Penulis faham perasaan korang semua dengan situasi sekarang ni..
Dengan keadaan kebanyakan gerai dan kedai akan menutup operasi mereka sehinnga akhir bulan ini. Biarpun begitu, masih ada restoran-restoran dan kafe akan dibuka seperti biasa namun hanya menetapkan untuk pandu lalu mahupun dibawa pulang.
Hanya ‘Take Away’ Dan ‘Delivery’
Sementara itu, melalui akaun twitter @MalayFoodPorn khabarnya Food Panda dan Grab Food ada mambuat promosi sempena perintah kawalan pergerakan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia selama 14 hari ini.
Ads
Ads
Menarik takk?
Promosi yang sedang berlangsung dari sekarang sehingga 31 Mac ini perlu korang rebut kerana kebanyakannya menawarkan deal berbaloi-baloi.
Rangkaian kafe dan kedai kopi terkenal, Starbucks yang masih dibuka di cawangan terpilih terutamanya bagi cawangan pandu lalu. Memenuhi perintah kerajaan, Starbucks telah mengadakan promosi Beli 1 Percuma 1 bermula 18 Mac hingga 1 April 2020.
Promosi Untuk Menu Terpilih
Menurut Starbucks, bagi memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan setia mereka, promosi ini akan berlangsung di cawangan terpilih dan hanya beberapa menu sahaja pelanggan boleh dapatkan dalam saiz tall mahupun venti. Menu-menu tersebut adalah seperti berikut :
1. Taro Crème Frappuccino
2. Black Sesame Pure Matcha Frappuccino with Taro Foam
3. Taro Black Sesame Frappuccino
4. Pure Matcha Frappuccino
5. Coffee Jelly Frappuccino
6. Lemon Meringue Latte
7. Hazelnut Cold Foam Iced Espresso with Coffee Jelly
8. Pink Peach Crème Blossom Frappuccino
9. French Hazelnut Macchiato
10. Creamy Butterfly Pea Frappuccino (Available from 20th March onwards)
11. Soy Black Sesame Coffee Jelly Latte (hot, iced and Frappuccino) (Bermula 20 Mac 2020)
So tak perlu la korang nak keluar rumah, dah boleh start plan nak makan hari ni…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya dalam kerancakan pulang ke kampung meraikan sambutan aidilfitri yang bakal menjelang esok hari, pasti berlaku kes kerosakan kereta yang langsung kita tidak terduga akan terjadi.
Ketika itulah ramai trak penunda khususnya towing akan memujuk menggunakan perkhidmatan mereka tetapi akhirnya dalam kekalutan itu kita mungkin tertipu dalam diam.
Dalam usaha memastikan pengguna tidak tertipu dengan khidmat towing dan orang tengah yang suka ambil kesempatan, maka Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Callman Semalaysia (PERCAMAS) melancarkan program keselamatan pengguna jalan raya.
Program tersebut bertujuan untuk membantu pengguna jalan raya mendapatkan khidmat towing dan bengkel kereta dengan harga yang berpatutan.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata program kerjasama tersebut adalah bagi melindungi pengguna daripada tertipu.
“Kita tidak mahu bengkel kenderaan dan penarik kereta atau towing mengambil kesempatan atas kesusahan pengguna jalan raya terutama pada waktu musim perayaan,” katanya disini hari ini.
Nadzim berkata PPIM mahu Percamas menjadi tempat rujukan utama pengguna untuk memastikan pihak yang berdaftar dengan pertubuhan itu menawarkan khidmat dengan bayaran yang berpatutan.
“Selain itu kita mahu mendidik pengguna dan keluarga dikampung tentang langkah-langkah yang perlu diambil dalam keadaan kecemasan,” katanya.
Perkhidmatan towing amat diperlukan ketika kereta rosak namun sila hati-hati dengan mereka yang mengambil kesempatan atas kesusahan pengguna
Sementara itu Presiden Percamas, Ramlan Ramli berkata pertubuhan itu komited bagi memastikan khidmat dan bantuan profesional oleh ahli yang berdaftar untuk semua pengguna jalan raya.
“Ahli kami ada di seluruh Semenanjung, kami menawarkan khidmat bantuan awal untuk menarik kereta yang mengalami masalah seperti kerosakan atau kemalangan,” katanya.
Selain itu Ramlan turut berkata ahli Percamas juga mengendalikan bengkel kenderaan bagi memastikan pengguna tidak dikenakan bayaran terlalu tinggi dan tiada pihak yang mengambil kesempatan keatas pengguna.
Percamas merupakan pertubuhan yang disokong oleh PPIM untuk menyediakan dan menyelaras garis panduan, kod etika dan tatacara ahli-ahli call man.
Pertubuhan itu menjadi badan rujukan, perunding cara atau khidmat nasihat yang dapat membantu pengguna jalanraya dan pihak berkuasa tempatan.
Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60137990032 dan bagi mendapatkan bantuan kerosakan kenderaan / kemalangan boleh hubungi Hotline PERCAMAS di talian +60162576699.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi mereka yang berkemampuan, harga bukan ukuran jika sudah berkenan dihati. Masa yang sama demi menjaga status diri, ramai yang sanggup membeli barangan mahal untuk kepuasan diri.
Terbaru, satu jenama aiskrim termahal di dunia diperkenalkan. Tapi korang yang tak percaya pula sebabnya harganya macam dah boleh beli sebuah kereta di Malaysia. Pergh!
Byakuya tidak mempunyai tarikh luput. – Oddity Central
Untuk pengetahuan korang aiskrim termahal di dunia berharga 880,000 yen (RM28,958). Laman berita Oddity Central melaporkan, jenama aiskrim mewah Jepun, Cellato, ini menerima pengiktirafan Guinness World Records dalam kategori aiskrim termahal di dunia berharga 880,000 yen.
Dah namanya pun mahal, jadi bungkusannya adalah lebih premium dengan kehadiran kotak hitam, pembeli juga akan menerima sebatang sudu logam buatan tangan dari Fushimi, Kyoto.
Sebekas aiskrim Byakuya dengan isipadu 130 mililiter (ml) kini boleh didapati di laman web cellato pada harga 880,000 yen.
Tidak Mempunyai Tarikh Luput
Kelebihan aiskrim ini adalah ia tidak mempunyai tarikh luput, tetapi Cellato mengesyorkan pembeli menikmatinya dalam masa 10 hari untuk tekstur yang terbaik.
Oddity Central
Menurut laman sesawang Cellato, aiskrim Byakuya diperbuat daripada susu, dua jenis keju, telur kuning dan sake. Tambah menarik dengan salutan keju parmesan, truffle putih dan minyak truffle sebelum ditabur dengan kepingan daun emas.
Sebelum makan, Cellato mencadangkan agar anda meninggalkan aiskrim tersebut pada suhu bilik buat beberapa minit supaya ia lebih mudah untuk dimakan. Untuk rasa lebih enak, gaulkan sekali dengan minyak truffle.
Bukan itu sahaja, sudu besinya pula ditempa khas oleh artisan Takeuchi yang pakar dalam teknik Fushimiusing – satu teknik yang digunakan untuk menempa senjata pada zaman samurai dahulu kala.
Melihat kepada bahan aiskrim tersebut pastinya ramai tertanya apa yang membuatkan ia mahal, jawapannya adalah truffle putih. Truffle putih adalah satu bahan yang sangat jarang ditemui, ia dibawa khas dari Itali dan berharga lebih daripada 12,000 Euro (RM58,803).
No wonder lah mahal ye! Kalau korang sanggup tak makan harga aiskrim semahal ni?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat filem seram Munafik, tentu korang perasan satu ayat ini dibaca oleh Syamsul Yusof yang ketika itu sedang “berlawan” dengan jin peliharaan Pak Osman lakonan Razif Salimin yang dikatakan bersekongkol dengan syaitan demi mencari kekayaan duniawi.
Saat Syamsul menyebut “Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah (membawa maksud tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata), terus Pak Osman disambar petir.
Di sebalik kisah-kisah seram yang selalu kita ikuti, mana-mana individu yang pernah bertemu pontianak, langsuir, pocong, hantu kubur, penanggal dan lain-lain jenis makhluk halus, kita sering diajar agar dibacakan ayat Qursi bagi menghalau jin berkenaan dari mengganggu diri kita.
Kalau boleh bacakan juga 3 kul iaitu mewakili Surah Al Ikhlas, surat al Falaq dan surah an Naas selain ibu al-Quran itu Surah Al-Fatihah.
Apa rahsia di sebalik semua surah-surah ini dan apa fungsinya di alam ghaib?
REMAJA menemuramah seorang pengamal perubatan yang enggan dikenali dan sudah lebih 20 tahun terlibat dalam dunia ghaib malah sering keluar masuk ke alam bunian.
Katanya, dunia manusia dan alam ghaib amat berbeza waktunya.
“Siang bagi manusia tetapi di alam ghaib adalah malam. Namun pertukaran dari senja membawa ke malam adalah waktu permulaan hari bagi alam ghaib. Sebab itulah kita tidak digalakkan keluar di waktu senja kerana ketika ini banyak makhluk halus mulai keluar,” katanya memulakan bicara.
Malah manusia-manusia yang terserempak dengan makhluk halus ini juga bukanlah bernasib malang atau mahu diuji kekuatannya.
