Seperti yang korang tahu, majlis pernikahan dan resepsi di antara Mira Filzah dan Wan Emir Astar terpaksa diawalkan dari bulan Oktober ke bulan September kerana kekangan jadual penerbangan oleh kakak Mira.
Beliau perlu kembali ke Amerika Syarikat disebabkan oleh penguatkuasaan wabak COVID-19 yang lebih ketat di sana.
Apapun, perubahan jadual majlis ini sama sekali tidak menjadi isu untuk jurusolek Mira Filzah, Yana Sakinah terutamanya untuk solekan akad nikah.
“Selama hampir 5 tahun Kina menjadi jurusolek untuk apa saja jenis solekan untuk Mira. Tapi untuk akad nikah, memang Kina paling nervous untuk jadikan Mira lain daripada look yang Kina biasa solekan,” jelasnya.
Untuk solekan akad nikah ini, Kina mengurangkan penggunaan pemerah pipi untuk mendapatkan efek natural. Kina juga menaikan seri Mira dengan bibir merah jambu dan pembayang mata yang sedikit mengilat.
“Ramai yang suka Mira dengan solekan natural. Jadi solekan ini berkonsepkan ‘not to much, not too less’.”
Jom lihat langkah-langkah yang dilakukan oleh Yana Sakinah sebelum itu.
Ads
01
Sebelum memulakan langkah solekan, Kina mempersiapkan kulit Mira agar sentiasa kelihatan bermaya dan berseri. Dia meratakan serum dan pelembap wajah daripada jenamanya sendiri, Doctox YNA Sakinah. Ia terdiri daripada Ouli Serum dan Aqua Moisturizer.
Persediaan awal ini juga berkesan untuk membuatkan solekan tahan lebih lama, mudah blend dan tidak crack.
Ads
02
Untuk bahagian bibirnya pula, korang boleh mencuba lipstik edisi terhad Luna for the Bride yang dilancarkan oleh Luna Skinz HQ pada hari sama dengan akad nikad Mira Filzah.
Pertandingan Miss Universe merupakan pertandingan ratu cantik paling berprestij di dunia. Semua pesertanya mengimpikan untuk memegang takhta tersebut kerana ia mampu mengubah kehidupan mereka. Namun bukan semua yang bernasib baik.
Ahad lalu, Miss Universe telahpun memahkotakan pemenang yang ke 71 dan ia menjadi milik wakil Amerika Syarikat (USA), R’Bonney Gabriel. Kemenangannya itu menjadikan negara tersebut memiliki sembilan wakil bergelar Miss Universe.
Sejak tahun 1952, wakil USA sentiasa berjaya menjadi salah seorang peserta semifinalis. Namun tahukah anda, dalam kejayaan yang diraih itu terdapat empat wakil USA yang tidak mendapat sebarang tempat sekaligus tidak bergelar semifinalis.
BARBARA PETERSON
Merupakan Miss USA 1976, Barbara Peterson gagal bergelar semifinalis dan dia menjadi peserta pertama dari negara tersebut yang gagal mara ke peringkat yang seterusnya. Kini pada usia 70 tahun dia mengabdikan dirinya kepada kerja-kerja amal.
KIMBERLEY PRESSLER
Memenangi gelaran Miss USA pada usia 22 tahun, Kimberley menjadi Miss USA kedua yang gagal mara sebagai semifinalis. Kini dia merupakan seorang pengacara dan juga wartawan sukan untuk saluran televisyen FOX.
Kemenangan Shauntay pada tahun 2002 menjadikan dia sebagai Miss USA ke 50 dan wakil USA ketiga yang gagal mendapat sebarang tempat. Dalam pertandingan Miss Universe yang diadakan di Puerto Rico, dia kalah kepada Oksana Federova yang sehingga kini dianggap sebagai Miss Uniiverse paling cantik dalam sejarah pertandingan itu. Selepas pertandingan dia aktif sebagai pelakon.
RIMA FAKIH
Wanita berketurunan Lebanon ini ketika kemenangannya menjadi individu beragama Islam pertama yang memenangi gelaran Miss USA. Kemenangannya ketika itu mencipta pelbagai reaksi. Walaupun begitu nasib Rima tidak terlalu cerah apabila dia menjadi wakil keempat Amerika Syarikat yang gagal mendapat tempat di pentas Miss Universe. Rima kini sudah berkahwin dengan jutawan dan memiliki tiga orang cahaya mata.
Kenapa agaknya mereka tidak berjaya ya? Sedangkan pertandingan itu sering dikaitkan dengan USA kerana pemilik pertandingan ketika itu sebelum ini merupakan warganegara Amerika Syarikat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kira-kira tinggal lebih dua minggu sahaja lagi sebelum fesyenista di seluruh dunia akhirnya disajikan dengan banjiran gaya fesyen di acara tahunan Met Gala 2022.
Selang tujuh bulan selepas edisi 2021-nya dilangsungkan dengan tema ‘In America: A Lexicon of Fashion’, Met Gala kembali semula ke tarikh asalnya pada minggu pertama bulan Mei, untuk tahun ini. Ini bermakna, kita di Malaysia boleh bersiap sedia untuk menonton acara karpet merah Met Gala pada 2 Mei kelak.
Sebahagian daripada dekorasi dalaman di Met Gala 2016 dengan tema “Rei Kawakubo/Comme des Garçons: Art of the In-Between”.
Mungkin pada permukaan, tema tahun ini iaitu ‘In America : An Anthology of Fashion’ kedengarannya seakan sama dengan tema tahun lalu. Namun menurut Vogue selaku penganjur, tema kali ini dianggap ‘bonus’ atau ‘bahagian kedua; kepada tema 2021 di mana ramai selebriti dijangka bakal memperagakan persalinan yang lebih meriah gayanya; bersesuaian dengan era ‘Gilded Age’.
Bercakap mengenai selebriti, posisi hos Met Gala 2022 bakal dikongsi di antara Regina King, Blake Lively, Ryan Reynolds dan Lin-Manuel Miranda.
(Dari kiri) : Lin-Manuel Miranda (Encanto), Blake Lively, Ryan Reynolds dan Regina King.
Manakala, di antara jemputan yang disebut-sebut bakal muncul di karpet merah tersebut termasuklah Kim Kardashian dan Pete Davidson (#Kete? #Pim?) SERTA *drumrolls please* Lisa Manoban daripada grup popular, Blackpink!
Well… kehadiran Lisa masih belum disahkan oleh mana-mana pihak termasuklah syarikat labelnya, YG Entertainment. Begitupun, namanya kini hangat disebut-sebut oleh para Blinks sebagai sebagai jemputan yang akan hadir.
Kalau hendak diikutkan, tidak mustahil untuk Lisa dijemput oleh pihak majalah Vogue memandangkan seorang lagi ahli Blackpink, Rosé telah diberikan kepercayaan untuk berjalan mewakili jenama Saint Laurent pada tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan pereka fesyen muda, Eleen Arisha atau nama sebenarnya Shazleen Arisha Shamsuria (28), baru-baru ini terus mencuri perhatian apabila diberi peluang menampilkan koleksi jenamanya, D’Elara dalam sebuah showcase eksklusif di hadapan DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Bagi Eleen, momen tersebut bukan sekadar penghargaan, tetapi juga satu pencapaian penting dalam perjalanan awalnya sebagai pereka fesyen. Pada masa yang sama, peluang itu hadir pada waktu yang cukup signifikan dalam hidupnya.
“Ini adalah salah satu momen yang paling saya bangga, ia bagaikan satu platform untuk memasarkan jenama saya sendiri,” kata Eleen kepada Remaja sambil mengenang detik manis yang turut memperkenalkan koleksi pertamanya iaitu rekaan kaftan yang menggandingkan gaun luar serta dalam.
Beliau yang sebelum ini popular menerusi filem Alif 7 Dimensi berkata, koleksi yang dipersembahkan jenamanya bukan sekadar pakaian, tetapi sebuah naskhah yang mempunyai cerita tersendiri. Di bawah jenama D’Elara, simboliknya terletak pada penggunaan lace dan elemen keanggunan yang mendefinisikan setiap helaian.
“Setiap helaian dalam koleksi saya mempunyai kisahnya, ia direka agar pelanggan sentiasa merasa cantik dan lebih gembira ketika mengenakannya,” jelasnya.
Menerusi koleksi terbaru ini juga, beliau mendapat suntikan inspirasi daripada legenda Puteri Gunung Ledang, filem-filem klasik seperti Saloma, serta elemen nusantara Malaysia–Indonesia menambah sentuhan dramatik namun tetap selari dengan estetika moden.
Namun, berada di pentas sebesar itu hadir bersama tekanan tersendiri. Sebagai pendatang baru, Eleen mengakui beban ekspektasi bukanlah kecil, apatah lagi apabila dibandingkan dengan nama-nama besar dalam industri fesyen tempatan.
“Tekanan itu banyak datang daripada diri saya sendiri sebab saya masih baru… saya perlu buktikan betapa berkualitinya produk yang saya hasilkan,” jelasnya lagi sambil memaklumkan D’Elara bukanlah jenama yang dihasilkan secara massa, sebaliknya koleksi edisi terhad yang direka khas mengikut permintaan pelanggan.
Dalam masa sama, Eleen kini memberi tumpuan kepada persiapan koleksi raya 2026 di mana beberapa rekaan sudah siap, manakala yang lain masih dalam proses penyelesaian. Menurutnya, konsep tradisional dan moden tetap menjadi asas identiti jenamanya.
“InsyaAllah, masih akan kekalkan lace sebagai simbol keanggunan D’Elara,” kongsinya mengenai hala tuju fesyen raya tahun hadapan.
Menyentuh soal trend raya 2026, Eleen mempunyai firasat tersendiri. Jika tahun ini ramai pereka mengangkat elemen Chinese-style, tahun depan katanya mungkin menyaksikan kebangkitan semula gaya saree atau kebaya labuh.
“Mungkin tahun depan orang akan back to kebaya yang lebih menutup,” selorohnya sambil ketawa kecil.
Sebagai alumni Dewi Remaja yang pernah mencipta nama dalam dunia lakonan sebelum beralih ke bidang fesyen, perjalanan Eleen bukanlah satu laluan yang lurus. Menurutnya, pengalaman sejak usia 21 tahun berada dalam Dewi Remaja 2018/2019 telah membentuk keyakinannya untuk berani mencuba perkara baru.
“Saya belajar banyak tentang orang sekeliling termasuk bagaimana untuk melakukan penjenamaan semula diri dan saya fikir, kenapa tidak saya gunakan pendedahan itu untuk rebranding nama sendiri sebagai seorang pereka fesyen,” katanya yang merasakan dunia fesyen lebih selaras dengan identiti dan jiwa kreatifnya.
Walaupun kini fokus pada dunia rekaan fesyen, Eleen tidak meninggalkan terus kerjaya lakonan. Selepas projek terakhirnya, Adnan Runner (2023), Eleen turut mengesahkan kemunculannya semula dalam drama terbaru bertajuk Raja Fitnah, bergandingan dengan Dafi, yang bakal ditayangkan eksklusif di Astro Sooka. Keputusan platform penstriman sebagai medium utama menurutnya lebih relevan dengan trend tontonan masa kini.
Sementara itu, dengan perjalanan kerjayanya yang semakin berkembang dalam dua bidang berbeza, Eleen Arisha membuktikan bahawa keberanian mencuba membuka ruang yang tidak dijangka. Dari pentas Dewi Remaja, ke set lakonan, dan kini ke pentas fesyen diraja, jelas langkah Eleen baru sahaja bermula, namun visinya sudah jauh ke hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!