Zaman belajar di kolej dan universiti merupakan waktu yang tepat untuk mana-mana pelajar jurusan fesyen mengeksplorasi segala peluang, idea dan kreativiti.

Bermacam-macam ragam pada koleksi pelajar fesyen yang dapat kita saksikan semasa pertunjukan fesyen graduasi mereka sehinggakan golongan selebriti dan pempengaruh juga terpanggil untuk menyarungkan rekaan mereka disebabkan ‘idea gila’ yang dihasilkan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN : Fesyen Seluar Peha Ayam Goreng, Tak Masuk Akal Tapi Cute – REMAJA

Begitulah yang terjadi kepada Tal Maslavi, seorang pelajar fesyen dari Shekar College yang tela mengecap populariti di media sosial antarabangsa setelah koleksinya diperagakan di pertunjukan fesyen graduasinya.

Maslavi dengan kreatifnya telahpun melakukan modifikasi terhadap kasut kulit derby hitam biasa apabila ‘memotong’ bahagian ibu jari kasut tersebut lalu menyerlahkan ‘bahagian kek’ di dalam.

Ia sekaligus mendapat jolokan Derby Cake di seluruh internet setelah wargamaya antarabangsa teruja memilih sama ada mereka lebih menyukai kasut versi strawberi, coklat atau vanila.

IKLAN

Maslavi mendedahkan bahawa makna di sebalik koleksi ini sebenarnya lebih mendalam daripada apa yang kita sangkakan. “Lapisan kek pada kasut ini adalah simbol kepada realiti kehidupan kita sekarang. Tidak jelas lagi apa yang benar dan apa yang palsu.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tal Maslavi (@talmaslavi)

Selain Derby Cake, satu lagi ciptaan Maslavi telah mendapat perhatian ramai iaitu baju yang diperbuat daripada coklat putih. Sewaktu modelnya berjalan di pentas peragaan, dia dengan tidak semena-menanya telah mengigit bahagian atas baju lalu mengunyah coklat putih tersebut. Fuh, nyum!

IKLAN

Buat masa ini, Maslavi masih dalam fasa prototaip bagi dua rekaannya itu dan koleksi sebenar untuk dijual masih belum tersedia.

Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan tentang baju raya yang diinspirasikan daripada kuih dan kek popular di Malaysia.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN : 12 Idea Rekaan Baju Raya Inspirasi Daripada Juadah Makanan, Unik Tapi Menawan – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI