Tujuh tahun lalu dia mengambil keputusan drastik untuk berhijrah dari segi rohani dan lahiriah. Dari seorang penyanyi yang sedang berada di puncak kerjaya dengan pelbagai kolaborasi dengan selebriti antarabangsa, dia mengambil keputusan untuk berhijab dan belajar untuk lebih mendekati Allah SWT usai pulang dari mengerjakan ibadah haji.

Dalam satu temubual bersama rancangan Malaysia Hari Ini, dia berkongsi cerita. “Ketika berada di Makkah, saya berazam mahu pulang ke Malaysia dan saya mahu berubah 180 darjah. Pengalaman saya ketika mengerjakan haji membuatkan saya merenung kembali apa ertinya menjadi seorang Muslim.

Belajar Untuk ‘Let Go’ Kawan-Kawan Yang Toksik – Mizz Nina

“Untuk berubah 100 peratus bukan mudah, saya mula berhijab namun saya masih berada di dalam industri hiburan. Saya pulang sebagai Hajjah Shazrina Azman, dan tidak sesuai lagi untuk memakai busana-busana yang terdedah dan seksi. Kalau saya terus berada di atas pentas dan menari, saya rasa tidak sedap hati.

IKLAN

“Bila kita nak berubah kita kena tahu niat kita, always go back to our niat. Kita berhijrah kerana Allah SWT bukan kerana orang, bukan kerana populariti ataupun kerana ibu dan bapa yang mahu saya berubah. Saya rasa niat itu yang membantu saya merubah kehidupan saya untuk menjadi lebih baik.”

BELAJAR UNTUK MELEPASKAN

IKLAN
Belajar Untuk ‘Let Go’ Kawan-Kawan Yang Toksik – Mizz Nina
Bahagia di samping suami tercinta, Noh.

Apabila seseorang mahu berubah dari kehidupan lamanya, pasti pelbagai reaksi akan diperoleh dari sahabat sekeliling. Ada yang menerima dengan positif dan pastinya ada yang akan bersikap negatif menolak perubahan yang dilakukan.

“Kita harus belajar untuk mengenal pasti siapa rakan yang baik dan siapa rakan yang tidak sesuai untuk kita. Belajar untuk melepaskan orang yang bersikap toksik terhadap kita. Ketika saya mula-mula berhijrah dahulu ada segelintir yang mempersoalkan kenapa saya mahu menjadi lebih Islamik dengan drastik.

IKLAN

“Jangan risau jika kita hilang rakan-rakan kerana Allah memberi pilihan kepada kita untuk memilih kelompok rakan-rakan yang boleh memberi manfaat kepada diri. Ada rakan yang sebelumnya baik dengan saya mula menjauhkan diri, namun begitu saya bersyukur kerana dihadirkan dengan rakan-rakan yang sayang saya kerana Allah. Selalunya jika saya rasa randah dan iman berkurang, saya menghubungi mereka dan Alhamdulillah mereka membantu saya untuk ingat kepada Allah SWT,” ujarnya panjang lebar.

Mendengar kisah isteri kepada Noh Hujan ini memberikan satu refleksi kepada diri. Berubah dimulakan dengan niat yang betul. Cari kelompok rakan-rakan yang boleh membimbing dan bersama kita dalam melakukan kebaikan. InsyaAllah.

Sumber gambar: Instagram Mizz Nina

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI