Pelakon terkenal, Bront Palarae baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila berjaya dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Baan Nang Klag Lakorn ke-21 yang berlangsung di Thailand baru-baru ini.
Melalui sebuah gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya, Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin (47) berkongsi khabar gembira itu dan meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang diraih menerusi filem seram Thailand berjudul ‘The Cursed Land’ arahan pengarah Panu Aree.
“Alhamdulillah! Berlakon dalam filem Thailand terasa seperti mimpi dan kini, pengiktirafan ini sangat gila,” tulisnya.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan The Cursed Land dari lubuk hati saya. Kerja keras anda menjadikan ini sangat bermakna,” katanya.
Ads
Kredit foto: Instagram Bront PalaraeKredit foto: NST
“Terima kasih kepada Panu Aree dan Kong Rithdee, Nonzee Nimibutr, Chankit, dan Suraphi atas kesabaran dan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi”
“Berkongsi skrin dengan pelakon berbakat seperti Ananda Mathew Everingham, Jennis, mendiang Sida Puapimon, Han Zalini, dan Firdaus Karim merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” ujarnya lagi.
Ads
Pada masa yang sama, Bront turut berharap agar suatu hari industri perfileman Thailand dapat mengangkat lebih banyak cerita tentang masyarakat Melayu khususnya di wilayah Selatan negara itu.
“Saya berharap suatu hari nanti pawagam Thailand akan menceritakan lebih banyak cerita tentang suara-suara kecil dan kekayaan sejarah masyarakat Melayu di selatan. Kisah yang patut didengari dan diraikan,” ujarnya menerusi perkongsian yang sama.
Ads
Kredit foto: Tatler
Difahamkan, Bront memegang watak Heem dalam filem tersebut dan berjaya menewaskan empat calon lain iaitu Benjamin Joseph Varney, Arak Amornsupasiri, Aelm Bhumibhat Thavornsiri dan Sanya Kunakorn.
Sekadar info, filem ini memulakan tayangan pada 11 Julai 2024. Ia telah ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa seperti Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) di Belanda, Festival Filem Antarabangsa Ho Chi Minh City di Vietnam, Festival Filem Asia di Itali, Festival Filem Hebat Antarabangsa Bucheon (BiFan) di Korea Selatan, dan Festival Filem Asia New York (NYAFF) di Amerika Syarikat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun 2020 boleh dikatakan detik yang paling sukar dilalui oleh seluruh masyarakat dunia kerana wabak pandemik COVID-19 yang memberi kesan bukan sahaja kepada kesihatan, malah ekonomi dunia.
Ramai yang mengeluh hilangnya pendapatan kerana diberhentikan kerja atau terpaksa dipotong gaji kerana sudah tentu perniagaan juga terkesan disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan di Malaysia.
Belum lagi kalau kita lihat kadar pengangguran negara yang semakin membimbangkan. Masih ramai graduan dan indiidu yang masih mencari pekerjaan bagi menampung kehidupan.
Bagi korang yang sedang mencari pekerjaan, selain berusaha meninjau peluang di laman web job vacancy, sebenarnya korang boleh juga cuba menerusi aplikasi Facebook.
Mungkin ramai yang tidak tahu, ‘benda’ yang korang hari-hari hadap tu sebenarnya ada lubang pekerjaan yang boleh dirujuk.
Macam mana caranya? Jom kita lihat tutorial mudah ini.
1. Cari ‘Jobs’ di ruangan Menu
2. Korang juga boleh pilih radius tempat kerja yang berhampiran dengan lokasi kediaman
3. Buat pilihan, sama ada kerja tetap, sambilan atau kontrak. Korang juga boleh pilih bidang pekerjaan disini. Kemudian, pilih See Jobs
4. Ha, setelah itu korang boleh mendapatkan maklumat selanjutnya
Mudah sahaja kan? Moga ada rezeki untuk korang yang sedang mencari pekerjaan. Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan pelakon sensasi, Janna Nick dan Dini Schatzmann kembali menjadi tumpuan malam tadi apabila memilih untuk menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka yang jatuh pada 10 Jun, hari ini.
Janna dan Dini memilih untuk meraikan tarikh istimewa itu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dalam suasana seperti majlis resepsi sebenar dengan menyertakan perarakan masuk ‘pengantin’ dan menjamu tetamu hidangan makan malam.
Malah, Janna dan Dini turut menyarungkan busana perkahwinan persis pengantin baharu dengan black tie. Janna sendiri kali ini memilih busana ballgown dempak dengan perincian sarat pada bahagian bodice dan lengkap dengan layah putih di kepala manakala Dini pula tampak segak dalam persalinan tux hitam.
Yang penting, kali ini Janna menggayakan gaun berpotongan lain berbanding yang pernah disarungkan olehnya ketika majlis terdahulu.
Dalam pada itu, Janna juga kembali mendapatkan khidmat jurusolek dari Thailand, Babara Beer. Beliau pernah merias Janna sewaktu majlis pernikahan mereka dilangsungkan di Langkawi pada tahun lalu dan ia mendapat liputan menyeluruh gara-gara nilai solekan Babara yang boleh mencecah RM10,000.
Iyalah, kahwin sekali sahaja seumur hidup. Tentulah Janna ingin mendapatkan efek ‘glass skin’ terbaik bagi hari bahagianya itu. Nampaknya kini, Janna sudahpun mendapatkan khidmat Babara sebanyak dua kali! Untung empunya badan dapat merasa sentuhan jurusolek terkenal itu.
Terdahulu, majlis perkahwinan Janna dan Dini yang berkonsepkan outdoor pernah menerima kritikan setelah ia dianggap menyerupai majlis pasangan Barat. Pelajar internet juga merasakan busana perkahwinan Janna pada waktu itu tidak sensitif dengan upacara tersebut memandangkan ia dihadiri oleh seorang ustaz ternama bagi memimpin bacaan doa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Diraikan penuh meriah, penyanyi dan pelakon Bella Astillah berkongsi rasa bahagia apabila kini sah bergelar tunang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sebuah majlis istimewa yang berlangsung baru-baru ini.
Bella menyifatkan momen manis itu sebagai antara mimpi terindah dalam hidupnya.
“Masih tersekat pada acara semalam seperti berada dalam mimpi yang saya tidak mahu bangun,” katanya dalam Instagram.
Menerusi hantaran sama, Bella turut menitipkan ucapan penuh kasih buat ibu kepada tunangnya, Sharifah Mahani.
“Terima kasih, mama. Saya sayang mama.
“Secara rasmi telah bertunang, Alhamdulillah,” katanya lagi.
Dalam perkongsian tersebut, Bella juga memuat naik video momen menyentuh hati apabila dia bersalaman dengan bakal ibu mentuanya sejurus cincin disarungkan ke jari manisnya.
Untuk rekod, Bella selamat bergelar tunangan kepada Syed Saddiq dalam sebuah majlis yang berlangsung penuh adat. Kehadiran Syed Saddiq yang membawa jambangan bunga buat bakal isterinya turut mencuri perhatian ramai.
Lebih menarik, pasangan ini turut bertukar hantaran iaitu lima dulang berbalas tujuh daripada pihak Bella dengan konsep Gunung Kinabalu iaitu simbolik kepada lokasi istimewa tempat Syed Saddiq melamarnya pada Januari lalu.
Terdahulu, pasangan yang mula rapat sejak awal 2024 itu diraikan dalam sebuah majlis yang dihadiri sekitar 150 tetamu termasuk rakan selebriti, dengan kebanyakan mereka tampil anggun dalam persalinan tradisional bertemakan warna kuning.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!