Baru-baru ini, seorang peguam berpengalaman, Datuk Dr. Victor Isaacs meraih perhatian apabila berjaya mencipta sejarah tersendiri selepas menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada usia 85 tahun selepas enam tahun menimba ilmu.
Kejayaan PhD Dalam Bidang Undang-Undang
Menerusi perkongsian di Facebook rasmi UniSZA pada 3 November, bapa kepada empat anak dan datuk kepada enam cucu itu memperoleh PhD pertamanya selepas menamatkan pengajian dalam bidang sarjana undang-undang pada tahun 2021. Beliau memilih bidang undang-undang kerana minat mendalam terhadap sistem keadilan dan etika perundangan di Malaysia.
Tesis beliau mengupas pengaruh golongan profesional terhadap penggubalan undang-undang berkaitan eutanasia di Malaysia iaitu satu topik mencabar kerana menyentuh isu sensitif dalam konteks perundangan dan etika perubatan. Dalam undang-undang semasa, tindakan mencabut alat sokongan hayat pesakit dianggap satu kesalahan.
Oleh itu, Dr. Victor Isaacs mencadangkan agar UniSZA menubuhkan rumah penjagaan paliatif di dalam kampus bagi membantu pesakit tenat mendapatkan rawatan sewajarnya.
Cadangan Penambahbaikan Penjagaan Kesihatan
Beliau menekankan bahawa kemudahan sebegitu amat penting bagi memastikan pesakit yang tidak lagi dirawat di hospital masih dapat menerima penjagaan dan pemantauan berterusan. Pada masa yang sama, Dr. Victor turut mencadangkan agar hospital swasta diberi peluang mengambil alih tanggungjawab tersebut sekiranya kerajaan tidak mampu menyediakan kemudahan di setiap negeri.
Ads
Pesakit berkemampuan boleh menanggung kos sendiri, manakala kerajaan negeri boleh membantu mereka yang kurang berkemampuan. Cadangan ini menunjukkan keprihatinan mendalam Dr. Victor Isaacs terhadap kesejahteraan pesakit dan tanggungjawab sosial dalam bidang perundangan serta kesihatan awam.
Cabaran Menuntut Ilmu Di Usia Emas
Mengulas cabaran sepanjang pengajian, Dr. Victor mengakui faktor usia menjadi kekangan utama, namun tidak sekali-kali melemahkan semangatnya untuk terus menuntut ilmu. “Usia memang menjadi cabaran, tetapi bidang yang saya pilih ini mencabar dan memberi manfaat kepada masyarakat. Itulah yang membuatkan saya terus bersemangat,” ujarnya.
Beliau juga berkongsi perjalanan kerjaya panjangnya dalam dunia perundangan. Selepas pulang dari England pada tahun 1971, beliau memulakan tugas sebagai majistret sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Sesyen.
Ads
“Pada tahun 1978, saya mengambil keputusan meletakkan jawatan dan meneruskan kerjaya sebagai peguam. Kini sudah lebih lima dekad saya berkhidmat dalam bidang guaman, mungkin antara yang paling lama di Terengganu,” jelasnya.
Kredit foto: P116 BlogDatuk Dr. Victor ketika menerima Ijazah Sarjana pada tahun 2021 lalu
Semangat Menuntut Ilmu Sepanjang Hayat
Walaupun berdepan kehilangan isteri enam tahun lalu, Dr. Victor tidak pernah membiarkan kesedihan itu memadamkan cintanya terhadap ilmu. Beliau yang pernah menjadi guru dan dibesarkan dalam keluarga pendidik menjadikan pengalaman hidupnya sebagai kekuatan untuk terus belajar dan berbakti dalam dunia akademik.
Menutup bicara, beliau menegaskan bahawa kejayaan bukan diukur melalui usia, sebaliknya melalui semangat dan keinginan untuk terus maju. Bagi Dr.Victor, menuntut ilmu adalah perjalanan sepanjang hayat yang perlu diteruskan tanpa rasa takut terhadap kegagalan kerana kegagalan itu sendiri merupakan guru terbaik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak Bekas suami kepada Primadona Malaysia, Erra Fazira, iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin baru-baru ini berkongsi detik membanggakan mengenai anak tunggal mereka, Engku Aleesya.
Menerusi Insta Story, ahli korporat itu memuat naik foto Aleesya yang naik ke pentas untuk menerima penghargaan kerana terpilih sebagai achiever selepas menamatkan persekolahan menengah dan cemerlang dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).
Melihat nama sendiri terpampang bersama Aleesya di layar utama, Emran tidak dapat menyembunyikan rasa bangga sebagai seorang bapa.
