Sepanjang minggu ini, kita semua tidak boleh move on daripada momen bersejarah dalam kehidupan penyanyi terkenal, Taylor Swift yang baru-baru ini diberikan penghormatan oleh New York University untuk menerima Ijazah Kedoktoran Terhormat.

Baru Konvo? Alam Pekerjaan Tak Seindah Disangka – 5 ‘Quotes’ Berguna Dr Taylor Swift

Dalam ucapan Taylor – ahem – Dr. Taylor, banyak quotes menarik yang dapat kita petik dan pelajari. Jom lihat 5 quotes pilihan REMAJA yang amat bertepatan dengan korang yang baru saja bergelar graduan dan seterusnya bakal melangkah ke alam pekerjaan.

Lets face it, life is not a stroll in the garden..

*

IKLAN

“Anda tidak selalu akan mendapat semua benda yang anda telah piliih daripada ‘servis delivery’, itulah hidup. Anda akan dapat apa yang telah ditentukan dan anda patut berbangga dengan apa yang anda telah lakukan untuk mendapatkannya.”

Baru Konvo? Alam Pekerjaan Tak Seindah Disangka – 5 ‘Quotes’ Berguna Dr Taylor Swift “Hidup boleh menjadi terbeban jika anda cuba memikul semua benda sekaligus. Ketahuilah apa yang perlu disimpan dan apa yang perlu dibuang. Tentukan apa yang sepatutnya menjadi hak milik anda dan biarkanlah yang selebihnya ‘pergi’,

Baru Konvo? Alam Pekerjaan Tak Seindah Disangka – 5 ‘Quotes’ Berguna Dr Taylor Swift

“Jangan pernah malu untuk mencuba. ‘Effortless’ itu adalah satu mitos. Teruskan mencuba dalam hidup.”

IKLAN

 

“Ingat, anda ada kuasa untuk memilih perkara yang wajar diberikan masa dan ruang dalam kehidupan anda. (Sebagai contoh, masa untuk keluarga, ruang untuk rehatkan minda). Jadilah arif dalam menentukannya.”

Baru Konvo? Alam Pekerjaan Tak Seindah Disangka – 5 ‘Quotes’ Berguna Dr Taylor Swift

IKLAN

“Kita mempunyai budaya ‘unbothered ambivalence’ (Umpamanya, tidak kisah apa yang berlaku dalam hidup kita. Tanpa misi, ramai yang memilih untuk ‘go with the flow’ sahaja.) Ini menimbulkan stigma salah terhadap mereka yang ada misi, mereka yang ingin mencapai kejayaan. Ibaratnya, mereka ini tidak ‘cool’. That is wrong, make eagerness to succeed cool again.”

BACA LAGI : Taylor Swift Terima Gelaran Doktor Falsafah Dari Universiti New York – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI