Gincu merupakan salah satu senjata untuk menaikkan seri seorang gadis. Dari wajah yang kelihatan kusam calitan gincu mampu memberikan kesegaran pada rupa dan personaliti seseorang.
Agak-agaknya berapa banyak gincu yang anda miliki? Warnanya pula bagai mana? Adakah anda suka bereksperimen dengan pelbagai warna atau kekal dengan satu rona sahaja?
Tahukah yang tidak semua warna gincu sesuai dengan warna kulit anda. Apa yang harus anda faham adalah, warna kulit memainkan peranan penting dalam menentukan warna gincu yang akan tampil sajak dengan penampilan anda.
Tak tahu macam mana nak pilih? Jom ikut tip-tip berikut.
Ads
Elizabeth Arden Eight Hour Sheer Tints
Kulit Cerah
Bagi anda yang berkulit serah anda boleh memilih rangkaian rona nude ataupun terang tanpa sebarang masalah. Antara rona yang sesuai digayakan seperi coklat, merah, merah jambu, jingga terang atau rona apa sahaja yang anda inginkan. Tetapi kalau boleh cuba elakkan warna gelap seperti merah tua dan juga ungu.
Warna kulit putih pucat ini nampak lebih putih daripada orang cucasian. Jika anda memiliki kulit putih pucat pastikan anda memilih warna gincu yang berona pastel ataupun warna yang tenang dan tidak terlalu lantang.
Ads
Elakkan penggunaan warna-warna seperti merah darah ikan, coklat tua, ungu gelap, metalik. Ini kerana warna yang gelap membuatkan kulit pucat lebih menyerlah.
Ads
NARS Audacious Lipstick
Kulit Sawo Matang
Anda bertuah kerana jika kulit anda berada di dalam kategori ini, gincu rona apa pun boleh anda oles pada bibir. Pasti akan tampak menarik!
ROUGE DIOR – GOLDEN NIGHTS COLLECTION LIMITED EDITION
Kulit Gelap
Salah satu kelebihan orang yang mempunyai kulit gelap adalah anda boleh memilih warna gincu yang terang atau gelap. Kedua-dua merah dan merah tua sesuai untuk kulit gelap kerana memberikan kesan yang elegan.
Untuk menjadikan penampilan lebih menarik, jangan gunakan gincu yang mempunyai warna pastel atau lipstik berkilat kerana ia akan menjadikan kulit nampak lebih gelap.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap berus mekap yang dihasilkan mempunyai tugas dan peranan masing-masing. Malah untuk solekan yang sempurna penggunaan berus mekap adalah diperlukan.
Pernah heboh dahulu tentang kewujudan berus yang diperbuat daripada bulu khinzir. Ternyata, ramai masih terlepas pandang dan tak ambil endah tentang pemilihan berus mekap.
Bulu sintetik vs bulu binatang
Kebiasaannya kita akan memilih bulu daripada sintetik untuk digunakan. Bulu sintetik ini diperbuat daripada sumber plastik dan nilon yang dicipta untuk menyerupai helaian rambut atau bulu binatang.
Tapi banyak juga yang dijual di pasaran berus yang menggunakan bulu binatang seperti kambing, anak kudai, tupai cuma yang ditakuti kita terbeli dan terpakai bulu daripada binatang yang ‘haram’ digunakan untuk Muslimah.
Jadi macam mana mahu mengenal pasti bulu sintetik dan bulu binatang terutama yang haram? Sebelum beli sila lihat ciri ini pada berus mekap yang dijual.
Cara kenal pasti berus daripada bulu binatang termasuk khinzir
1. Ia boleh dikenal pasti melalui istilah yang mungkin tertera pada label produk seperti “Hog Bristle”, “Pig Bristle” atau “Boar Bristle”.
2. Ada beza berus daripada bulu sintetik dan juga bulu binatang seperti khinzir. Bulu sintetik biasanya akan dilihat lebih bersinar daripada bulu binatang. Jadi anda boleh mengenal pasti dengan cara ini tanpa perlu menyentuhnya.
3. Selain itu berus mekap dari bulu binatang juga akan lebih mudah dicabut berbanding bulu sintetik yang lebih kuat.
4. Berus mekap yang berasaskan bulu binatang juga lebih lembut teksturnya berbanding berus sintetik.
4. Bulu daripada khinzir juga boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri. Paling jelas bulu khizir biasanya bercabang. Jadi elak dari membelinya.
5. Selain itu jika sudah terbeli dan meragui ia adalah bulu daripada binatang, anda boleh membakarnya. Jika terbau seperti daging terbakar bermakna ia adalah bulu binatang.
Di samping berus mekap, bulu daripada binatang ini juga boleh digunakan untuk membuat berus pembersih rumah mahu pun berus cat. Korang boleh mengenal pastinya dengan cara yang sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang pernah sakit gigi. Kata orang sakit gigi boleh buat penderitanya bad mood berhari-hari. Kalau datang denyutnya, member bergurau pun boleh jadi gaduh. Lebih buat stres, pergi jumpa doktor gigi tapi tak boleh buat apa kerana gusi bengkak dan tak boleh buat apa-apa.
Di sebalik sakit gigi berlubang, korang tentu nak tahukan apa punca gigi kita boleh berlubang. Dr Latif Saad dari page The Diagnosa Original berkongsi tentang punca dan cara rawatan bagi masalah gigi berlubang.
Gigi berlubang selalunya bermula daripada lubang yang kecil dan tidak dirawat. Pada mulanya lubang ini tidak menyebabkan apa-apa masalah atau sakit sehinggalah saiznya besar.
Dengan hanya pemeriksaan doktor gigi secara berkala sahaja boleh mengesan lubang kecil pada bahagian gigi ini.
Punca Gigi berlubang:-
Lubang pada gigi adalah disebabkan pembentukan plak pada gigi. Plak pula merupakan gabungan bakteria, air liur, asid dan serpihan makanan.
Semua orang mempunyai bakteria secara semulajadi di dalam mulutnya. Selepas makan atau minum air yang bergula, bakteria akan menukarkan gula kepada bahan yang berasid.
Ini menyebabkan plak tersebut terbentuk sebaik sahaja seseorang itu habis makan. Sebab itulah perlunya seseorang itu kerap menggosok gigi.
Plak ini melekat pada gigi dan sedikit demi sedikit asid yang terhasil akan menghakis lapisan enamel gigi.
Faktor risiko
Semua orang mempunyai risiko untuk menghadapi masalah ini. Tetapi terdapat beberapa orang yang mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding orang lain.
Faktor risiko tersebut adalah:
– Selalu ambil air atau makanan manis
– selalu ambil makanan berasid atau masam
– Kebersihan gigi yang kurang. Kurang gosok gigi
– Tidak mendapat florida yang mencukupi
– Mulut kering
– Asid refluks(GERD). Asid daripada perut juga boleh merosakkan gigi
– Penyakit psikiatri seperti Bulimia
Penyakit Bulimia adalah penyakit psikiatri dimana pesakit selalunya akan merasa serba salah apabila telah makan dan akan memuntahkan makanannya keluar berulang-ulang kali. Asid dalam muntah tersebut akan merosakkan gigi dan menyebabkan gigi pesakit berlubang.
Simptom gigi berlubang
Simptom penyakit ini bergantung kepada saiz dan keadaan lubang pada gigi tersebut. Beberapa simptom tersebut adalah
Gigi sensitif
Sakit gigi
Lubang pada gigi
Warna kuning pada gigi
Rawatan
Doktor gigi selalunya akan menentukan sama ada terdapat gigi berlubang atua tidak melalui pemeriksaan gigi. Akan tetapi terdapat kawasan gigi yang tidak dapat dilihat dengan pemeriksaan mulut.
Oleh itu, sesetengah pesakit perlu melakukan x-ray untuk melihat kawasan gigi yang bermasalah.
Jenis rawatan adalah bergantung kepada keadaan gigi pesakit. Terdapat beberapa cara untuk merawat pesakit. Ia adalah:
Rawatan Awal
Gigi yang berlubang boleh menyebabkan rasa sakit dan sensitif kepada gigi. Ia juga boleh menyebabkan gusi bengkak. Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan simptom tersebut
Kekalkan kebersihan gigi. Sentiasa menggosok gigi pada waktu pagi dan petang supaya gigi sentiasa bersih.
Ubat tahan sakit. Boleh pergi ke farmasi untuk mendapatkan ubat tahan sakit sebelum sampai ke klinik
Kawal jenis makanan. Elakkan makanan yang terlalu panas atau sejuk kerana ia boleh menyebabkan sakit tersebut semakin bertambah
Tampal gigi
Doktor akan menggunakan satu alat untuk membuang bahagian gigi yang sudah reput di lubang tersebut. Kemudian, satu bahan akan diletakkan di dalam lubang tersebut dan dibiarkan mengeras.
Crown gigi
Crown gigi adalah satu prosedur dimana satu bahan yang berbentuk gigi diletakkan pada bahagian atas gigi yang sudah teruk atau reput.
Disebut sebagai crown(Mahkota) kerana bentuk gigi seperti gigi geraham adalah seperti mahkota. Prosedur ini menggantikan bahagian atas gigi yang sudah rosak
Root canal
Rawatan ini diperlukan apabila lubang itu telah sampai kepada bahagian saraf gigi. Dalam prosedur ini, doktor akan membuang tisu saraf dan saluran darah di kawasan gigi yang reput itu.
Kemudian, lubang tersebut akan dimasukkan dengan bahan yang akan mengeras. Crown juga akan dibuat bagi merawat gigi tersebut
Komplikasi
Terdapat beberapa komplikasi jika keadaan ini dibiarkan tanpa rawatan. Perkara tersebut adalah:
Sakit gigi yang berpanjangan, nanah pada bahagian gigi. Ia boleh mengancam nyawa, gigi boleh patah, susah untuk mengunyah makanan disebabkan sakit gigi
Cara untuk mengelakkan gigi berlubang
Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko kepada masalah ini. Ia adalah:
Gosok gigi sebanyak dua kali sehari dan gunakan ubat gigi yang mempunyai flourida
Kurangkan makanan manis atau berasid
Kurangkan pengambilan snek
Sentiasa memeriksa gigi lebih kurang setahun sekali
Jenis-jenis makanan ini boleh mengelakkan gigi berlubang. Ia adalah:
Makanan yang mempunyai fiber yang banyak
Makanan yang mempunyai jumlah kalsium yang tinggi
Teh hijau yang tiada gula
Air yang mempunyai flourida
Rujukan:
Decay. (n.d.). mouthhealthy.org/en/az-topics/d/decay.
Mayo Clinic Staff. (2017). Cavities/tooth decay: Diagnosis.
mayoclinic.org/diseases-conditions/cavities/basics/preparing-for-your-appointment/con-20030076
Mayo Clinic Staff. (2017). Cavities/tooth decay: Overview.
mayoclinic.org/diseases-conditions/cavities/basics/definition/con-20030076
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak melancarkan kempan #EcoBeautySquadMY bermula bulan Ogos lalu, jenama kecantikan dari Korea Selatan itu The Face Shop telahpun melakukan pelbagai aktiviti bersama para pesertanya dari Malaysia.
Selama berminggu-minggu, mereka melakukan aktiviti seperti bengkel secara maya, cabaran dan juga pusingan penyingkiran – seperti mana-mana pertandingan lain. 100 orang peserta terpilih mendapat bimbingan daripada usahawan Venice Min selain mentor lain.
Satu-persatu, mereka mara ke peringkat seterusnya sehinggalah hanya 10 orang peserta saja yang mara ke peringkat akhir.
Barisan finalis EcoBeautySquadMY
Akhirnya, keputusan penuh telahpun diumumkan oleh The Faceshop dan gadis bertuah yang terpilih sebagai juara ialah Cassandra Yap Jie Ying!
Pemenang EcoBeautySquadMY, Cassandra Yap.
Gadis berusia 21 tahun tersebut berjaya ‘bertahan’ sehingga ke penghujung pertandingan dan membawa pulang hadiah utama bernilai sehingga RM20,000.
Ini termasuklah kontrak 12 bulan bersama jenama kecantikan itu, bekalan produk dari The Face Shop selama 12 bulan, sebuah kamera DSLR dan keahlian gimnasium selama setahun.
Menurut The Face Shop, Cassandra sememangnya merupakan seorang pesaing hebat dan pernah memenangi cabaran di peringkat separuh akhir. Selayaknya, dia merupakan front runner untuk merebut kemenangan tersebut.
Untuk pengetahuan, gadis cantik ini merupakan anak kelahiran Johor Bahru dan berminat untuk mencipta nama dalam bidang fesyen, content creator dan fotografi berkualiti.
Di antara projek fesyen yang diusahakan oleh Cassandra.
“Sebelum ini, saya hanya fokus pada bidang fesyen saja. Dengan pengalaman bersama The Face Shop ini, saya lebih yakin dengan penjagaan kulit dan solekan yang betul. Malah, followers saya di media sosial juga menyukai diri saya yang baru ini,” katanya.
Pengumuman tersebut telah dilakukan menerusi paparan Facebook Live. Jom lihat persona Cassandra menerusi foto di bawah:
Cassandra Yap semasa Live Makeup Challenge.
Cassandra pernah dinobatkan sebagai naib juara Miss Virtual Malaysia 2019
.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!