Menganggap COVID-19 satu jenaka dan hal yang diada-adakan untuk menakutkan masyarakat, satu keluarga yang mengadakan reunion selepas meraikan kelahiran sambutan menyambut cucu baru akhirnya menerima padah.
14 ahli keluarga ini dijangkiti virus corona dan seorang telah meninggal selepas mengadakan majlis pertemuan ini. Malah kesemuanya langsung tidak mengenakan topeng muka atau duduk berjarak ketika majlis itu.
Dalam kejadian di Texas, Amerika Syarikat itu, Tony Green, 43 dari Dallas dan keluarganya mengadakan majlis pada 13 Jun 2020.
Perayaan ini dihadiri seluruh ahli keluarganya termasuk ayah mentuanya, Rafael Ceja, nenek serta saudara perempuan bersama pasangan masing-masing.
Anggap COVID-19 Jenaka
Jelas Green, dia sebelum ini yakin corona virus ini adalah satu jenaka semata-mata. Tidak lama selepas pertemuan yang diadakan, nenek kepada bayi berkenaan mula jatuh sakit.
Dia kemudiannya disahkan positif COVID-19 dan meninggal dunia.
Ads
Mengaku sangat menyesal
Terperanjat dengan keputusan yang berlaku kepada nenek mereka, Green kemudian mengumumkan kes dijangkiti kepada seluruh ahli keluarga yang hadir ke majlis tersebut.
“Bayangkan hanya kerana menganggap corona ini sesuatu yang tidak serius, ia mengakibatkan penderitaan bukan saja kepada kami semua tetapi juga tuan rumah yang memberi kebenaran majlis diadakan,” kata Green.
Dalam pada itu, Green kemudian mendesak orang lain mengambil serius isu corona. Bukan main-main seperti apa yang mereka fikirkan sebelum ini.
“Anda tidak dapat bayangkan penyesalan di hati saya. Sebelum ini saya selalu menyangkal mengenai virus ini, memperlekehkanya malah mengejek-ejek individu yang mengenakan pelitup muka dan menjaga jarak sosial,” katanya yang benar-benar menyesal.
Ads
Bukan itu saja, dia turut menyakinkan kesemua ahli keluarganya bahawa tiada apa yang akan berlaku walau mereka mengadakan majlis ini.
Penyokong kuat Trump
Ternyata, Green adalah penyokong kuat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Malah gesaan dari pemimpin itu yang tidak menggalakan penggunan topeng muka (pada awal corona menyerang Amerika Syarikat) dan Trump akhirnya mengenakan juga topeng muka selepas ratusan ribu mati di negara Uncle Sam itu.
Dia mengaku telah terperangkap dengan konspirasi COVID-19 dan antara individu yang radikal menentang corona virus.
Namun apabila terkena dan seorang ahli keluarganya mati dan 14 lain dijangkiti, Green akhirnya benar-benar yakin bahawa virus corona ini wujud.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes kematian COVID-19 di dunia pada masa kini telah pun kini melepasi angka 1.34 juta kes dan jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini melepasi 56 juta dicatatkan. Ramai selebriti dan orang ternama turut dijangkiti virus ini dan ia jelas menunjukkan bahawa koronavirus tidak mengenal mangsa.
Sebelum ini kami pernah senaraikan antara barisan selebriti yang disahkan positif COVID-19, terbaru ramai pula atlet sukan yang turut dijangkiti.
Terbaru, dunia sukan terutamanya peminat pasukan Liverpool dikejutkan dengan berita mengenai bintang bola sepak kesayangan ramai, Penyerang Liverpool, Mohamed Salah yang didapati positif COVID-19.
Berita tersebut didapati menerusi kenyataan yang disahkan sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA)
Salah tak dapat elak Covid-19
Salah sebelum ini positif COVID-19 pada Jumaat lalu menjelang kelayakan Piala Afrika menentang Togo.
Salah yang merupakan penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Ingeris (EPL) musim ini dengan lapan gol akan terlepas untuk bermain bersama Leicester City Ahad ini.
Beliau juga berkemungkinan akan dikecualikan daripada beraksi bagi Liga Juara-Jura membabitkan Liverpool menentang Atlantan, minggu depan.
Apa-apapun kita berdoa agar Salah diberikan kesembuhan dan boleh beraksi di padang semula. Get well soon hero!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebab itulah, parents kita selalu nasihat untuk sentiasa berusaha keras dan give all out.
