Keluarga diraja Jepun merupakan keluarga diraja yang paling tua dalam sejarah dunia. Ketika ini Maharaja Naruhito merupakan maharaja ke-126 negara matahari terbit itu yang menduduki takhta bunga kekwa (chrysanthemum throne) di dalam Istana Diraja Kyoto.

Atas faktor tradisi, keluarga diraja Jepun saat ini hanya memiliki 18 orang ahli jika hendak dibandingkan dengan keluarga diraja negara lain yang memiliki senarai ahli yang ramai. Anak perempuan dalam keluarga diraja Jepun perlu berkahwin dengan lelaki dari golongan bangsawan yang berdarah diraja jika mereka mahu terus kekal sebagai seorang puteri. Namun syarat ini tidak tertakluk kepada seorang putera. Jika seorang putera berkahwin dengan perempuan kebanyakan, isteri mereka akan secara automatik menjadi kerabat diraja.

 Puteri Mako, Puteri Diraja Jepun Yang Akan Dilucutkan Hak Sebagai Kerabat Kerana Sebuah Perkahwinan
Keluarga diraja Jepun.

Terbaharu, Puteri Mako yang merupakan anakanda kepada Putera Mahkota Akishino bakal kehilangan statusnya sebagai seorang puteri raja, tidak lagi boleh menggunakan gelaran sekaligus perbelanjaannya tidak akan ditanggung oleh kerajaan Jepun. Dia bakal berkahwin dengan Kei Komura, jejaka dari golongan kebanyakan pada penghujung tahun ini.

IKLAN

Kebiasaannya seorang puteri raja yang berkahwin dengan orang kebanyakan, akan melalui satu majlis khas dan kemudian mereka akan diberikan sejumlah wang yang besar sebagai tanda lucutnya taraf mereka sebagai puteri raja dan wang tersebut akan digunakan sebagai permulaan kehidupan baharu.

 Puteri Mako, Puteri Diraja Jepun Yang Akan Dilucutkan Hak Sebagai Kerabat Kerana Sebuah Perkahwinan
Puteri Mako bersama keluarganya. Sumber gambar: Japan Times
 Puteri Mako, Puteri Diraja Jepun Yang Akan Dilucutkan Hak Sebagai Kerabat Kerana Sebuah Perkahwinan
Sumber gambar: Vogue

Dalam hal Puteri Mako, menurut sumber, khabarnya dia dipercayai tidak akan melakukan sebarang majlis dan menolak wang bernilai RM5.6 juta yang ditawarkan kepadanya. Setelah berkahwin dengan Kei Komura dia dikatakan akan berhijrah ke Amerika Syarikat lantaran bakal suaminya yang membina karier sebagai peguam di sana.

IKLAN

Sebelum ini pada tahun 2005, ibu saudara Puteri Mako, Princess Nori yang kini dikenali dengan nama Sayako Kuroda telah meninggalkan keluarga diraja Jepun atas faktor yang sama dan menurut sumber, dia dibayar sebanyak RM4 juta ringgit sebagai wang untuk memulakan kehidupan baharu sebagai orang kebanyakan.

IKLAN
 Puteri Mako, Puteri Diraja Jepun Yang Akan Dilucutkan Hak Sebagai Kerabat Kerana Sebuah Perkahwinan
Puteri Mako bersama adindanya, Puteri Kiko ketika hari pertabalan bapa saudaranya, Maharaja Naruhito. Sumber gambar: Tatler

Isu ini bukanlah isu yang baru bagi keluarga diraja Jepun. Sebelum ini ada usul untuk meminda undang-undang agar seorang puteri boleh mewarisi takhta dan sekaligus bergelar seorang ratu. Namun sejak kelahiran adinda Puteri Mako, Putera Hisahito pada tahun 2006, usul tersebut telah dibatalkan.

Bapa saudara Puteri Mako, Maharaja Naruhito memiliki seorang anak perempuan iaitu Puteri Aiko. Disebabkan itu, bapa Puteri Mako dan adinda bongsunya kini berada di kedudukan pertama dan kedua dalam susunan untuk menjadi maharaja yang seterusnya.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI