Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Jika sebelum ini rakyat Malaysia memuji keprihatinan Yang di-Pertuan Agong turun dari kenderaan rasminya untuk memeriksa keadaan mangsa kemalangan, kini situasi yang sama dilakukan oleh anakandanya, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.
Menurut instagram House of Pahang, kemalangan tersebut berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik.
Walaupun dalam keadaan hujan lebat, Tengku Hassanal tetap turun membantu dan melihat keadaan mangsa.
Rata-rata netizen memberi pujian dan menyifatkan bahawa Tengu Hassanal memiliki sifat keprihatinan yang sama seperti ayahanda beliau.
Difahamkan juga, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga terjumpa dengan kemalangan di Maju Expressway ketika berangkat ke Putrajaya pagi semalam.
Keprihatinan seperti ini perlu dicontohi oleh semua lapisan masyarakat kerana sesungguhnya ia mampu meringankan beban mangsa yang ditimpa kesusahan.
Semoga Allah merahmati Tuanku dan kesemua ahli keluarga. Daulat Tuanku.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekuat mana perancangan manusia, Allah lebih mengetahui segala-galanya. Niat seorang ibu untuk meraikan hari lahir anak sulungnya, Aryan Rizqy sempena ulang tahun kelahiran ke 6 di Jempol, Negeri Sembilan ternyata hanya tinggal kenangan apabila meninggal dalam kemalangan jalan raya.
Dalam kemalangan tragis yang meragut nyawa pasangan suami isteri, Muhammad Noor Idham Ramli, 31 dan isterinya, Surawati Mohd pagi tadi di Kilometer 134 Jalan Kuantan/Seremban dekat Muadzam Shah, Rompin mengundang simpati ramai apabila tiga anak kecilnya menjadi yatim piatu serta merta.
Kemalangan perodua Myvi bersama muatan lori baja di Kilometer 134 Jalan Kuantan/Seremban dekat Muadzam Shah, Rompin mengakibatkan pasangan suami isteri maut pagi tadiPasangan suami isteri ini sering membawa anak-anak mendaki bukit malah mereka sudah merancang pelbagai aktiviti dalam masa terdekat. Foto oleh Shahira
Menurut ahli keluarga Surawati yang dihubungi REMAJA, Shahira, 24 memaklumkan, arwah kakaknya sudah merancang pelbagai perkara termasuk merancang mempercepatkan tarikh sambutan kelahiran dirinya dan anak sulungnya.”
“Anak sulungnya, Aryan lahir pada 5 Oktober sementara kakak pula 30 Oktober.Tapi kakak beriya mahu mempercepatkan tarikh sambutannya, seolah-olah tahu dirinya tak sempat berbuat selepas ini.
“Begitu juga kepulangannya ke kampung suami di Jempol Negeri Sembilan. Sepatutnya kakak balik esok, hari Jumaat. Malah sebelum balik ke kampung, biasanya kakak akan telefon emak dan mengajak ikut sekali. Tapi kali ini kakak langsung tak cakap nak gerak dan tak ajak mak pun.
“Tahu-tahu sudah berlaku kemalangan di mana seorang sepupu yang memaklumkan tentang kejadian yang terjadi kerana pihak hospital tidak dapat menelefon ahli keluarga. Kami sendiri dapat tahu tentang kemalangan ini pada jam 7.30 pagi tadi selepas dimaklumkan oleh sepupu tersebut,”kata Shahira lagi memaklumkan kemalangan terjadi sekitar jam 4 pagi menggunakan kereta sewa.
Shahira bersama arwah kakaknya, Surawati ketika sama-sama mendaki Bukti Besar pada Sabtu lepas. Foto oleh ShahiraHobi mendaki pelbagai bukit dirancang oleh arwah malah begitu beriya-iaya merancang termasuk mahu mendaki Bukit Singa di Pulau Kapas dalam masa terdekat.Foto oleh Shahira
Minat daki gunung
Bagaikan tahu hayat tidak lama, jelas Shahira, kakaknya bersikap pelik dengan membuat aktiviti mendaki bukit-bukit di sekitar Terengganu pada setiap hari.
“Tak kira, hujan atau panas, hari-hari kakak akan pergi daki bukit bersama anak-anaknya. Bukit Marang, Bukit Jong, Bukit Besar termasuklah kakak rancang nak daki Bukit Bauk, Dungun dalam masa terdekat,”katanya memaklumkan mereka baru saja mendaki Bukit Besar, Kuala Terengganu pada Sabtu lepas bersama-sama.
