Jika korang masih ingat akan insiden runtuhan di projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Klang (SUKE) di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), 3 Mac lalu yang telah menggemparkan pengguna jalan raya tersebut.
Dalam kejadian tersebut, seramai dua orang mangsa maut manakala tiga lagi cedera setelah sebuah lori trailer lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan projek SUKE.
Tidak sampai sebulan setelah insiden tersebut, satu lagi insiden lain dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.45 pagi tadi di kawasan yang sama!
Kali ini, ia melibatkan komponen kren terjatuh di atas tapak pembinaan SUKE, di Persiaran Alam Damai Cheras.
Ads
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur telah menerima penggilan kecemasan menerusi talian MERS999 dan terus bergegas ke lokasi kejadian.
Setibanya pasukan bomba, mereka mendapati struktur kren tersebut telah menghempap sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza. Pemandu warga tempatan itu kini dilaporkan dalam keadaan cedera parah.
Ads
Sementara itu, tiga lagi pekerja projek pembinaan tersebut telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dua daripada para pekerja warganegara China itu dipercayai terjatuh daripada ketinggian 120 kaki. Manakala, seorang lagi pekerja yang juga warganegara China telah tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof merasa kesal dengan insiden ini dan berkata Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Lembaga Lebuhraya (LLM), DOSH & PBT perlu melakukan audit menyeluruh terhadap kes membabitkan keselamatan awam.
“Kalau kita terpaksa tutup (lebuh raya), tutup dahulu dan siasat sepenuhnya. Ambil tindakan sewajarnya. Kadang-kadang geram juga dengan insiden sebegini walaupun peringatan telah diberikan masih juga tidak ‘deliver’.
“Bagi pihak kita, kalau kita dapati kecuaian datang dari pihak kontraktor, kita akan senarai hitamkan kontraktor itu. Sekurang-kurangnya, langsung dua tahu digantung dan tidak diambil untuk apa-apa tender sama ada sektor awam atau swasta,” kata beliau kepada media.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pelajar di Universiti berprestij, Harvard memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Uganda, Yoweri Museveni kerana block dirinya di Twitter.
Hillary Sseguya yang kini sedang melanjutkan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Hubungan Antarabangsa di Amerika Syarikat mendakwa perkara tersebut (block) melanggar haknya untuk mengakses maklumat mengenai negaranya.
Selain nama perdana Menteri, terdapat dua lagi nama pegawai awam yang dinamakan di dalam saman tersebut.
“Tweet perdana Menteri adalah informasi secara terus mengenai negara tersebut dan sebagai seorang warganegara Uganda yang tinggal di negara lain, saya ketinggalan informansi yang penting kepada saya,” katanya kepada CNN.
Sementara itu, wakil media dari Jabatan Perdana Menteri, Don Wanyama tidak mahu memberi kenyataan mengenai perkara tersebut.
“Kami tidak respon terhadap perkara di mahkamah kerana ia adalah subjudis. Tapi kami akan memberi respon di mahkamah jika perlu,” katanya.
Dalam pada itu, Jurucakap Kerajaan Uganda, Ofwono Opondo menerangkan sebab dia block pelajar tersebut di Twitter
“Ya, saya sedar saya block pelajar tersebut di Twitter kerana kata-katanya yang menyinggung perasaan, saya memang akan block mereka yang menyinggung perasaan sata dan saya tidak rasa bersalah langsung.
“Lagipun, pelajar tersebut tidak perlu bergantung kepada Twitter untuk mengetahui mengenai negaranya kerana dia boleh akses internet untuk mendapatkan infomasi,” katanya.
Sseguya pula berpendapat bahawa sebab dia kena block kerana komennya memangil perdana menteri sebagai dictator dan meminta Presiden Ghana untuk menggantikannya.
Nampaknya kucing pun tidak terselamat dari nafsu ‘syaitan’ manusia.
Kes terbaru yang menggemparkan seluruh Malaysia apabila tertuduh, Janting anak Keling, 63, telah ditangkap sedang merogol kucing jirannya di sebuah taman permainan di Taman Tunku Tun Aminah, Johor Bahru.
Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 4.30 pagi, 16 April lalu.
Seperti yang dilaporkan Harian Metro, kejadian tersebut disedari salah seorang penduduk taman perumahan yang juga merupakan jiran kepada pemilik kucing malang itu.
Dia yang menyedari perbuatan jijik tersebut menyergah tertuduh yang kemudiannya bertindak melarikan diri. Kucing tersebut mati beberapa jam selepas kejadian.
Hari ini menerusi laporan Awani, tertuduh yang berasal dari Sarawak telah pun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan persetubuhan luar tabii terhadap seekor kucing.
Tertuduh mengaku bersalah di atas kesalahan kejinya setelah pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Fatimah Zahari.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei depan bagi serahan dokumen.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak semalam menjadi tanda tanya bagi ramai warga apabila diumumkan daerah Klang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 9 Oktober 2020 sehinggake satu tarikh yang akan ditetapkan.
Ramai keliru terutama bagi mereka yang tinggal di Jalan Kebun kerana ia sebenarnya terletak di Shah Alam dan bukannya di Klang.
Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia ada mengeluarkan senarai 142 buah sekolah rendah dan menengah serta institusi swasta yang akan ditutup mulai esok berikutan terletak dalam zon merah.
Jangan terkeliru isu sempadan ya kerana bukan semua sekolah di Klang ditutup. Hanya yang dikeluarkan ini sahaja. Bagi yang masih keliru, boleh layari laman web www.moe.gov.my untuk tahu lebih lanjut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!