Atas usaha pemain dan staf pasukan bola sepak, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mempamerkan prestasi terbaik mereka pada musim ini, Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah berkenan untuk mengurniakan jam tangan Rolex kepada setiap seorang. Kelas weh!
Ini semua untuk menghargai dedikasi mereka terhadap kelab sepanjang ini. Antaranya termasuklah Aidil Zafuan Abd Radzak, La’Vere Corbin-Ong, Fadhli Shas, Syafiq Ahmad,Kiko Insa serta pengurus/ketua jurulatih JDT, Luciano Figueroa. Mereka semua dapat dilihat berada di butik jam tangan mewah Rolex, seperti yang dimuat naik oleh laman Facebook Johor Southern Tigers.
Kini, Baginda dan skuad JDT sedang berada di Bangkok untuk latihan persiapan serta perlawanan persahabatan untuk menghadapi musim terbaru.
Pemain bola sepak dan staf pasukan pun macam kita juga. Bila dah dapat sedikit imbuhan seperti ini, mestilah rasa lebih bersemangat untuk perform dengan baik selepas ini
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas 40 hari Pakatan Harapan membentuk Malaysia Baru, ternyata semalam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak buat pertama kalinya “membuka mulut” kebenaran cerita tentang isu barang kemas, beg tangan mewah serta tuduhan dikatakan bakal meninggalkan negara kerana dakwaan terlibat dengan skandal rasuah IMDB serta pelbagai isu lain dalam satu temu bual bersama Reuters di Langkawi.
Ternyata isu ini mendapat perhatian ramai khususnya dari rakyat Malaysia yang ingin tahu “kebenaran” di sebalik semua cerita barangan rampasan yang dianggap terlalu banyak dan nilai yang bukan sedikit. Malah DS Najib turut memberi penjelasan isu rampasan wang tunai lebih RM100 juta di kondomonium mewah di ibu kota selepas beberapa hari turun dari pimpinan kerajaan. Beliau turut menyentuh isu cincin berlian merah jambu yang harganya dikatakan berpuluh juta milik isterinya yang viral di media sosial dalam temubual itu.
Najib dalam satu temubual dengan Reuters dan menjawap semua isu dipersoalkan
Baca temubual ini sepenuhnya.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak sepatutnya dipersalahkan atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Malah beliau juga mendakwa tidak tahu mengenai wang berbilion dolar yang berada di dalam akaun peribadinya. Namun, beliau mempunyai penjelasan mengenai jumlah wang tunai, beg tangan mewah dan barang kemas yang dirampas dari kediamannya oleh pihak berkuasa.
Bercakap kepada Reuters dalam temu bual pertama beliau sejak kekalahan mengejut dalam PRU14 pada 9 Mei lalu, Najib berkata, penasihatnya dan pihak pengurusan 1MDB, secara tidak sengaja melibatkan dirinya terhadap dakwaan menggelapkan dana tersebut.
Perdana Menteri yang baharu Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa lalu, memberitahu Reuters bahawa pihak berkuasa mempunyai kes yang hampir sempurna terhadap Najib atas tuduhan penggelapan, penyelewengan dan rasuah yang dikaitkan dengan 1MDB.
Najib, dalam beberapa komen terdahulunya mengenai skandal 1MDB berkata, beliau tidak tahu jika ratusan juta dolar yang berada di dalam akaunnya adalah berpunca dari sumber 1MDB hingga terjerat ke perolehan aset secara global seperti kapal layar, lukisan, permata dan hartanah.
“Saya tidak terlibat dengan tuduhan kapal layar, lukisan … Saya tidak pernah melihat lukisan itu.
“Saya tidak sedar pembelian tersebut. Ini dilakukan tanpa pengetahuan saya. Saya tidak akan membenarkan dana 1MDB digunakan untuk perkara seperti ini. Saya sudah lama berkhidmat dalam kerajaan, saya tahu apa yang betul dan apa yang salah,” katanya ketika bercuti di Langkawi baru-baru ini.
Najib juga menyalahkan Lembaga Pengurusan 1MDB kerana mereka tidak memaklumkan kepadanya jika berlaku salah laku dalam pengurusan syarikat tersebut.
Puluhan beg tangan mewah jenama Birkin yang kemudiannya menjadi bualan di seluruh negara kerana harganya mencecah ratusan ribu setiap satuPerkahwinan Najwa bersama anak saudara Presiden Kazastan membuatkan orang kenamaan memberinya hadiah beg birkin banyak dalam satu masa
Hadiah perkahwinan
Kumpulan penyiasat percaya, Najib dan isterinya, Rosmah Mansor mengumpulkan banyak kekayaan dan harta dengan menggunakan dana dari kerajaan.
Hampir 300 kotak beg berjenama dan puluhan beg lain yang dipenuhi dengan wang tunai dan barang kemas antara barangan dirampas oleh polis dalam serbuan di beberapa kediaman bekas perdana menteri itu termasuk beg berjenama Hermes Birkin masing-masing mencecah nilai ratusan ribu dolar.
Najib berkata, rampasan itu menimbulkan persepsi negatif tetapi kebanyakkannya adalah hadiah diberikan untuk isteri dan anak perempuannya dan tiada kaitan dengan 1MDB.
“Ya, ini adalah hadiah, terutamanya kepada anak perempuan saya, kebanyakannya adalah hadiah ketika perkahwinannya .
Najib berkata, menantunya Daniyar Nazarbayev, yang merupakan anak saudara Presiden Kazakstan Nursultan Nazarbayev, juga memberikan banyak hadiah kepada Rosmah.
“Orang mungkin sukar difahami, tetapi menantu saya misalnya, dia mendapat Birkin dari sumbernya sendiri, jadi ia tiada kaitan dengan 1MDB,” katanya.
Beliau juga berkata, RM114 juta yang ditemui di rumah adalah dana parti milik Umno di mana beliau menjadi Presiden sehingga beliau meletak jawatan selepas kekalahan BN pada PRU14 lalu.
Isu cincin berlian bernilai puluhan juta ini sejak dulu cuba dibongkar tetapi tiada jawapan rasmi diterima
Permata merah jambu
Pendakwa Amerika Syarikat mendakwa, lebih daripada AS$4.5 bilion dana 1MDB terlibat dalam urus niaga yang kompleks.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) sebelum ini telah menuntut tindakan undang-undang melibatkan aset kira-kira AS$1.7 bilion yang dipercayai dicuri dari 1MDB.
Beberapa aset lain yang masih dicari termasuk lukisan Picasso, hartanah mewah di California Selatan dan New York, saham dalam syarikat pengeluaran perfileman Hollywood, kapal layar AS$265 juta, lebih daripada AS$200 juta barang kemas termasuk 22 karat berlian merah jambu dan kalung.
Najib berkata, set barang kemas itu adalah hadiah untuk isterinya tetapi beliau tidak pernah menerimanya.
“Dan sehingga hari ini saya tidak tahu … dia mengatakan item itu tidak berada dalam simpanannya,” katanya.
Dalam temu bual itu, Najib buat kali pertama juga bercakap tentang ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
Penyiasat Amerika dan Malaysia menganggap Jho Low yang paling mendapat manfaat daripada dana 1MDB.
Najib juga merasakan hubungan Jho Low negara di Timur Tengah terutama Arab Saudi boleh membantu menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia.
Namun, beliau berkata, beliau tidak pernah mengarahkan Jho Low untuk terlibat dalam 1MDB dan tidak mempunyai kawalan ke atas apa yang dilakukannya.
“Saya tidak memberikan arahan kepadanya, tetapi dia secara sukarela melakukan perkara-perkara tertentu, yang menurutnya dapat membantu 1MDB. Tetapi setiap tindakkannya adalah tanggungjawab pengurusan dan lembaga,” katanya.
Derma dari Arab atau ada isu lain? Najib akui ianya memang derma dari Arab
Hubungan Arab Saudi
Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dalam 1MDB. Beliau berkata, AS$681 juta dipindahkan ke akaun bank peribadinya adalah derma dari Arab Saudi dan bukan dari dana 1MDB.
Najib berkata, beliau diberi jaminan dari Allahyarham Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud bahawa Arab Saudi akan menghantar sumbangan.
“Apa yang saya tahu, saya menerima wang itu dari Raja Abdullah,” katanya.
Menurutnya, beliau tidak mengetahui apa-apa urus niaga yang melibatkan akaun peribadinya, kerana beliau telah melantik Pengarah SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil untuk menguruskannya.
SPRM telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Nik Faisal namun sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat.
Najib bersama anak dan menantunya melawt rumah bapanya, Tun Razak. Gamabr sumber fb Najib Razak
Tidak akan lari
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau bertekad untuk tinggal di Malaysia dan berjuang mengekang segala tuduhan itu walaupun berhadapan akan dipenjarakan.
“Tidak, saya tidak pernah bercadang untuk lari kerana jika saya berbuat demikian saya ada dianggap bersalah.
“Saya tidak boleh menjadi buruan untuk sepanjang hayat. Saya mahu membersihkan nama saya dan keluarga,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!