“Biasanya bila terserempak, ia adalah tanpa sengaja. Misalnya orang yang suka keluar waktu Maghrib. Ada juga yang memang dituju dan biasanya merujuk kepada ilmu sihir. Dan satu lagi biasanya golongan yang suka bercakap besar @ angkuh, seolah-olah mencabar kewujudan makhluk halus ini (biasanya dalam hutan, tempat sunyi dan sebagainya)
Penampakan pontianak sememangnya amat menakutkan namun syaitan memang telah berjanji menyesatkan manusia
Jelasnya lagi, sama seperti manusia diciptakan dari keturunan Nabi Adam, jin juga dijadikan Allah namun taraf manusia itu lebih mulia kerana manusia adalah khalifah.
“Di alam ghaib, ada jin Islam dan kafir. Biasanya yang selalu mengacau manusia ini ialah jin-jin kafir. Satu kejadian manusia bersamaan 9 kejadian jin. Jadi jumlah-jumlah jin ini sangat banyak. Mereka hidup berkelompok, ada negara, pemerintah, panglima dan golongan bawahan.
Kenapa kita jadi takut saat berhadapan dengan makhluk halus? Ini kerana syaitan memang telah berjanji untuk terus menyesatkan manusia sehingga ke akhir zaman dan janjinya memang tidak pernah terlepas.
Apa harus dibaca jika bertemu makhluk-makhluk halus ini seperti pontianak. Langsuir, penanggal dan lain-lain?
Lari? Sama sekali tidak. Menurutnya, al-Quran yang diturunkan sejak 1400 tahun dahulu adalah sebuah kalam Allah yang harus dibaca, faham dan diamalkan.
Pocong sering dikaitkan dengan ilmu hitam yang diamalkan orang yang mempercayai kufur dengan dunia
“Sebab itulah setiap ayat-ayat al-Quran ini mengandungi rahsia yang harus diamalkan tanpa ragu,’ katanya lagi.
Apa ayat nak baca kalau terjumpa makhluk halus dan apa fungsi ayat-ayat ini bila dibaca? Dalam erti lain katanya, apa jadi pada jin syaitan ini saat kita membacanya!
Kalau korang terjumpa atau terserempak, sebelum gigil terlebih, pekiklah perkataan ALLAHU AKBAR berulang-ulang kali kerana hantu syaitan sangat takut mendengar perkataan ini.
Maksud Allah Maha Besar ini kalau dibaca berulang kali, umpama bola api kecil yang memanah syaitan-syaitan ini. Ayat ini mampu mencederakan syaitan dan dia akan lepaskan korang sebab tubuhnya mula tercedera.
Kisah-kisah seram sering mendapat rating tinggi kerana manusia ada sifat ingin tahu tentang dunia makhluk halus
Tambah pengamal perubatan ini lagi, kalau sempat azan, azanlah berulang kali. Nahu sebutan Arab ini mesti tepat dan jangan tersilap saat mengalunnya kerana maksud itu boleh lari. Laungan azan ini di alam ghaib membawa makna bola api dan panah berapi yang bertalu-talu menuju ke tubuhnya.
Jelasnya lagi, SURAH AL-FATIHAH pula berfungsi seperti kita menembak menggunakan pistol. Terus dan direct dan pasti mati.
“Ayat QURSI pula membawa makna seperti PANAH BERAPI yang bertalu-talu.
“Sementara SURAH AN-NAAS pula kalau dibacakan umpama BEBOLA API & BOM TANGAN. Jika kita baca ini bertalu-talu, syaitan tidak boleh bangun.
“Bagi SURAH 3 KUL iaitu Al IKHLAS, AL-FALAQ dan AN NAAS kalau dibaca tanpa putus, ia umpama mengikat syaitan di dalam pasir jerlus. Namun syarat untuk membaca surah pendek ini ialah ibu jari kaki mesti ditekankan ke bumi dan kita berniat mengikat syaitan-syaitan ini. Jika ketiga-tiga surah ini dibacakan serentak, syaitan akan terpasung di dalam tanah.
“Akhir sekali, kalau terserempak juga, kita boleh baca ayat kulhuallahu ahad sehingga habis dan surah ini umpama sebiji batu besar yang akan menghimpit tubuh syaitan-syaitan ini.
Jelasnya yang amat merendah diri, semua ilmu-ilmu diperolehnya ini adalah hak milik Allah dan ia hanya setitis air di lautan dalam.
“Saya sekadar berkongsi kerana manusia itu lebih tinggi darjatnya dan kita tidak perlu takut dengan makhluk halus yang selama ini menjadi igauan ngeri dan rasa takut keterlaluan pada manusia saat bertemu hantu syaitan ini,” katanya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
BTS Guinness World Records ICONS mencipta sejarah sebagai artis Asia dalam senarai ICONS Guinness World Records dengan pencapaian global, rekod muzik dan pengaruh budaya yang luar biasa.