Pisang ternyata berbuah dua kali buat pemain bola sepak sensasi Mesir dan mewakili kelab Liverpool FC, Mohamed Salah.
Pemain yang mesra dengan panggilan Mo Salah untuk tahun kedua berturut-turut telahpun memuat naik hantaran foto di Instagram yang memaparkan pohon krismas (besar kemungkinan di ruang tamu rumahnya).
Ia disusuli ucapan Hari Natal yang dibuat olehnya pada setiap tahun di bahagian kapsyen.
Perbuatan Salah itu bertukar kontroversi apabila ada warganet yang beranggapan ia tidak sensitif memandangkan Salah merupakan seorang lelaki Muslim yang masih mengamalkan kepercayaannya.
Ibarat menuang minyak ke bara api, kapsyen yang ditulis oleh Salah juga seakan tidak dapat diterima oleh ramai warganet.
Biarpun Salah cuba untuk mengaitkan ucapan Hari Natal kali ini dengan mesej kemanusiaan, ia tidak cukup untuk mengundang kecaman dalam kalangan lebih 99,000 pengguna Instagram di bahagian komen.
Ads
“Hari Natal adalah masa di mana ahli keluarga berkumpul dan meraikannya. Dengan peperangan yang sedang berlaku di Timur Tengah, terutamanya dengan kematian dan kemusnahan di Gaza, tahun ini kita dapat (menyambut) Hari Natal dengan hati yang berat dan sama-sama berkongsi kepedihan yang dilalui oleh keluarga mangsa yang kehilangan insan tercinta.
“Diminta untuk tidak melupakan mereka dan tidak terbiasa melihat mereka menderita. Selamat Hari Natal,” tinta Salah.
Hasil daripada hantaran itu, Salah menerima kecaman daripada peminatnya.
Salah seorang beranggapan Salah ‘memalukan untuk dunia Muslim’ manakala seorang lagi mengatakan ia kecewa dengan bintang Liverpool itu.
“Ini amat salah, anda seorang Muslim bukannya Kristian. Hari Natal kita adalah pada bulan April (merujuk kepada Aidilfitri), kamu memalukan.”
Ads
“Selepas hantaran ini, saya tidak lagi boleh memanggal anda sebagai idola. Anda mengecewakan saya, jika anda tidak memadamkan ciapan ini saya terpaksa ‘unfollow’.”
Malah, komposer dan penyanyi popular negara, Faizal Tahir juga tergerak hati untuk menaip komennya.
“Semoga ALLAH memberikanmu dan keluargamu petunjuk. Kerana kamu tiada apa-apa tanpa Allah.”
Hhm, apa pendapat korang? Adakah ‘tradisi’ Salah memberikan ucapan Hari Natal pada setiap tahun ini tidak harus dilakukan olehnya?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adakah ini gembira yang dinantikan oleh rakyat Malaysia?
Malaysia kini berada ke fasa peralihan Endemik bermula 1 April yang lepas, dan terbaru Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka mengumumkan kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 pada Rabu.
Menurut Menterinya, Khairy Jamaludin perancangan KKM itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin
“Saya sudah maklumkan kepada Perdana Menteri tentang perancangan KKM, nanti hari Rabu saya akan umumkan,” katanya kepada pemberita hari ini.
Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka mengumumkan kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 pada Rabu ini, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata perancangan KKM itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Saya sudah maklumkan kepada Perdana Menteri tentang perancangan KKM, nanti hari Rabu saya akan umumkan,” katanya kepada pemberita hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri berkata terdapat tiga kelonggaran SOP akan diumum dalam masa terdekat berkaitan pemakaian pelitup muka, penggunaan imbasan MySejahtera serta ujian pengesanan COVID-19 di lapangan terbang.
Alhamdulillah, satu-persatu kelonggaran SOP telah diumumkan seiring dengan negara berstatus Endemik. Raya nanti jangan dilupa SOP yang ditetapkan okay.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : KKM/ Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umum mengetahui Qatar telah menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022. Dalam kehangatan peminat bola sepak seluruh dunia yang berkumpul di sana, ada juga insiden-insiden yang kurang menyenangkan berlaku.
Terdapat pihak yang cuba melakukan provokasi-provokasi biarpun mereka telah diberikan larangan untuk melakukan hal sedemikian. Tidak kurang yang cuba mencemarkan kesucian agama Islam.
Namun begitu di sebalik beberapa insiden yang terjadi, banyak lagi perkara positif yang menyelubungi suasana di sana. Pihak berkuasa Qatar mengambil pendekatan sempena kemeriahan Piala Dunia untuk secara tidak langsung mempromosikan keindahan agama Islam.
Memetik hantaran dari Facebook ahli akademik dan pendakwah terkenal, Dr Muhammad Salah, beliau berkongsi satu kejadian yang dikongsikan oleh peminat bola sepak di sana. Jom kita ikuti perkongsian ini.
Salah satu keindahan Piala Dunia di Qatar ialah mereka membuat tempat solat dari kaca di semua sisi, supaya orang bukan Islam boleh melihat solat
Hari ini, semasa saya berada di Stadium Al-Bayt, saya pergi menunaikan solat Isyak. Selepas itu saya mendapati seorang warga asing berdiri sambil memerhati. Dia memanggil saya dan bertanya.
