Soal gadis Muslimah dan keputusan mereka untuk berhijab di luar negara tidak pernah terpisah dengan pelbagai halangan serta tentangan daripada sesetengah pihak.
Jika dahulunya kita dengari kisah pelajar sekolah Perancis yang dipaksa menanggalkan hijabnya ketika berada di dalam kelas darjah, kali ini isu seakan sama dihadapi oleh pelajar remaja di India pula.
Khabarnya isu berhijab kini ‘panas’ dilaporkan oleh media India dek larangan pemakaiannya di sekolah dan kolej sehinggakan beberapa protes jalanan tercetus bagi menuntut hak berpakaian mereka mengikut kepercayaan agama.
Tumpuan media India kini terarah kepada seorang gadis remaja hijabi yang telah lantang dan berani berani menyuarakan hak wanita Islam dan berharap agar masyarakat di India menghormati serta mempertahankan hak tersebut.
Gadis yang dikenali sebagai Muskan Khan itu dipuji kerana berani menentang biarpun dia tahu akan kemungkinan berhadapan ancaman dan gangguan sekumpulan lelaki di luar kolejnya ketika protes semakin memuncak.
Dalam video yang tular pada hari Selasa (8 Februari 2022) itu, Muskan Khan memarkir skuter miliknya di luar bangunan Fakulti PES College of Arts, Science & Commerce di Mandya.
Ads
Secara tiba-tiba, dia diserbu sekumpulan lelaki yang melaungkan slogan anti-keagamaan terhadapnya hanya disebabkan pemakaian memakai hijab.
Muskan Khan dengan berani mengangkat tangan dan melaungkan ‘Allahu Akbar’ (Allah Maha Besar) terhadap kumpulan lelaki terbabit yang memakai skaf safron.
Katanya kepada wartawan beberapa hari kemudian, dia tidak melaungkan ‘Allahu Akhbar’ untuk menakutkan atau mencerca sekumpulan lelaki yang terlebih dahulu melaungkan kalimah ‘Jai Shri Ram’ (yang bermaksud Glory to Lord Rama) kepadanya. Sebaliknya, Muskan hanya ingin memberikan dirinya kekuatan sewaktu dia berdepan situasi tersebut.
“Saya tidak takut walaupun seorang diri berdepan dengan mereka dan akan terus memperjuangkan hak memakai hijab,” katanya.
Sebaik video tersebut tular, kumpulan lelaki yang menganggunya itu telah dikecam secara maya kerana menjadikan seorang gadis sebagai sasaran.
Ads
Menurutnya, cara berpakaian tidak pernah menjadi isu bagi pihak kolej. Hanya orang luar sahaja yang mengapi-apikannya sehingga bertukar menjadi isu kontroversi di negeri yang ditadbir parti kerjayaan Perdana Menteri Narendra Modi iaitu parti Bharatiya Janata (BJP).
Minggu lalu, sekumpulan sayap kanan Hindu di Indian telah berhimpun dan menghalang pelajar beragama Islam yang bertudung memasuki institusi pendidikan sehingga mencetuskan ketegangan antara kaum.
Negeri Karnataka di selatan India pula serta-merta menutup semua sekolah tinggi dan kolej selepas tercetus ketegangan apabila seorang gadis berhijab datang ke kelas. Suasana tegang itu berlarutan selama beberapa hari selepas beberapa sekolah di daerah pesisir pantai Udupi melarang pelajarnya untuk ke sekolah dalam keadaan berhijab.
Terdahulu pada Disember 2021, enam orang pelajar Government Pre-University College for Girls yang terletak di Udapi, India telah dihalang (barred) daripada menghadiri kelas dengan memakai hijab. Beberapa kolej lain dilaporkan menggekori tindakan kolej itu dengan turut menghalang hijabi menyertai kelas. Manakala sebilangan pelajar Hindu pula dilihat telah memakai selendang berwarna safron sebagai tanda protes.
Ads
Seperti Muskan Khan, enam gadis remaja itu telah menghantarkan protes kepada pihak berkuasa di Karnataka dengan berkata hak mereka telah dicerobohi. 10 Februari lalu, mahkamah malangnya berkata para pelajar tidak seharusnya berpakaiaan mengikut agama sehinggalah keputusan kes ini ditentukan.
Kes Muskan Khan ini juga telah mendapat perhatian Duta Besar Amerika Syarikat bagi Kebebasan Beragama Antarabangsa, Rashad Hussain,. Beliau telah melahirkan kebimbangan mengenai kontroversi larangan pemakaian tudung di sekolah dan kolej di selatan India, Karnataka.
Lapor Al-Jazeera, Rashid menerusi akaun Twitter Jumaat lalu telah menegaskan bahawa larangan bertudung hanya mendatangkan stigma terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan Islam dan membuatkan mereka merasa terpinggir.
