Jika sebelum ini, Puteri Belanda iaitu Puteri Catharina-Amalia merupakan kerabat diraja pertama yang menolak elaun perbelanjaan kerana dia merasakan dia masih belum memiliki tugas rasmi yang membolehkan dia layak menerima wang tersebut.
Terkini, pewaris takhta Belanda yang baru memulakan pengajian pada peringkat siswazah di Universiti Amsterdam diminta pulang. Hal ini disebabkan isu keselamatan Puteri Amalia kerana takut diculik oleh mafia.
Polis Belanda meminta Puteri Amalia meninggalkan pengajiannya di Amsterdam dan kembali ke istana Huis Ten Bosch. Baru beberapa minggu berada di ibu kota, dia dikhuatiri berada dalam bahaya. Dilaporkan oleh De Telegraaf, berita tersebar bahawa kumpulan mafia sedang merancang senario untuk penculikan diraja berusia 18 tahun itu.
Bersama ayahanda dan bonda dan dua lagi adik;. Sumber gambar: people.com
Berita itu tersebar ketika Raja Willem-Alexander dan Ratu Maxima dari Belanda berada di London untuk pengebumian Ratu Elizabeth II. Ketika itu, keselamatan bakal ratu Belanda dikatakan terancam kerana sekumpulan mafia dari Maghribi sedang mengejarnya. Kumpulan itu sendiri dikatakan terlibat dalam pengedaran dadah di Eropah.
Ads
Namun, sehingga kini masih belum diketahui sama ada Puteri Amalia akan melanjutkan pelajaran dalam jurusan di Fakulti Politik, Psikologi, Undang-undang dan Ekonomi Universiti Amsterdam. Mengikut laporan juga berkemungkinan puteri akan belajar dari rumah dan meninggalkan kehidupan sebagai siswazah seperti pelajar universiti yang lain.
Putri Amalia dari Belanda Foto: Instagram,
Bakal Ratu ini sememangnya terkenal dengan latar belakangnya yang ‘berjiwa rakyat’. Sejak kecil, puteri hidup seperti kebanyakan kanak-kanak serta berhasrat untuk memasuki universiti seperti remaja lain.
Ads
Begitulah kehidupan sebagai pewaris takhta, walau nampak selalu indah dan sempurna tapi bahaya juga ye.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dua bandar raya utama Malaysia, Kuala Lumpur dan Johor Bahru, berjaya muncul dalam senarai Destinasi Asia Paling Popular dengan Kunjungan Berulang Kali versi Agoda!
Berdasarkan data tempahan bagi enam bulan pertama tahun ini, Agoda umum 10 destinasi paling hot yang pelancong tak jemu-jemu datang ulang kali.
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur terus jadi pilihan ramai pelancong sebab gabungan unik antara gaya hidup kosmopolitan dan warisan budaya yang memukau. Dari makanan sedap, pusat beli-belah bertaraf dunia hinggalah mercu tanda ikonik, semuanya ada di sini.
Johor Bahru pula semakin mencuri tumpuan sebagai destinasi santai, dengan banyak tempat mesra keluarga, aktiviti lifestyle menarik, dan akses pengangkutan yang sangat mudah.
Antara 5 teratas dalam senarai Agoda adalah Bangkok, Tokyo, Seoul, Bali dan Osaka. Manakala diikuti oleh Taipei (Taiwan), Kuala Lumpur (Malaysia), Da Nang (Vietnam), Johor Bahru (Malaysia) dan Hong Kong.
Setiap tempat ada keunikan tersendiri yang buat pelancong tak sabar nak datang lagi.
Ramai pelancong datang ulang sebab nak teroka tempat yang belum sempat dilawati, lawat lokasi yang dah dirindui, atau nikmati suasana yang dah melekat di hati.
Data Agoda tunjuk ramai yang datang semula ke destinasi sama dalam enam bulan pertama tahun ini, bukti tempat-tempat ini memang power tarik pelancong.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Universiti Utara Malaysia (UUM) terus membanggakan negara apabila empat orang tenaga pengajarnya berjaya berada dalam kelompok 2% saintis terbaik dunia. Pencapaian berprestij ini sekali gus mengangkat nama universiti ke tahap lebih tinggi serta menjadi bukti bahawa Malaysia mampu melahirkan penyelidik bertaraf antarabangsa.
