Peragawati adik-beradik popular, Bella Hadid dan Gigi Hadid merupakan sebahagian daripada model yang memberanikan diri dengan gaya rambut terbaru di pertunjukan fesyen Marc Jacobs musim luruh 2022.
Bertempat di perpustakaan awam New York City, model-model yang berjalan untuk Jacobs telah memeranjatkan ramai tetamu di sana dan mereka yang menontonnya secara live menerusi media sosial; bukan disebabkan stail koleksi yang mereka sarungkan tetapi kerana gaya rambut futuristik.
Bella HadidGigi Hadid
Ia merupakan kombinasi gaya mullet dengan bahagian sisi yang dicukur kemas. Sekali imbas, penulis terus teringat dengan imej karakter dalam filem ‘Girl With The Dragon Tattoo’!
Bella HadidGigi Hadid
Adakah sememangnya Bella, Gigi dan model lain sanggup komited untuk menukar kepada gaya rambut mullet?
Well, ia hanyalah rambut palsu yang ditata rias oleh penata gaya popular merangkap artis protestik, Duffy yang bertugas untuk pertunjukan fesyen Marc Jacobs ini. Prosesnya memerlukan model untuk dipakaikan ‘kulit sintetik’ untuk mendapatkan imej botak dahulu.
Ads
Kemudian barulah rambut palsu khas ditempatkan pada kepala. Namun, ia memang nampak seperti rambut asli kan!
Tambahan pula, cara Bella dan Gigi yang menutup kepala dengan ikatan jaket serta topi sewaktu pulang menyemarakkan lagi spekulasi para model di pertunjukan fesyen Marc Jacobs benar-benar mencukur rambut.
Ads
Selain gaya rambut lain daripada lain ini, kening model juga dilunturkan warnanya (satu trend yang semakin boleh diterima sekarang) demi membiarkan wajah serta pakaian mereka tambah menonjol.
Ini bukanlah kali pertama gaya model di pertunjukan fesyen mengejutkan tetamu yang hadir. Januari lalu, koleksi Viktor & Rolf juga telah menarik tumpuan disebabkan gaya bahu seakan pakaian watak Drakulanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan kaleng-kaleng jenama CHARLES & KEITH, dewasa ini.
Jika dahulunya, ramai mengaitkan jenama beg, kasut dan aksesori tersebut sebagai jenama yang wajib dimiliki mana-mana gadis setelah memperolehi gaji pertama mereka; kini populariti CHARLES & KEITH mulai menembusi pasaran antarabangsa.
Semakin ramai pembeli setia mereka yang muncul dari rantau Asia Pasifik, Timur Tengah dan Amerika Syarikat. Malah, golongan selebriti juga kian ‘menggilai’ CHARLES & KEITH kerana rekaan koleksinya yang semakin menarik dan punyai nilai estetika.
SPOTTED! Baru-baru ini, Jennie daripada kumpulan BLACKPINK telahpun dilihat menggayakan Jules leather Chelsea boots daripada koleksi both x CHARLES & KEITH sewaktu menjayakan persembahan di Coachella 2023 bersama grupnya.
Jennie (paling kiri) di belakang pentas acara Coachella 2023.Jules Leather Chelsea Boot yang disarungkan oleh Jennie Blackpink. RM999.90Jules leather Chelsea boots versi serba hitam.
Biarpun serba putih minimal dengan rekaan ‘toe cap’ metalik, ia cukup kena dengan stail edgy dan berstail yang sinonim dengan imej BLACKPINK. Siapa sangka, but pilihan Jennie ini hanya dijual pada harga RM999.00 sahaja (dan masih terjual secara online!
Tidak sampai seminggu selepas Jeniie memakai CHARLES & KEITH, tiba giliran seorang lagi selebriti dari Korea Selatan yang memilih jenama sama.
Pelakon drama The World of the Married, Han So Hee kini telahpun memperagakan sepatu platform hitam dengan buckle metalik daripada CHARLES & KEITH dalam sesi penggambaran pertamanya sebagai duta jenama berkenaan.
Menurut pengasasnya iaitu Keith Wong, pemilihan Han So Hee sebagai duta terbaru CHARLES & KEITH adalah disebabkan perwatakannya yang autentik, keyakinan yang terserlah dan daya kreativitinya ketika menjayakan sesuatu watak.
Han So Hee juga khabarnya akan muncul semula dalam kempen musim luruh/sejuk 2023 yang bakal dipertontonkan pada suku ketiga tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
i
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alhamdulillah, semalam rakyat Malaysia berkongsi kegembiraan apabila adik Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan. Germ Cell Tumor seberat 200 gm berjaya dibuang dengan pembedahan mengambil masa 5 jam dan dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar di London termasuk Dr Amalina Bakri.
Di sebalik kejayaan pembedahan ini, tentu ramai ingin tahu apakah Germ Cell Tumor ini dan bagaimana punca penyakit ini terjadi.
Dr Amalina berkongsi kisah pembedahan adik Ainul dilalui selama lima jam dengan kedua ibu bapa AinulAlhamdulillah adik Ainul selamat menjalani pembedahan dan sudah sedars sepenuhnya pagi ini
REMAJA kongsikan penulisan Dr Latif Saad yang menulis di page TheDiagnosa mengenai Germ Cell Tumor ini. Dr Latiff menulis artikel ini pada 26 Mei lalu dan sama-sama kita kongsikan ilmu bermanfaat ini.