Berapa kali sehari anda melakukan ini?
– Jadi saya memberitahunya lima kali sehari, namun ada solat sunat dan kelebihan pahala diperoleh
Ok, bila waktu solat?
Tidak, ia bukan masa tetap mengikut jam, tetapi mengikut pergerakan matahari
Bagaimana?
Saya membuka aplikasi untuk waktu solat dan menunjukkan kepadanya bahawa setiap beberapa jamnya berbeza-beza mengikut hari, dan saya mula menerangkan kepadanya setiap solat apabila waktunya, dan dia kagum dan terkejut.
Kemudian dia berkata,”Saya minta maaf, boleh saya buka kamera dan awak ulangi semua yang awak cakapkan lagi?”
Melihat kepada pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan Qatar ini, ia membuatkan orang luar lebih memahami Islam dengan lebih dekat dan bukannya mendengar momokan negatif anasir-anasir jahat. MasyaAllah…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah tak, ada ketika kita berasa was-was sama ada sudah membaca tahiyat awal ketika solat atau kita teruskan ke rakaat ketiga? Ini kerana ada ketika kita terlupa sama ada sudah membacanya atau belum? Mungkin ramai yang ingin tahu, andai kata kita terlupa baca tahiyat awal dan sudah naik ke rakaat ketiga, adakah kita wajib turun semula baca tahiyat? Ustaz Azhar Idrus berkongsi ilmu jika kita terlupa membaca tahiyat awal.
Soalan : Jika kita tertinggal baca tahyat awal dan naik ke rakaat yang ketiga adakah wajib kita turun semula baca tahiyat?
Jawapan :-
Jika orang yang sembahyang tertinggal membaca tahyat awal lalu naik ia ke rakaat yang ketiga maka jika belum sampai berdiri tegak nescaya disunatkan dia turun kembali duduk membaca tahyat.
Dan jika dia sudah berdiri tegak pada rakaat yang ketiga nescaya tidak lagi dia boleh turun duduk membaca tahyat dan jika dia turun juga dengan sengaja nescaya batal solatnya. Akan tetapi jika ia solat berjemaah maka wajib ia kembali kepada duduk tahyat kerana mengikut imam.
Telah berkata oleh Syeikh Bafadhal : وَلَو نسي التَّشَهُّد الأول فَذكره بعد انتصابه لم يعد إِلَيْهِ فَإِن عَاد عَالما بِتَحْرِيمِهِ عَامِدًا بطلت أَو نَاسِيا أَو جَاهِلا فَلَا وَيسْجد للسَّهْو وَيجب الْعود لمتابعة إِمَامه
Artinya : “Dan kalau seorang itu lupa membaca tahyat awal kemudian dia teringat selepas tegaknya berdiri nescaya tidak harus dia kembali kepada tahyat. Maka jika dia kembali kepada tahyat dalam keadaan dia tahu tentang diharamkannya dan sengaja nescaya batal solatnya. Atau dia kembali itu kerana terlupa atau tidak tahu maka tidak batal dan sunat dia sujud sahwi sebelum salam. Dan wajib makmum kembali duduk tahyat kerana mengikut imamnya.” (Kitab Muqaddimah Hadhramiyah).
Telah berkata Imam Ibnu Ruslan :
لَكِن على الْمَأْمُوم حتما يرجع … إِلَى الْجُلُوس للْإِمَام يتبع وعائد قبل انتصاب ينْدب … سُجُوده إِذْ للْقِيَام أقرب Artinya : “Akan tetapi wajib atas makmum kembali kepada duduk tahyat awal kerana mengikut imam dan yang solat sendirian sunat kembali kepada duduk tahyat apabila belum berdiri tegak dan sunat ia sujud sahwi jika sudah dekat kepada berdiri.” (Kitab Matan Zubad).
Keterangan :
Dalam solat sendirian jika seorang itu terlupa duduk tahyat awal lalu ia berdiri maka jika sudah berdiri tegak nescaya tidak harus lagi dia duduk semula kerana membaca tahyat awal. Jika dia duduk semula kerana membaca tahyat awal nescaya batal solatnya kerana dia telah berada di rukun yang lain tidak boleh lagi ulang kepada perkara yang sunat. Dan sebelum salam adalah sunat dia lakukan sujud sahwi kerana tertinggalnya akan tahyat awal itu.
Yang dimaksudkan berdiri tegak itu ialah berdiri yang sudah memadai dinamakan qiam sekali pun belum meletakkan kedua tangannya di bawah dadanya.
Jika belum lagi berdiri tegak nescaya sunat dia turun membaca tahyat awal dan sebelum salam disunatkan dia sujud sahwi apabila dia telah naik lebih dari separuh berdiri atau lebih dari had rukuk.
Ada pun jika dia baru naik sedikit seperti belum sampai separuh atau belum sampai had rukuk nescaya disunatkan kembali duduk baca tahyat dan tetapi tidak disunatkan sujud sahwi sebelum salam kerana sedikit pergerakkannya.
Dan dalam solat berjemaah jika makmum terlupa tahyat awal dan naik berdiri nescaya wajib makmum itu duduk semula bersama imam membaca tahyat kerana kewajipan mengikut imam. wallahua’lam ustaz azhar idrus
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!