EMPAT PENSYARAH UUM ANTARA 2% SAINTIS TERBAIK DUNIA
Mereka yang menerima pengiktirafan adalah:
Prof. Ts. Dr. Norazah Mohd Suki (Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business – OYAGSB)
Prof. Madya Ts. Dr. Aidi Ahmi (Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz – TISSA-UUM)
Ts. Dr. Siti Khadijah Hubadillah (Pusat Pengajian Teknologi Pengurusan dan Logistik – STML)
Ts. Dr. Khairul Hafezad Abdullah (Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan – SBM)
Senarai ini diterbitkan oleh Universiti Stanford, Amerika Syarikat, yang setiap tahun menilai saintis di seluruh dunia berdasarkan impak penerbitan, sitasi dan kualiti kajian penyelidikan. Hanya 2% sahaja daripada jumlah keseluruhan saintis global yang berjaya berada dalam kelompok elit ini.
Prof. Ts. Dr. Norazah Mohd Suki (kiri) dan Prof. Madya Ts. Dr. Aidi Ahmi (kanan).
Konsistensi & Usaha Berpasukan
Menurut Prof. Ts. Dr. Norazah Mohd Suki, tahun ini merupakan penampilannya yang ketujuh berturut-turut sejak 2019 dalam senarai tersebut. Katanya, kejayaan ini lahir daripada disiplin diri, usaha konsisten serta sokongan daripada universiti, rakan penyelidik, pelajar dan keluarga.
Sementara itu, Prof. Madya Ts. Dr. Aidi Ahmi menekankan kejayaan ini bukan pencapaian individu semata-mata. Ia merupakan hasil usaha berpasukan, kolaborasi bersama penulis bersama serta rakan penyelidik yang sentiasa berganding bahu menerbitkan penyelidikan berkualiti tinggi.
Ts. Dr. Siti Khadijah Hubadillah (kiri) dan Ts. Dr. Khairul Hafezad Abdullah (kanan).
Inspirasi Untuk Generasi Muda
Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti bahawa warga akademik UUM mampu menghasilkan penyelidikan bertaraf dunia yang memberi impak positif kepada masyarakat, industri dan negara.
Beliau juga berharap kejayaan ini menjadi inspirasi kepada penyelidik muda dan generasi baharu untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.
Semangat Yang Perlu Dicontohi
Bagi remaja, pencapaian empat saintis UUM ini jelas menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan adalah kunci kepada kejayaan besar. Bukan sekadar gred atau peperiksaan semata-mata, tetapi kesungguhan mendalami bidang, minat mendalam terhadap penyelidikan serta sokongan persekitaran yang baik mampu membawa seseorang ke tahap global.
Siapa tahu, mungkin dalam beberapa tahun lagi – anak muda Malaysia akan menjadi sebahagian daripada senarai 2% saintis terbaik dunia, meneruskan legasi kejayaan ini!
✨ Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan minat, disiplin dan kerja keras, remaja Malaysia juga mampu mencipta nama di pentas antarabangsa.
Bagi remaja yang pernah didiagnosis dengan atopic dermatitis ataupun eczema, pastinya dia memahami betapa sukarnya untuk berdepan rasa gatal pada kulit yang tidak berkesudahan.
Ditambah pula dengan rasa malu terhadap kondisi kulit yang tidak sempurna seperti yang diharapkan, ramai penghidap eczema yang memilih untuk menjauhkan diri daripada rakan-rakan atau mengelak untuk keluar dari rumah kerana enggan menjadi punca merebaknya penyakit ini.
Haa, pemikiran ini sebenarnya salah gaiss..
Eczema bukanlah sejenis penyakit berjangkit, sebaliknya ia adalah keadaan kulit yang boleh dikawal dengan rawatan yang betul.
Antara beberapa kes pesakit eczema atopic dermatitis yang dikendalikan oleh Dr. Felix Yap
Dalam perkongsian oleh pakar dermatologi Sunway Medical Center, Dr Felix Yap Boon Bin bersama REMAJA, beliau menjelaskan bahawa eczema bukanlah satu-satunya penyakit atopic dermatitis. Antara penyakit ‘normal’ yang jatuh dalam kategori sama termasuklah resdung dan asma.
Katanya lagi, eczema juga bukan sekadar penyakit kulit dengan simptom ruam biasa, sebaliknya ia adalah sejenis alergi yang boleh memberi kesan sampingan pada fizikal dan juga mental pesakit sekiranya mereka tidak mendapatkan nasihat rawatan yang betul.
Dr Felix Yap Boon Bin, pakar dermatologi.
Eczema Beri Kesan Besar Pada Kehidupan Remaja
Untuk pengetahuan, eczema boleh menjadi lebih teruk sekiranya pesakit terdedah kepada alahan makanan, habuk, atau produk penjagaan kulit tertentu.
Masalahnya, kebanyakan remaja sekarang tidak tahu-menahu mengenai makanan yang diambil dan produk yang digunakan mereka sehinggalah ia menjadi punca ‘trigger’ terhadap simptom eczema yang rupa-rupanya telahpun mereka hidapi dalam diam.
Tidak kurang juga remaja yang menganggap eczema sekadar menyerang kanak-kanak dan bukannya golongan dewasa. Sekali lagi, pendapat ini adalah mitos kerana eczema mempunyai beberapa faktor yang boleh menyumbang seperti sejarah keluarga, perubahan hormon, gaya hidup dan persekitaran.
Tanpa mengambil serius mengenai simptom atau punca yang ada ini, kehidupan mereka akan terkesan dengan penyakit ini, sebagai contoh:
Tidur Tak Lena, Hidup Terjejas: Eczema selalunya menjadi lebih teruk pada waktu malam dan menyebabkan pesakit sukar untuk tidur lena. Akhirnya, mereka akan mengalami keletihan dan kesukaran untuk memberi tumpuan pada keesokan hari. Turut terganggu adalah emosi pesakit apabila tidak mendapat rehat mencukupi.
Gambar sekadar hiasan
Kurang Keyakinan Diri: Ruam atau luka eczema biasanya jelas kelihatan pada muka, tangan dan beberapa bahagian tubuh badan sehingga pesakit malu untuk berhadapan dengan orang lain.
Lebih mengejutkan, masih ada masyarakat yang menganggap eczema adalah penyakit berjangkit padahal tidak. Disebabkan persepsi ini, pesakit ekzema merasa rendah diri dan kurang yakin untuk bergaul dengan orang sekeliling.
Keluarga Rasa Tertekan: Jelas Dr.Felix kepada REMAJA, keluarga pesakit eczema juga berpotensi mengalami tekanan. Contohnya apabila anak kerap yang mengalami kes serius kerap terjaga pada waktu malam disebabkan kegatalan tidak terkawal. Situasi sebegini turut akan memberi kesan kepada ahli rumah yang lain.
Apa Nak Buat Kalau Eczema ‘Mengganas’?
Jika kulit mula terasa gatal melampau atau nampak kering dan bersisik, jangan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat pakar dan seterusnya rawatan lanjut.
Eczema terdiri daripada banyak jenis, oleh itu amat penting untuk pesakit mendapatkan diagnosis yang betul dan jangan mudah menyapu sebarangan ubat pada kulit tanpa nasihat doktor. Takut lebih melarat jadinya nanti.
Antara beberapa kes pesakit eczema atopic dermatitis yang dikendalikan oleh Dr. Felix Yap.
Antara ‘senjata’ utama untuk korang mengurangkan eczema adalah dengan dengan menukar rutin membersihkan diri. Rajin-rajinkanlah diri menggunakan krim pelembap dengan konsisten. Pastikan juga korang menggunakan sabun yang mengandungi pH 5.5 semasa mandi.
Walaupun eczema boleh membataskan pergerakan dan menyebabkan ketidak selesaan, itu tidak bermaksud pesakit tidak boleh melakukan aktiviti kegemaran mereka.
Korang hanya perlu berhati-hati dengan peluh melampau yang membuatkan kulit semakin gatal. Seeloknya, elakkan aktiviti berat pada waktu panas terik.
Bagi yang sukakan aktiviti air terutama di kolam renang pula, korang harus ingat bahawa kandungan klorin dalam air tersebut boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering. Bukan bermaksud korang tidak lagi boleh berenang tetapi hadkan masa dan jangan lupa sapu pelembap lepas mandi.
Selain cara-cara ini, Dr. Felix kongsikan beberapa lagi rawatan yang boleh membantu pesakit eczema seperti:
Krim & Ubat Topikal: Krim steroid atau krim bukan steroid boleh digunakan untuk mengawal keradangan.
Fototerapi (Terapi Cahaya UV): Terapi ini boleh membantu merawat ekzema yang lebih teruk dengan menggunakan cahaya UV khas di hospital.
Ubat Makan dan Suntikan: Dalam kes yang lebih teruk, doktor mungkin akan mencadangkan ubat oral atau suntikan untuk mengawal sistem imun badan.
Kredit: Today Show
Ingat gaiss, eczema bukan sekadar masalah kulit tetapi juga boleh beri kesan besar kepada keyakinan diri. Oleh sebab itu, sokongan daripada keluarga, rakan, guru, dan masyarakat sangat penting supaya pesakit tak rasa terpinggir.
Berikan kata-kata semangat dan fahamilah cabaran yang dihadapi oleh pesakit eczema. Jangan pula korang jauhkan diri daripada mereka sehingga membuatkan mereka merasa malu.
Jadilah masyarakat yang lebih peka dan hentikan stigma terhadap penghidap. Melalui sokongan yang betul, pesakit boleh menjalani kehidupan dengan lebih yakin dan positif.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...