Artikel ini tidak ditujukan kepada kesemua bintang TikTok di luar sana. Penulis juga tidak menggelar kesemua bintang TikTok sebagai kelompok yang tidak tahu bila waktu yang sesuai untuk menjadi seorang yang ‘playful’ dan bila waktu mereka perlu menjadi serius.
Bagaimanapun, jika majoriti bintang TikTok mempunyai perangai seperti Addison Rae yang merasakan PERLU untuk memperoleh perhatian dalam apa jua perkara yang dilakukannya di media sosial, well – these stars are not worth being celebrated.
*
Sempena perlawanan epik UFC di antara Conor McGregor dan Dustin Poirier Ahad lalu (SPOILER : yang berpihak kepada Poirier), bintang TikTok berusia 20 tahun, Addison Rae telahpun berkongsi dua foto menerusi ciapan di akaun Twitter-nya.
Kelihatannya seperti Addison sedang bertugas sebagai koresponden sukan di karpet merah UFC dan pihak UFC telah melantiknya.
Biasalah itu, saluran seperti ESPN ingin mendapatkan seorang public figure muda seperti Addison yang mempunyai jumlah pengikut yang cukup ramai bagi melakukan tugas ini. Ia demi menarik lebih ramai penonton muda untuk mengikuti siaran langsung mereka.
Namun, keadaan bertukar kontroversial apabila Addison menciap dengan meletakkan kapsyen yang mengundang amarah serta kecaman warganet terutamanya dalam kalangan pelajar serta lepasan jurusan kewartawanan.
Kapsyennya berbunyi, “I studied broadcast journalism in college for 3 whole months to prepare for this moment.” (Saya habiskan 3 bulan di kolej mempelajari jurusan penyiaran untuk bersiap sedia bagi momen ini.)
I studied broadcast journalism in college for 3 whole months to prepare for this moment pic.twitter.com/5Z95OTSVTA
Kapsyen itu dianggap berbaur sarkastik terhadap pelajar dan lepasan jurusan kewartawanan yang rata-rata menganggap Addison tidak bersyukur dengan peluang yang diberikan itu.
Ramai lagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka namun belum berpeluang mendapat pekerjaan. Sedangkan Addison yang tidak menamatkan pengajian beranggapan dia masih boleh dilantik sebagai koresponden walaupun tidak mempunyai ‘sijil pelajaran’.
(Addison hanya bertahan di Louisiana State University selama tiga bulan sebelum berhenti belajar demi mengejar karier sebagai bintang media sosial.)
Tidak hormat karier kewartawanan tatkala ramai yang belum mendapat kerja.
some people work really hard for jobs like this. and she gets it because she is famous? this is so unfair, im so sorry to the people that have worked their ASS OFF to get into journalism!
I went to Journalism school for two years and interned (unpaid) for another 1.5 years after that. Never got hired on and had to switch careers. Thank you for this info. 🥲
This is disrespectful to all the people who go to college and work their asses off for jobs like this and sometimes don’t even get them but because Addison has clout she gets them over QUALIFIED sports journalists
Bukan Malaysia saja mencatatkan kadar pengangguran tinggi. Perkara sama terjadi di Amerika Syarikat disebabkan persaingan sengit untuk bergelar seorang wartawan penyiaran. Tidak hairanlah ramai yang terkesan dengan kenyataan Addison itu.
Setelah beribu-ribu kecaman diterimanya di Twitter dalam masa sehari, Addison kembali ke Twitter untuk ‘bergurau’ kononnya dia telah dipecat oleh pihak ESPN (atau UFC) disebabkan oleh kontroversi tersebut.
Wakil ESPN memberitahu rakan media di Insider bahawa Addison sebenarnya tidak dilantik pun sebagai pekerja sepenuh masa bersama UFC walaupun dia ada melakukan temubual di acara UFC 264 itu.
Ads
Addison dipilih disebabkan (1) of course, popularitinya dan (2) dia berasal dari Louisiana iaitu bandaraya asal Dustin Poirier yang bertanding pada malam tersebut. Lalu, kenyataan kononnya dia mendapat tugasan daripada UFC itu walaupun tidak menamatkan pengajian hanyalah satu bentuk gurauan.
Isu ini mungkin nampak remeh pada kebanyakan orang.
Akan tetapi, ia sebenarnya menunjukkan sifat sebenar seorang bintang media sosial yang kini dilihat sebagai kelompok yang ‘merampas’ peluang orang lain yang benar-benar kisah dan meminati bidang mereka.
Lets face it, bintang media sosial lah yang kini diambil sebagai pengacara, wartawan, pelakon, penyanyi jemputan, duta, membuka perniagaan dan sebagainya.
Masyarakat sebenarnya tidak menyalahkan bintang media sosial pun kerana peluang yang datang itu adalah rezeki masing-masing. Lagipun, kita faham bahawa sekarang adalah zaman bintang media sosial. Heck, Lele Pons pun pernah menjadi juri semasa pertandingan ratu cantik Miss Universe 2017 di Las Vegas.
Namun apabila ada individu seperti Addison Rae yang seakan memperlekehkan kerjaya profesional seperti wartawan penyiaran, ia secara tidak langsung mengundang skeptisme masyarakat terhadap bintang media sosial secara am.
Bencana banjir yang melanda Malaysia telahpun memasuki minggu kedua dengan beberapa negeri serta lokasi baharu yang kini sedang bersiap siaga bagi berdepan dengan kemungkinan hujan lebat berterusan serta banjir kilat. Ini termasuklah di Utara dan Pantai Timur Semenanjung seperti di negeri Kelantan yang telah mengeluarkan amaran cuaca buruk.
Tahukah korang, sebenarnya bukan Malaysia sahaja yang perlu berdepan dengan bencana akhir tahun ini. Beberapa negara di garisan Khatulistiwa lain turut melaporkan kejadian banjir buruk. Ada yang baru berlarutan selama seminggu dua seperti di Malaysia, ada juga yang telah berdepan dengan hujan lebat serta banjir besar selama sebulan (OMG) seperti yang terjadi di Brazil.
Pandangan atas menunjukkan seorang lelaki yang berjalan dalam banjir di Itajuipe, Bahia pada 27 Disember lalu. Sumber Foto : ReutersSumber Foto : Reuters
Menurut laporan, angka korban di Brazil akibat banjir besar yang melanca negeri Bahia di Timur Laut negara itu telah meningkat kepada 20 orang pada Isnin lalu dengan 63,000 penduduk lain kehilangan tempat tinggal.
Kata Gabenor Bahia iaitu Rui Costa, ini merupakan bencana tebesar dalam sejarah negeri ini dan ia berpunca daripada, “Kesilapan yang dilakukan selama bertahun-tahun”.
Untuk pengetahuan, Bahia mempunyai kira-kira 15 juta penduduk. Biarpun banjir yang dialami mereka sudah berlarutan sejak beberapa minggu lalu (yakni sejak bulan November), namun ia menjadi semakin buruk pada akhir minggu lalu apabila dua buah empangan di bandar Jusiappe dan Itambe runtuh dan menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.
Seorang mangsa menggunakan tilam bagi menyelamatkan diri di kawasan rumahnya di Itabuna, Bahia. Sumber Foto : Reuters
Menurut akhbar O Globo, pihak berkuasa sedang memantau keadaan 10 buah empangan lain sekiranya ada yang mempunyai tanda-tanda berdepan keruntuhan.
Akibat empangan yang pecah itu, kebanyakan rumah penduduk dan jalan utama di beberapa perbandaran di Selatan negeri itu ditenggelami air sejak Khamis minggu lalu. Tambah menyukarkan kerja-kerja menyelamar apabila arus deras yang dibawa Sungai Cachoeira yang dilaporkan melimpah.