“Bila kau nampak nama kau di sebelah nama anak…
“Cantik macam ayah dan pandai macam mom,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, Emran sempat berseloroh dengan mengaitkan dirinya sebagai software provider manakala Erra sebagai hardware provider yang membentuk kecerdikan dan kecantikan anak mereka.
Untuk rekod, Aleesya meraih gred A+ dalam subjek First English Language, Matematik dan Fizik, selain gred A dalam Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia serta Psikologi.
Beauty with brain, Aleesya kini dijadualkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level tidak lama lagi.
Sekadar info, Erra dan Emran mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 namun berpisah pada Februari 2014.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Banyak kebaikan jika korang mengambil vitamin kerana ia mampu memberikan nutrisi tambahan untuk badan. Pelbagai masalah kesihatan akan timbul jika gaya pemakanan tidak di titik beratkan.
Foto Via Pexels
Namun, pengambilan vitamin ini digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta pandangan daripada pakar kesihatan terlebih dahulu.
Pusat Racun Negara melalui perkongsian di akaun Facebook rasminya ada menjelaskan berkenaan perkara ini. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:
Dos vitamin yang sesuai
Dos vitamin yang sesuai adalah berbeza mengikut individu. Ia bergantung kepada jantina, umur, dan juga mengambil kira jika individu tersebut sedang hamil, menyusukan anak atau mempunyai masalah kesihatan yang tertentu.
Terlebih dos (‘overdose’) vitamin boleh terjadi sekiranya seseorang itu mengambil dos yang lebih banyak daripada keperluan harian dan untuk jangka masa yang panjang.
Walaupun badan kita dapat mengeluarkan semula kebanyakan amaun vitamin larut air (‘water-soluble’) seperti vitamin C yang diambil secara berlebihan, tetapi badan mengekalkan vitamin larut lemak (‘lipid-soluble’) seperti vitamin A, yang boleh menjadi toksik.
Jadi, jika anda mengamalkan pengambilan vitamin tambahan, ambillah mengikut dos yang disarankan. Sumber vitamin yang terbaik adalah daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.
Oleh itu, manfaatkan vitamin dengan dos yang betul dan bukannya membuat rawatan yang tidak mendapat pengesahan daripada doktor.
Edamame, kacang soya muda berwarna hijau yang masih terdapat di dalam pod ini boleh dijadikan sebagai ‘snek’ sihat untuk mereka yang menjaga kesihatan.
Ia berbeza dengan kacang soya yang telah matang berwarna keputihan. Biasanya edamame ini banyak didapati di restoran Jepun yang menjual sushi.
Namun kita juga boleh mendapatkan edamame di pasaraya kerana ia biasanya dijual dalam bentuk sejuk beku. Edamame ini ada kebaikannya kepada kesihatan.
Manfaat edamame untuk kesihatan.
1. Meningkatkan daya tahan tubuh Kacang edamame mengandungi kandungan gizi, vitamin dan antioksidan tinggi yang bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan tubuh anda. Jika anda makan edamame secara konsisten, ia mampu menghindari dari pengaruh cuaca buruk yang boleh mengganggu kekebalan tubuh.
2. Mencegah hipertensi dan penyakit jantung Kacang ini juga bermanfaat untuk menghindarkan anda dari penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Kandungan antioksidan pada kacang secara aktif dapat menghancurkan lemak yang berkumpul di dalam tubuh yang menjadi pemicu penyakit jantung dan darah tinggi. Kacang ini juga berkhasiat sebagai zat anti inflamasi dan menyembuhkan rasa keradangan dengan cepat.
3. Mengurangi risiko kanser Kandungan isoflavin pada kacang edamame juga berkhasiat untuk mengurangi risiko kanser prostat dan kanser payudara. Isoflavin merupakan khasiat yang berperanan dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia sebagai pencegah sel kanser.
4. Mempercepat proses pembekuan darah Kandungan vitamin K yang tinggi berfungsi untuk mempercepat proses pembekuan darah. Hal ini sangat bagus untuk anda yang berisiko sering jatuh dan mengalami kecederaan pada kulit untuk meredakannya dengan cepat. Kacang edamame juga berfungsi untuk mencegah osteoporosis dan Alzheimer.
5. Baik untuk sistem pencernaan Kacang edamame mengandungi kandungan serat tinggi sehingga dapat meningkatkan sistem pencernaan pada manusia. Ini penting untuk anda yang sedang diet. Tidak hanya itu, kandungan karbohidrat kompleks dari kacang ini memberikan manfaat lebih untuk memberikan rasa kenyang lebih lama, sehingga anda dapat menolak keinginan untuk makan dalam kuantiti yang banyak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!