Bagai menuangkan minyak tanah ke dalam api, begitulah perumpamaan yang boleh kita katakan terhadap segelintir masyarakat yang menimbulkan situasi atau sebarang provokasi yang mampu mengancam keselamatan dan ketenteraman awam melalui media sosial di tengah ketegangan kemelut politik di Malaysia.
Malah, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengerusi Pakatan Harapan (PH) terpanggil untuk memberi komen dan pandangannya melihat kepada situasi ini.
Menurut beliau melalui perkongsian di media sosial, usaha dan ikhtiar dalam menubuhkan kerajaan yang bertanggungjawab dan stabil tidak seharusnya berakhir dengan kekacauan kerana kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli, suku kaum Sabah dan Sarawak adalah bersaudara sebagai manusia dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
Malah, president Ph ini turut menyeru Ketua Polis Negara dan PDRM agar menjalankan tugas dengan segera agar tidak menggugat kemajmukan Malaysia.
Ads
PDRM Pantas Bertindak
Dari pemantauan kami, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani telah pun mengeluarkan amaran berikutan PDRM mengesan tindakan pengguna media sosial memuat naik kandungan yang menyentuh sentimen perkauman atau keagamaan dan menghina institusi diraja susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serta pembentukan kerajaan.
“PDRM memberi peringatan dan penegasan kepada pengguna media sosial agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platform tersebut untuk menyebar kandungan bersifat provokasi yang boleh mengakibatkan kegusaran awam.
Ads
“Tindakan tegas di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan situasi mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Terdahulu, keputusan PRU15 menyaksikan Pakatan Harapan memperoleh 82 kerusi Parlimen diikuti Perikatan Nasional (73), Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi.
Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan ialah 112 kerusi namun ketika ini berlaku situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Apa-apapun moga negara Malaysia tercinta ini terus maju dan harmoni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jujurnya, berita penutupan salah sebuah kilang utama syarikat kenderaan terkemuka Jepun, HONDA di Sayama, Wilayah Saitama pada penghujung tahun lalu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Ini kerana sebelum ini, Honda pernah mengumumkan syarikat itu akan beralih kepada penghasilan kenderaan jenis elektrik menjelang 2040 dan peralihan ini tentunya melibatkan banyak penstrukturan semula.
Menurut laporan Nikkei, sebuah acara penutupan ringkas telahpun berlangsung di fasiliti tersebut pada 27 Disember 2021 sebagai tanda pengakhiran operasi pemasangan di kilang bersejarah itu.
Dalam pada itu, kilang tersebut masih meneruskan operasi memasang dan penghasilan alat ganti bagi model Honda Civic, Honda Accord, Honda Step WGN dan Honda Odyssey sahaja sebelum ia ditutup sepenuhnya dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang.
Setelah itu, operasi kilang ini akan dipindahkan ke fasiliti Yorii yang juga terletak di Saitama, Jepun dalam usaha mengurangkan kos tetap dan meningkatkan kadar operasi semasa.
Jika dibandingkan dengan jenama automotif rakan senegara iaitu Toyota Motor, mereka tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengurangkan kapasiti produksi di Jepun yang dimaklumkan boleh melebihi lebih 3 juta unit setahun. Begitu juga dengan produksi sebuah lagi jenama terkenal Jepun, Nissan Motor yang menghasilkan kira-kira 1.34 juta unit setahun.
Mengapa agaknya Honda pula yang mengecilkan skala penghasilan unit mereka?
Salah satu faktor di sebalik pembuatan berskala kecil Honda di Jepun adalah kerana produk Honda dalam pasaran Jepun sebenarnya membentuk peratusan kecil daripada jumlah jualan global jika dibandingkan dengan pesaingnya iaitu Toyota Motor dan Nissan Motor.
Jadi, perubahan ini boleh dianggap sebagai satu strategi Honda untuk bersaing dan mengekalkan momentum mereka di pasaran tempatan Jepun dan antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun lalu, kecoh di kalangan peminat kucing apabila premis House Of Cat di Seksyen 7 Shah Alam ditutup selepas beberapa tahun beroperasi. Suatu ketika dahulu, premis ini pernah viral di kalangan peminat kucing kerana mereka boleh bermain-main dan bermanja dengan sekali bayaran, RM5 bagi sejam berrsama kucing-kucing comel ini.
Tapi sayang, angkara perbuatan khianat, mungkin kerana ramai mengunjunginya sehingga menjadi berita viral, bekas pekerjanya, Asyrafkhalib telah menulis di twitternya kejadian misteri dialaminya semasa kedai ini disihir orang. Malah dia mendakwa mengalami sendiri kejadian seram termasuk suiz lampu ditutup buka sendiri, alami kencing berdarah dan lebih sadis, kucing juga mati akibat terkena sihir ini.
Kucing juga menjadi mangsa sihir selepas berlaku beberapa kejadian aneh di premis House Of Cat ini
Sangat menakutkan kerana akhirnya premis House Of Cat ini akhirnya terpaksa ditutup kerana terlalu banyak kejadian misteri terjadi.
Perkongsiannya ini telah mendapat hampir 20,000 tweet malah ramai peminat kucing memberi respon selepas dia berkongsi kisah ini. Kata sebahagian peminatnya, mereka telah pergi ke premis itu dan mendakwa ianya tutup sedangkan kata Asyraf, kedai itu masih beroperasi. Seolah-olah pandangan mereka dikaburkan.
Baca kisah dikongsi oleh Asyraf Khalib di twitternya.
Bukan saja mati tetapi kucing juga keguguran angkara sihir yang berlaku di premis ini
Sihir ini juga mengakibatkan mereka alami kencing berdarah
Antara barang-barang sihir yang ditemui di premis ini selepas seorang pengamal perubatan melakukan rukyah
Duit siling lama yang seakan menampakkan tiga orang di dalamnya
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang wartawan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebar berita palsu dipercayai berkaitan koronavirus bulan lalu.
Tertuduh, Wan Noor Hayati Wan Alias, 41, mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Tawfiq Affandy Chin.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, wanita itu didakwa membuat tiga pernyataan berasingan menggunakan laman sosial Facebook atas nama ‘Ibu Yati’.
Tertuduh didakwa membuat pernyataan itu dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam atau mana-mana golongan awam.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan pada jam 10 malam, 26 Januari lalu di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 505 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azma meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, wartawan yang masih bertugas di salah sebuah syarikat akhbar merayu supaya jaminan diberi dalam jumlah yang rendah.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan turut menetapkan kes disebut semula pada 11 Mac ini.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...