“BIla kami tanya kenapa daki hari-hari katanya bukan lama pun, kejap. Masa yang sama, dia rancang nak daki Bukit Singa di Pulau Kapas. Siap rancang macam-macam termasuk ajak semua ahli keluarga pergi. Katanya boleh bawa mak sekali,”katanya memaklumkan arwah kakaknya mempunyai kembar seiras iaitu Suraini.
Kemalangan meragut nyawa pasangan suami isteri ini namun malaikat menjaga anak-anaknya kerana mereka hanya cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar. Foto Jabatan Bomba dan PenyelamatHanya tinggal kenangan buat tiga beradik ini kerana mereka menjadi yatim piatu dalam tempoh sehari. Foto oleh Shahira
Malaikat jaga anak-anak arwah
Kemalangan yang meragut nyawa sekaligus menjadikan tiga beradik iaitu Aryan Rizqy, 6, Areef Radzin, 4 tahun dan Arffan Radizn, setahun enam bulan yatim piatu serta merta.
Sekali pun kemalangan ini meragut nyawa kedua ibu bapanya namun hanya kecederaan kecil dialami oleh anak-anak pasangan ini. Bagaikan nyawa mereka dijaga oleh malaikat kerana Aryan hanya alami kecederaan kecil di telinga dan seorang lagi calar di kaki dan sudah dibenarkan keluar selepas mendapat rawatan pesakit luar Hospital Muadzam.
Minat dalam aktiviti mendaki membuatkan arwah Surawati melakukannya setiap hari tidak kira hujan atau panas.Foto oleh Shahira.
Dalam pada itu, Shahira memaklumkan buat masa ini semua urusan anak-anak arwah akan dijaga oleh ibunya kerana anak-anak arwah amat rapat dengan keluarga sebelahnya.
“Buat masa ini kami yang akan menjaganya kerana kebanyakan ahli keluarga ada di Terengganu,”katanya memaklumkan jenazah kakaknya yang juga suri rumah ini akan dikebumikan di Marang, Terengganu sementara suaminya yang bekerja di Hotel Permai pula akan dikebumikan di kampung halamannya di Jempol kerana permintaan keluarga kedua belah pihak.
Al-Fatihah (dengan bacaan ) buat keduanya, semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keselamatan kanak-kanak dan remaja bawah umur sentiasa menjadi kerisauan utama para ibu bapa. Apatah lagi sejak kebelakangan ini ada saja kita dengar tentang kes jenayah yang berlaku terhadap kanak-kanak dilaporkan hampir setiap hari.
Sebuah apps terbaharu khusus buat ibu bapa menjejak anak-anak mereka menerusi telefon pintar telah dilancarkan pada hari ini. TraqKid yang dibangunkan oleh Knightbright Resources Sdn. Bhd. dan U Mobile Sdn. Bhd., merupakan sistem yang bertindak sebagai alar penjejak kanak-kanak berasaskan telefon pintar pertama di Malaysia.
Dengan menggunakan sistem ini, ibu bapa dapat mengetahui lokasi anak mereka secara proaktif dari semasa ke semasa. Ia juga menbolehkan ibu bapa mendapatkan bantuan kecemasan dari pusat panggilan TraqKid dan anggota Program Kepolisan Komuniti Malaysia.
Sistem TraqKid berfungsi menerusi kad SIM U Mobile yang dilengkapi dengan teknologi perkhidmatan lokasi berasakan SIM. Pada majlis pelancaran dan tandatangan perjanjkan, Pengerusi Knightbrigde Resources dan Pengasas/CEO Program Kepolisan Komuniti Malaysia, Kuan Chee Heng berkata teknologi TraqKid membantu ibu bapa dalam situasi kecemasan dengan hanya menekan butang si telefon. Apabila amaran diaktifkan petugas Program Kepolisan Komuniti Malaysia segera bergegas ke lokasi.
Bagi Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee pula melahirkan rasa gembira kerana diberi peluang untuk bekerjasama dalam projek yang diyakini mampu membanteras jenayah terhadap kanak-kanak.
Majlis pelancaran yang berlangsung hari ini telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Rohani Binti Haji Abdul Karim, juga bertindak sebagai penaung TraqKid.
“Kanak-kanak merupakan aset penting serta pewaris untuk pembangunan negara untuk terus maju di masa hadapan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kolektif semua orang untuk memainkan peranan melindungi mereka,” jelasnya.
TraqKid boleh didapati menerusi tempahan awal mulai hari ini, 1 November 2017. Langganan bermula pada harga RM58 setiap bulan dengan U Mobile. Untuk pendaftaran yuran pendahuluan sebanyak RM36 bagi Insurans Kemalangan Peribadi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!