
Hebat betul penangan lakonan Hyun Bin dan Son Ye Jin dalam drama Crash Landing On You yang baru berakhir tempoh hari apabila dilaporkan rating episod akhir drama tersebut berjaya mengalahkan drama terkenal Goblin, sekali gus mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah saluran tvN.
Menurut laporan Nielsen Korea, episod akhir Crash Landing On You telah mencapai sebanyak 24.1 peratus manakala rekod tertinggi Goblin pula adalah 20.5 peratus pada Januari 2017.

Drama bersiri ini mengisahkan tentang seorang businesswoman Korea Selatan kaya, Yoon Se Ri yang tersesat ke Korea Utara dan berjumpa dengan seorang askar, Lee Jung Hyeok yang telah menyelamatkannya. Perwira tinggi Korea Utara ini kemudiannya cuba untuk melindungi dan menyembunyikan Se Ri supaya selamat kembali ke Korea Selatan.
Semenjak dari itu, benih-benih cinta mulai muncul di antara mereka berdua.
Nah, confirmlah drama ni sweet gila kan?
Khabarnya ramai juga yang menangis menonton episod akhir Crash Landing On You tempoh hari. Korang pula macam mana?
Sumber: Astro Gempak
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa Ustaz Glamor Penunggang Agama, Perguna Agama Untuk Cubaan Rogol Pelajar?

Di saat dunia semakin jelas menunjukkan tanda-tanda akhir kiamat semakin menghampiri termasuk Sungai Eufrat yang mulai mengering, bagi hamba Allah yang dicampakkan hati-hati mereka tentang kesedaran membawa bekalan ke alam fana, sudah tentunya kita menyakini golongan yang berautoriti dengan ilmu agamanya.
Tidak hairanlah golongan agama ini dipandang mulia dan cukup tinggi dalam kita mencari bekalan yang dicari. Namun di sebalik “kepercayaan” yang diletakkan, masih ada segelintir yang cuba mengambil kesempatan menjadi penunggang agama atas nama nafsu.
Perkongsian dari seorang mangsa ini sejak semalam di facebook miliknya telah mendapat perkongsian lebih 6.1 K di mana dirinya berkongsi pengalaman hampir dirogol Ustaz.
Semoga Allah melindungi diri kita dan keturunan kita dari asbab menjerumus kepada perkara jahat sebegini. Baca perkongsian dari Sarah Adriana Binti Abdul Rahman dan semoga kisahnya menjadi iktibar buat diri kita.

ALLAH ALLAH ALLAH…
Menitik air mata saya malam ni bila Allah makbulkan doa hambaNya yang hina ini… Allah.
Nangis-nangis saya minta kat Allah semoga Allah tunjukkan kebenaran kepada semua anak-anak murid seorang ustaz dan kurniakanlah kefahaman agama yang benar kepada anak-anak muridnya. Allah tak pernah diam, Allah tak pernah tidur tapi sampai masanya Allah sendiri yang akan tunjuk kuasaNya.
ALHAMDULILLAH, SEBANYAK 7 LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT KE ATAS USTAZ BERKENAAN. Insya’Allah akan ada pertambahan report lagi selepas ini.
Selepas kejadian cubaan rogol oleh ustaz tersebut, Ustaz itu merayu agar saya tidak buat laporan polis terhadap perbuatannya kerana Ustaz bimbang mak dan ayahnya di kampung tahu akan perbuatan cubaan rogol anaknya ini.
Ustaz merayu agar saya tidak buat laporan polis kerana bimbang mak dan ayahnya jatuh sakit. Saya masih kasihan dengan rayuan Ustaz tersebut tapi laporan polis telah dibuat oleh seorang lagi mangsa cabul Ustaz tersebut sebelum Ustaz itu cuba merogol saya. Maknanya sebelum saya pun Ustaz tersebut telah ada kes cabul terhadap wanita lain.
Paling sadis, lepas kejadian cabul dan cubaan merogol tersebut, Ustaz itu telah mengajak salah seorang pelajar perempuannya yang merupakan ISTERI ORANG untuk keluar bersama di kala SI SUAMI sedang mengerjakan UMRAH di Mekah.
Bukan perempuan belum kahwin je dia kacau tapi juga BINI ORANG. Laporan polis telah di buat oleh suami mangsa berkenaan aktiviti kesesatan ustaz itu di mana ustaz itu ajar : “SEORANG GURU TIDAK AKAN MELAKUKAN KESALAHAN / KESILAPAN.”
Mak aiihhh… dah macam nabi dia punya maksum.

Malam pada 10 Julai 2017, satu majlis musyawarah telah diadakan berkenaan isu ini. Ustaz berkenaan telah dipanggil. Pengakuan salah telah dibuat oleh ustaz tersebut dan paling memeranjatkan PENGAKUAN DARI BEKAS PELAJAR-PELAJAR PEREMPUAN ustaz berkenaan mengatakan :
“Syaikh mengajar kami dengan mengatakan kedudukan SEORANG GURU LEBIH TINGGI dari kedudukan suami. Sebab tu anak-anak murid perempuan kena patuh dan taat pada guru.”
Guru yang dimaksudkan itu adalah diri ustaz berkenaan dan ustaz tersebut telah akuinya sendiri.
Tahun 2017, Ustaz tersebut kata dia dah bertaubat tapi dalam masa yang sama dia melanggar perjanjian dengan membuka khanqah (rumah zikir untuk sufi tarekat) dan telah menggunakan anak-anak muridnya mengumpul dana atas kepentingan dirinya. Ini pun orang ramai tak nampak lagi berkenaan minta duit ni. Allah…
Kumpul duit untuk diri sendiri?
Apa yang dikatakan mengumpul dana untuk kepentingan dirinya?
Pada awalnya Ustaz ini meminta sumbangan dari anak-anak muridnya dengan alasan untuk beli tanah untuk tubuhkan khanqah. Bila duit dah ada, dia gunakan duit itu untuk LANGSAIKAN HUTANG YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN KE ATAS NAMA USTAZ berkenaan sebanyak 100K dengan alasan dia serabut.
Lalu dia gunakan duit itu dengan bangganya dia tulis dalam FB nya bahawa Allah bantu dia lunaskan hutangnya 100k walhal duit itu dari kerahan anak-anak muridnya yang percaya ustaz tersebut mahu membina khanqah dan rumah untuk gadis yang rosak akhlak. Ini pengakuan bekas anak muridnya yang sudah bertaubat yang telah banyak melihat putar belit yang dilakukan oleh ‘guru’nya depan matanya sendiri!
Kisah Ustaz mengerah dana mengutip duit dari anak-anak murid ustaz tidak berhenti di sini, malah jika jumlah sumbangan dari anak-anak murid ustaz tak banyak, ustaz tersebut akan LEFT GROUP WHATSAPP anak-anak muridnya dengan mengatakan :
“RM 299 je? (duit yang terkumpul). Kalau dah cukup untuk bayaran bulan ini, contact saya semula. Selagi tak cukup, jangan sapa pun ganggu saya.”
Lepas cakap macam tu, Ustaz tersebut terus left group WhatsApp. Adakah perbuatan ustaz begini pun kita masih tak nampak dan tak boleh fikir?
Minta sumbangan orang ramai untuk sambung belajar agama?
Ustaz tersebut juga pernah meminta sumbangan pada orang ramai dengan ayat dia nak sambung belajar agama. Bila orang ramai dengar dia nak sambung belajar agama, maka ramailah orang akan memberi sumbangan tapi viral bulan lepas dia bangga travel ke Eropah termasuklah 40 negara lain. Jadi, berhentilah meminta sumbangan jika diri ustaz sudah mampu.
Kami berharap Ustaz bukan saja TAUBAT NASUHA dari perbuatan mencabul dan cubaan merogol wanita tapi kami berharap ustaz berhentilah dari menggunakan nama guru-guru mursyid bagi menarik perhatian orang ramai, berhenti berbohong, berhenti dari PUTAR BELIT. Depan anak-anak murid ustaz cakap lain, depan maulana ustaz cakap lain, depan mangsa-mangsa ustaz cakap lain.
Satu lagi pembongkaran PENIPUAN ustaz kepada semua followersnya adalah ustaz bangga tayang SIJIL KURSUS NUTRISI (Pemakanan) kononnya dia belajar bersungguh-sungguh supaya terlepas dari tipudaya DAJJAL bab makanan walhal EXAM NUTRISI berkenaan BUKAN USTAZ YANG JAWAB tapi ustaz suruh anak muridnya yang jawab!
Nauzubillahminzalik…
Ya Allah ustaz… ustaz kata ustaz dah TAUBAT NASUHA tapi bila saya nak simpan rahsia ustaz ni. Saya rasa berdosa sangattt. Mana taubat nasuha yang ustaz canangkan pada anak-anak murid ustaz tu? Mana ustaz? Mana??? Apa ni Ustaz? Apa ni???? Ustaz MENIPU ORANG tau.
Demi Allah tulisan ini untuk menyedarkan ummah berhati-hati dari memilih guru agama. Semak amalan guru agama kalian, semak bacaan zikirnya, semak sanad yang dikatakan dari guru mursyidnya adakah benar dari ajaran gurunya dan BUKAN TERIMA DAN TELAN BULAT-BULAT AJARANNYA yang diijazahkan oleh guru tersebut.
Seorang guru yang mursyid, guru yang benar TIDAK SEWENANG-WENANGNYA MEMINTA DUIT dari sesiapa dengan alasan MENJUAL IJAZAH. Tidak! Sebenar-benar ijazah bersanad sangat tinggi nilainya dan tidak ternilai oleh wang ringgit, apatah lagi tidak menjual ijazah bersanad dengan WANG RINGGIT. Berapa ramai antara kalian yang dah kena ‘kencing’?
Sangat mudah untuk kita faham tapi berapa ramai orang kena tipu?
Kasihan pada orang awam yang tak tahu apa-apa. Berapa ramai orang awam yang naif dan dhoif nak cari ilmu agama, nak berguru dalam agama tapi tertipu? Saya tak salahkan orang yang ditipu sebab mereka adalah mangsa sepertimana saya pernah jadi mangsa pujukannya satu ketika dahulu.
Cukuplah dengan linangan air mata ini, Ya Allah. Kau selamatkanlah orang lain juga Ya Allah. Kasihanilah kami, Ya Allah. Kau tunjukkanlah pada kami kebenarannya, Ya Allah. Kau kurniakan kami pengetahuan dan kebenarannya, Ya Allah. Sesungguhnya inilah rayuanku sebenar-benar rayuan padaMu, Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Malik, Ya Quddus, Ya Salaam, Ya Mu’min, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar.
(Sarah Adriana Binti Abdul Rahman)
Maafkan saya sebab belum cukup kuat 😭
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mata Masuk Habuk Lagi, Iklan Puasa McD Singapura Buat Netizen Sebak Weh!

Pejam celik, pejam celik dah tahun kedua kita menyambut bulan Ramadan umat Islam menjalani ibadah puasa dalam suasana pandemik Covid-19. Lebih menyedihkan, ramai yang tidak dapat menyambutnya bersama keluarga disebabkan kekangan merentas negeri dan juga sempadan negara.

Itu realiti dihadapi ratusan rakyat Malaysia bekerja di Singapura ketika ini, angkara COVID-19 yang menyaksikan pintu sempadan ditutup bagi mengelak penularan, sekali gus menghalang mereka berulang alik dari Johor seperti kebiasaan.
Memandangkan sempadan Malaysia-Singapura pun telah ditutup hampir lebih setahun, McDonalds Singapura telah menerbitkan sebuah iklan pendek Ramadan tentang rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura menjalani ibadah puasa di negara jiran itu, tanpa keluarga mereka.
Video yang berdurasi 2 minit 48 saat itu menceritakan kisah Samsuri dan beberapa rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura sejak awal pandemik lagi.
Rata-rata warganet meluahkan rasa sedih dan mengalirkan air mata melihat iklan tersebut yang memang related dengan waktu sekarang.

Hmm…dah lama rasanya kita tak melihat iklan menyentuh hati macam ni kan. Dulu iklan Petronas hasil arahan arwah Yasmin Ahmad yang banyak buat kita tersentuh macam ni…huhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Abam Bomba Tunjuk Aksi Main Basikal BMX, Netizen Beri Pujian

Siapa sangka seorang ahli bomba mempunyai kelebihan untuk membuat aksi ekstrem dengan menggunakan basikal BMX.
Dengan berpakaian lengkap sebagai seorang abang bomba, video yang berdurasi 30 saat ini pada mulanya hanya dikongsi untuk suka-suka saja di grup Whatsapp, tapi tak sangka pula boleh jadi viral.
Menurut Harian Metro, Nur Hazme Janis memang minat sukan ini sejak dibangku sekolah lagi. Malah, dia juga banyak menyertai pertandingan sukan ekstrem kategori basikal BMX secara underdog saja.
Nur Hazme pernah mewakili Malaysia ke peringkat akhir pertandingan Asian Beach Game di Phuket, Thailand pada 5 tahun lalu.
Wah, bukan calang-calang abang bomba ni. Hebat serba-serbi.
Video aksi ekstrem ini juga turut mendapat perhatian netizen dan rata-rata daripadanya begitu kagum dengan kebolehan yang ada pada penjawat awam ini.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

