikan diri sebelum ibadah puasa Ramadan.
Ads
Sumber foto hiasan : weforum https://www.weforum.org/agenda/2020/04/covid-19-what-you-need-to-know-about-the-coronavirus-pandemic-on-25-april/
Doa Persediaan Menuju Ramadan
Hazwani juga menggalakkan umat Islam untuk membiasakan diri membaca doa yang masyhur menjelang Ramadan, iaitu:
Allahumma barik lana fi Rajab wa Sha’ban wa ballighna Ramadan.
Maksudnya: “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
Doa ini mencerminkan harapan agar diberikan umur yang panjang, kesihatan yang baik serta keupayaan rohani untuk bertemu dan menghidupkan bulan Ramadan dengan penuh keimanan.
Perkongsian Hazwani Helmi ini secara tidak langsung membuka mata ramai, khususnya golongan remaja, bahawa persediaan menuju Ramadan tidak bermula secara mendadak. Sebaliknya, ia perlu dilatih lebih awal melalui pengisian rohani, kawalan diri serta usaha memperbaiki hubungan dengan Allah SWT.
Dalam dunia yang sarat dengan hiburan dan gangguan digital, bulan Rejab hadir sebagai peluang untuk memperlahankan langkah, bermuhasabah dan kembali kepada tujuan hidup yang sebenar. Sesungguhnya, Ramadan yang berkualiti lahir daripada hati yang telah dilatih sejak Rejab lagi.
Baru-baru ini, pasangan pemain badminton terkenal Asia, Ong Yew Sin (30) dari Malaysia dan Aya Ohori (29) dari Jepun, sah bergelar suami isteri dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Negeri Melaka pada Sabtu.
Menerusi perkongsian di Instagram milik Yew Sin, majlis perkahwinan mereka berlangsung dalam suasana tertib dan sederhana, disaksikan oleh pegawai pendaftaran serta ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Dalam pada itu, perkahwinan ini menjadi simbol penyatuan dua budaya yang berbeza melalui cinta dan sukan. Walaupun datang dari latar belakang negara, budaya dan kehidupan yang berbeza, pasangan jaguh badminton ini berjaya membuktikan bahawa cinta tidak mengenal sempadan.
Pada masa yang sama, khabar gembira ini turut mendapat perhatian peminat badminton dari seluruh dunia, terutamanya penyokong tempatan yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan buat pasangan ini di media sosial.
Untuk rekod, Yew Sin merupakan pemain beregu lelaki profesional negara dan berpasangan tetap dengan Teo Ee Yi. Antara pencapaian terbesarnya ialah memenangi pingat perak di Kejohanan Badminton Asia 2023 serta gangsa di Kejohanan Dunia 2021.
Manakala Aya Ohori pula merupakan bekas pemain perseorangan wanita Jepun yang pernah berada di ranking ke-7 dunia. Beliau mengumumkan persaraannya dari pentas badminton antarabangsa pada penghujung tahun 2024 lalu.
Terdahulu, pasangan ini pernah mengikat tali pertunangan pada 26 Mac lalu dan kini ikatan perkahwinan antara mereka bukan saja diraikan peminat, malah menjadi topik hangat di media sosial dan disifatkan sebagai bukti manis bahawa sukan mampu merapatkan jurang budaya dan negara.
Kami di REMAJA ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Yew Sin dan Aya, semoga kekal bahagia dan terus memberi inspirasi kepada generasi muda!
Sumber: Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad membuat kejutan apabila diumumkan sebagai pemilik kelab bola sepak amatur Carabat FC yang bakal beraksi dalam Liga Selangor.
Perkhabaran itu disahkan menerusi laman sosial rasmi Carabat FC yang memaklumkan pelakon filem Polis Evo 3 itu adalah pemilik pasukan itu yang ditunjangi pemain muda.
“Penubuhan kelab didorong oleh semangat kesukanan dan keinginan untuk menyediakan platform untuk pemain berbakat untuk mempamerkan kebolehan mereka.
“Dengan tumpuan kepada kedua-dua prestasi kompetitif dan pembangunan pemain, Carabat FC berazam untuk berada di peringkat lebih tinggi dalam bola sepak Malaysia.
“Saya harap kami boleh mencapai lebih banyak kejayaan dalam masa terdekat dan membuat penampilan sulung kami dalam Liga Super FAS,” kata kenyataan rasmi Sharnaaz.
Carabat FC baru beraksi dalam satu perlawanan dan mereka bakal menentang Bangi City untuk aksi persahabatan kedua pada 19 Oktober ini di KV Arena, Shah Alam.
Untuk rekod, aktres popular Rita Rudaini tampil sebagai selebriti wanita pertama negara ini menubuhkan kelab bola sepak RR Cougars FC pada 2018.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Carabat FC
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika hotel di Malaysia banyak yang gulung tikar di musim pandemik COVID-19 ini, lain pula apa yang dilaporkan oleh syarikat yang bernama Orbital Assembly ini.
Hotel merupakan satu business yang menyediakan penginapan berbayar secara jangka pendek. Selain bilik tidur , beberapa kemudahan lain seperti spa , kolam renang, restoran, gimnasium juga turut disediakan bagi membuatkan pengunjung merasa gembira dan puas hati.
Tapi korang terfikir tak yang hotel ini akan dibina di angkasa lepas seperti filem-filem sains fiksyen Hollywood yang kita tonton di panggung wayang tu. Ye betul….menurut The Daily Mail, syarikat yang bernama Orbital Assembly bakal membina hotel Voyager Station pada tahun 2025 dan kemungkinan besar hotel tersebut boleh didiami seawal tahun 2027.
Kalau mahu bercuti dan rilekskan diri dari kesibukan kota mesti kita akan memilih hotel yang terbaik kan?
Antaranya kemudahan di hotel angkasa lepas ini ialah adalah restoran, spa kesihatan, gym, panggung wayang, perpustakaan, tapak konsert, ruang viewing untuk melihat bumi, dan bar. Keperluan asas seperti udara dan air bersih serta power akan mengambil sebahagian hotel tersebut. Hotel ini akan berputar setiap 90 minit bagi memastikan graviti artificial menyerupai graviti di bulan terbina di hotel ini. Takkan nak terapung 24 jam kan?
Design hotel tersebut boleh dilihat gambar di atas dan pod individu terletak di bulatan besar tersebut. Garisan berbentuk X pula merupakan laluan yang menghubungkan antara lokasi-lokasi yang berlainan. Hotel ini boleh menampung 400 orang penumpang dan mempunyai pelbagai kemudahan lain untuk menghiburkan penduduk di sini.
Tanpa graviti, badan manusia akan mula menjadi lemah dalam jangka masa yang panjang. Sebab itu, angkasawan sentiasa bersenam selama beberapa jam setiap hari bagi memastikan muscle mereka tidak menjadi lembik ketika pulang ke bumi. Oleh itu, hotel Orbital Assembly sangat menitikberatkan putaran tersebut kerana mereka ingin memastikan pengunjung boleh duduk sehingga berbulan-bulan di sini.
Wah…menariknya kan….tapi penulis seram la pula nak ke angkasa lepas tu…huhu