Saingan program realiti Talk To My Manager Musim Kedua (TTMM2) semakin sengit apabila menyaksikan pasangan Fariedz Fazley dan pengurusnya, Datuk Fazley Yaakob tersingkir pada minggu keempat pertandingan.

Selain mereka, dua lagi peserta yang berada di kedudukan tercorot minggu ini ialah Viviana bersama pengurusnya, Ani Mayuni serta Kim Khairii yang diuruskan Safura.

Fariedz Fazley & Datuk Fazley Yaakob Tersingkir, Azeva Ungguli Minggu Keempat TTMM2

Fariedz Fazley & Datuk Fazley Yaakob Tersingkir, Azeva Ungguli Minggu Keempat TTMM2

Tema ‘Dan Lagu-Lagu Di Radio’ Curi Perhatian

Minggu keempat TTMM2 tampil dengan tema Dan Lagu-Lagu Di Radio yang menyaksikan para peserta mempersembahkan lagu-lagu popular yang cukup dekat di hati penonton.

Antara persembahan yang menerima pujian ramai termasuklah gandingan Azeva bersama pengurusnya, Datuk A. Aida serta Amarra yang diuruskan Pak Azad.

Ads

Azeva berjaya muncul peserta terbaik minggu ini apabila meraih markah tertinggi sebanyak 85.67 peratus, manakala Amarra pula memperoleh 79.99 peratus.

Fariedz Fazley & Datuk Fazley Yaakob Tersingkir, Azeva Ungguli Minggu Keempat TTMM2

Viviana & Ani Mayuni Raih Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie

Dalam pada itu, Viviana dan pengurusnya, Ani Mayuni berjaya membawa pulang Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie minggu keempat.

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan mereka menerima hadiah wang tunai RM2,000 berserta hamper.

Ads

Datuk A. Aida Sekali Lagi Dinobat Manager Paling Perform

Sementara itu, Anugerah Manager Paling Perform minggu keempat menjadi milik Datuk A. Aida buat kali ketiga berturut-turut hasil undian orang ramai menerusi laman web rasmi program tersebut.

Keputusan itu sekali lagi membuktikan populariti serta komitmennya sebagai pengurus dalam memastikan persembahan peserta tampil cemerlang di pentas TTMM2.

Fariedz Fazley & Datuk Fazley Yaakob Tersingkir, Azeva Ungguli Minggu Keempat TTMM2

Ads

Tema Minggu Hadapan Lebih ‘Panas’

Minggu hadapan dijangka lebih menarik apabila kesemua peserta bakal menyahut cabaran menerusi tema Menjaga Jodoh Orang Lain (Busy Body).

TTMM2 menampilkan gandingan Adira bersama anak perempuannya Anggrek, Ani Mayuni dan Viviana, Datuk A. Aida bersama Azeva, Fazley dan Fariedz Fazley, Datuk Seri Vida bersama Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Pak Azad dan Amarra serta Safura bersama Kim Khairii.

Program tersebut dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi manakala kerusi juri tetap pula dibarisi Che Puan Sarimah dan Datuk AC Mizal.

Bagi minggu keempat, penyanyi Jaclyn Victor tampil sebagai juri jemputan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads