Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Nampaknya percaturan organisasi ratu cantik Afrika Selatan menghantar Lalela Mswane sebagai peserta Miss Supranational 2022 menjadi apabila gadis berusia 25 tahun ini dinobatkan sebagai juara.
Menerusi kemenangannya ini, dia menjadi peserta pertama dari Afrika Selatan berjaya memenangi mahkota tersebut.
Sebelum ini, sebagai pemenang Miss South Africa 2021 dia telah di hantar untuk mewakili negaranya ke pentas Miss Universe 2021. Biarpun penyertaannya ketika itu menuai kritikan kerajaan dan segelintir rakyat negaranya sendiri dek pertandingan yang di adakan di Israel, namun dia tidak mengalah dan akhirnya bergelar pemenang tempat ketiga.
Siapa sangka dari pemenang tempat ketiga, kini dia menjuarai sebuah pertandingan ratu cantik lain yang turut sama memiliki prestij yang tinggi. Sudah menjadi pilihan ramai sebagai salah seorang peserta mega-favourite, Lalela menembusi kesemua halangan dari peringkat top 24 ke top 12 sehingglah top 5 sebelum diumumkan sebagai juara.
Saat berada di peringkat lima terbaik, dia telah ditanyakan soalan berkenaan mengapa manusia takut kehilangan perkara yang mereka tidak miliki. Lalela menjawab, “Saya fikir ia berpunca daripada ketakutan mengenai kesempurnaan, atau tekanan dunia dan cuba mencari kebahagiaan yang tidak dimiliki.
Ads
“Orang ramai cenderung mengalami rasa tidak puas hati dengan apa yang mereka ada, jadi saya fikir kita perlu mengubah mentaliti tersebut. Sikap bersyukur harus menjadi sesuatu pegangan yang kita tanam dalam diri setiap hari.”
Pertandingan yang diadakan buat kali ke-13 ini menyaksikan wakil Thailand, Praewannich Ruangthong dikedudukan naib juara manakala wakil Vietnam, Nguyen Huynh Kim Duyên pula ditempat ketiga. Melangkapkan senarai top 5 ialah wakil Indonesia, Adinda Cresheilla dan wakil Venezuela, Ismelys Velásquez, mereka masing-masing berada di kedudukan keempat dan kelima.
Untuk edisi ini, seramai 69 peserta dari seluruh dunia terbang ke Poland untuk bertanding. Wakil negara kita, Melisha Lin hanya berjaya mara bergelar peserta top 24 sebelum gagal untuk ke peringkat top 12.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siti Nurhaliza, ikon muzik Malaysia yang tidak asing lagi, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila kelihatan semakin ramping dan bertenaga.
Penampilannya yang menawan dan fit menjadi buah mulut peminat dan media sosial. Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsia di sebalik perubahan fizikal yang menakjubkan ini?
Senaman ‘rahsia’ tersebut adalah senaman Muay Thai. Tokti yang gemar melakukan senaman Muay Thai, menjadikan senaman ini sebagai salah satu rutin latihannya untuk mengekalkan badan yang sihat dan fit sehingga kini.
Selain daripada melakukan Muay Thai, TokTi juga gemar melakukan senaman HIIT (High Intensity Interval Training) yang melibatkan latihan berat seperti rope slam dan dumbells.
Senaman Muay Thai ini perlu dilakukan sebanyak dua kali seminggu, selama satu jam untuk menikmati kebaikan daripadanya. Semoga bermanfaat!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehidupan sebagai seorang remaja biasanya sentiasa sarat dengan pelbagai aktiviti. Kalau bukan melakukan aktiviti fizikal pasti ada aktviti yang memerlukan kamu menggunakan otak dengan berkerja keras. Tahukah kamu bahawa menggunakan laman media sosial dalam tempoh beberapa jam boleh menyebabkan otak dan mata kamu mengalami kepenatan melampau?
Jadi masalah kurang tidur ini bukanlah satu perkara asing buat remaja. Apatah lagi buat kamu yang kini bergelar sebagai seorang pelajar universiti. Kalau kelas jam 8 pagi pastinya korang harus bangun awal untuk bersiap untuk ke kelas. Mungkin bagi lelaki tempoh bersiap itu sepantas Superman menukar sut superheronya tetapi bagi perempuan… well itu perkara lain yang mungkin Remaja boleh ulas kemudian hari. LOL
Kurang tidur sebenarnya sangat tidak elok untuk kesihatan. Apatah lagi jika perkara ini berlanjutan dalam tempoh yang lama. Mungkin korang tidak sedar sebenarnya korang sendiri tidak cukup tidur.
Tapi tubuh badan korang tidak dapat menipu. Jika ada salah satu daripada 5 petanda yang Remaja kongsi kali ini, itu bermakna korang kurang tidur!
1. Badan berasa sangat letih walaupun baru bangun tidur
Tidur merupakan satu tempoh masa untuk badan dan otak kita berehat. Namun jika kamu bangun tidur dan masih berasa letih itu bermakna kamu kurang tidur. Maka dengan itu korang harus ubah masa tidur dengan kadar segera, Jangan biasakan diri dalam keadaan begini berpanjangan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.
2. Ada masalah untuk beri perhatian
Jika beada di dalam kuliah susah nak beri fokus kepada pensayarah. Jika lebih teruk kamu akan berpeluh dingin dan sukar untuk berikan fokus sepenuhnya terhadap apa yang kamu lakukan. Usah paksa diri, sila pergi rehat dan tidur sekarang!
Setiap pagi kamu ‘berperang’ dengan jam alarm. Bukan satu tetapi mungkin lebih daripada lima waktu alarm kamu set. Jika korang mempunyai waktu tidur yang mencukupi badan akan secara otomatik akan bangun sendiri pada waktu yang kamu ingini. Badan dan minda kita boleh dilatih untuk bangun pada waktu yang sama setiap hari dengan syarat tidur dalam jumlah masa mencukupi.
4. Tak boleh survive tanpa kafein
Oleh kerana mengantuk kamu pasti akan mencari kopi kerana kononnya untuk elak daripada mengantuk. Kesan ‘kick’ kafein yang kamu ambil setiap hari menjadikan kamu perlu mengambilnya untuk lebih segar. Apa akata setiap pagi selepas bangun tidur minum air kosong. Jika kafein diambil berlebihan ia boleh menggangu jam tidur korang.
5. Badan tak mampu melakukan banyak aktiviti dalam sehari
Ini petunjuk jelas yang kamu kurang tidur. Jika badan sudah penat memang korang tak dapat buat banyak aktiviti. Sedangkan rakan-rakan relaks sahaja teruskan hari dengan pelbagai aktiviti kamu sudah termengah mencari kerusi untuk duduk. Ingatlah walauoun masih muda remaja tetapi setiap orang memerlukan waktu tidur dan rehat yang mencukupi.
Jika korang ada salah satu tanda yang Remaja nyatakan di atas masih belum terlambat untuk berubah. Jom kita ubah gaya hidup untuk kesihatan fizikal dan mental lebih cemerlang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau dah namanya perempuan, penjagaan kulit wajah tu memang perkara pertama yang selalu mereka fikirkan.
Tapi, tak semua orang faham dan tahu untuk memilih jenis produk yang sesuai dengan kulit wajah sendiri.
Jadi, ada beberapa perkara yang korang perlu tahu sebelum memilih produk pencuci muka yang sesuai.
Ada lima jenis kulit yang biasanya ditemui.
1. Kulit normal
Seimbang dari segi kelembapan, minyak dan ketahanan kulit.
Untuk jenis kulit ini, korang tak perlu risau sebab sesuai untuk semua jenis pembersih wajah. Tapi, sebaiknya gunakan pencuci muka yang berasaskan susu kerana ia dapat menjadikan kulit lebih lembut.
2. Kulit kering
Liang roma sukar dilihat beberapa jam selepas muka dicuci.
Elakkan pencuci yang mengandungi alkohol dan minyak.
3. Kulit berminyak
Kulit jadi berkilat dan berminyak selepas beberapa jam dicuci.
Pilih pencuci dengan pH yang rendah (acidic) untuk memudahkan minyak dihilangkan.
4. Kulit kombinasi
Kulit berminyak di zon T dan kering pada bahagian muka yang lain.
Elakkan sabun mandi atau sabun muka. Cari pencuci muka yang lembut pada kulit dan basuh dengan air suam.
5. Kulit sensitif
Kulit selalu rasa tegang atau gatal-gatal dan mengalami alahan bila terkena bahan kimia tertentu yang digunakan dalam pencuci muka.
Elakkan pencuci muka yang mengandungi pewangi, minyak atau bahan kimia yang boleh merengsa kulit.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Izzahan Isman, bekas pelajar tahfiz tajaan MARA, menamatkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Amerika Syarikat dengan CGPA 3.72 serta meraih pelbagai anugerah akademik dan kepimpinan.