“Kebebasan beragama adalah hak seseorang, mereka seharusnya bebas ketika memilih pakaian mengikut kepercayaan dan tuntutan agama masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagi sedap cicah dengan sos ‘favourite’ dia…Fuhhhh
Tapi, rupanya nak buat sos sukiya ni semudah ABC saja. Yang penting kena ada Kewpie Roasted Sesame Dressing baru jadi.
Bahan-bahan:
-2 sudu bawang putih
-2 sudu daun ketumbar
-2 sudu daun bawang
-2 sudu cili padi
-Kewpie Roasted Sesame
Cara-caranya:
1.Cincang kesemua bahan ini secara halus-halus.
2.Gabungkan bawang putih, daun ketumbar, daun bawang dan cili padi yang sudah ditumbuk hancur.
3.Akhir sekali, tuang sos Kewpie Roasted Sesame dan pastikan bahan-bahan cincang tadi dah bersalut.
4.Kalau anda nak tambah minyak bijan pun boleh kerana akan memberikan aroma. Malah, ada juga yang tambah chili oil di atas sos ini.
5.Siap! Boleh dijadikan pencicah kepada makanan steamboat seperti hirisan daging dan kambing.
Boleh la menikmati BBQ steamboat bersama keluarga atau kawan-kawan, lagi seronok nak makan tanpa henti pun boleh sebab dekat rumah sendiri kan. Say yes to buffet!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia bagi calon yang mendudukinya pada tahun 2022. Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, 10,109 calon SPM 2022 peroleh keputusan cemerlang.
REMAJA mengucapkan tahniah kepada calon yang mendapat apa sahaja keputusan. Sama ada cemerlang atau tidak, SPM ini hanya permulaan dan jadikan ia satu asbab untuk kita terus berjuang di luar sana. Banyak peluang yang boleh diteroka selagi hayat dikandung badan. Yang penting jangan mengalah!
Foto: melakahariini (Gambar hiasan)
Prestasi SPM tahun 2022 menunjukkan peningkatan dan penurunan bagi beberapa mata pelajaran berbanding keputusan SPM 2021 yang lalu. Menurut laporan Astro Awani, antara prestasi mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah dan Sains.
Dalam kesemua mata pelajaran tersebut, Sejarah telah mencatatkan peningkatan prestasi paling tinggi iaitu sebanyak 0.23 mata.
Manakala, mata pelajaran yang menunjukkan penurunan ialah mata pelajaran Pendidikan Moral dengan mencatatkan penurunan sebanyak 0.07 mata.
Secara keseluruhan, sebanyak 69 daripada 95 mata pelajaran telah mencatatkan peningkatan, manakala sebanyak 24 mata pelajaran telah mencatatkan penurunan.
Sementara itu, terdapat dua mata pelajaran telah menunjukkan prestasi tidak berubah atau kekal. Selain itu, peratusan calon yang layak menerima sijil SPM 2022 juga telah menunjukkan peningkatan, mencatatkan sebanyak 91.6 peratus berbanding 88.1 peratus pada 2021 yang lalu.
Laporan Analisi Keputusan Peperiksaan SPM 2022 yang lengkap boleh diakses dengan melayari portal Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Karl Lagerfeld telah disahkan meninggal dunia pada usia 85 tahun.
Ketidak hadiran Karl semasa pertunjukan fesyen terbaru Chanel Haute Couture pada Januari lalu sebenarnya telah menimbulkan tanda tanya kerana Karl tidak pernah terlepas daripada membuat kemunculan.
Pengarah artistik Chanel pada ketika itu membuat kenyataan bahawa Karl ‘terlalu penat’ dan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan. Chanel kemudian melalui media sosial mengucapkan, “Semoga En Lagerfeld akan kembali sihat sejahtera.”
Karl bersama ketua editor Vogue, Anna Wintour
Buat masa ini, masih belum ada kenyataan rasmi mengenai punca kematian beliau. Namun, besar kemungkinan ia berkaitan isu kesihatan dan usia emas beliau. Pereka fesyen untuk Chanel, Fendi dan jenama beliau sendiri merupakan antara ikon fesyen utama dunia millenial kerana beliau masih mampu memikul tanggungjawab menghasilkan berdozen koleksi pada setiap tahun malah mengambil foto kempen fesyen sendiri.
Fesyenista sedunia tampil memberi penghormatan melalui media sosial sebentar tadi, didahului oleh Victoria Beckham.
Victoria Beckham
Donatella Versace
COCO ROCHA
PENELOPE CRUZ
NAOMI CAMPBELL
KENDALL JENNER
GWYNETH PALTROW
HAILEY BIEBER
KIM KARDASHIAN
LINDSAY LOHAN
MILEY CYRUS
GIGI HADID
BELLA HADID
KRIS JENNER
KAIA GERBER
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!