Banjir di Bahia yang semakin teruk akibat paras air di sungai Cachoeira yang meningkat. Sumber Foto : Reuters
Nasib mereka baik apabila paras air di sungai tersebut dijangka pulih dalam masa beberapa hari lagi sejak sekarang.
Nampaknya, seluruh dunia kini sedang ‘menangis’ dengan kesan-kesan perubahan iklim dan kerakusan manusia yang menceroboh alam semulajadi atas tiket pembangunan negara. Sekiranya keadaan ini berterusan, tidak mustahil bencana yang lebih teruk boleh berlaku tidak lama lagi termasuklah di Malaysia sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Status vaksinasi individu yang sebelum ini telah menerima dos lengkap vaksin Sinovac serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas akan ditukarkan menjadi tidak lengkap sekiranya tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas Februari tahun depan.
Namun, tular baru-baru ini di media sosial mengatakan sekitar dua juta penerima dua dos vaksin COVID-19 keluaran Sinovac di Malaysia berisiko kehilangan status lengkap vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera bermula 1 April ini.
Mesej Palsu Di Media Sosial
Tampil menegaskan perkara sebenar, KKM menerusi laman rasmi facebooknya menyatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa mesej yang tular di media sosial ini adalah palsu. Untuk makluman, status vaksinasi COVID-19 kepada:
Semua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas yang masih belum menerima dos penggalak setelah layak; dan
Penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun dan ke atas yang masih belum mendapatkan dos penggalak setelah layak;Hanya akan bertukar menjadi tidak lengkap dan BUKAN dihilangkan seperti yang dinyatakan dalam mesej tersebut.
Dalam tempoh berbaki seminggu lagi menjelang 1 April, KKM menyarankan penerima vaksin primer Sinovac yang berisiko untuk hilang status lengkap vaksinasi cepat-cepat membuat temujanji dan menerima suntikan penggalak.
Sebelum ini, menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata selepas status tersebut ditukar menjadi tidak lengkap, individu berkenaan adalah tidak layak untuk menerima kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19.
Hmm…bahaya betul berita palsu ni kan, jadi korang jika tidak pasti berita itu betul jangan la panjangkan pula.
***
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Lampu brek yang biasanya dipasang di ekor kenderaan sangat penting. Ia sebagai penanda amaran kerana apabila kenderaan di hadapan menekannya, ia bermakna dirinya telah menyaksikan sesuatu perkara yang bahaya dan dirinya tiada niat untuk berhenti.
Maka pengguna yang megekori dari belakang juga mesti memperlahankan kenderaannya agar tidak berlanggar satu sama lain.
Ada kala bagi pemandu kenderaan, disebabkan lampu brek ini berada di belakang kenderaan, ada masa kita sedikit terleka untuk membuat pemeriksaan rutin sama ada lampu brek dan lampu brek ketiga berfungsi dengan baik atau tidak. Ini kerana dalam tempoh penggunaan kenderaan agak lama, mentol lampu boleh rosak apabila sampai jangka hayatnya.
Kita pula barangkali tidak menyedarinya terutama di kalangan pemandu wanita. Ini kerana asal enjin di start, boleh jalan dan sebagainya, kita merasakan kenderaan sudah sempurna dan tiada kerosakan terjadi. Dan kerana itu, kita mengambil remeh soal penjagaan lampu brek terutama lampu brek ketiga.
Bagi pemandu yang suka ambil remeh hal-hal yang nampak kecil begini, sila hati-hati ya. Hal yang kecil boleh mengakibatkan anda mengeluarkan duit yang banyak untuk membayar saman kepada pihak berkuasa.
Ini kerana kesalahan lampu brek ketiga yang tidak menyala dengan betul atau rosak, pemilik kenderaan boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan am dan penalti.
Jika disabitkan kesalahan,hukuman denda boleh dikenakan sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan. Sekiranya ia adalah sabitan kali kedua, boleh didenda sehingga RM4,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Hah! Nampak seperti remehkan tapi kesannya besar kerana jumlah denda agak tinggi juga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!