Adik Ainul Mardhiah telah disahkan mengalami Germ Cell Tumor ketika dia masih kecil lagi. Sekarang ini usia adik Ainul Mardhiah sudah pun berumur 8 bulan dan mesti masih ramai yang tertanya-tanya tentang ketumbuhan ataupun penyakit apakah yang berlaku pada adik Ainul Mardhiah.
Apakah itu Germ Cell Tumor?
Keadaan adik Ainul Mardhiah ini berlaku disebabkan satu ketumbuhan atau tumor yang dikenali sebagai Germ Cell Tumor.
Perkataan ‘Germ‘ daripada Germ Cell Tumor itu bukanlah bermaksud ‘Germ‘ kuman tu. Tetapi perkataan germ ini diambil daripada perkataan ‘Germinate’ iaitu ‘to begin to grow’ . Dalam bahasa melayunya adalah ‘mula membesar/berkembang’. Selalunya kita gunakan perkataan germinate ini untuk biji benih yang baru tumbuh. Jadi, germinate juga bermaksud bercambah.
Kisah adik Ainul yang mengidap Germ Cell Tumor mengundang simpati rakyat Malaysia dan alhamdulilllah dengan doa semua, adik Ainul insya Allah akan kembali sihat
Apakah itu Germ Cell pula?
Dalam badan kita ada satu jenis sel yang dinamakan sebagai Germ cell(Sel germa). Fungsi sel germa ini pula adalah untuk menghasilkan sel sperma ataupun ovum. Jadi daripada sel germa inilah terhasil sel pembiakan seperti sperma dan ovum dan persenyawaan dua sel ini pula akan menghasilkan sel zygot yang akan bercambah/membesar menjadi manusia. Sebab itu kita panggil sel ini sebagai Germ cell(sel germa) kerana sel inilah punca terhasilnya bayi yang akan bercambah menjadi manusia.
Sel germa ini selalunya akan berada di dalam testis ataupun ovari. Di situlah mereka akan menghasilkan sperma atau ovum.
Jadi, bila kita kata Germ cell tumor (Tumor sel germa) ia membawa maksud tumor ataupun ketumbuhan ini berpunca daripada sel germa yang membahagi secara tidak terkawal.
Lokasi tumor sel germa(Germ cell tumor)
Tumor sel germa selalunya akan berlaku dikawasan testis ataupun pada bahagian ovari. Ini kerana di kawasan tersebut sel reproduktif seperti sperma dan ovum dihasilkan.
Jarang untuk tumor ini berlaku dikawasan selain daripada testis dan juga ovari. Dan kebanyakan tumor yang berlaku dikawasan lain ini akan melibatkan mereka yang berusia muda sama seperti kes Adik Ainul Mardhiah dimana tumor ini telah berlaku pada kawasan mulutnya.
Perlu diketahui bahawa terdapat pelbagai jenis Germ cell tumor yang ada seperti teratoma, seminoma, choriocarcinoma dan banyak lagi. Ketumbuhan ini juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu sama ada Malignant iaitu tumbuh secara cepat dan boleh merebak ke tempat lain ataupun benign iaitu tumbuh dengan lambat dan tidak merebak ke tempat lain. Malignant inilah kita gelarkan sebagai kanser.
Setiap daripada jenis tumor tersebut mempunyai karakter yang berlainan dan cara rawatan yang berbeza. Sebab itu tumor ini dikategorikan dengan pelbagai jenis supaya rawatan yang spesifik dapat diberikan sesuai dengan jenis tumor tersebut.
Apakah punca kepada penyakit ini?
Punca kepada masalah ini masih lagi tidak diketahui. Ada kajian yang mengatakan ia mempunyai hubung kait dengan penyakit keturunan atau genetik di mana jika ada ahli keluarga yang mempunyai kecacatan daripada segi struktur badan sejak lahir, maka anaknya akan mempunyai risiko untuk menghadapi Germ cell tumor ini.
Bayi yang mengalami Cryptorchidism juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghadapi masalah ini. Cryptorchidism adalah keadaan dimana satu ataupun kedua-dua belah testis tidak turun ke dalam kerandut scrotum. Testis tersebut mungkin berada di dalam bahagian abdomen.
Kesimpulan
Germ cell tumor ini berpunca daripada sel yang menghasilkan sel pembiakan seperti sperma dan juga ovum. Disebabkan sel ini membahagi dan membesar secara tidak normal, maka jadilah tumor tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi individu yang ingin menjaga kesihatan atau pun sedang dalam usaha menurunkan berat badan, sudah tentu mereka akan mencari produk-produk makanan yang tidak mengandungi gula.
Walaupun sentiasa melihat kandungan bahan yang ada sebelum memilih produk, namun tidak semua diantara kita yang memahami setiap perkataan yang digunakan dalam packaging produk tersebut.
Walau bagaimanapun, terdapat cara yang paling terbaik untuk korang mengelakkan gula tambahan dan antaranya adalah seperti berikut:
• Pilih air kosong berbanding minuman manis
• Hadkan kepada satu sudu teh sahaja untuk setiap cawan
• Hadkan minuman manis (sehari sekali sahaja)
• Gantikan makanan manis dengan makanan yang lebih sihat seperti buah
• Baca label dan elak produk yang menyenaraikan gula dibahagian awal senarai ramuan
Semoga info ini memberi sedikit ilmu pengetahuan baru untuk kita semua dan jadikan panduan bagi menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...